Wednesday, December 7

TUJUH STESEN LRT LALUAN AMPANG DIBUKA LEWAT AHAD INI


Stesen-stesen LRT Laluan Ampang Rapid KL antara stesen Ampang dan Miharja akan dibuka lewat daripada biasa pada pukul 9 pagi Ahad (11 Disember) ini untuk membolehkan kerja-kerja fasa terakhir perpindahan ke sistem isyarat yang baru.

Perkhidmatan di Stesen Chan Sow Lin dan seluruh Laluan Sri Petaling antara Putra Heights dan Sentul Timur akan beroperasi seperti biasa dari 6 pagi hingga tengah malam, Rapid KL mengumumkan dalam satu kenyataan hari ini.

Pembukaan tujuh stesen – Ampang, Cahaya, Cempaka, Pandan Indah, Pandan Jaya, Maluri dan Miharja, dilewatkan dengan tiga jam bagi membenarkan kerja-kerja penaikan taraf sistem isyarat, yang akan bermula pada tengah malam dan memerlukan sembilan jam untuk menyelesaikan tugasan berkenaan.

“Kerja-kerja penaikan taraf itu akan bermula serta merta selepas perkhidmatan pada 10 Disember berakhir kerana Rapid KL mahu meminimakan ketidak-selesaan di kalangan para pelanggannya. Semasa ketiadaan perkhidmatan LRT di tujuh stesen itu, perkhidmatan bas pengantara percuma akan disediakan oleh perkhidmatan bas Rapid KL,” tambah kenyataan berkenaan.

Selain sepanduk, poster dan notis, staf akan diletakkan di stesen-stesen terbabit bagi membantu penumpang dalam penggunaan bas pengantara dan untuk maklumat yang berkaitan.

Para pengguna juga boleh mendapat maklumat penuh mengenai perkhidmatan bas pengantara di www.myrapid.com.my ataupun dengan mengikut Rapid KL di laman Facebook atau twitter @myrapid.

Peningkatan taraf sistem isyarat telah dijalankan secara berperingkat kerana tempoh masa terhad kerana perkhidmatan LRT beroperasi dari 6 pagi hingga tengah malam, yang dikemudiannya disusuli pula dengan kerja-kerja penyelenggaraan selepas berakhirnya perkhidmatan.

Pada 1 Disember lepas, Rapid KL menyiapkan kerja-kerja penaik-tarafan untuk membawa masuk tren-tren baru enam gerabak AMY untuk Laluan Ampang bagi menggantikan tren Adtranz, sebelum kembali kepada pergerakan yang lalu dengan pergerakan terus antara stesen Ampang dan Sentul Timur demi kemudahan para pengguna.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.