Wednesday, June 3
GEMPAR :JEMUAN DAN POLONG MELOLONG DI KLIA NAMUN..........
MKP agak kesian melihat Jemuan atau polong yang menganjurkan sambutan kepulangan Tan Sri Muhyiddin Yassin di KLIA malam tadi. Perancangan mengadu-domba atau cuba memecah belahkan pemimpin UMNO nampaknya gagal sama sekali.
MKP bukan kasihan apa, cuma kasihan sebab mereka ini sejak dua ke tiga hari lepas berkempen bagai nak gila hasut ramai ramai turun sambut TSMY di KLIA.Gambar diatas menunjukan salah seorang dari JEMUAN dengan muka yang amat kecewa.
Penat mereka kerja mengadu domba hasut yang lain turun.Tambah MKP kasihan, TSMY melalui pegawainya kata tak mahu layan mereka yang cuba menempel semalam sebaliknya mahu fokus bantu Presiden Parti.
MKP kasihan, kasihan yang amat sangat. Harap mereka ini dapat menebalkan muka seminggu ni dan pekakkan telinga tutup mata.MKP harap mereka ini sedar, pengadu domba sememangnya layak menerima akibat atas perbuatan mereka. Kesian......
MKP Kesian pulak pada rakan-rakan wartawan yang membuat liputan kerana adu domba puak JEMUAN ini.Sebelum ini hebahan dimedia sosial kononya akan ada satu himpunan besar sambut kepulangannya ekoran situasi politik semasa.
Ini lebih-lebih berikutan laporan media mengenai mesyuarat kabinet Jumaat lalu dimana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dikatakan beri pilihan kepada mana-mana menteri yang tidak puashati hati dan tidak setuju soal pengendalian isu 1MDB letak jawatan.
Gambaran yang diberi menerusi oleh posting pelbagai pihak di media sosial seolah Timbalan Perdana Menteri akan buat 'pengumuman besar' sejurus pulang.
Sekitar hampir 100 orang berada di KLIA untuk sambut kepulangan Timbalan Perdana Menteri.Ada yang masuk ke bilik VIP untuk sambut beliau dan ada yang tunggu di luar.
Para wartawan dan jurugambar yang menunggu lama untuk kemungkinan ada sesuatu berita besar seperti yang digembar gembur pulang tangan kosong.
Muhyiddin keluar menerusi bilik VIP jam 9.30 malam.Beliau kelihatan relaks dan melambai tangan kepada mereka di situ.
Timbalan Perdana Menteri tidak bercakap dengan para wartawan.Beliau terus berjalan ke keretanya untuk pulang sambil terus diikuti oleh para wartawan.
Sementara itu seorang pegawai Timbalan Perdana Menteri yang ditemui di situ menjelaskan apa yang didakwa satu himpunan untuk sambut beliau seperti yang tersebar di media sosial bukanlah anjuran pejabat Timbalan Perdana Menteri.
5 comments:
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.
hahaha...xpe..sokongan PM kuat..so buat xtahu je la..biarkan mereka xperlu gelabah..
ReplyDeleteI LOVE PM
hahaha...xpe..sokongan PM kuat..so buat xtahu je la..biarkan mereka xperlu gelabah..
ReplyDeleteI LOVE PM
MKP, what's your problem. Ampu kuat nampak......dapat komisyen kot.
ReplyDeleteTPM x de masalah tapi yg sebenarnya bermasalah adalah pembangkang dan sekutu2nya, mentally sick.
ReplyDeletePM memang bodoh.. 1MDM memang menghancurkan maruah UMNO dan Kerajaan...
ReplyDeleteHanya orang bodoh dan kaki jilat sahaja yang sokong PM dalam hal 1MDB..
1MDB ambil pinjaman tanpa ada perniagaan yang akan beri untung untuk bayar balik pinjaman..
Minta PM dan UMNO terangkan macam mana semua IPP yang 1MDB beli akan buat untung untuk bayar pinjaman dan faedah??
Macam mana nak cari duit untuk bayar pinjaman untuk beli Tanah?
Memang harga Tanah tinggi tapi macam mana nak bayar faedah pinjaman tu??