Friday, December 9
PETANI MOGOK DI KAWASAN TIMBALAN MENTERI..... APA DAH JADI
Kadangkala ada ketika arahan kerajaan tidak dipatuhi seperti dalam kes pemotongan gred padi bagi pesawah di kawasan Hilir Perak.
Akibat dari keadaan ini tentulah petani merasakan kerajaan tidak prihatin masalah yang mereka hadapi sedangkan hakikatnya tidak begitu.
Inilah yang berlaku apabila Syarikat Padi Beras Nasional Berhad atau BERNAS mewenang-wenangnya memotong gred padi terlalu tinggi sehingga menjejaskan sumber pendapatan petani.
Ekoran dari itu satu bantahan awam dibuat apabila kira-kira 500 orang petani dan keluarga mereka mengadakan demonstrasi aman di hadapan kilang beras BERNAS Simpang Ranggam, Kampung Gajah baru-baru ini.
Yang ironi demonstrasi petani berlaku pula di kawasan yang diwakili ahli parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, yang juga Timbalan Menteri Pertanian (MOA). Tentu saja umum boleh menaruh rasa hairan seolah-olah timbalan menteri yang portfolio mengenai pertanian tidak berbuat sesuatu mengatasi masalah ini.
Turut tampil keciwa dengan sikap BERNAS tentulah Pengerusi Jawatankuasa Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharudin, yang juga ADUN Sungai Manik (dalam parlimen Pasir Salak).
Kebanyakkan petani terlibat adalah pengundi berdaftar yang pernah memberikan undi kepada kedua-dua calon BN ini.
Serentak dengan itu kepada isu sama, Zainol meminta Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melihat isu itu dengan lebih serius. Katanya kerajaan negeri Perak memandang serius perkara itu apabila isu berkenaan dibangkitkan di dalam mesyuarat mingguan Exco.
“Sesuatu mesti dilakukan demi kehidupan petani dan keluarga mereka yang bergantung kepada sumber hasil padi sebagai pendapatan,” katanya.
Untuk rekod pihak BERNAS memotong gred padi sehingga 55 peratus.Lazimnya pemotongan melibatkan gred antara 20 – 35 peratus apabila mereka menjual padi kepada BERNAS.
“Tapi ini sampai 55 peratus…lebih daripada separuh jumlah berat..kesannya, pendapatan petani akan merosot dan tak mampu menampung kos penanaman yang telah mereka keluarkan...tentulah mereka marah.
“Sebagai ADUN Sungai Manik yang sebahagian besar penduduk terlibat dengan penanaman padi juga mendapat keluhan dan rungutan sama seperti yang berlaku pagi tadi, saya memahami apa yang mereka luahkan,” ujar beliau.
Ketika diaju soalan ini kepada Timbalan Menteri berkenaan, Datuk Seri Tajudin Abdul Rahman berkata, BERNAS telah diarah melakukan semakan semula padi-padi yang dijual petani di Seberang Perak serta mempertimbang untuk menurunkan pemotongan.
Untuk rekod beliau pernah mengingatkan pengilang dan pembeli padi berlesen supaya tidak boleh mewenang-wenangnya memotong gred padi kerana ia boleh menyebabkan pesawah mengalami kerugian.
Sebaliknya, mereka perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh kementerian.
SUMBER : AD
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.