Pemuda UMNO melalui Naib Ketua Pemudanya Saudara Khairul Azwan Harun mahu #bajet2015 yang bakal dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai Menteri Kewangan pada Jumaat ini mampu menjelaskan tujuan dan objektif penjimatan subsidi petrol. Saudara AzwanBro juga menyarankan kesesuaian perincian mendalam ke mana akan disalur kelak..?
Pemuda percaya penjimatan subsidi petrol boleh bantu generasi muda miliki rumah sendiri di pinggiran bandar dan peluang modal mula niaga.
Pemuda mahu banyak program baru diperkenal dlm #bajet2015 utk bantu generasi muda tangani isu kos sara hidup dan perumahan serta modal niaga.
Pemuda mahu #bajet2015 mampu menjelaskan tujuan dan objektif penjimatan subsidi petrol. Sesuai diberi perincian ke mana akan disalur kelak.
— Khairul Azwan Harun (@azwanbro) October 6, 2014
Cadangan @Khairykj agar kerajaan wujud Bandar Belia sesuai dibuat dlm #bajet2015 sebagai sebuah 'empowerment' buat generasi muda Malaysia.
— Khairul Azwan Harun (@azwanbro) October 6, 2014
Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin mencadangkan agar kerajaan mewujudkan bandar belia di kawasan pinggir bandar bagi mengatasi masalah perumahan membabitkan golongan tersebut.
Beliau berkata, projek berkenaan mampu direalisasikan melalui kerjasama antara kerajaan Persekutuan dan pemaju swasta, selain projek perumahan awam sedia ada yang dibangunkan kerajaan.
"Masalah utama golongan ini adalah (selama ini) mereka tidak mahu tinggal dipinggir bandar kerana kurangnya kemudahan seperti pusat beli-belah, sukan, hiburan".
"Jika bandar belia dapat diwujudkan dengan harga rumah yang lebih murah di bawah RM150,000, ia mampu menarik minat golongan belia untuk tinggal di kawasan tersebut, sekali gus dapat memajukan kawasan pinggir bandar," katanya.
Beliau berkata satu memorandum akan dihantar kepada kerajaan Persekutuan untuk dipertimbangkan dan cadangan tersebut diharap dapat dimasukkan dalam Bajet 2015.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.