Wednesday, May 11

Prasarana Mahu Tingkatkan Perkhidmatan Tren Metro Mekah @azmiaziz60 @NajibRazak


Prasarana Malaysia Bhd. (Prasarana) berhasrat untuk menyediakan perkhidmatan operasi Al-Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL), Mekah yang lebih mantap semasa musim haji tahun ini.


Menurut Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Azmi Abdul Aziz berkata, berbekalkan pengalaman pertama tahun lalu, persiapan sedang dijalankan secara berperingkat sejak akhir tahun lepas mengikut urutan masa yang dirangka bersama-sama dengan pihak berkuasa Arab Saudi bagi memastikan kelancaran operasi.

Bagi musim haji 2016, perkhidmatan MMMSL akan bermula pada 8 September atau 7 Zulhijjah dan berakhir pada 14 September bersamaan dengan 13 Zulhijjah. Menggunakan 15 tren 12-gerabak, perkhidmatan MMMSL akan mengendalikan lebih 350,000 penumpang sehari khususnya pada dua hari kemuncak haji pada 9 dan 10 Zulhijjah.

"Seperti yang kita sedia maklum, operasi sebenar perkhidmatan Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro ini adalah untuk tujuh hari sahaja tetapi, persiapan yang kami lakukan adalah berterusan sepanjang tahun berdasarkan jadual kerja yang telah ditetapkan.

"Ini termasuk operasi pra-percubaan selama 30 hari sebelum operasi, percubaan selama 60 hari dan Pelan Tindakan Kecemasan atau ERP (Emergency Response Plan) yang telah kami rancangkan pada 1 September ini.


"Ini adalah projek yang menjadi keutamaan kami di Prasarana khususnya PRIME (Prasarana Integrated Management & Engineering Services) yang kini sedang membuat bidaan untuk beberapa projek-projek lain di Timur Tengah sebagai inisiatif untuk meningkatkan hasil untuk Kumpulan Prasarana dan membuka pintu untuk syarikat-syarikat Malaysia yang lain," katanya

Untuk operasi musim haji 2016 ini, perkhidmatan MMMSL akan bermula pada pada 8 September, bersamaan dengan 7 Zulhijjah, dan berakhir pada 14 September ataupun pada 13 Zulhijjah.

"Ketika tempoh operasi itu, kami akan mempunyai lebih 7,000 orang petugas termasuk kira-kira 400 rakyat Malaysia khususnya daripada Prasarana dan anak-anak syarikatnya," tambahnya.

Menurut beliau, kerja-kerja penyelenggaraan tren sebenarnya telah berjalan berterusan selepas musim haji yang lepas tetapi pada kadar minimum dan meningkat mengikut jadual tugasan. Dengan rangkaian sepanjang 18.1km yang menghubungkan lokasi-lokasi ibadah haji, laluan MMMSL mempunyai sembilan stesen – Arafah 1, Arafah 2, Arafah 3, Mudzalifah 1, Mudzalifah 2, Mudzalifah 3, Mina 1, Mina 2 dan Mina 3 (Jamarat).

"Secara am, terdapat cuaca yang tidak menentu di Mekah pada ketika ini kerana perubahan musim dengan terdapat beberapa kejadian hujan lebat dan ribut pasir di sekitar Arafah. Kami difahamkan bahawa cuaca ketika musim haji di bulan Zulhijjah nanti diramalkan panas," katanya.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive