Saturday, June 20
PARTI MELAYU CARCA MARBA, PARTI CINA AMAN DAMAI...
DAP sudah pun keluar dari Pakatan Rakyat (PR) sekali gus meranapkan impian gabungan ini untuk menawan Putrajaya dan menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum (PRU14) tiga tahun lagi.
Hubungan yang tidak pernah elok dalam PR terutama di antara DAP dan Pas sejak mula digabungkan akhirnya pecah juga dan ramai yang menyifatkan perpecahan itu lebih baik berlaku sekarang sebelum PR menang PRU14 seperti yang diramalkan banyak pihak.
Memang BN sendiri agak bimbang dengan sokongan rakyat terhadap PR lebih-lebih lagi dengan krisis dalaman yang melanda UMNO hari ini melibatkan mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad dengan Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Hampir semua pekung Najib dan UMNO didedahkan Mahathir satu demi satu sehinggakan rakyat menjadi semakin meluat melihatkan ‘peperangan’ dua pemimpin parti Melayu ini.
Tidak ada yang baik tentang Najib yang lahir daripada mulut Mahathir malah semua yang dilakukan oleh suami Datin Seri Rosmah Mansor ini hanyalah buruk belaka di mata Mahathir.
“Peperangan’ ini sempat dijadikan modal PR untuk menang dalam pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh sebagai bukti UMNO parti kerajaan yang sedang bergolak.
Rakyat Permatang Pauh tidak mahu memilih BN dan terus memenangkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) walaupun bunga-bunga keretakan hubungan Pas dan DAP dalam PR telahpun tersemai.
Jelas sekali, rakyat masih yakin dengan PR untuk terus maju dan memastikan hasrat ‘menguburkan’ BN menjadi kenyataan pada PRU14 nanti.
Namun hari ini, rakyat dah bercelaru dan semakin bercelaru memikirkan kedudukan PR yang mereka sokong hingga berjaya mendapatkan Selangor dan Pulau Pinang daripada kerajaan BN.
Dan perpisahahan DAP dan Pas adalah sesuatu yang sudah pasti melegakan BN kerana PR sudah tidak lagi bersatu untuk bertanding satu lawan satu dengan BN.
Selepas ini, DAP akan bertanding sendiri pada PRU14 nanti tanpa bergabung lagi dengan PR. DAP akan berkempen dan cari pengundi sendiri untuk menang kawasan yang dipertandingkan.
Khabarnya memang menjadi perancangan DAP untuk keluar daripada PR dan bergerak sendirian selepas yakin pengundi Cina yang menolak BN akan menyokong DAP pada PRU akan datang.
Itulah startegi politik DAP! Malah kini DAP berjaya menyelinap masuk dalam satu kumpulan Pas untuk sama-sama menjatuhkan Datuk Seri Hadi Awang selaku Presiden Pas Malaysia.
Peliknya, kumpulan yang hendak menjatuhkan Hadi ini sanggup bekerjasama dengan DAP untuk menghancurkan Pas dalam diam.
Pada masa sama, Mahathir terus menggasak agar Najib akhirnya mengundur diri sebagai Perdana Menteri Malaysia dan juga Presiden UMNO.
Ketika pemimpin parti Melayu bertelagah ke arah kemusnahan, belum lagi terdengar pemimpin parti yang majoriti ahlinya kaum Cina seperti dari MCA, Gerakan dan DAP bergaduh sesama mereka.
Mereka hidup aman damai , berkongsi cerita Melayu gaduh sesama sendiri tetapi pada masa sama, mereka terus menguasai sektor ekonomi.
Sebaliknya, tiga parti politik Melayu yang ada, UMNO, PKR dan Pas tidak pernah aman dari dulu hinggalah sekarang malah semakin bercelaru.
Paling menyedihkan, ketika kerajaan UMNO semakin tenat dengan pelbagai propaganda, parti pimpinan kaum Melayu terus tak sebulu kononnya demi maruah tetapi DAP terus mendabik dada kerana berjaya mendapatkan sokongan kaum Cina dan Melayu!
4 comments:
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.
DAP yang akan hancur pada PRU14.
ReplyDeletePru14..dap jgn mimpi bentuk kerajaan..hanya dpt penang sj..penduduk cina berapa percent sj di Malaysia..undi melayu juga jd penentu..pas tetap dpt penyokong sama..pkr bukan pengaruh sgt..lihat jumlah MP lebih dap lagi..umno walau bermasalah masih di perlukan pengundi melayu untuk terus dibela..
ReplyDeleteDAP ni tukang chong atau tukang bancuh segala isu yang boleh memberi manfaat kepada kaumnya. Ini kerana MCA dan GERAKAN hanya berdiam diri dan membiarkan saja DAP menjalankan kerja2nya. Apabila MCA dan GERAKAN rasa bahawa segala cita2 mereka bersama DAP akan tercapai, mereka ni secara senyap2 akan menyokong DAP. Ingat boleh pecaya sangat ke dengan MCA dan GERAKAN ni. Semua ini telah pun terbukti dalam PRU13 dan tidak mustahil perkara sedemikian akan berulang lagi di PRU14.
ReplyDelete
ReplyDeleteMelayu hanya ikut perasaan saja! Gagal guna otak. Gagal membaca arah tujuan perjuangan. gagal mengawal nafsu . Gagal mmembina maruah baik. Gagal membentuk generasi muda bertanggung jawab!! Gagal mentakrif tindak tanduk perbuatan! Gagal kerana tamak haloba!! Sedih konon ada kebangkitan Islam11 Tetapi tiada penghayatan sebenar!! Allah tiada memberkati kalau Islam hanya untuk tunjuk-tunjuk !!! Gagal kerana bersikap "Enau Dalam Belukar !!! Masih gagal melihat akan kehancuran yang bakal dibawa sendiri???????