Friday, November 21
KENA LONDEH LAGI NAMPAK GAYANYA...........?
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng didesak membuat semakan semula berhubung fakta projek pembinaan 168 unit banglo mewah D'Residence di Bayan Mutiara yang dimajukan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).
Ketua Pembangkang Dun Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid mempersoal kenyataan Guan Eng yang mendakwa tidak mengetahui mengenai projek D'Residence sedangkan beliau menyatakan mengenai projek berkenaan dalam Laporan Tahunan PDC untuk tahun 2008, 2009 dan 2010 di segmen Perutusan Pengerusi.
"Adakah Ketua Menteri buat-buat lupa mengenai kenyataannya itu atau adakah dengan sengaja memberi kenyataan tidak benar semasa sidang akhbarnya pada Jumaat lepas (14 November)?
"Kemudian buat kenyataan beliau 'tidak tahu' PDC telah memajukan projek itu sehinggalah ia dibangkitkan oleh saya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Jahara mengulas kenyataan Guan Eng yang mendakwa beliau tidak mengetahui PDC menjual rumah dengan harga tinggi sehingga RM3 juta seunit di D'Residence sehinggalah ia dibangkitkan oleh Jahara pada persidangan Dun, baru-baru ini.
Guan Eng, bagaimanapun mengakui PDC ada menjual rumah dengan harga tinggi tetapi ia diluluskan sebelum 2008 iaitu sebelum DAP mengambil alih pemerintahan negeri itu selepas memenangi PRU13.
Jahara berkata, melalui semakan di laman sesawang adun.net mendapati, Guan Eng pernah menjawab soalan bertulis yang diajukan Adun Bayan Lepas ketika itu Syed Amerruddin Syed Ahmad, berkenaan projek tersebut pada mesyuarat kedua penggal ketiga persidangan Dun ke-12 pada 2010.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.