Monday, October 6
BOT TEMPUR TLDM CB 204 HILANG...... @ChiefofNavy @MyKamarul @Tldm_Rasmi
Bot tempur TLDM CB 204 dilaporkan terputus hubungan ketika dalam perjalanan ke Gugusan Semarang Peninjau.
Posisi terakhir CB 204 adalah pada 20 batu nautika Timur laut Pulau Mengalum kira-kira pukul 1.05 petang tadi.
KD PAUS telah ditugaskan untuk mengiringi CB 204 dan telah berlepas dari Pangkalan TLDM Kota Kinabalu (PTKK) pada jam 5.05 pagi Ahad.
Pada jam 10.30 pagi Bilik Operasi Markas Wilayah Laut 2 (MWL 2) telah menerima panggilan dari KD PAUS memaklumkan bahawa kapal dan bot tempur itu akan berpatah balik ke PTKK kerana cuaca buruk.
Namun pada jam 1.05 petang, kapal itu telah gagal berkomunikasi dengan bot tersebut.
KD PAUS turut melancarkan pencarian antara Pulau Mengalum dan Pulau Gaya tetapi gagal ditemui.
KD Serang dan KD Lekiu ditugaskan menyertai operasi mencari dan menyelamat.
Sementara itu, Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar mengesahkan bot tempur CB204 hilang dalam cuaca buruk.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.