Wednesday, April 26
KERAJAAN DAP HUKUM RAKYAT PULAU PINANG
Pakatan Harapan (PH) berkali kali membuatkan rakyat kecewa. Kadar Surcaj Pemuliharaan Air (SPA) naik buat kali ke 4 dalam masa 9 tahun pemerintahan kerajaan DAP Penang #Naik4Kali.
Kerajaan DAP Penang menggunakan alasan untuk menggalakkan penggunaan air secara bijak dalam kalangan rakyat sebagai alasan kenaikan tarif air.
Alasan yang sama, kerajaan DAP Penang pernah guna pada 23 Ogos 2013, Utusan Malaysia melaporkan orang ramai dipersalahkan kerana menggunakan air secara berlebihan sebagai punca tarif air mahu dinaikkan dari 24 sen kepada 48 sen, naik 100%.
Penduduk di Penang pada 2009 (masa DAP sudah setahun perintah) adalah sejumlah 1,554,300 orang mengikut statistik dari laman web www.penang.gov.my. Pada tahun 2013, 4 tahun selepas itu, jumlahnya menjadi 1,647,700 orang. Bermakna bertambah 93,400 orang dalam masa 4 tahun atau 6% pertambahan.
Penduduk bertambah hanya 6%, tetapi kadar tarif air naik sampai 100%. Siapa yang guna air sampai berlebih lebih itu?
Dilihat pakatan pembangkang ini tidak konsisten atau istiqamah langsung dalam berjanji. Malahan janji itu dibuat seperti mainan politik mereka untuk mendapatkan sokongan dari rakyat sahaja semasa kempen pilihanraya sahaja.
Pada 2 November 2010, Lim Guan Eng cakap dalam Malaysian Insider bahawa bil air di Penang paling murah di Malaysia. 2 Jun 2011, Lim Guan Eng cakap dalam Malaysiakini, "Pulau Pinang jamin tarif air tidak naik"
18 April 2012, dalam Roketkini, Guan Eng cakap "Tarif air di Pulau Pinang takkan dinaikkan". Semua yang Lim Guan Eng cakap ini adalah janji tipu sahaja. Lepas cakap itu, terus naik.
Dalam manifesto pakatan pembangkang di bawah Pakatan Rakyat dulu, pembangkang berjanji akan mengenakan caj air yang lebih rendah di negara ini khususnya di negeri yang dikuasai mereka tapi janji sudah hilang dan lesap entah ke mana.
Malahan, Kerajaan DAP pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng menggunakan pelaksanaan surcaj untuk kononnya tidak menyentuh langsung tarif air, padahal jika dilihat, kenaikan surcaj membawa kepada kenaikan tarif dalam bil air yang perlu dibayar oleh pelanggan.
Pada 2013, sebaik sahaja habis Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, surcaj berkenaan dinaikkan kerajaan Pulau Pinang dengan kadar 100 peratus. Kemudian dua tahun lepas pada 2015, surcaj naik lagi malahan rakyat dikenakan caj lebihan 90 sen jika membuat bayaran di kaunter.
Akhirnya pada tahun ini, surcaj air naik lagi dari 48 sen kepada RM1 di negeri Pulau Pinang.
Janji pemansuhan plaza tol Sungai Nyior juga belum ditunaikan DAP sehingga hari ini. Guan Eng juga berjanji dalam satu kenyataan medianya pada 19 Februari 2008, ketika berkempen di Penang untuk membuat "Social & Environment, affordable housing for all". Mana dia rumah mampu milik untuk rakyat di Penang?
Berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), dulu bukan main lagi Nurul Izzah berdemo pakai baju mansuh GST dan buat perarakan mahu mansuh GST di Sogo dan Dataran Merdeka pada 2 April 2016.
Setahun selepas itu, pada 23 April 2017, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dalam satu ceramah di Tasek Gelugor berkata jika PH menang pada PRU akan datang, mereka akan mengurangkan kadar GST. Sudah jauh terpesong dari cerita asal untuk mansuhkan GST.
Bukannya Nurul Izzah tidak tahu beza antara mansuh dan kurangkan kadar. Ramai yang berdemo mansuh GST sudah kena tipu dengan PKR.
Pakatan di Selangor juga sama juga menipunya, Menteri Besarnya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sedang dihimpit pelbagai masalah dan kontroversi yang masih belum selesai.
Padahal ketika PRU13, mereka berjanji untuk menjalankan pentadbiran yang telus dan berteraskan kemahuan rakyat. Banyak yang dijanji dalam Buku Jingga. Entah ke mana dicampak buku itu sekarang.
Apa sudah jadi dengan isu SPLASH, YAWAS dan SMUE di Selangor, mengapa bersembunyi, berselindung dan berdiam diri tidak mahu menjawab?
Cara pentadbiran Mohamed Azmin memang bertentangan dengan apa yang diperjuangkan dalam manifesto mereka. Tersasar terus.
Banyak sudah janji yang terbiar dan tidak ditunaikan. Rakyat usah terpedaya lagi dengan janji janji manis PH. Menjelang PRU14 nanti, akan ada pula janji baru kononnya untuk rakyat.
Penang dan Selangor adalah dua negeri yang ditadbir oleh DAP dan PKR. Berapa peratus sudah dilaksanakan janji dalam manifesto DAP dan PKR? Invoke atau Merdeka Center kenapa tidak mahu kaji?
Menurut rencana di Berita Harian pada 21 April 2017, kajian terkini menunjukkan lebih 83% janji BN semasa manifesto PRU13 sudah dilunaskan kepada rakyat. Ini bukti BN lebih layak dipercayai dan dipilih rakyat berbanding PH pada PRU14 nanti.
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.