Wednesday, June 17

Bung Mokhtar Mengamuk ‘Kamu Diam, Anak Haram’ @MyKinabatangan


Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin di dalam sidang Dewan Rakyat sebentar tadi mengamuk dengan tindakan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin yang di dakwa telah menghantar sekumpulan wanita untuk berhimpun di hadapan rumahnya.

Bung ketika sesi perbahasan Rang Undang-Undang Institusi Kewangan Pembangunan (Pindaan) 2015.membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36 (12), meminta agar Ketua Wanita PKR itu dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Keistimewaan untuk tindakan disiplin.

“Saya ingin maklumkan sekumpulan wanita Ampang telah dihantar oleh Ahli Parlimen Ampang untuk menceroboh rumah saya, membawa sepanduk dengan pelbagai tohmahan, jeritan reformasi dan sebagainya.


“Laporan polis telah dibuat, tapi (sebarang isu yang dibangkitkan di dalam dewan) diselesaikan di dalam dewan ini, jangan biadap. Nasib baik saya tidak ada (dirumah pada ketika itu) kalau tidak, mungkin ada yang akan mati di situ” katanya.

Beberapa ahli parlimen pakatan pembangkang kemudianya dilihat membantah dan mengejek kenyataan yang dikeluarkan itu.

Marah dengan tindakan itu, Bung kemudinnya mencabar agar ahli-ahli parlimen pakatan pembangkang yang tidak berpuas hati dengan tindakannya itu untuk berjumpa dan meneyelesaikan perkara itu di luar dewan sekiranya mereka benar-benar anak jantan.

” Jangan cabar saya, cuba kalau mahu (gaduh) dengan saya, tiga orang (sekali) pun tak ada masalah… masalahnya menceroboh.

“You shut up bastard (kamu diam, anak haram)… kalau kau lelaki (dan) anak jantan, keluar kau

” Ini melibat maruah dan nyawa keluarga saya, ancaman ini tidak baik ini perbuatan biadap yang dilakukan oleh ahli parlimen Ampang” jeritnya sambil cuba ditenangkan oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang cuba mencelah dengan mendakwa tindakan itu hanya merupakan peribahasa turut ditemplak oleh Bung.

“Menceroboh pun nak pakai peribahasa, bodoh. Terus-terang saya katakan, saya marah kerana rumah tangga saya telah dikacau (kalau) berlaku satu kali lagi, kita boleh tengok siapa yang hidup (masih bernyawa).

” Jangan kacau saya, kamu diam, kalau orang macam kau ni (ada) di Kinabatangan, siaplah kau ” ujar beliau sambil duduk setelah diarahkan oleh Pandikar.

wanita ampangTerdahulu sekumpulan pemimpin dan ahli daripada kalangan pembangkang hari ini membuat satu protes terhadap Bung bagi menyatakan bantahan terhadap kenyataan yang didakwa berbau seksis.

Mereka turut menekan Dewan Rakyat supaya menggantung beliau daripada menghadiri parlimen kerana atas kesalahan menghina kaum wanita.

Seorang, wakil wanita PKR menyatakan bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Bung merupakan satu penghinaan bukan sahaja kepada ahli parlimen wanita di Parlimen tetapi merupakan satu penghinaan kepada semua wanita.

“Selagi dia tidak dikenakan tindakan ia akan terus keluar kenyataan menghina wanita,” katanya kepada wartawan di sini di hadapan perkarangan parlimen.

“Saya nak cabar dia, kalau berani mari sini.Dia perlu memohon maaf secara terbuka. Kalau betul anak jantan datang sini jumpa wanita”, katanya sambil disambut oleh peserta lain.

“Kebiadaban terhadap MP Ampang, wanita PKR mohon supaya Bung menarik balik kenyataannya kerana sejarah membuktikan bahawa peradaban wanita lebih tinggi daripada lelaki.

Lebih kurang 80 orang hadir ke demontrasi ini untuk menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap Bung.

Bung pada 9 Jun di Persidangan Dewan Rakyat sewaktu berbahas telah mengeluarkan kenyataan: “Saya bimbang, saya tengok laki dia(suami Zuraida) di rumah takut macam ini keadaan”.

Kisah 9 Jun lalu tidak lagi berkesudahan apabila Zuraida membangkitkan isu tersebut di Parlimen dan Bung sekali lagi mempertahankan tindakannya, bahkan menyatakan bahawa ia merupakan suatu bentuk teguran kerana ucapan Zuraida terlalu ganas baginya.

“Saya ikhlas menegur, kerana lelaki dia menderita perangai dia macam tu,” ujar Bung lagi.

Mengulas lanjut, Bung turut memberikan contoh bahawa kritikannya terhadap Zuraida adalah biasa dan menyatakan terdapat sesetengah pihak di laman sosial yang menuduh Zuraida memiliki wajah menyerupai hantu.

Manakala Zuraidah menjelaskan bahawa wanita merupakan aset negara. Jadi kerana ini, Bung Mokhtar tidak patut memperlekeh wanita di dalam dan luar parlimen.

“Hari ini kita ingin menegaskan bahawa ini bukanlah kesalahan kali pertama Bung menghina wanita, tetapi sudah kali ke lima melakukan perkara yang sama.

Tegasnya lagi, beliau kecewa dengan speaker dewan rakyat kerana tidak mengambil tindakan yang sewajarnya.

“Ini seolah-olah Bung ada kabel dan lesen besar di Parlimen dan bukti bahawa reformasi parlimen sebenarnya tidak wujud. – SuaraTV

8 comments:

  1. Betul apa...muka betina sundal tu macam hantu puaka!

    Pompuan yang tersangat hodoh dalam hati sampai muka langsung tak berseri. Macam babi.

    ReplyDelete
  2. Wakakakakaka setuju sangat dengan gelaran mak lampir..... siapa sebenarnya yang seksis ni... bung hanya menegur mak lampir bukanya golongan wanita... yang dia spin kunun menghina wanita pahal...

    ReplyDelete
  3. Orang tua kata biar rupa huduh jangan perangai huduh...Tapi Si zubaidah ni memiliki kedua dua nya..rupa huduh perangai pun huduh..kesian..ini betul kejadian bukan cubaan..

    ReplyDelete
  4. Cuba bayangkan kalau Bung Mokthar adalah wakil pembangkang. Sudah tentu diheret keluar oleh pengawal Parlimen serta merta dan digantung selama 12 bulan. Tapi memandangkan dia dari BN, undang2 tidak wujud. Makin hari terserlah kebiadapan dan sikap samseng Menteri BN satu persatu.

    ReplyDelete
  5. Anon 1127, budaya samseng budaya PR bukan BN. Bukan Bung saja, tapi semua orang akan marah kalau diprovoke macam tu. Lagipun Bung kata lain, yg diprovoke benda lain. Sapa yg x cerdik sebenarnya?

    ReplyDelete
  6. mari kita viralkan wajah mak lampir yg sebenar dan buat survey, setuju tak rupa dia dilampirkan. senang2 nak kutuk orang lain sendiri punya perangai pon macam lampir, muka jangan cakap laa...

    ReplyDelete
  7. Sudah sudah lah....kamu semua sama aje, tak takut dosa....tak puasa ke? Tinggalkan makan minum tapi buat dosa caci maki orang, sia2 saja puasa kamu ini lah.

    ReplyDelete
  8. Mak Lampir ni dah kawin ke? oh malangnya lelaki itu!

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.