Thursday, September 15

DEPA TAK LUPA DOSA MAHADIR.......?


Anak perempuan kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha hari ini tampil mendesak bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meminta maaf dan mengakui kesalahan dilakukan terhadap bapanya secara terbuka.

Portal liberal yang sering memaparkan artikel anti Islam, The Malay Mail Online memetik Nurul Nuha sebagai berkata Mahathir perlu mengakui dakwaan liwat dan rasuah yang 'direkanya' terhadap Anwar pada 1998 sebelum berfikir untuk mewujudkan kerjasama antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan PKR.

"Sebagai seorang anak perempuan yang menjadi saksi kepada segala kedukaan bapa yang terpaksa ditempuhinya selama 18 tahun, harapan peribadi saya adalah Dr M memohon maaf secara terbuka dan mengaku dakwaan hanyalah rekaannya.

"Saya fikir itu akan sedikit sebanyak melembutkan kepayahan yang terpaksa kami tempuhi sebagai sebuah keluarga. Ia bukan semakin mudah tetapi anda hanya perlu lebih kuat mendepaninya," katanya.

Ini kenyataan pertama Nurul Nuha selepas Mahathir dilihat sanggup ke mahkamah bagi mengemis simpati daripada Anwar pada 5 September lalu.

Kedua-dua pemimpin itu bagaimanapun enggan berterus-terang sama ada akan menjalin kerjasama atau sebaliknya, 18 tahun selepas Mahathir memecat Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998.

Kehadiran Mahathir di mahkamah itu dipercayai dirancang oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali yang dikatakan mendepani percanggahan pendapat dengan Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.

Kenyataan Nurul Nuha ini sudah dijangkakan berikutan kiasan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli yang turut merasakan kehadiran parti pimpinan Dr Mahathir tidak akan memberi kesan kepada perjuangan Pakatan Harapan.

5 comments:

  1. Dr M minta maaf kepada Anwar...dunia nak khiamat pe!!!

    ReplyDelete
  2. Ada kou dengar ke Tun M cakap dia jumpa untuk minta maaf dengan Anwar?..aku pasti sampai mati pun Tun tak akan buat kerja yang sebodoh itu!!....

    ReplyDelete
  3. Kalau aku lah sebagai anak (anwar)..aku tak bagi can orang tua nih!...whatever possible.................aku mesti lanyak...INI politik cuma lakonan sahaja...tetapi aibkan dan penjarakan bapak kita?...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masalahnya anwar tak mampu jaga kemaluannya.Video besi jelas muka anwar.99.99% disahkan pakar luar negara.Air maninya tertanam sedlm 4cm dlm dubur mangsa.Tak mampu disangkal oleh anwar bila disoal oleh pendakwa.Itu yg buat dia dipenjara.Nak salahkan mangsa...tapi bukan kerja suka sama suka.Memang dipaksa.
      Senang dan mudah klu anwar nak bersihkan dirinya...bersumpah laknatlah di tempat terbuka.Biar 1 dunia menyaksikannya dpd sana sini menafikan segalanya.
      Andailah kalau dia berani atau takut dimakan sumpah....

      Delete
  4. Alangkah indah andainya mahadir senyap mcm paklah sejak dia pencen.Semua perkara buruk dan mghina dirinya sendiri mgkin tak akan berlaku.
    Ini tidak...kegilaan utk menjaga kepentingan peribadi, waris dan kroni meletakkannya hanyut jauh di longkang najis.Bukan nak kutuk...tapi itu adalah hakikat.Rakyat bukannya bodoh dan mudah diperbodohkan spt zaman ISA dulu.
    Apa jadi skrg????Konon nak selamatkan malaysia....piiirah.Bodoh sangat ker kerajaan yg ada skrg sampai sanggup membiarkan ianya berlaku.Klu isu 1mdb dijadikan punca...era mahadir dulu bersih sgt ker dpd skandal kewangan?Bersih sgt ker era mahadir dpd pencabulan dan pelacuran sistem pentadbiran dan keadilan?????
    Kalaulah org tua tu senyap mcm bekas km sarawak...mgkin tak akan berlaku pghinaan ke atas dirinya.Mgkin dah qada dan qadar dia sebelum pghujung hayat.Apa2 pun...rakyat tidak mudah ditipu spt selalu...

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.