Thursday, September 15

Menteri Kabinet Bijak Yang Perlu Dicontohi


TAHNIAH MKP ucapkan kepada kebijaksanaan Menteri Kewangan 2, Datuk Johari Abdul Ghani dalam menangani persoalan-persoalan fakta ekonomi yang disanggah oleh blogger terkenal, Datuk Kadir Jasin.

Kadir dalam blognya sebelum ini memperlekehkan hujah yang dijawab oleh Johari mengenai keadaan ekonomi negara berdasarkan perangkaan data yang dikeluarkan Bank Negara.

Kadir beranggapan fakta dan hujah Johari sebagai tidak tepat dan boleh dipersoalkan.

Namun, Johari tanpa bombastik prasangka atau manupulasi politik telah menjawab semua pertikaian Kadir secara ilmiah; berasaskan angka dan data.

Malah Johari menjelaskan data Bank Negara yang dirujuknya adalah sumber yang digunakan semua agensi penarafan sebagai fakta rasmi penilaian.

Johari mengekalkan kredibiliti sumber Bank Negara yang dirujuk semua pemain ekonomi termasuk agensi penarafan. Sesuatu yang wartawan senior macam Kadir barangkali terlepas pandang.

Bahawa data perbandingan ekonomi dengan Singapura selaku negara paling maju di Asia Tenggara sewajarnya menjadikan hujah Johari kompetitif. Johari menyebut pertumbuhan ekonomi Malaysia hingga Jun tahun ini berada pada paras 4.1 peratus adalah angka yang baik.

Kadir menyelar hujah Johari sebelum ini. Johari sebelum ini menghuraikan secara panjang lebar data dan hujahnya bagi menjawab pertanyaan seorang warga Singapura yang mengaitkan Malaysia sedang menuju muflis.

Individu Singapura ini mengaitkan Malaysia dan muflis dengan fakta, ekonomi kita kehilangan margin pendapatan yang besar kerana kejatuhan harga minyak.

Johari sangat relevan dengan angka. Angka Johari pula relatif ekonomi kerana ia berasaskan data Bank Negara. Johari tidak membuang masa dengan hujah balas yang menyerang peribadi Kadir.

Memandangkan dakwaan Kadir bermain dengan angka, Johari juga menjawab dengan realiti angka.

Angka Bank Negara tidak berbohong. Apa lagi angka rasmi ini diguna pakai semua sumber rasmi mana-mana pun agensi yang mahu menilai Malaysia.

Johari! Anda Menteri Kewangan yang realistik. Kaum pesimis sentiasa bersikap prejudis. Tetapi anda kekal pragmatis.

1 comment:

  1. Eh eh.....bijak ke ni?....dia ni baru kena dadak ni!!....

    ReplyDelete

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.