Prasarana Malaysia Bhd. (Prasarana) berhasrat untuk menyediakan perkhidmatan operasi Al-Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL), Mekah yang lebih mantap semasa musim haji tahun ini.
Bagi musim haji 2016, perkhidmatan MMMSL akan bermula pada 8 September atau 7 Zulhijjah dan berakhir pada 14 September bersamaan dengan 13 Zulhijjah. Menggunakan 15 tren 12-gerabak, perkhidmatan MMMSL akan mengendalikan lebih 350,000 penumpang sehari khususnya pada dua hari kemuncak haji pada 9 dan 10 Zulhijjah.
"Seperti yang kita sedia maklum, operasi sebenar perkhidmatan Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro ini adalah untuk tujuh hari sahaja tetapi, persiapan yang kami lakukan adalah berterusan sepanjang tahun berdasarkan jadual kerja yang telah ditetapkan.
"Ini termasuk operasi pra-percubaan selama 30 hari sebelum operasi, percubaan selama 60 hari dan Pelan Tindakan Kecemasan atau ERP (Emergency Response Plan) yang telah kami rancangkan pada 1 September ini.
Untuk operasi musim haji 2016 ini, perkhidmatan MMMSL akan bermula pada pada 8 September, bersamaan dengan 7 Zulhijjah, dan berakhir pada 14 September ataupun pada 13 Zulhijjah.
"Ketika tempoh operasi itu, kami akan mempunyai lebih 7,000 orang petugas termasuk kira-kira 400 rakyat Malaysia khususnya daripada Prasarana dan anak-anak syarikatnya," tambahnya.
Menurut beliau, kerja-kerja penyelenggaraan tren sebenarnya telah berjalan berterusan selepas musim haji yang lepas tetapi pada kadar minimum dan meningkat mengikut jadual tugasan. Dengan rangkaian sepanjang 18.1km yang menghubungkan lokasi-lokasi ibadah haji, laluan MMMSL mempunyai sembilan stesen – Arafah 1, Arafah 2, Arafah 3, Mudzalifah 1, Mudzalifah 2, Mudzalifah 3, Mina 1, Mina 2 dan Mina 3 (Jamarat).
"Secara am, terdapat cuaca yang tidak menentu di Mekah pada ketika ini kerana perubahan musim dengan terdapat beberapa kejadian hujan lebat dan ribut pasir di sekitar Arafah. Kami difahamkan bahawa cuaca ketika musim haji di bulan Zulhijjah nanti diramalkan panas," katanya.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.