Wednesday, April 26

TIDAK SALAH BUKAN MELAYU JADI KETUA PENGARAH JPJ

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan beberapa perkara penting melalui Pelan Tindakan Masyarakat India sekali gus mencerminkan pendirian dan kesungguhan kerajaan meningkatkan taraf sosioekonomi kaum berkenaan.

Perdana Menteri berkata, kerajaan menetapkan sasaran untuk meningkatkan penyertaan kaum India dalam perkhidmatan awam sekurang-kurangnya tujuh peratus pada semua peringkat gred menjelang tahun 2026.

Penyebaran surat cadangan pelantikan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan yang baharu oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada Perdana Menteri menimbulkan tanda tanya besar mengenai pengurusan pejabat kedua-dua ahli politik tersebut.


Dalam surat yang tersebar, Liow Tiong Lai telah mencadangkan nama Dato Valluvan a/l Valloo dibenarkan memangku gred JUSA B dan dilantik sebagai Ketua Pengarah JPJ yang baharu mengantikan Datuk Seri Nadzri Siron.

Bagaimanapun surat cadangan tersebut telah disebarkan dan dijadikan isu perkauman oleh sesetengah pengguna media sosial.

Siapa untung apabila terdedah surat Liow Tiong Lai kepada Perdana Menteri; dan sebahagian penyokong UMNO di media sosial menjadi cauvinis tidak bertempat? Sudah tentu parti lawan yang sering menghasut rakyat bahawa UMNO ini sebuah parti perkauman yang jahat.

Malah lebih menyedihkan ialah betapa teruknya nilai amanah di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Pengangkutan. Surat Menteri kepada Perdana Menteri pun boleh bocor kepada umum.

Persoalan lebih jauh ialah salahkah KP JPJ dilantik dari kalangan bukan Melayu? Jawatan ini bukanlah satu jawatan yang membabitkan kepentingan bumiputera dan Islam. Justeru adalah tidak wajar sama sekali untuk mempertikaikan cadangan pelantikan ini dari sudut kaum atau agama.

Tidak salah jika mahu dipertikaikan cadangan menaikkan pangkat dari Jusa C ke B bagi membolehkan beliau menjadi KP JPJ. Ini membabitkan kedudukan dan kepentingan ramai lagi pegawai Jusa B yang layak memegang jawatan tersebut. Namun mempertikaikan cadangan tersebut dari sudut bangsa adalah tidak munasabah sama sekali.

Apakah kita hendak beritahu bukan Melayu tidak layak jadi Ketua Jabatan hatta bagi Jabatan yang tidak babitkan
kepentingan Islam dan Bumiputera?

KP JPJ sekarang Melayu tapi tidak sempat-sempat beliau hendak kuatkuasakan Kejara menjelang Pilihan Raya Umum. Ada untung pada BN dan UMNO?

Akhirnya, jika mahu terus kekal lama dalam perubahan dunia hari ini, perjuangan agama Islam dan kedudukan bumiputera harus berlandaskan hujahan dan alasan rasional bukan emosional.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.