Monday, November 24

Pakar minyak mi segera disaran isi tangki kenderaan dengan minyak mentah @khairyKJ


Setiap kali pengumuman berkenaan harga petrol dan diesel, setiap kali itulah pakar-pakar ekonomi dengan pengkhususan minyak dan gas akan menerangkan dengan terperinci mengenai formula pengiraan harga petrol di Malaysia yang menggunakan Mekanisme Penentuan Harga Automatik (APM).

Dan, setiap kali itulah juga para media akan menyiarkan cara pengiraan tersebut dengan cara paling ringkas dan mudah difahami hatta kepada rakyat yang berpendidikan paling minimum sekali.

Namun, malangnya rakyat Malaysia masih suka mempercayai sesuatu yang bukan berlandaskan fakta malah jika dilihat sekali imbas sekali pun, ianya tidak logik.

Hari ini, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengambil masa khusus memberi "tutorial khas" berhubung APM kepada pengikut-pengikutnya di Twitter dan Facebooknya sekali gus menyangkal pengiraan dangkal yang menunjukkan harga petrol di Malaysia seharusnya RM1.39 seliter yang kini sudah menjadi viral di media-media sosial.

Harga rujukan APM adalah Mean of Platts Singapore (MOPS) yang juga merupakan harga minyak yang sudah diproses.

MOPS perlu dicampur dengan beberapa kos lain seperti kos operasi, margin syarikat minyak (Petronas dan Shell contohnya), margin pengedar atau pemilik stesen minyak dan alpha iaitu perbezaan MOPS dengan harga pembelian sebenar.

Contoh yang lebih jelas dengan bersandarkan harga purata MOPS RON95 pada 1 November sehingga 19 November iaitu 195.15 sen adalah:-

MOPS. 195.15 sen
Kos operasi. 9.58 sen/liter
Margin syarikat minyak. 5 sen/liter
Margin stesen minyak. 12.19 sen/liter
Alpha. 5 sen/liter
Jumlah sebenar harga petrol di Malaysia- 226.88 sen seliter atau kira-kira RM2.27 seliter.

"Bila kita apungkan harga petrol pada 1 Disember nanti dan trend penurunan harga pasaran minyak berterusan, ada kemungkinan besar harga petrol RON95 akan turun.

"Subsidi dapat dijimatkan dan harga pun boleh turun," katanya.

Beliau yang melabelkan individu yang membuat pengiraan tersebut pakar mi segera menasihatkan rakyat supaya berfikir dan menyemak fakta sebelum menyebarkan sesuatu maklumat.

Ini kerana harga minyak mentah global tidak sama dengan harga di pam kerana ianya perlu diproses dan ditapis terlebih dahulu sebelum dihantar, diedar dan dijual kepada pengguna.

"Apa yang beliau tulis itu adalah salah kerana harga minyak dunia yang dijadikan contoh itu adalah harga minyak mentah.

"Untuk pengetahuan semua, petrol yang kita gunakan bukan minyak mentah, ianya adalah minyak yang telah diproses, ditapis, diangkut, diedar dan diniagakan. Jadi fakta yang beliau kemukakan adalah salah.

"Kalau beliau yakin dengan fakta tersebut, saya sarankan beliau mengisi kenderaannya dengan minyak mentah. Tengok jauh mana boleh jalan," katanya lagi.

1 comment:

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.