Sejak malam semalam tersebar di media sosial mendakwa Tabung Haji membeli dua bidang hartanah di kawasan Segitiga Emas KL dari 1MDB untuk menyelamatkan 1MDB. Satu bidang hartanah untuk Residential Tower yang bernilai RM 188.5 juta dan satu bidang untuk Signature Tower yang bernilai RM 577 juta.
Itu adalah satu laporan yang tidak benar yang cuba membakar sentimen pendeposit-pendeposit TH.
Dakwaaan tersebut tidak benar 100 %.
Tanah tersebut tidak dibeli oleh Tabung Haji (TH). Ianya dibeli oleh Tabung Haji Properties (THP). Sebuah anak syarikat TH yang beroperasi dalam bidang hartanah. Di sini orang ramai perlu faham perbezaan antara TH dengan THP. Bidang THP adalah beli tanah, jual tanah, bina bangunan, beli bangunan dan jual bangunan. Pernahkah anda dengar pendeposit-pendeposit pergi menyimpan duit di THP ? Pernahkah anda dengar THP yang menguruskan jemaah-jemaah haji ke Tanah Suci ?
THP tidak membeli kedua-dua bidang tanah seperti yang didakwa. THP hanya membeli SEBIDANG SAHAJA untuk pembangunan Residential Tower dengan harga RM 188.5 juta. Pembelian itu dibuat setelah THP membuat kajian dengan teliti merangkumi pelbagai aspek. Selain daripada untung rugi sebarang aspek bisnes melibatkan THP antara yang utama diambil kira adalah urusniaga yang dijalankan adalah mestilah mengikut syarak.
Kenapa THP membeli tanah 1MDB ?
Perniagaan melibatkan hartanah adalah perniagaan teras THP. Apabila ada peluang yang baik untuk mendapat untung maka sudah tentulah peluang harus diambil.Tanah yang ditawarkan berada di kawasan Segitiga Emas yang mana ianya tanah yang bernilai tinggi dan peluang mendapat untung yang lumayan. Pelabur-pelabur lain daripada dalam dan luar negara berebut-rebut membeli tanah di kawasan berkenaan dengan harga yang lebih tinggi kerana potensi pulangan yang lumayan. Salahkah jika sebuah agensi umat islam membeli tanah dikawasan yang menjadi rebutan pelabur ?
Tambahan pula THP ditawarkan dengan harga yang lebih rendah. THP telah melantik sebuah penilai bebas untuk menilai pasaran di kawasan berkenaan. Kajian yang dijalankan mendapati apabila siap kelak nilai bangunan itu RM 828 juta. Manakala modal yang THP keluarkan untuk pembelian tanah (RM 188.5j) dan modal pembinaan bangunan (RM 456j), dimana kos keseluruhannya RM 644.5j. THP akan mendapat untung RM 183.5j dalam masa 3 tahun.
Dimana dengan wang keuntungan RM 183.5j , ianya boleh menanggung seramai 25’171 orang subsidi jemaah haji.
Disini umat islam perlu faham, setiap tahun kos menunaikan haji semakin meningkat. Di Malaysia jemaah kali pertama hanya perlu membayar RM 9980.00 untuk menunaikan haji. Sedangkan kos sebenar untuk menunaikan haji sekarang adalah RM 17’270.00 seorang. TH perlu menanggung subsidi sebanyak RM 7290 seorang jemaah. Bayangkan sebanyak 40 ribu jemaah yang perlu ditanggung. Kosnya mencecah 300 juta setahun. Itu belum diambil kira lagi kos petugas, pembimbing haji, kesihatan dan sebagainya. Subsidi hanya untuk menanggung penginapan dan pengangkutan sahaja.
Atas dasar itulah anak-anak syarikat TH termasuklah THP perlu agresif mencari peluang-peluang perniagaan yang menguntungkan. Kerana setiap tahun setiap anak syarikat akan membayar dividen kepada syarikat induk iaitu TH. Wang itu yang digunakan untuk menanggung subsidi haji serta membayar dividen yang mencecah 8 % setahun kepada penyimpan.
Jika tidak ada perniagaan bagaimana mahu membuat untung. Jika tidak membuat untung bagaimana mahu menolong umat-umat islam di Malaysia menunaikan haji ? Bagaimana mahu membayar dividen kepada penyimpan ?
Jika THP menolak tawaran yang ditawarkan 1MDB mereka telah terlepas satu peluang perniagaan yang menguntungkan. Perlu diingat bukan senang untuk anak-anak syarikat TH mencari perniagaan. Kerana mereka terikat dengan syarak. Setiap sen yang dilaburkan mereka perlu tahu halal haram kerana wang itu akan digunakan untuk jemaah haji.
Ada dakwaan yang mengatakan 1MDB mendapat tanah tersebut dengan harga yang lebih murah dan dijual kepada THP dengan harga yang lebih mahal. Untuk pengetahuan, dalam perniagaan hartanah atau perniagaan apa-apa sekalipun, kita tidak boleh mengambil kira berapa modal penjual. Kita perlu tahu berapa modal kita dan berapa kita akan dapat untung. Jika kita rasa menguntungkan kita maka kita boleh beli.
Bagaimana pula dengan anak orang kampung yang mendapat tanah percuma daripada bapa mereka kemudian hendak dijual dengan harga yang mahal ? Bolehkah kita pertikaikan ? Dalam hal ini THP telah melantik penilai untuk menilai tanah tersebut sebelum membelinya. Tanah yang dijual 1MDB telah ditukar status dan siap dengan infrasuktur. THP hanya beli dan boleh terus bina bangunan.
Kesimpulannya dalam kes ini tidak ada apa-apa isu . THP tidak menyelamatkan mana-mana syarikat (bailout). THP hanya membeli aset dimana untuk mereka mendapat untung dan akhirnya untung itu akan dinikmati oleh bakal jemaah-jemaah haji serta pendeposit.
Isu ini sengaja dipolitikkan untuk tujuan politik. Semoga Allah membuka pintu hati mereka.
Kenapa tak beli terus dekat kerajaan. Baru 4juta. Cakap macam pendeposit terhegeh2mibta bantuan dekat tabung haji nak pergi buat haji. Yang diguna buat beli tanah datang dari mana?
ReplyDeleteDap akan berusaha meruntuhkan TH atas nasihat Zionis. Melayu2 hapak ramai termakan hasutan ini..
Deletecai xyah la nak pusing2 lagi da..da macam mamak baling pulak ko ni..aritu kata xde beli.da kantoi kata miscommunication..mamak punya pusing lagi power dari keling.ko pon nk jadi mamak gak ker kaki pusing?ahah
ReplyDeletekadang2 tak faham jugak org kita nie pasal bisnis peringkat tinggi. Bagi org awam dianggap membazir apabila syarikat dari half gov beli tanah alasan guna pendepost org pegi haji..akan tetapi apabila melibatkan kepentingan orang kita khususnya ingin melawan monopoli kaum lain ia diharuskan sebagai penyelamat dan kesinambungan org kita.
ReplyDeleteSekiranya tanah itu dijual kpad kaum lain maka sy rs takde sgt isunya..tetapi jika dibagi ke org kita maka kecohlah perasaan hasad dengkinya..sebab itulah orang inggeris tidak suka bagi apa keoentingan kepada orang melayu kerana akan berlaku peperangan dan kekecohan barbanding berniaga secara baik.
Dap atas nasihat Zionis akan cuba meruntuhkan institusi TH. .jika berjaya hilanglah kekuatan ummah..Melayu haprak dah termakan hasutan ini..tengok keuntungan anak syarikat tabung haji plantation, bank islam, takaful, TH travel , TH properties. Sekitar 1.5 billion keuntungan. ..kalau Lembaga Pengarah bodoh takkan dapat generate revenue macam ini..itu yang DAP dan Zionis dengki..malangnya ada Melayu haprak otak selut jadi balachi seperti anon2 di atas. Kharktui.
DeleteAnon 242, isu ni fitnah dajal DAP nak burukkan TH kau x yahlah percaya. Apa pun tanah tu kerajaan dah jual pada 1MDB camna nak jual pulak pada THP? Kau dulu sekolah ke tidak? Tentulah 1MDB yg boleh jual sbb tanah tu miliknya dan THP beli. Dulu memanglah harganya murah sebab tanah kosong. Setelah beberapa tahun berlalu dan setelah dibuat infrastruktur, nilai pasarannya dah naik. Tapi dlm tempuh beberapa tahun akan datang dan setelah THP bangunkan, nilainya akan berlipat kali ganda lagi dan ini bakal menguntungkan THP yg seterusnya diagih dividen setiap tahun kepada pendeposit serta subsidi kos pergi haji. Bukankah ini meringankan beban kewangan pendeposit? Mungkin kamu ni x de akaun TH kot sebab tu x tahu hal ni. I think next time no knowledge no talk, buat kelirukan org je.
ReplyDeleteurusniaga tak kena masanya...kita
ReplyDeletelebih pecaya pd Tun M...
setelah mendengar penjelasan diatas rasanya lbh faham dgn situasi, biasalah org awam bila dgr angka juta2 mulalah terbeliak biji mata tak tau juta tu byk mana.. cuma skrg dlm isu ini melibatkan 1mdb yg tgh panas knp tak fikir masak2 sblm membeli, walaupun ia menguntungkan kena fikir juga dr segi fitnah masyarakat.. tindakan ini nmpk lebih kearah bailout drpd bisnes tmbhn pula org2 yg sama terlibat dlm kedua2 syarikat tentu timbul konflik of interest.. tambahan pula dizaman media sosial skrg hampir semua benda tak dpt disembunyikan, ini beri peluang kpd mrk yg menangguk di air yg keruh.. cuma skrg apa yg TH blh lakukan bentangkan laporan jurunilai hartanah dikaw tersebut adakah harga yg dibeli mengikut harga pasaran.. walaubagaimanapun sehingga kehari ini TH telah menjalankan tugas mrk dgn cemerlang yg menjadi contoh kpd negara2 lain sudah beribu2 jemaah yg diuruskan setiap thn tdk pernah timbul masalah jika dibandingkan dgn syarikat lain, TH juga telah melahirkan ramai usahawan2 melayu dan menyediakan ribuan peluang pekerjaan, jika semua ini tdk diurus tadbir dgn baik dah lama TH terlingkup.. TH mmg sebuah syarikat melayu islam yg berdaya maju itu diakui oleh masyarakat bisnes, bila dah maju ramailah musuh so kena berhati2lah..semoga perbuatan yg baik mendapat balasa yg baik juga.. amin
ReplyDeleteAnon 226, aku walaupun respek TDM aku masih fikir buruk baiknya. Sejak akhir2 ni aku memang antiTDM kerana dia, Melayu dah rugi dianggarkan RM100 juta dlm beberapa tahun lagi kerana THP dah jual balik tanah tu. orang yg lebih tahu hal 1MDB dan THP ni ialah mereka yang mengurus je bukannya TDM. Dia x mengurus so x tahu kedudukan sebenar cuma dakwa2 je. Sepatutnya kau bacalah penerangan 1MDB dan THP. Melayu boleh linkup kerana orng mcam TDM dan kau ni.
ReplyDeleteSudah sudah laa korang memperbodohkan rakyat.
ReplyDeleteRakyat boleh imbang la yang mana baik dan buruk.
Tak habis2 korang memperbodohkan rakyat.
PRU14 insyaAllah rakyat akan menjawap.