Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, jika beliau berada di tempat Datuk Seri Najib Tun Razak, beliau tidak teragak-agak untuk memecat mereka yang tidak sehaluan dengannya.
Malah menurut Dr Mahathir, ketika era pemerintahannya dahulu, beliau pernah melakukan perkara sama sambil memberi gambaran, Perdana Menteri juga akan berbuat demikian.
“Kalau saya Najib, saya buang sajalah orang tak suka dengan saya... saya buang. Dulu pun saya buang banyak orang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas soal beberapa menteri Kabinet yang dilihat mengkritik cara Najib menangani isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan menggesa agar ahli lembaga pengarah syarikat itu dipecat segera.
Beberapa kenyataan dan gesaan itu datang daripada Timbalannya sendiri, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Datuk Abdul Rahman Dahlan serta Ketua Umno Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
Laporan akhbar tempatan hari ini melaporkan Najib juga telah memberi kata dua kepada barisan Kabinetnya supaya letak jawatan jika tidak mahu bersama-samanya dalam pemulihan 1MDB pada Jumaat.
Setakat ini, hanya Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang memberi persetujuan bersyarat dalam perkara itu.
Najib buat taik, orang lain yang kena berhenti. Apa punya undang-undang, mungkin dah jadi negara kowboy kot. Boss ni boss yang tak dipilih pun, tapi dipaksa jangan bertanding waktu pemilihan Umno. Kerajaan bukan company mak bapak yang boleh dibuat sukahati. Akibat dari terlampau nak tunjuk kesetiaanlah yang menyebabkan apa saja yang dibuat Najib diterima bulat-bulat. Terang-terang salah pun masih kata betul. Apa bodoh punya BN, tak ada prinsip langsung. Kalau ikan bilis, ambil rasuah sikit dah heboh satu Malaysia. PM bagi tanah murah-murah kat 1MDB pun tak kisah langsung. Lepas tu boleh jual sukahati untuk cover loss.
ReplyDeleteNajib x pecat sapa2 lagi. Tapi dia berterus terang supaya semua orang faham kerja berkumpulan. Tapi luah pendapat x salah kerana selaras dengan amalan demokrasi. Lagipun ia boleh dijadikan chek and balance. Kalau beri pendapat pun x boleh, itu namanya kuku besi.
ReplyDeleteNampak sangat nak jadi diktator, terlalu terdesak? apa salah mereka hanya hendak memberi pendapat dan komen?
ReplyDeleteBaguslah 1MDB ni dipulihkan kerana 1MDB ni nampak ada wawasan berdasarkan aset2 yg dibeli.
ReplyDelete1MDB is over most of the ministers head including Muhyiddin. Too complicated. Kesian kat depa. Jangan suruh depa resign. Khairy lulusan Harvard pun tak faham sebab apa TH Properties beli tanah 1MDB. Bagi depa pi kursus pasal property development kat London sebulan baru depa boleh faham kot. Sebab tu Mahathir suka memperbodohkan orang2 Melayu sebab dia tahu lebih ramai melayu bodo dari melayu cerdik.
ReplyDeleteSapa2 yg x faham fasal pelaburan besar2 ni x yah komenlah kerana mengelirukan. Biak orng yg faham tu buat kerja depa. YG penting 1MDB dipulihkan dan halatuju 1MDB adalah untuk rakyat dan negara. Setahu aku pak2 menteri yg kurang faham 1MDB tu memang ada tapi yang x mahu 1MDB dipulihkan belum ada lagi. Ini perkara sehat.
ReplyDelete