Saturday, October 4

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha daripada #TeamRD @mpkotabelud @GoTeamRD


Marilah kita memanjat kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana di atas taufik dan inayahNya dapat kita meraikan Hari Raya AidilAdha pada tahun ini dalam keadaan makmur, sejahtera dan penuh keberkatan.

Hari Raya AidilAdha juga dikenali sebagai Hari Raya Haji kerana diperintahkan juga di dalam bulan mulia tersebut bagi umat Islam yang berkemampuan untuk menunaikan ibadat Haji ke Baitullah. Ibadah haji yang dilaksanakan pada setiap tahun ini membawa bersamanya seribu satu pengajaran dan pendidikan dalam kehidupan sejagat.

Menelusuri sirah ibadah haji yang berlaku lebih 1400 tahun yang lalu, telah terpatrinya satu perjanjian yang dikenali Perjanjian Hudaibiyah antara Nabi Muhammad SAW dengan puak Kafir Quraisy di Kota Mekah. Hasil daripada perjanjian tersebut, umat Islam dapat mengerjakan haji pada tahun yang berikutnya. 

Sesungguhnya konsep pengorbanan yang dituntut oleh Islam di mana kita sentiasa sanggup berkorban masa dan wang ringgit, berkorban jiwa raga, tenaga fikiran,perasaan, mengorbankan kepentingan diri bagi memperolehi keredhaan Allah SWT. 

Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah Al-Ankabut ayat 69 yang bermaksud :
“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, nescaya Kami tunjukkan kepada mereka jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama mereka yang berbuat baik.”
Marilah kita berdoa kepada Allah SWT agar Jemaah Haji kita di Kota Suci Mekah dapat menjalankan ibadah mereka dengan sempurna dan dikurniakan haji yang mabrur serta kembali ke Tanah Air dengan selamat.

Bagi kami yang berada didalam #GoTeamRD merakamkan ucapan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua umat Islam Malaysia dan di mana jua mereka berada. Semoga AidilAdha tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya dan AidilAdha yang akan datang akan menjadi lebih baik daripada tahun ini. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.