Friday, December 5
KETUA PEMUDA UMNO PULAU PINANG KANTOI..............?
Kerajaan Negeri Pulau Pinang akan membuat laporan polis terhadap fitnah jahat Pemuda UMNO yang menuduh Persiaran Gurney akan ditukar nama kepada Persiaran Chin Peng, kata Ketua Menteri Lim Guan Eng.
“Perkara mengenai pertukaran nama langsung tidak pernah wujud. Persiaran Gurney tetap dengan nama Persiaran Gurney.
“Mana dia dapat maklumat seperti ini? Kononnya dari Pejabat Ketua Menteri, sedangkan saya sendiri pun tak tahu macam mana dia boleh kata ada sumber dari pejabat saya?
“Ini adalah tuduhan jahat dan kerajaan negeri mengutuk penipuan seperti ini.
“Kami juga akan membuat laporan polis terhadap Pemuda Umno khususnya Rafizal (Ketua Pemuda Pulau Pinang) kerana sengaja menimbulkan kebencian kaum,” kata Guan Eng dalam satu kenyataan..
Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang Rafizal Abdul Rahim baru-baru ini mendakwa kerajaan Pulau Pinang bercadang menukar nama Persiaran Gurney kepada Persiaran Chin Peng berkuatkuasa 1 Januari tahun depan.
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menegaskan bahawa Persiaran Gurney di sini akan kekal dengan nama berkenaan dan kerajaan negeri tidak pernah bercadang menukarnya kepada Persiaran Chin Peng.
Lim menyifatkan tuduhan kononnya nama jalan berkenaan akan ditukar kepada Persiaran Chin Peng mulai 1 Jan depan sebagai satu fitnah dan cubaan untuk menimbulkan kebencian kaum.
Tuduhan itu dibuat Ketua Pemuda Umno Pulau Pinang Rafizal Abdul Rahim.
“Kita nak tanya Rafizal mana ada sumber pejabat ketua menteri yang berikan maklumat sedemikian. Saya cabar beliau nyatakan siapa sumber itu. Kalau ketua menteri pun tak tahu (mengenai pertukaran nama) macam mana boleh ada sumber daripada pejabat ketua menteri.
“Perkara ini memang tidak wujud langsung. Persiaran Gurney akan kekal menjadi Persiaran Gurney. Kita rasa ini (dakwaan berkenaan) sudah lebih.
“Nak timbulkan kebencian terhadap kerajaan negeri, mengancam dan mengugut, saya rasa itu sudah lebih,” kata Lim pada sidang media di sini hari ini.
Sehubungan itu, beliau berkata kerajaan negeri akan membuat laporan polis terhadap Pemuda Umno Pulau Pinang dan Rafizal esok kerana membuat tuduhan jahat berkenaan.
Semalam, Rafizal mahukan penjelasan kerajaan negeri tentang khabar angin kononnya Persiaran Gurney akan ditukar nama berkuat kuasa 1 Jan sebagai mengenang sumbangan Chin Peng dalam memperjuangkan kemerdekaan negara.
Rafizal dalam sidang akhbar berkata pihaknya mendapat maklumat itu menerusi sumber dari pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.
Bagaimanapun beliau enggan mendedahkan sumber berkenaan.
Lim berkata tindakan itu juga adalah cubaan Umno untuk mengalih perhatian rakyat terhadap ucapan Ketua Umno bahagian Permatang Pauh Datuk Mohd Zaidi Mohd Said pada Perhimpunan Agung Umno Jumaat lepas.
Mohd Zaidi mendakwa kegiatan seperti perjudian dan pelacuran adalah ‘sumber kekuatan Cina yang tidak menyokong Barisan Nasional (BN)’ di Pulau Pinang dan mahu aktiviti penguatkuasaan diperketatkan.
“Perbuatan jenayah ini saya rasa nak alih perhatian daripada masalah yang dihadapi oleh Umno sekarang,” katanya.
Sementara itu, Lim berharap polis dan Pihak Berkuasa Tempatan akan menjalankan operasi bersama bagi menangani isu penjaga tempat letak kereta haram yang menggunakan kekerasan terhadap orang awam bagi mengutip wang.
“Pada 1 Dis lepas, seorang lelaki dipukul dengan helmet oleh penjaga tempat letak kereta haram kerana tidak membayar wang parkir. Lelaki itu tak mahu bayar sebab tempat letak kereta itu percuma,” tegasnya.
Dalam kejadian pukul 6 petang itu, Theam Ah Soo, 52, dipukul dengan helmet sebanyak tiga kali oleh seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an mengakibatkan mata dan dadanya cedera selepas enggan membayar wang kepadanya.
Kereta itu diparkir di kawasan tempat letak kereta percuma milik Perbadanan Bukit Bendera di Air Itam.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.