Walau hebat macam mana pun jika tidak diselaraskan dengan baik mustahil kejayaan itu dicapai dengan jayanya.
Bagi MKP tak kisahlah apa jua pandangan korang, tapi matlamat kita semua sama memastikan kejayaan Calon Barisan Nasional merampas kembali Teluk Intan yang dikuasai oleh DAP selama dua penggal. Ramai yang membantu sebenarnya.
“Walaupun berdepan calon lebih muda, kita (Barisan Nasional) mampu memberi saingan hebat di Teluk Intan.
Menurut Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan, pujian harus diberikan kepada jentera Pergerakan Pemuda BN yang diketuai oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Khairul Azwan Harun dan dibantu oleh Ketua Pemuda Gerakan, Tan Keng Liang kerana berjaya menyelaraskan gerak kerja kempen dengan baik.
“Azwan selaku Pengarah Jentera Pilihanraya Pemuda BN bagi Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Teluk Intan berjaya menyelaras gerak kerja dengan baik dan berkesan dalam menambat hati pengundi di Teluk Intan untuk memilih BN biarpun, menerima tentangan sengit daripada calon lawan".
Kejayaan Barisan Nasional (BN) merampas semula kerusi Parlimen Teluk Intan menerusi Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong daripada DAP merupakan isyarat terbaik bagi parti komponen BN itu untuk bangkit kembali selepas mengalami kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.
Khairy turut berpendapat kemenangan Mah memberi peluang baik kepada parti Gerakan yang sebelum ini menghadapi saat-saat sukar untuk bangkit semula.
"Menerusi peluang yang akan diberikan untuk menyertai Kabinet nanti, ini merupakan kesempatan terbaik untuk Siew Keong membuktikan kepimpinannya dan berkhidmat untuk masyarakat," .
Dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) itu, Mah Siew Keong berjaya menewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd. Daud dengan memperoleh majoriti 238 undi dan sekali gus mengembalikan semula kerusi itu ke tangan BN selepas dua penggal dimenangi DAP.
Sumber http://yop-pasirsalak.blogspot.com
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.