Saturday, December 6

KAIN RENTANG MISTERI MUNCUL DI PULAU PINANG


Pulau Pinang pada Jumaat lalu dikejutkan dengan kemunculan sekurang-kurangnya empat kain rentang dalam bahasa Inggeris yang tertulis Support Chow Kon Yeow For Next Chief Minister (Sokong Chow Kon Yeow sebagai Ketua Menteri seterusnya).

Kon Yeow yang merupakan Exco Pulau Pinang telah mengesahkan kemunculan kain rentang itu tetapi menyatakan bahawa bahan tersebut telah diturunkan.


Kon Yeow menyatakan bahawa dirinya tidak mengetahui bagaimana kain-kain rentang tersebut boleh muncul di Pulau Pinang.

Laman Facebook Kon Yeow mendapati banyak orang telah meninggalkan komen mengenai misteri kain-kain rentang tersebut.

Sesetengah orang berpendapat ia merupakan tindakan sabatoj, ada yang mendakwa ia dilakukan oleh parti lawan sementara tidak kurang juga menyatakan sokongan supaya Kon Yeow menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Selain itu, ada pula yang menyatakan tidak kisah sama ada Lim Guan Eng atau Kon Yeow yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.

Kon Yeow merupakan Pengerusi DAP Pulau Pinang dan hubungannya dengan Guan Eng sering menjadi buah mulut penduduk negeri tersebut.

4 comments:

  1. Ini bukannya kain rentang misteri tapi perbuatan pendatang2 dan natang2 Melayu dari UMNO.

    ReplyDelete
  2. Kau ni natang apa ye asyik nak salahkan UMNO je. UMNO pegangan Islam bagus tahu batas hukum hakam x macam PR x de batasan langsung. Pemfitnah pengkhianat bukan mainan UMNO ye...

    ReplyDelete
  3. anon 07.12.2014 at 3:13pm...
    klu betul pun ianya perbuatan org UMNO.....
    kenapa....?
    aku rasa kau memang lahanat besaq....
    sikit2 UMNO....
    asal jahat UMNO..
    asal UMNO mesti jahat....
    klu hang fikiaq hang baguih.. dah tentu2 dah hang tak tuduh UMNO..
    mana hang tau UMNO yg buat......
    haktuiiiiihh...

    ReplyDelete
  4. Ini semua natang2 pkr buat kelakuan perhimpunan bersih mcm tu juga la buat perangai bavi mereka ke stadium. Sour looser. It is only a football game bodoooohh.

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.