Monday, November 24
Internet tidak seharusnya jadi medium menyemarakkan ketegangan kaum @NajibRazak
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan bahawa internet tidak seharusnya dijadikan medium untuk menyemarakkan ketegangan kaum dan agama dalam negara pelbagai agama serta budaya seperti Malaysia.
Sambil menyuarakan kekecewaannya, beliau berkata, pada ketika tertentu, internet digunakan untuk menyebarkan perkara separa benar malah pembohongan sekalipun. "Sebagai contoh, semasa pilihan raya umum lepas, begitu banyak dakwaan tanpa disokong bukti yang disebarkan dalam talian.
Kononnya kerajaan merancang gangguan elektrik di pusat pengundian untuk menukar peti undi dan membawa masuk melalui penerbangan 40,000 pengundi dari seluruh negara untuk mengundi.
"Dakwaan sebegini terbukti hanyalah pembohongan yang tidak berasas, malangnya dakwaan itu diterima bulat-bulat oleh banyak pihak, dan ini menjejaskan dengan teruk nama baik kami," katanya.
Najib berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Forum Antarabangsa UMNO bertemakan: 'Dunia Kesalinghubungan Digital: Cabaran Dalam Pembinaan Negara', yang diadakan bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.
Memandangkan berita sedemikian boleh tersebar dengan meluas dalam internet dan tidak lagi dapat dikawal, Najib sehubungan itu mengingatkan bahawa masyarakat bertanggungjawab untuk memikirkan dengan mendalam kandungan yang ingin mereka kongsi itu.
"Masyarakat perlu melihat dengan jelas dan memahami bahawa dakwaan yang dimuatkan dalam internet tidak seharusnya diterima sebagai kebenaran mutlak. Dakwaan itu perlu dipersoalkan dan keterangannya perlu dinilai.
"Pendidikan boleh memainkan peranan namun ia sangat sukar. Oleh itu, tiada penyelesaian yang sempurna bagi perkara ini," katanya.
Beliau selanjutnya berkata kritikan yang munasabah perlu digalakkan, yang merupakan sebahagian daripada perbahasan demokratik yang sihat meskipun ada kalanya kandungannya mungkin melangkau batasan, menceroboh hak bersendiri individu, melanggari undang-undang dalam negara atau memudaratkan fizikal.
Sambil menggalakkan perbahasan dalam talian yang sopan dan bertanggungjawab, Najib membangkitkan persoalan besar tentang cara untuk melaksanakannya selain turut berharap beberapa subtopik dalam forum ini akan dibincangkan dan mengutarakan cadangan bernas pertimbangan kerajaan
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.