Friday, April 10

Akhirnya PM @NajibRazak Membalas Dengan Tenang.....


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akhirnya “membuka mulut” bagi menjawab semua persoalan dan kritikan yang dilontarkan kepada beliau berhubung pentadbirannya.

Beliau memilih TV nasional sebagai medium untuk menyiarkan jawapan-jawapan yang selama ini menjadi persoalan kepada orang ramai termasuk yang berkaitan isu politik dan ekonomi.

Program Soal Jawab Khas Bersama Perdana Menteri yang diterbitkan TV3 itu akan turut disiarkan oleh saluran televisyen rasmi negara, RTM pada jam 10 malam ini.

Sejak kebelakangan ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad lantang mendesak supaya Najib menjawab pelbagai persoalan termasuk kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu, kontroversi 1Malaysia Development Berhad dan pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia.

12 comments:

  1. sabar..game baru bermula..bom baru lps ni najib xbleh lari mana dah..penang tu xdapat dah ooiii...

    ReplyDelete
  2. Assalam. Saya tak rasa Najib jawab persoalan2 Tun M dan sebenarnya persolan2 kami rakyat yg melata ini. Khuatir UMNo/BN akan tersungkur kerana PM yg tak kompeten. 1MDB sebenarnya isu yg sudah terlajak perahu tak boleh diundur, isu Altantua hanya perlukan penjelasan berani apa latar belakang yg membawa kpd pembunuhan Altantuya. Di Kedah sudah ada ahli2 akar umbi yg malu nak tunjuk gambar Najib, tp Kedah/BN memerintah atas sebab Tun M. Saya pun akan mengajar UMNO/BN bila masa mengundi nanti. Ini sahaja cara akan menghantar mesej kepada PM. Tkasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adakah dgn mengubah kerajaan akan membawa kepada kebaikan....orang kita ga gal menilai dan sebab itu mudah dipengaruhi....

      Delete
  3. Assalamualaikum

    Jawapan PM bukan lah jawapan kepada soalan2 Tun (rakyat), yang sepatutnya merungkai segala semua persoalan selama ini. Mungkin penyokong2 PM gembira dengan temuramah malam tadi, tapi hakikatnya ianya mezahirkan lagi tentang ketidakupayaan UMNO untuk memahami masalah yang sebenar.

    Kalau pun TUN M ada agenda di sebalik soalan2 tersebut, ini lah waktu terbaik untuk PM dan UMNO yang sepatutnya dimanfaatkan untuk mendapatkan keyakinan pengundi2 dengan menjawab setiap pertanyaan tersebut dengan bahasa yang mudah difahami oleh rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hidup rakyat malaysia berkisar politik hampir setiap waktu, kadang2 bosan dgn dia orang ni, aku takut suatu hari nanti ALLAH tarik semua kenikmatan yang ada...

      Delete
  4. Betul. ..semuanya komen category kedai kopi....soalan2 Tan Tin Tun tu pon soalan2 kedai kopi....hampeh

    ReplyDelete
  5. Jawapan tenang kepala otak hang. Soalan tak jawab.. asyik2, "saya kena buat keputusan sebagai Perdana Menteri".. keputusan apa? bagitaulah.. lembu pun geleng kepala dengar "jawapan" macam ni. Sebab lembu tahu jawapan2 tu macam taik dia saja a.k.a. bullshit!

    ReplyDelete
  6. MatKilauPenang - satu saja harapan saya - jangan memalukan orang orang Melayu Penang kerana kami bukan semuanya bodoh !

    ReplyDelete
  7. Pada saya soalan tun tak dak satu pun yang dijawab.

    ReplyDelete
  8. Najib fikir dia menjawab soalan?

    ReplyDelete
  9. Najib fikir dia menjawab soalan?

    ReplyDelete
  10. Nie kalau masuk Maharaja Lawak sure menang hahaha...

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.