Prasarana Malaysia Bhd (Prasarana) akan mengendalikan operasi perkhidmatan kereta api Metro Line menghubungkan Arafah, Muzdalifah dan Mina mulai musim haji 2015, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Beliau berkata, syarikat Malaysia itu menggunakan tenaga kerja lebih 7,000 pekerja dengan 300 daripadanya adalah rakyat Malaysia.
Katanya, beliau berterima kasih kepada kerajaan Arab Saudi atas penganugerahan kontrak mengendalikan perkhidmatan pengangkutan itu kepada Prasarana.
Najib menyatakan penghargaan itu dalam pertemuannya dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz al-Saud selama 30 minit di Istana As-Salam.
Semasa sidang media Najib berkata Prasarana dilantik sebagai pengendali untuk Jeddah-Metro Jeddah dan berharap dapat mengendalikan perkhidmatan Monorel pada masa akan datang.
Katanya, Prasarana juga sedang meneliti peluang dalam penyediaan infrastruktur di Qatar sebagai persediaan negara itu mengendalikan pertandingan bola sepak Piala Dunia pada 2018
Aksi bersahaja Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Datuk Seri Jamil Khir Baharom.ketika menaiki Metro Mekah.
Najib berkata, beliau juga menyuarakan hasrat Tabung Haji kepada Putera Mahkota, Mohammed Naif al-Saud berhubung usaha membangunkan pusatnya di Makkah dan Madinah.
Sebelum ini, Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Datuk Seri Shahril Mokhtar, berkata sebagai pengendali bayangan, Prasarana akan menyediakan perkhidmatan rundingan dalam bidang pengendalian dan penyelenggaraan kepada Syarikat Transit Rel Massa Makkah semasa pembinaan Fasa Pertama Makkah Metro.
Pembinaan itu meliputi dua jajaran dengan 22 stesen di sepanjang 45.1 kilometer (km), termasuk 24.9 km rangkaian rel bawah tanah.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.