Monday, November 13
#TN50 BERSAMA PRASARANA @MyRapidKL
Suara belia meluahkan aspirasi mereka terhadap Tranformasi Nasional 2050 atau TN50 akan diperluaskan kepada belia Felda di seluruh negara.
Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata, beliau akan bersama belia Felda untuk mendapatkan idea dan aspirasi untuk TN50.
Katanya, Kementerian Belia dan Sukan kini bekerjasama dengan syarikat korporat iaitu Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) untuk memperhebatkan lagi kesedaran dan pemahaman tentang TN50 kepada masyarakat, khususnya pemuda dan pemudi.
“Hari ini kita telah mengumumkan kolaborasi TN50 dengan Prasaraa dalam bentuk beberapa inisiatif teruyama adalah pengiklanan TN50 yang dibalut pada dua tren aliran ringan (LRT) empat gerabak, 42 bas Rapid setingkat dan dua bas dua tingkat.
“Selain itu kita telah menerima aspirasi belia iaitu pengguna bas dan tren kendalian kumpulan Prasarana daripada 10 duta muda TN50 daripada syarikat itu dan 10 aspirasi paling popular telah dibentang.
“Ini contoh komitmen agensi bukan kerajaan yang dapat bersama kementerian untuk menyumbang kesedaran dan memberi idea berkenaan TN50.
“Setakat hari ini saya telah memperolehi 80,000 suara aspirasi daripada 1.5 juta belia di seluruh pelosok negara untuk dirangkumkan dalam laporan penuh kelak,” katanya.
Terdahulu beliau merasmikan 42 bas Rapid KL dan dua tren empat gerabak yang dibaluti iklan TN50 yang bertujuan mempromosikan program TN50.
Dalam pekembangan berkaitan beliau berkata, TN50 merupakan rancangan yang bukan sekadar untuk belia bandar dan akan diperluaskan kepada belia luar bandar.
“Untuk itu saya baru-baru ini telah pun berjumpa dengan belia etnik Kadazan dan Dusun di Sabah dan belia di Sarawak dan mengumpul aspirasi mereka.
“Esok saya akan berjumpa dengan belia Felda dari seluruh Malaysia untuk merekodkan suara hati dan idea mereka.
“Kesemua idea dan idea yang dikumpulkan itu akan dirangkumkan dalam bentuk laporan aspirasi belia TN50 yang akan saya bentangkan pada Januari ini dan dasarnya akan diumumkan PM pada sambutan Hari Malaysia 16 September 2018,” ujarnya.
Ditanya mengenai aspirasi beliau sendiri yang inginkan untuk belia, Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata, aspirasi peribadinya adalah supaya menjadikan pusat ibu negara sebagai bandar lestari yang 100 peratus pengangkutan awam.
“Maksudnya tidak ada penggunaan kenderaan berpetrol dan diesel sebaliknya kenderaan elektrik dan penggunaan pengangkutan awam sepenuhnya iaiitu revolusi hijau dilaksanakan sepenuhnya.
“Ia bukan mudah kerana kita perlu meneruskan usaha mengubah minda dan tingkah laku rakyat supaya dapat menerima perubahan teknologi itu pada 2050.
“Dan dalam 10 aspirasi Prasarana tadi saya tertarik dengan aspirasi pengangkutan awam tren bas dan teksi yang terbang di udara, saya berharap ini dapat disertakan dalam aspirasi utama yang akan disediakan nanti,” katanya
No comments:
Post a Comment
Sila berikan pendapat anda di sini .
anda bertanggungjawab sepenuhnya atas komen yang diberi.sebolehnya jika Anonymous,sila letak nama samaran di pangkal komen anda untuk tujuan rujukan post anda.
Whatsoever thoughts, ideas and writings in this blog belong solely to the author and shall not necessarily be the thoughts or ideas of any other organisations or group of people of which the author might seem to be associated with. Any comment found in the comment section of this blog shall not be construed as part of the original posting and shall not be attributed to the author of the blog unless otherwise specifically stated therein. The author of this blog take no responsibility for the contents of third party comments in response to the posting by the author.