Tuesday, November 14

Inisiatif merakyatkan EPU #ExpoNegaraku #EPU #Negaraku #BetterNation @MpKotaBelud

Apakah itu Expo Negaraku? Ianya adalah sebuah ekspo yang menjadi wadah terbaik untuk rakyat melihat, mendengar dan merasai sendiri segala pencapaian pembangunan dan infrastruktur yang dihasilkan oleh kerajaan anjuran Unit Perancang Ekonomi , Jabatan Perdana Menteri. 
"Diharap ekspo ini mampu menjadi satu bingkisan gambaran sejauh mana kemajuan yang sudah kita capai hasil usaha kepemimpinan pihak kerajaan dan sokongan padu yang diberikan oleh seluruh rakyat Malaysia," Datuk Sri Abdul Rahman Dahlan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Seramai 500,000 pengunjung disasarkan mengunjungi Expo Negaraku 2017 yang bakal berlangsung di Dataran Merdeka selama sebulan bermula 15 November hingga 15 Disember ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan berkata, expo infrastruktur terbesar itu bakal mempamerkan pembangunan semasa dan akan datang yang dirancang kerajaan untuk memberi kehidupan lebih sempurna dan sejahtera buat seluruh rakyat Malaysia.


Ini adalah program merakyatkan Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk memberitahu masyarakat apa fungsi EPU yang selama ini di belakang tabir setiap kali ada projek pembangunan infrastruktur.

Pameran ini mempunyai lima tarikan kubah gergasi yang setiap satunya memberi gambaran dan maklumat prasarana semasa dan bakal dibina pada masa akan datang.

Ia juga adalah pameran terbesar dan canggih kerana pengunjung bukan saja memperoleh maklumat malah berpeluang menyentuh panel interaktif yang dipamerkan termasuk merasai tiupan angin serta semburan hujan menerusi paparan video mengikut suasana.


Pemilihan Dataran Merdeka sebagai lokasi penganjuran berikutan kedudukan strategik dengan kemudahan pengangkutan awam dan bangunan ikonik yang signifikan dengan nilai warisannya.

Kita menggalakkan orang ramai menaiki pengangkutan awam untuk memudahkan perjalanan, malah kita juga menjemput mereka yang berada di luar Lembah Klang untuk hadir ke expo ini.

Bagi mereka yang berkeluarga dan datang berkumpulan, kita menyediakan pakej istimewa iaitu diskaun hotel penginapan pada kadar harga berpatutan.

Pelbagai acara menarik diatur sepanjang expo berkenaan berlangsung antaranya termasuk pertunjukan pancaran cahaya lampu setiap malam, pesta makanan dan buah-buahan, konsert dan permainan tradisional.

Sebarang maklumat berkaitan expo dan tawaran pakej istimewa disediakan boleh melayari laman sesawang EPU, Facebook, Instagram dan Twitter Exponegaraku serta emelkan pertanyaan kepada sekretariat di exponegaraku@gmail.com

#INFO

- Waktu pameran, 10 pagi hingga 10 malam.

- Berlangsung dari 15 November hingga 15 Disember 2017.

- Mempunyai lima kubah yang dihubungkan dengan struktur lingkaran berpusat.

- Tempoh antara 45 hingga 60 minit dijangka diperlukan untuk melawat lima kubah.

No comments:

Post a Comment

Sila berikan pendapat anda di sini .

anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.

Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.