Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini meluangkan masa melawat anggota keluarga polis yang terpaksa tidur di dalam khemah selepas berlaku retakan kuarters yang mereka huni di Ibu Pejabat Polis Daerah Ranau akibat gempa bumi Jumaat lepas.
Beliau kemudian berjumpa dengan beberapa anggota keluarga polis yang tinggal di dalam khemah sebelum meneruskan lawatan beliau ke Taman Kinabalu di Kundasang bagi mendengar taklimat bencana dan penyerahan bantuan kepada mangsa dan waris gempa bumi.
Terdapat enam kuarters anggota polis di sini dan tiga daripadanya mengalami kesan retakan teruk akibat gempa bumi berukuran 5.9 pada skala Richter pada Jumaat lepas yang melanda Ranau dan beberapa daerah lain.
Terdapat 30 keluarga mengambil keputusan untuk tidur di dalam khemah yang didirikan di kawasan lapang berhampiran kuarters tersebut.
Theresa Anak Edward Radin berkata mereka menghargai kehadiran Perdana Menteri untuk melihat sendiri kesan gempa bumi dan bertanyakan khabar mereka.
Beliau berkata dia bersama suami dan tiga anak, mengambil keputusan untuk tidur di dalam khemah disebabkan masih bimbang dengan keselamatan mereka jika tidur di rumah mereka yang terletak di tingkat tiga satu daripada kuarters anggota polis itu.
"Saya masih trauma dengan kesan gempa bumi sehingga hari ini dan belum yakin untuk tidur di rumah," katanya
Isteri kepada anggota polis bertugas di Bahagian Narkotik itu berkata ini adalah kali kedua dia merasai gegaran gempa bumi sejak tinggal di kuarters itu sejak lapan tahun lepas.
Menurutnya kali pertama pada tahun lepas tetapi tidak melibatkan sebarang kerosakan dan kesan yang teruk.
Theresa berkata dalam kejadian gempa bumi pada Jumaat lepas, dia bersama suami, tiga anak mereka berusia 12, 11 tahun dan 10 bulan berada di rumah.
Katanya sebaik gegaran tidak berlaku, mereka bergegas turun ke bawah kerana risaukan keselamatan mereka jika terus berada di dalam rumah.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.