"Saya ingat tidak dapat lagi kembali ketanah air,Malaysia". Itu adalah ungkapan kata-kata yang terpacul dari mulut salah seorang jemaah sambil menangis ditenangkan oleh DS Azeez Rahim.
Jika tiada pertolongan dari Biro Kebajikan UMNO Malaysia sudah tentu jemaah seramai 121 orang ini masih terkandas di tanah suci.
Bantuan yang diberikan oleh Biro Kebajikan UMNO Malaysia ini tidak mengenal fahaman politik mereka. Syaratnya adalah satu... Rakyat Malaysia yamg ditimpa kesusahan mendapat menafaat dari Biro Kebajikan UMNO Malaysia.
MKP menunggu pintu pesawat dibuka bersama DS Azeez Rahim serta rombongan yang tiba di KLIA. ini adalah gambaran yang boleh diceritakan tanpa kata-kata cuma wajah keriangan serta rasa terharu bila jemaah umrah memeluk DS Azeez Rahim.
Berikut adalah cerita yang disampaikan oleh salah seorang jemaah pada MKP.
Penderma misteri' didakwa berselindung di sebalik agensi pelancongan yang menawarkan pakej umrah murah hingga mengakibatkan sekumpulan 121 jemaahnya terkandas ketika mengerjakan ibadat.
Agensi berkenaan yang menawarkan pakej umrah pada harga serendah RM3,700 dikatakan menerima pembiayaan daripada penderma yang sehingga kini tidak diketahui identitinya.
Wakil agensi berkenaan sering memberitahu bakal jemaah bahawa ada penderma yang bermurah hati membiayai sebahagian perbelanjaan mereka untuk mengerjakan umrah.
Beliau mendakwa, atas sebab itulah pakej yang ditawarkan agensi pelancongan yang berpusat di Perak itu lebih murah berbanding agensi lain.
Apabila bakal jemaah curiga dengan pakej murah yang ditawarkan kerana bimbang ditipu, wakil agensi berkenaan akan menggunakan nama penderma yang bermurah hati untuk meyakinkan mereka. Ia satu jawapan yang 'boleh diterima'.
Tetapi sehingga kini tiada siapa yang dapat tahu identiti penderma berkenaan dan tiada siapa dapat membuktikan ia wujud atau sebaliknya.
Kepercayaan wujud kerana rekod cemerlang yang ditunjukkan agensi terbabit dalam mengendalikan kira-kira 12,000 jemaah sejak beroperasi akhir 2012.
Difahamkan, lebih membuatkan orang ramai tertarik dengan pakej ini apabila kemudahan yang diberikan seperti hotel, penerbangan dan makanan adalah setaraf, malah lebih baik berbanding pakej umrah lain yang lebih mahal.
"Mungkin juga agensi menggunakan 'sistem kutu' dalam menjalankan perniagaannya," katanya membuat andaian berdasarkan pemerhatian.
Mengenai jemaah di bawah agensi berkenaan yang terkandas, beliau berkata, kes itu pertama kali berlaku dan ia mungkin ada kaitan dengan masalah visa.
Seorang jemaah yang pernah mengerjakan umrah di bawah agensi sama juga mengaku pernah dimaklumkan pihak atasan agensi berkenaan mengenai penderma misteri itu.
"Seseorang yang saya panggil ustaz beritahu saya terdapat saudagar kaya dari Arab Saudi bermurah hati membiayai sebahagian perbelanjaan jemaah di bawah agensi ini untuk menunaikan umrah.
"Saya teruja dan tidak fikir apa-apa yang tidak baik kerana rakan saya sudah ambil pakej ini dan mereka gembira. Saya juga puas hati selepas terbang ke Mekah dengan pakej ini sebab ia murah tetapi kemudahannya setaraf pakej umrah yang mahal," katanya.
Sementara itu, agensi pelancongan berkenaan gagal dihubungi untuk mendapatkan komen dan penjelasan daripada wakilnya.
Namun, difahamkan ibu pejabatnya masih dibuka dan beroperasi seperti biasa serta masih membuka tawaran untuk pakej umrah.
Jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada Kerajaan Malaysia dan Team Datuk Azeez kerana menyelamatkan kami.Rasa bersyukur kerana selamat pulang ke Tanah air. Pengalaman yang tak mungkin di lupakan dan rasa bangga menjadi rakyat Malaysia.
ReplyDeleteUntung ler korang. Pegi umrah nak murah dgn travel agen bermasalah. Masa nak pegi tak fikir masak-masak.
ReplyDeleteBila terkandas ada pula penyelmat. Lain kali boleh pegi lagi dgn pakej super economy pulak. Tak pe, kalau kandas lagi, bantuan tetap akan sampai.
Travel agent yg berkenaan pun boleh senyum lebar. Beli tiket one way jer, nanti tiket balik ada orang tolong settlekan. Duit negara masih banyak lagi. Setakat RM300,000 apa ada pasal.
Cnth anjing kurap yg berkeliaran di tanah air..
DeleteAwas kemunculannya !!
Siapa yang kurap aku pun keliru kat sini? Siapa yang mintak diselamatkan?
DeleteInilah contoh ayat barua pembangkang..segala kebaikan yg di buat oleh kerajaan sekalu dipandang jahat..mmg btl lah anjing kurap!!!
DeleteKalau ada pakej murah-murah bawah RM4000, aku pun nak pegi jugak. Kalau ada masalah, lagi lama kandas lagi elok sbb boleh stay lama-lama kat Makkah/Madinah. Lepas tu baru mengadu dgn kedutaan dan Pak Menteri. Sure dapat pertolongan selagi Dato' Azeez ada. Tabik Dato' Azeez. Makksh tunggu aku datang!
ReplyDeleteUntungnya dapat pegi harga murah. Nak ikut boleh?
DeleteCuba dedah nama agensi tu
ReplyDeleteagensi terlibat Madain Al-taqwa
ReplyDeleteHj Madani Syarif CEO - Tel 04 5373018.
Hj Alias 0175499332
Kami yg belum pergi ni sudah call sykt ni utk cancel n minta pulangkan duit. Tetapi hingga kini xde respon
Deleteperangai bangsa melayu orang Malaysia ...
ReplyDeletea] sanggup/tergamak menipu orang yang ikhlas buat ibadat umrah ketanah suci mekah
b] apabila terkandas , ada pihak yang dengan usahanya jemaah berjaya kembali ke tanahair
c] biar sebaik mana usaha itu, sentiasa ada pihak lain yang perlekeh, pandang serong ..
d] habis tu nak buat macamana? biarkan jemaah mampus kering di saudi ?
tolong salah tak tolong salah, bayangkan kalau antara jemaah itu ada saudara/bapa atau ibu anda , duit tdk ada, nak bantu kita pun serba kurang, minta tolong pada siapa ?
Perangai bangsa Melayu - semua nak murah tapi kualiti nak yg terbaik. Bila ada masalah jerit mintak tolong kat kerajaan. Mentaliti sibsidi sampai bila-bila.
DeleteAnon June 17, 2014 at 9:12 AM
ReplyDeleteApasal sentap? Kau ni barua syarikat yang menipu tu ke?
Great Blog post..
ReplyDeleteBook online bus ticket from Redbus