Saturday, May 9

SINDIRAN PEDAS @azeezputera PADA PEMUDA UMNO @Khairykj @azwanbro


Konsep simpanan di TABUNG HAJI adalah berdasarkan konsep Wadi’ah Yad Dhamanah. Ia merupakan kontrak simpanan yang dibuat di antara pemilik (pendeposit) barang (wang) di mana pendeposit menyimpan wangnya dan TABUNG HAJI sebagai penjaga (custodian) bersetuju untuk menjaga wang tersebut. 

Sebagaimana yang telah termeterai di dalam aqad di antara pendeposit dan TABUNG HAJI, pendeposit telah memberi keizinan kepada TABUNG HAJI untuk menguruskan wang mereka bagi apa-apa tujuan yang dibenarkan oleh Syariah. 

Sebagai kesan daripada kebenaran yang diberikan, TABUNG HAJI akan menjamin nilai pokok wang yang diletakkan di bawah jagaannya.


Lembaga Tabung Haji (TH) perlu membuat pelaburan supaya hasilnya boleh menampung kos haji yang meningkat setiap tahun.

Contohnya kos mengerjakan haji pada tahun ini ialah sebanyak RM17,270 seorang tetapi TH hanya mengenakan bayaran sebanyak RM9,980 sahaja.

"Perbezaannya adalah RM7,290 dan TH memerlukan peruntukan minimum sebanyak RM120 juta untuk disubsidi kepada jemaah haji.

"Bagaimana TH mampu memberi subsidi jika TH tidak melabur, andai kata TH menaikkan RM3,000 lagi mesti orang marah," kata Pengerusi TH, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim pada sidang akhbar bagi menjelaskan pembelian tanah milik 1Malaysia Development Berhad.

Tanah yang dibeli oleh TH pada harga RM188.5 juta itu dirancang untuk dibangunkan kediaman.

Tambahnya, pasaran nilai bagi harga kelapa sawit dan getah jatuh dan hartanah merupakan antara aset yang memberi pulangan baik, justeru tidak salah jika hartanah menjadi tumpuan pelaburan TH.

Beliau mengaku terkilan kerana isu pembelian tanah itu diperbesar-besaran sehingga kebaikan dan sumbangan TH selama ini tidak dihargai.

Katanya, TH sentiasa memperbaiki pengagihan dividen daripada 4.7 peratus dinaikan kepada 5 peratus, 5.5 peratus dan pada tahun kewangan 2013 dan 2014, pendeposit masing-masing menerima agihan sebanyak 8 peratus dan 8.25 peratus.

Untuk membayar agihan kepada 8 juta pendeposit, TH perlu mencatatkan keuntungan sebnayak RM3.248 bilion.

"Bayangkanlah kalau TH tidak berniaga macam mana kami mahu bayar agihan dan menampung kos haji?," tambahnya.

32 comments:

  1. Pemuda UMNO x de akal yg waras, bodoh x de ilmu fasal pelaburan. Dah tu dijangkiti virus perosak TDM, jadi meroyan terus loss x tahu mana betul mana salah.

    ReplyDelete
  2. Yg tiada akal waras itu kau, 1mdb beli murah th beli mahal2 kenapa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu tanya govt dan 1Mdb ler .pasal pulak tanya tabong haji..lu baru minum air ketum ka?

      Delete
  3. "Bayangkanlah kalau TH tidak berniaga macam mana kami mahu bayar agihan dan menampung kos haji?,"

    Tidak ada masalah kalau TH nak berniaga atau beli tanah TRX tu... yg dipertikaikan 1MDB beli 4 juta dan jual ke THP sebanyak 188 juta ya...betul... 1MDB pun nak untung tetapi tak kan jual sampai 188 juta?

    Bukankah kedua duanya 1MDB dan TH milik kerajaan? Tidak boleh kah buat urusan win-win? Adakah unsur2 rasuah? penyelewengan?mungkin adakah yg mendapat riba?

    ReplyDelete
  4. anon 5:54.

    PUM rami yg kaya raya,berkereta besar,wang banyak,hidup mewah,tapi itu semua bukan hasil yg mereka perolehi dari perniagaan tulin secara profesional,berkerja keras,mengambil risiko tinggi dan perancangan yg rapi .Sebaliknya semua kemewahan tersebut adalah menefaat dari jawatan mereka dalam PUM yg mereka pegang.Jadi mana mereka tahu soal perniagaan.Tampa PUM mereka barangkali jauh lebih miskin dari kita.

    ReplyDelete
  5. anon 6;03,

    Kena ingat,Tabung haji walau pun badan berkanun kerjaan,tapi faedahnya hanya utk penabung yg terdiri dari umat Islam.Sedangkan kerajaan adalah hak seluruh rakyat negara ini termasuk yg bukan Islam.

    Lagi satu apakah del sekarang tidak win-win situation,bila TH di bberi pada harga diskaun dari harga pasaran?

    ReplyDelete
  6. Anon 603, mungkin pengetahuan dan pengalaman kau ciput sangat. Pembeli rumah kerajaan cuma RM25 k sahaja. Lepas beberapa tahun jual balik RM150 K untung besar kan kerana ikut harga pasaran. Kadang x de renovation pun. Apa beza 1MDB beli murah lepas beberapa tahun jual ngan THP mahal? sebab harga pasaran dah naik. Hartanah nilai sentiasa naik apatah lagi kalau dah dibuat plan, infrastruktur dan sebagainya macam TRX ni. Kau tenguk THP jual balik dlm masa 1 bulan untung RM5 juta untung atas angin. Kalau 2, 3 tahun lagi untung dianggarkan RM100 juta dah melepas. Ada TDM, DAP dan Pemuda UMNO atau kau nak ganti kerugian ini? Agak2 kalau awak beli hartalah adakah awak jual balik ngan harga sama? Impossible!

    ReplyDelete
  7. Inilah org Malaysia,tak beri penerangan susah dah beri penerangan pun susah....ada sahaja yg tidak kena ....

    ReplyDelete
  8. jual saja kepada bukan islam bukan melayu, biar melayu putih mata Tanah tergadai, ada satu tabung yang boleh selamatkan harta melayu pun di kecam di kutuk..apa punya bangsa yang masih tak sedar diri, kalau kita tak tau niaga..better shut up..tak Nampak macam mana TH dapat bagi dividen tinggi kalau tidak hasil niaga..keluar lah kamu melayu dari tempurung mu...banyak udara bersih di luar sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju..tapi Qaum al-fittan ni bila jadi nnt akan salah tuhan..itu Takdir. ..yang sadisnya siap kata "kami redho"...berurusan dengan jahilun what to expect

      Delete
  9. Bila dah ramai bersuara, TDM, Blogger2, Menteri2 dan Pemuda UMNO....TH baru rasa terketar. 1MDB beli 70 ekar dgn harga RM194 M, TH beli 1.5ekar dengan harga RM188M.....ada yang tak kena kot. Jadi kalau ditanya soalan mengenai ini jawab la, bukannya susah sangat. Kita jangan jadi pak turut je, kena check and balance juga bro.

    ReplyDelete
  10. Isu sebenarnya adalah 1mdb, bukan tabung haji.

    Kerajaaan jual pada harga murah pada anaksyarikatnya 1mdb. dan 1MDB jual pada tabung haji pada harga pasaran.

    jadi mana salahnya Tabung haji. KENAPA kerajaan jual pada 1mdb dengan harga murah. Bodoh ke apa jualpada diri sendiri dengan harga mahal

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  12. Nak tahu kenapa ada beza harga antara harga tanah 70 ekar dengan tanah 1.5 ekar. Harga tanah yang lebih dari satu ekar biasa di kategorikan sebagai tanah pertanian.Tetapi memandangkan tanah 1.5 ekar ini terletak di kawasan tiga segi emas, harga dia jauh lebih tinggi kerana mempunyai nilai potensi perdagangan. di mana segala kemudahan infrastruktur sudah pun di sediakan dikawasan berkenaan. Harga tanah pertanian tidak sama dengan harga tanah commercial. Melainkan jika tanah seluas 70 ekar itu telah mendapat kelulusan tukar syarat sebagai tanah pembangunan. Harap maklum.

    ReplyDelete
  13. Padan muka melayu islam malaysia , ini baru menang menang namanya,

    ReplyDelete
  14. Kerajaan Negeri Pulau Pinang dibawah Guan Eng menjual tanah Bayan Mutiara kepada Ivory Properties seluas 200 ekar (termasuk reclamation right) dengan harga RM240 sekaki persegi pada tahun 2010. Pada tahun 2013 Ivory Properties menjual salah satu parcel (berkeluasan +/- 6 ekar) dengan dengan harga RM650 sekaki persegi. Tidak kah Guan Eng seorang yang bodoh? Kenapa dia tak jual di Bayan Mutiara parcel by parcel. Dia tidak bodoh sebenarnya, dia dah bagi (lock) pemilikan tanah itu kepada syarikat Cina iaitu bangsanya sendiri.

    Pengajaran dari fakta2 di atas ialah:

    1. Harga tanah akan sentiasa melonjak tinggi terutama di kawasan2 bandar. Bagi TRX pula yang akan lengkap dengan jarngan MRT dan lain2 infrastruktur dan cadangan pembangunan yang strategik sudah tentu lonjakkannya amat pantas terutama bila MRT hampir siap.

    2. Orang Cina pandai, orang Melayu bodoh dan kuat melatah. Sila baca artikel Raja Petra Kamarudin (RPK) dalam portal Malaysia Today bertajuk Mass Hysteria Syndrome of the Malays yang sangat melucukan mengenai orang Melayu.

    Jawapan kepada orang yang bertanya kenapa Kerajaan tak jual terus tanah kat Tabung Haji:

    1. Tanah2 tersebut dibawah pelan pembangunan TRX yang lengkap dan strategik oleh 1MDB. Sama juga seperti tanah Bayan Mutiara tadi sudah jadi milik Ivory Properties dan sudah ada pelan pembangunan dan infrastruktur yang lengkap. Sudah tentu harganya melonjak tinggi. Sekarang harganya sudah melebihi RM1000 sekaki persegi.

    2. Tabung Haji tidak boleh jadi 1MDB kerana tidak mempunyai kepakaran dan modal yang mencukupi. Tapi Tabung Haji mempunyai kepakaran untuk membangunkan salah satu parcel tanah 1MDB untuk pembangunan service kondominium dan pendedahan modalnya adalah minima terhadap sebarang risiko luar jangka.

    3. 1MDB sebenarnya hampir sama seperti Temasek Holdings syarikat pelaburan strategik dari Singapura. Mulanya mengalami kerugian tapi sekarang syarikat konglomerat terkemuka Singapura.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Guan Eng jangan sebut. Dia rakan Boss 'kami' si Peliwat Tua di Sungai Buloh taauuu

      Delete
  15. apabila si bodoh melantik si bodoh dan dipilih oleh tangan yg bodoh...

    ReplyDelete
  16. Misteri betul....bila masa Azeez tahu TH beli tanah dr 1MDB?....kan dia kata tak menahu?....dia tak pecat ke sesiapa yg memandai2 beli tanah dgn membelakangkan dia?....hahaha

    lagi satu, cepat betul penukaran pemilikan tanah dibuat sehingga TH tak boleh membatalkan pembelian yg telah dibuat. bukan ke 1MDB banyak duit?...pulangkan je la balik duit tu.

    lepas ni kalau Azeez sentap, nak jual aset TH yg mana pula?...GLC2 lain boleh la tiru cara Azeez ni utk kembalikan maruah syarikat masing2.

    ReplyDelete
  17. akibat perebutan jawatan dalam GLC, top-top gun dlm tabung haji sendiri yang pecah lubang ni... kah..kah..kah..

    ReplyDelete
  18. akibat perebutan jawatan dalam GLC, top-top gun dlm tabung haji sendiri yang pecah lubang ni... kah..kah..kah..

    ReplyDelete
  19. Boleh tahan ramai askar cyber upahan umno dlm ni..syabas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak buloq duit umno. .bangga duit sendiri..tak buloq duit Dap Zionis Israel

      Delete
    2. Datum Jelatek pe hal..hak Melayu hilang bawah Dap Zionis tak komen ke? Redho?

      Delete
  20. Sudah..jgn tegakan benang basah...

    ReplyDelete
  21. Diktator rupanya awak ni..low class

    ReplyDelete
  22. Menang berbahas, tanah bernilai tergadai

    ReplyDelete
  23. ASSALAM BRO,KEMELUT NI BERPUNCA DARI TH YANG MEMBELI SECARA SENYAP-SENYAP.KALAU PEMBELIAN TU DIUAR-UARKAN DAHULU AKU RASA TAK JADI MACAM NI.BELI DIAM-DIAM BILA TERBONGKAR MERAJUK NAK JUAL BALIK,INI MENYEBABKAN ORANG RAMAI NAIK ANGIN.

    ReplyDelete
  24. Orang Melayu jngn cepat melatah. Kalau x tahu hujung pangkal x yahlah komen. Kesannya sendiri rugi besar, menangis pun x guna bila nasi dah jadi bubur. Biarlah kerajaan uruskan benda2 yg besar ini. Yg penting cukup tahun dividen saham dapat, dividen tabung haji dapat, dividen epf dapat, BR1M dapat, macam2 subsidi dapat, hidup pun selesa x susah manapun. x yahlah komplen je kerjanya, nanti kehidupan x berkat kerana x bersyukur. Nanti macam2 boleh jadi seperti kebahagiaan yg anda kecapi sekarang boleh hilang sekelip mata. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian x berguna.

    ReplyDelete
  25. Punya kelam kabut ni bila si tua Madeay Keling tu main ancah.

    SI tua busuk hati tu dihalalkan buat apa shj atas alasan dia negarawan?

    atau buat2 lupa dia adalah perompak besar wang negara.. tp bijak tutup..

    nampak KLCC, nampak PUTRAJAYA.. nampak LRT.. nampak KLIA.. hang rompak 200 billion pun takpa sbb Melayu suka tgk monumen.. wpun nak setuh pun silap2 kena terajang..

    Jadi falsapah Madeay Keling mudah shj nk ikut.. kau rompak byk billion pun takpa..janji u kasi makan kitorng by kenyang then tutup rapat2..

    kalau bising pakai ISA.. TANGKAP.. masuk dlm berita ini org penghasut.. ini org penyokong Soros..

    Mirzan dgn Mokzani mesti mau jaga.. anak bapakkkk...


    :)

    ReplyDelete
  26. Ambil jurunilai orang kafir, dalam Malaysia ini tak ada orang Islam berkelayakan dalam bidang jurunilai . Kata nak tolong Islam tapi semua nya pembohongan belaka .

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.