Sunday, August 31

VIDEO MILITAN DAP PENANG SERBU BALAI POLIS...........?


Polis nampaknya tidak berkompromi dengan sikap degil Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dalam isu Pasukan Peronda Sukarela (PPS).

Undang-undang tetap undang-undang.



Ewah...bukan saja tidak mahu mematuhi arahan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar agar PPS menghentikan aktiviti mereka kerana bukan pertubuhan berdaftar,pagi Ahad seramai hampir 200 ahli PPS lengkap dengan uniform mereka menyertai perbarisan kemerdekaan peringkat negeri itu di Georgetown.


Namun kemudian polis bertindak menahan mereka.

Semua mereka dibawa ke Balai Polis Lebuh Pantai untuk diambil keterangan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan penahanan itu .Katanya mereka akan disiasat di bawah Akta Pertubuhan 1966.


Sementara itu di twitternya sekitar jam 11 pagi ini,Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar keluarkan amaran minta mereka yang bertanggongjawab keatas pasukan peronda ini segera serah diri.
Katanya jika tidak polis akan serbu kediaman mereka.


Tuesday, August 26

PENDATANG MYANMAR MERUSUH BAKAR KERETA DI KULAIJAYA JOHOR...


Kurang ajar.....!!! Itu yang terpacul dari mulut MKP bila melihat tingkah-laku pekerja Myanmar ini. Mereka merusuh dan membakar kereta. Kalau tidak berpuas hati dengan majikan yang mengaji mereka sekali pun tidak wajar tindakan sebegini. Kalau tindakan macam ini nampak gayanya mereka mula terikut dengan puak dari PKR dan DAP yang selalu berdemo secara haram bila mahu menyatakan ketidak puasan hati mengenai dasar Kerajaan.





Monday, August 25

MODEL SEPARA BOGEL DARI TERANGGANU RUPANYA..


Maklumat terkini telah pun diperolehi mengenai model yang mengambil gambar separa bogel di Ipoh. Pihak berkuasa telah mengesan dan bakal mengambil tindakan pada model berkenaan. Perbuatan sebegini adalah salah dan telah melanggar tatasusila sebagai Rakyat Malaysia.


Pengguna jalan raya gempar apabila melihat sepasang kekasih berpakaian pengantin melintas dalam keadaan separuh bogel di Jalan Sultan Yussuf di Ipoh pagi tadi.

Dalam kejadian itu, dilihat wanita berkenaan dalam pakaian berbikini putih dengan memakai kain layah (veil) manakala pasangannya hanya memakai seluar panjang tanpa baju.

Keadaan pasangan pelik itu menjadi perhatian kepada beberapa pengguna jalan raya yang berhenti melihat pasangan itu melakukan penggambaran.

Malah, gambar pasangan itu telah mula menjadi viral di aplikasi Whatsapp dan Facebook.

Seorang pengawal yang enggan dikenali berkata, dia terkejut melihat pasangan itu berjalan tanpa segan silu di jalan yang sesak dengan pelbagai kenderaan berikutan ia waktu puncak.

Menurutnya, pasangan itu mula disedari berada di kawasan itu kira-kira jam 9 pagi.

"Mereka tidak lama berada di kawasan ini, hanya sekitar lima hingga 10 minit. Walaupun sekejap, ia mengundang perhatian kepada pemandu dan pekerja di kawasan sekitar," katanya.

Thursday, August 21

VIDEO #HariBerkabung #MH17 @ReezalMerican


Pada Jumaat 22 Ogos 2014,  adalah hari untuk Berkabung Malaysia sempena memperingati Tragedi Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17  yang telah di tembak jatuh pada 17 Julai 2014 di Wilayah Donestk,  Timur Ukhraine.  Pada hari tersebut mayat mangsa nahas MH17 warga Malaysia akan tiba di tanah air  (KLIA) lebih kurang pada jam 10 pagi menggunakan pesawat khas dari Amsterdam.

Majlis dan istiadat sebagai menghormati jenazah mangsa MH17 akan bertempat di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antara Bangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Rakyat semua di minta bertafakkur walaupun dimana mereka berada. Waktu bertafakkur selama seminit bagi menghormati jenazah mangsa nahas,  Jumaat antara 10.45 hingga 11.15 pagi.

Video yang dihasilkan oleh Datuk Seri Reezal Merican Ahli Parlimen Kepala Batas ini menunjukkan bahawa beliau dekat serta prihatin dengan bencana yang menimpa mangsa #MH17. Pemimpin Ulul- Amri ini senantiasa prihatian dengan permasalahan Rakyat.

Dipos oleh APT.

Semoga keluarga dan sahabat handai mangsa nahas MH17 terus bersabar atas apa yang telah berlaku. Peristiwa ini juga mengingatkan kita agar mati itu pasti datang kepada kita semua yang hidup, cuma caranya dan di mana kematian itu berlaku hanya Allah juga yang maha mengetahuinya...Agar kita sama-sama muhasabah diri kita.

RAKYAT MALAYSIA DIMINTA MENGHORMATI MAYAT MANGSA #MH17...


Seluruh masjid diminta untuk mengadakan solat jenazah ghaib selepas solat Jumaat esok sempena istiadat penghormatan jenazah tragedi pesawat MH17.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata solat jenazah ghaib akan diadakan serentak dengan solat jenazah hadir yang diadakan khusus untuk menerima jenazah bagi disolat sebelum dikebumikan.

"Setibanya jenazah di Malaysia yang diberikan penghormatan negara, kita akan mengadakan solat jenazah hadir dan solat jenazah ghaib secara serentak di seluruh negara selepas solat Jumaat.

"Solat jenazah hadir khusus bagi masjid yang menerima jenazah untuk tujuan disolatkan pada waktu ketibaan jenazah di destinasi pengkebumian, manakala solat jenazah ghaib boleh diadakan sebaik sahaja mendengar maklumat jenazah telah dimandi dan dikafankan," katanya.

Beliau berkata bagi tujuan penyelarasan, solat jenazah ghaib peringkat negara akan diadakan secara langsung di Masjid Putra, Putrajaya.

Sebanyak 20 jenazah warga Malaysia akan tiba esok dari Amsterdam, Belanda dan diberi istiadat penghormatan tertinggi negara yang turut dihadiri Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Daripada jumlah itu, 11 jenazah beragama Islam dan 9 lagi bukan beragama islam.

Wednesday, August 20

VIDEO: RAKYAT MALAYSIA MATI DITEMBAK DI SYIRIA......


Ada yang kata Mujahiddin, ada yang kata militan... apa yang pasti salah seorang rakyat Malaysia yang berada di Syria untuk memerangi tentera Iraq dikenali sebagai Mat Soh atau Abu Turab, meninggal dunia selepas terkena tembakan peluru kereta kebal baru-baru ini.


Abu Turab dikatakan gugur ketika mempertahankan Kampung Syar’aya selepas bertempur selama satu jam.

Difahamkan, allahyarham yang sering membaca al-Quran dan solat malam sempat mengucap dua kalimah syahadah sambil memberi isyarat jari telunjuk sebanyak sepuluh kali sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Adalah satu rahsia terbuka, terdapat rakyat Malaysia yang kini berada di Syria atas misi menjadi mujahidin dan mengejar mati syahid selepas negara berkenaan berada di bawah pemerintahan Bashar Assad yang kejam.

Walau pun ada yang mengaitkan perjuangan rakyat Malaysia di sana dengan kumpulan militan tertentu seperti al-Qaeda dan Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (Isil) atau Kumpulan Militan Negara Islam di Iraq dan Syria (Isis); perkara ini dinafikan beberapa rakyat Malaysia yang berada di sana yang menggelarkan mereka sebagai ‘pejuang jihad bebas’.

Apa pun, beruntunglah allahyarham Abu Turab andai dirinya gugur sebagai syahid sebagai mana diidam-idamkan olehnya dan rakan-rakan.

Tuesday, August 19

VIDEO TERKINI : #GAZA MISI #KP1M @AzeezPutera @NajibRazak


Video terkini yang dihantar sendiri oleh Dato' Sri Azeez Rahim pada MKP sebentar tadi. Ianya menceritakan semua aktiviti yang telah dilakukan olehnya semalam serta hari ini. 

Buat 28Juta rakyat Malaysia amanah memberikan sumbangan pada Rakyat Palaetin telah sampai kepada golongan sasar. 

Misi ini walaupun telah menempuhi pelbagai dugaan namun dengan semangat yang cekal akhirnya berjaya jugak akhirnya. Syukur pada Allah niat yang baik dimakbulkanya...

Monday, August 18

AKHIRNYA!!! AMANAH RAKYAT MALAYSIA #GAZA @AzeezPutera @NajibRazak


Alhamdulilah syukur pada Allah misi Kemanusian Gaza KP1M telah berjaya dilaksanakan. Semua ini atas usaha serta keberanian Datuk Sri Abdul Azeez Abdul Rahim bertarung nyawa demi melaksanakan tugas serta amanah yang dipikulnya. Jika gagal maka tanggungjawabnya tidak terlaksana. Amanah yang ditanggung amatlah besar.

Bagi MKP ini semua tidak tercapai jika tidak dibantu oleh Datuk Seri Najib Razak  Perdana Menteri Malaysia yang telah membantu dari mula misi sehingga kini. Walaupun usaha DS Najib tidak diketengahkan oleh media namun tulang belakang pada misi ini adalah DS Najib Razak. Ini adalah sikap DS Najib Razak berdepan pelbagai dugaan. Biar tidak menonjol namun apa yang dihajati tercapai.Berkerja didalam diam adalah lebih mulia daripada banyak menghebohkan..... 


Gambar diatas adalah yang diambil kira-kira 3jam yang lalu. Barangan bantuan sumbangan dari Rakyat Malaysia dibawa kepada Rakyat Palestin yang memerlukan. Jangan pulak nanti ada yang mengatakan Sumbangan ini tidak disampaikan. 



Dua pemuda ini adalah Sukarelawan dari OiC. Pertubuhan NGO dari Negara Liga-Liga Arab yang telah lama berada Palestin. Sepatutnya tugas ini diamanatkan kepada Sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia namun ianya tidak tercapai kerana tidak dibenarkan masuk semalam.  Ianya kerana faktor berikut 

Mereka terkandas di Qantara iaitu 230km dari Gaza. Mereka sekarang ditahan oleh pihak tentera Mesir dari memasuki Gaza di atas faktor keselamatan.

Pihak tentera memaklumkan semalam ada berlaku kes penculikan oleh puak pemisah di Utara Sinai yang melibatkan warga China. Puak pemisah tersebut menuntut untuk menukar mangsa dengan banduan yang ditahan.

Sekadar makluman, untuk ke Rafah kita perlu melalui Utara Sinai. Dan kawasan Utara Sinai pada waktu ini pula adalah kawasan yang agak merbahaya untuk dilalui.

Pihak tentera cuma memberi kebenaran untuk tiga orang yang dari rombongan misi ini masuk iaitu Dato' Sri Abdul Azeez Abdul Rahim sebagai ketua misi, Dato Ku Jaafar Ku Shaari Duta Malaysia ke Mesir dan Dr Anwar H Al Agha Duta Palestin ke Malaysia. Mereka telah meneruskan perjalanan menaiki kenderaan khas tentera APC.


Walaupun sukarelawan lain hampa kerana tidak dibenarkan untuk masuk oleh pihak tentera, perkara yang melegakan, kesemua barang termasuk ubat-ubatan dan barangan bantuan seberat 20 tan dibenarkan masuk.

Ucapan terima kasih kepada Dato' Sri Abdul Azeez Abdul Rahim dan Dato Ku Jaafar Ku Shaari di atas usaha diplomasi sehingga pihak tentera Mesir memberi kelonggaran kepada rombongan misi bantuan kemanusian KP1M dari Malaysia untuk masuk. 


Gambar diatas adalah ucapan selepas Datuk Sri Azeez sebaik tiba di sempadan Rafah semalam. Semua pihak banyak membantu demi menjayakan misi #RoadToGaza KP1M pada kali ini.

DALIL KENAPA WAN AZIZAH TAK LAYAK MENJADI MENTERI BESAR..


Siapakah yang bakal menggantikan TS Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar sememangnya menarik. Walau apapun, kita perlu merujuk kepada Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor (UUTNS) untuk mencari jawapannya.

Menurut pendapat peguam atau pengamal undang undang iaitu Encik Ahmad Shuaib Ismail beliau menyatakan bahawa Tiada satu perenggan pun di dalam UUTNS yang menyatakan bahawa seorang menteri besar itu perlu lahir dan membesar di Negeri Selangor. Ianya merupakan satu “convention” yang difahami oleh semua orang.

Tetapi dari sudut undang-undang kita perlu sedar bahawa di dalam Perkara 51 UUTNS telah dinyatakan syarat-syarat untuk seseorang itu layak untuk menjadi Menteri Besar di Negeri Selangor.

Perkara 51 UUTNS menyatakan bahawa hanya Yang Amat Mulia Paduka Sultan Selangor mempunyai kuasa untuk melantik Menteri Besar. Perkara 51 (2) pula menyatakan bahawa seorang Menteri Besar itu hendaklah dari bangsa Melayu dan beragama Islam.

Tidak dinyatakan pula di dalam mana-mana peruntukkan bahawa hanya “anak kelahiran Selangor” sahaja yang berkelayakan untuk menjadi Menteri Besar. Tetapi ianya boleh dikira sebagai pilihan Sultan bahawa Menteri Besar yang ingin dilantik oleh Baginda mestilah rakyat yang lahir di dalam negeri Selangor.

Perkara yang sama juga tertakluk kepada Setiausaha Kerajaan Negeri, hanya Islam & Melayu sahaja yang dinyatakan.

Namun apa yang menarik di dalam UUTNS ialah perenggan dibawah Perkara 53 (3) dimana ia menyatakan bahawa Menteri Besar tidak boleh dipilih dari kalangan warganegara Malaysia yang memiliki kewarganegaraan secara “naturalisasi” dan juga kewarganegaraan mengikut Perkara 17 Perlembagaan Malaysia.

Perkara 17 Perlembagaan Persekutuan Malaysia (yang telah dipinda) menyatakan kewarganegaraan seseorang semasa beliau sedang bermastautin di Malaysia ketika hari merdeka 31 Ogos 1957.

Terma “naturalisasi” mempunyai banyak penterjemahan. Kebanyakkan negara yang mengambil pendekatan bahawa sekiranya seseorang itu, lahir di negara lain dan berdaftar sebagai warganegara mereka akan dikira sebagai warganegara yang telah di”naturalisasi”kan.

Naturalisasi berlaku samada dengan tindakan ataupun dengan tiada tindakan. Contohnya apa yang berlaku di Soviet Union (USSR) yang merupakan satu empayar besar sebelum berakhirnya Perang Dingin.

Seorang rakyat Soviet Union yang lahir di Uzbekistan tetapi setelah USSR berpecah beliau menetap di Turkemenistan. Maka beliau di neutralisasikan di Turkemenistan yang merdeka dan menjadi rakyat di sana. Orang ini dikira sebagai warganegara yang telah di”neutralisasi”.

Perkara yang sama berlaku di Persekutuan Tanah Melayu apabila perpecahan berlaku sebelum dan selepas pembentukkan Malaysia. Kita semua tahu bahawa Brunei dan Singapura adalah kedua-duanya pernah atau ingin menganggotai Persekutuan Malaysia.

Sekiranya rakyat yang lahir di negara-negara ini ingin menjadi warganegara, mereka akan melalui satu proses Naturalisasi yang membenarkan mereka untuk menjadi warga Malaysia yang sah.

Jabatan Pendaftaran Malaysia juga telah menetapkan bahawa warganegara yang yang datang dari proses seperti ini ditandakan sebagai nombor 71 di dalam kad pengenalan mereka.

Bukan kerana diskriminasi, tetapi mungkin ada atas sebab-sebab keselamatan tindakan ini dilaksanakan. No 71 juga ditandakan kepada semua warganegara Malaysia yang lahir di luar negara.

Berbalik kepada isu diatas, kedua-dua “calon Menteri Besar” ini mempunyai nombor 71 tertera di dalam kad pengenalan mereka.

Mereka adalah produk naturalisasi kewargaan negara. Kita sudah mengetahui bahawa perlantikkan Menteri Besar Selangor perlu mematuhi UUTNS dan juga perkenan Yang Amat Mulia Sultan Selangor.

Apakah perlantikkan pada kali ini bakal melanggar bukan sahaja UUTNS dan juga bakal mengundang murka Sultan dengan membelakangkan pilihan baginda?

Sunday, August 17

TERKINI : HANYA WAN AZIZAH BAKAL MENJADI MENTERI BESAR SELANGOR


Pakatan Rakyat memuktamadkan hanya satu nama iaitu Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Keputusan tersebut diumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media selepas mesyuarat pakatan rakyat di Subang.


Azmin Ali yang dicalonkan Pas ke jawatan itu menerima keputusan tersebut.

Berikut kenyataan pakatan rakyat:


Kenyataan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat:

17 Ogos 2014

Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menghargai keputusan PAS untuk kekal dalam Pakatan Rakyat dan keperluan menggantikan YAB Menteri Besar Selangor.

Majlis Pimpinan juga mengambil maklum dan menghargai pencalonan YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan YB Mohamed Azmin Ali untuk jawatan Menteri Besar.

Bagaimanapun YB Mohamed Azmin Alimenegaskan bahawa beliau kekal menyokong keputusan parti KeADILan untuk menamakan YB Dato’ Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon YAB Menteri Besar baru Selangor.

Maka dengan ini Pakatan Rakyat akan meneruskan proses untuk menyembahkan keputusan ini kepadake bawah DYMM Tuanku Sultan Selangor.

YB Dato Seri Anwar Ibrahim
Ketua Umum KEADILAN

YAB Lim Guan Eng
Setiausaha Agung DAP

Tuan Hj Mohamed Sabu
Timbalan Presiden PAS

MISI #RoadToGaza @AzeezRahim @UstazFathulBari #KP1M TERKANDAS LAGI....


Konvoi Misi Kemanusiaan Malaysia Ke Gaza yang dijadualkan tiba di pintu Rafah sekitar 7 petang semalam (waktu Malaysia) berdepan ujian berikutan bekalan perubatan dan keperluan yang hendak dibawa masuk ke Gaza masih berada di Kaherah.

Sehubungan itu, konvoi kemanusiaan yang sepatutnya sudah berada berhampiran sempadan Mesir-Gaza pada Khamis lalu, perlu ditangguh sementara perjalanan dan kesemua anggota misi terpaksa bermalam di Ismailia, kira-kira 128 kilometer dari Kaherah.


Apabila selesai semua lori kontena yang membawa kargo seberat kira-kira 10 tan itu yang dijangka tiba di Ismalia, hari ini, barulah konvoi akan bergerak pula sejuh kira-kkra 300 kilometer untuk ke Rafah.

Selain itu, kekangan keselamatan di sepanjang laluan ke Rafah khususnya di Utara Sinai yang masih berada bawah perintah berkurung tentera bermula 4 petang hingga 6 pagi juga menjadi faktor konvoi terpaksa berhenti di Ismailia.

Ismailia adalah bandar pelabuhan di Mesir yang menjadi lokasi persinggah sebentar konvoi sebelum meneruskan perjalanan ke Rafah.

Sekitar 9 pagi semalam, 85 sukarelawan termasuk petugas media, doktor dan wakil kedutaan bertolak dari Kaherah.

Misi diketuai sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia dan disertai badan bukan kerajaan (NGO) lain seperti Mercy Malaysia serta MAPIM.

Sementara itu, Dr Norshida Brahim, 40, yang turut sama dalam perjalanan mengikuti Misi Kemanusiaan Malaysia ke Gaza, berkata: "Walaupun perasaan takut menyelubungi diri, saya kuatkan semangat kerana benar-benar tekad untuk membantu penduduk Gaza."

Beliau yang pertama kali masuk ke kawasan konflik peperangan, berkata ini adalah pengalaman yang tidak akan dilupakan sepanjang hayat dan berharap segalanya berjalan dengan lancar tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

"Hati saya berdebar-debar sejak dua hari lalu, namun saya banyak berzikir dan membaca al Quran untuk menenangkan fikiran.

"Selain itu sesi taklimat yang diberikan sekretariat misi setiap malam sejak tiba di Kaherah, banyak membantu saya membuat persediaan mental dan fizikal," katanya yang berasal dari Kuala Lumpur.

Menurutnya, 26 doktor sukarelawan bersiap sedia untuk ditempatkan di hospital bagi menyumbang khidmat dan kepakaran masing-masing.

Sementara itu wartawan penyiaran TV3, Muhammad Arashy Mohd Azim, berjanji untuk memberikan laporan terbaik mengenai situasi semasa di Gaza buat tatapan rakyat Malaysia.

"Sebelum ini, kita sering mengikuti perkembangan di Palestin menerusi laporan media antarabangsa, saya fikir sudah tiba masanya media tempatan membuat liputan di Gaza untuk mencari dan menyampaikan berita mengikut perspektif Malaysia," katanya.

Menurutnya mereka akan cuba membuat lintas langsung dari semasa ke semasa bergantung kepada keadaan.

"Apapun, ini adalah tanggungjawab yang besar dan saya akan cuba buat laporan yang terbaik untuk rakyat Malaysia," katanya yang juga pertama kali mengikuti misi sukarelawan ke kawasan konflik.

SUMBER HM

Friday, August 15

APAHAL CINA NIE MENGAMUK PULAK......


Yang hadir semasa Protes sebentar tadi hanyalah beberapa kerat manusia. Itu pun terdiri daripada kaum Cina sahaja. Kalau nak protes bagi ramai sikit baru nampak bergerun.  

Seramai 36 kakitangan pejabat Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Selangor telah menerima surat penamatan perkhidmatan selepas enam Exco DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipecat Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Penamatan kerja 36 kakitangan tersebut akan berkuat kuasa 11 September ini.

Mereka juga perlu menyerahkan kunci pejabat dan kenderaan dalam tempoh tujuh hari selepas tarikh penerimaan surat atau dikenakan tindakan undang-undang.

Semua kakitangan pejabat Exco Selangor merupakan pegawai kontrak untuk tempoh dua tahun dan perkhidmatan mereka boleh ditamatkan bila-bila masa.

Eloklah tue budaya mogok dijalanraya bila tak berpuas hati dengan pemimpin. Ini budaya yang kurang sihat untuk Malaysia dibawa oleh DAP. Baru ada akai bila kena dekat batang hidung sendiri. 

Thursday, August 14

AKHIRNYA #KrisisMBSelangor SELESAI AZMIN ALI MB BARU


Maklumat dalaman agenda mesyuarat Lajnah PAS pada malam ini telah bocor. Jika ini kemuncaknya Krisis Menteri Besar Selangor bakal terjawab. Sudah pasti Azmin Ali bakal menjadi Menteri Besar yang baru. Bagi MKP ini hanyalah helah permainan Pakatan Rakyat. Yang melompat lebih sudu dari kuah adalah UMNO.

Biro itu akan bermesyuarat di Pejabat Agung PAS di Kuala Lumpur pada jam 9 malam ini dengan dipengerusikan oleh presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Pemerhati politik melihat pertembungan hujah kumpulan pro-ulama dan pro-Erdogan mungkin memanaskan suasana mesyuarat itu apatah lagi suara kedua-dua kumpulan itu yang hampir seimbang dalamnya.

Antara yang dijangka hadir mesyuarat malam ini ialah Timbalan Presiden Mohamad Sabu, Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali, tiga naib presiden Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Salahuddin Ayub, Datuk Husam Musa, Nasrudin Hassan, Nik Abduh Nik Aziz dan Hanipa Maidin.

Sudah dimaklumi kumpulan pro-Erdogan - yang pro-Pakatan - sudah pasti bakal menolak usaha yang dikatakan bakal dibangkitkan kumpulan pro-Ulama, yang cenderung mahu PAS keluar daripada gabungan pembangkang.

Sumber-sumber memaklumkan, selepas pendirian istana dibuat, Abdul Hadi sendiri berkongsi pandangan sama dan dikatakan meminta Anwar menyediakan calon lain sewaktu pertemuan mereka di Kuala Terengganu kelmarin.

PAS dijangka membincangkan calon MB alternatif dan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali antara yang disebut-sebut sebagai pilihan untuk dimajukan kepada istana.

Sumber yang juga pemimpin kanan PAS itu berkata, perkembangan hasil siri pertemuan antara pemimpin ketiga-tiga parti dalam Pakatan dalam tempoh dua minggu ini akan dibangkitkan dalam mesyuarat malam ini.

KESIAN @CMLIMGUANENG HAJATNYA BERKECAI DITENGAH JALAN...


Hajat kerajaan negeri DAP Pulau Pinang untuk adakan pilihanraya kerajaan tempatan tidak kesampaian.

Mahkamah Persekutuan Khamis tolak rayuannya kerana dapati ia tidak ada kuasa untuk kendali pilihanraya berkenaan.Keputusan itu dibuat oleh penal, lima hakim diketuai oleh Tan Sri Raus Shariff.

Beliau berkata pilihanraya berkenaan adalah melanggar perlembagaan persekutuan.Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang meluluskan enakmen pada 2012 untuk adakan pilihanraya kerajaan tempatan.

Katanya enakmen itu tidak sah.Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng kata beliau kecewa tetapi akan patuh dengan keputusan itu.

Monday, August 11

UMNO SELANGOR #POYO #SYOK SENDIRI... MACAM HARAM.


Ada segolongan Manusia MUNAFIK menepuk air didalam talam akhirnya terkena muka sendiri dan habis baju terkena air taik.

Krisis di Selangor memang tak memberikan apa-apa kelebihan pada UMNO Selangor jika masih lagi tak berubah. Cakap aje macam meriam tapi akhirnya habuk pun tarak.

Kalau ada pilihanraya negeri, DS Noh Omar kata war room UMNO sudah siap sedia dan boleh perform. Yakin boleh tahan Abang Noh. Kalau dah siap sedia baguslah.

Tapi jangan cakap sahaja. Kita diberitahu, kerja-kerja war room di Selangor didominasi oleh ‘orang’ tertentu yang kononnya diberikan tanggungjawab penuh. Kita pun tak pasti, samada kerja yang penuh atau poket yang penuh. Standard.

Andai kata, kita nak tanya juga kepada war room, mana-mana kawasan yang bermasalah dan perlukan perhatian. Kalau ikut dengar…tak ada masalah. Kita menang.

Dulu pun cakap macam itu juga. Berduyun-duyun pergi jumpa PM/Presiden/Timb Presiden untuk kata, kita akan menang besar. Yang perlu hanya bajet dan PM untuk turun lebih sikit di Selangor.

PM pun turun. Makan nasi ayam di gerai kecik. Buat walkabouts gila-gila. Bajet turun macam tsunami. Bilion.

Kalau ikut geng war room Selangor yang sama; kali ini menang besar. Lebih jauh. Betul ke.

Berapa banyak kerusi menang?

Berapa banyak kerusi marginal?

Siapa calon-calon baru di kawasan yang hitam/kelabu?

Semua dah susun?

Ketua Bahagian yang tewas pun akan diberikan tempat lagi?

Kita harap war room UMNO Selangor buat kerja betul-betul. Jangan main tangkap muat.
About these ads

KESIAN....ANWAR IBRAHIM DIPUKUL OLEH MB PKR...


Apa dah jadi kisah dalam kain telah terbongkar dan teruk dibelasah oleh orang kepercayaan sejak mengambil alih tampok pemerintahaan di Selangor. MKP Kesian pada Anwar Al juburi... Walaupun bergabung dengan Cina Bangkai DAP namun tidak jua berjaya memertabatkan Bininya sendiri menjadi Menteri Besar Selangor...

Sidang Media Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Tarikh : 11/8/2014, Isnin
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Tingkat 22, Bangunan SUK, Shah Alam.

VIP : Tan Sri Khalid Ibrahim

Kenyataan Media :
1. Saya telah mengadap DYMM Sultan Selangor hari ini pada 11/8/2014, 9 pagi di Istana Alam Shah, Klang untuk memaklumkan kedudukan saya sebagai Menteri Besar Selangor selepas pemecatan saya sebagai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR).

2. Dalam pertemuan tersebut, saya telah sembah maklum kepada DYMM Tuanku bahawa saya telah dipecat daripada PKR pada 09 Ogos 2014 oleh Lembaga Disiplin PKR.

3. Lanjutan daripada pemakluman saya, DYMM Tuanku telah bertanyakan sama ada saya masih memperolehi kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri.

4. Saya telah memperjelaskan bahawa disebalik pemecatan saya sebagai ahli PKR, saya masih memperolehi kepercayaan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri. [Menurut Artikel 53 (2b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor iaitu mendapat sokongan sekurang-kurangnya 4 orang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO), 4 EXCO tersebut dari PAS]

5. Justeru, DYMM Tuanku berpuas hati dengan penjelasan yang telah disembahkan dan selanjutnya DYMM Tuanku telah perkenan untuk saya terus memegang jawatan sebagai Menteri Besar Selangor sehingga ada perkembangan baharu, saya masih kekal sebagai Menteri Besar Selangor dan akan menjalankan tugas seperti biasa.

Pertanyaan Wartawan
1. Ditanya oleh wartawan sama ada beliau bersedia mempertimbangkan tawaran PAS untuk menyertai parti tersebut? Khalid Ibrahim menjelaskan bahawa beliau belum memikirkan perkara itu kerana keutamaan beliau ketika ini ialah membersihkan diri daripada tohmahan PKR.

2. Menjawab pertanyaan wartawan sama ada pembubaran DUN ada dibincangkan dalam pertemuan bersama DYMM Sultan Selangor tersebut? Khalid Ibrahim menjelaskan bahawa pembubaran DUN tidak dibincangkan.

3. Menjawab pertanyaan wartawan sama beliau bersedia mewujudkan Kerajaan Perpaduan bersama PAS dan UMNO? Khalid Ibrahim menyatakan bahawa beliau belum memikirkan perkara itu lagi.

Ulasan :
1. Sidang media petang ini telah meleraikan teka-teki yang menjangkakan akan berlaku pembubaran DUN Selangor dan PRN Selangor yang menjadi perbincangan hangat rakyat ketika ini.

Friday, August 8

PEGUAM PALING MANGKUK DI MALAYSIA.....


Haramjadah punya Keling Paria N Surendran!!!

Kes Liwat II : Peguambela N Surendran mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertanggungjawab terhadap kes membabitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Kita masih mahu tahu kenapa mahukan tarikh (8 dan 9 Sept) itu. Kenapa tergesa-gesa. Keduanya, ini adalah usaha untuk memenjarakan Ketua Pembangkang dan kami mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bertanggungjawab,"

"Kami mendesak hentikan konspirasi dalam kes melawan Anwar serta merta. Jangan permainkan sistem demokrasi dengan memenjarakan Ketua Pembangkang,"

"Kamu (Najib) tidak melakukan perkara yang baik kepada rakyat negara ini. Rakyat tidak mahu kes ini diteruskan." - RakyatNews

FAKTA - Air mani Anwar Ibrahim dalam Jubor Saiful Bukhari dan bukannya air mani Najib Razak.

Wednesday, August 6

PANAS!!!! MENTERI GUNTING KAD KREDIT HSBC......



MKP agak terharu dengan tindakan drastik yang telah dilakukan oleh Menteri Pertanian dan Asas Tani. Menutup semua akaun bank HSBC. Tindakan berani ini telah membuka mata pihak Bank yang telah membekukan penglibatan aktivis kemanusian yang memberikan bantuan pada rakyat di Gaza. 

Malaysia mengambil pendekatan membantu rakyat Palestin yang ditindas serta diserang tanpa belas kesian oleh Rejim Zionis.

Sejak zaman Tunku Abdul Rahman, Malaysia tidak menjalin hubungan diplomatik dengan Israel kerana tindakannya menzalimi dan menafikan hak rakyat Palestin. Sehingga hari ini pendirian berprinsip dan konsisten terus menjadi asas dasar luar Malaysia.

Israel ditubuhkan dalam tahun 1948 oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dengan garis persempadanan yang ditetapkan. Palestin dijanjikan haknya oleh PBB untuk menubuhkan sebuah negara merdeka dan sehingga sekarang hasrat mereka belum lagi terlaksana.

Hari ini Israel terus memperluaskan wilayah negaranya, sedangkan Palestin terus mengecil dan terkepung disebabkan kekalahan dalam peperangan. Penaklukan Israel walaupun tidak diiktiraf oleh PBB dan masyarakat antarabangsa, ia tidak diendahkan.

Pada Malaysia, Israel telah menzalimi dan menindas masyarakat Palestin hingga menjadi pelarian serta tanah mereka turut dirampas. Namun demikian daripada pengamatan Malaysia, Israel tidak mungkin dikalahkan dengan pendekatan persenjataan. Setiap tindakan rakyat Palestin dibalas dengan tindakan ketenteraan melampau.

Mereka membesarkan wilayah dan memperluaskan kawasan kependudukan baru walaupun dari segi undang-undang antarabangsa tindakan tersebut adalah tidak sah. Di setiap peperangan di antara Arab/Israel, berakhir dengan kekalahan negara-negara Arab. Ini adalah disebabkan Israel merupakan kuasa ketenteraan yang terkuat di Asia Barat dan disokong pula oleh kuasa-kuasa besar dunia seperti Amerika syarikat (AS) dan United Kingdom (UK).

Yang jelas AS/UK tidak akan membenarkan Israel ditewaskan dalam peperangan dengan negara Arab. Justeru hakikat sebenar tidak mungkin negara Palestin dapat dibentuk dengan pendekatan persenjataan ataupun intifada.

Bila Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri Malaysia, beliau sedar pendekatan terbaik untuk merealisasikan aspirasi rakyat Palestin adalah melalui rundingan diplomasi untuk mencapai kedamaian dan pembentukan sebuah negara Palestin yang berkekalan.

Malaysia yakin melalui rundingan diplomasi dan rumusan politik yang disokong oleh masyarakat antarabangsa khususnya PBB dan kuasa-kuasa besar dunia, hasrat menubuhkan negara Palestin boleh tercapai (rujuk surat-surat beliau kepada tiga PM Israel yang menekankan perkara ini).

Pada era Dr. Mahathir, Malaysia terus berada di hadapan memainkan dan mempengaruhi agenda multilateral menerusi PBB, OIC, NAM dan ASEAN dan begitu juga di peringkat bilateral. Lantaran itu pendirian dan penyataan Malaysia menjadi lantang di seantero dunia.

Pendirian itu diketahui dan diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa termasuk Palestin, AS dan negara-negara Eropah serta negara-negara Islam dan Arab lain. Sikap dan pendirian Malaysia diketahui umum, melainkan mereka yang buta kebenaran.

Kini kewujudan Israel tidak lagi dipertikaikan oleh negara-negara Islam dan Arab di atas alasan mahu memberikan peluang kepada kedamaian. Mesir dan Jordan telah pun menandatangani perjanjian damai serta mengadakan hubungan diplomatik dengan Israel selain Turki yang sememangnya mengiktiraf Israel dari awal lagi.

Negara-negara Islam menerima asas perjanjian-perjanjian damai yang ditandatangani di antara Israel dan Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) sebagai satu jalan munasabah bagi melahirkan negara Palestin, yang hidup sebelah menyebelah dengan Israel dalam keadaan aman dan selamat.

Namun begitu, lebih 60 tahun telah berlalu kemerdekaan Palestin masih lagi tidak dapat dicapai. Terdapat 224 usul Majlis Keselamatan PBB sama ada yang dibawa oleh negara membangun atau negara lain, Israel tetap berdegil kerana AS sebagai Ahli Tetap Majlis Keselamatan itu melindungi dan tidak teragak-agak menggunakan kuasa 'veto' terhadap apa-apa usul yang dianggap bertentangan dengan kepentingan Israel.

Israel kononnya menerima jalan penyelesaian melalui rundingan damai tetapi mereka gagal melaksanakan perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani ataupun semangatnya. Dalam isu Israel, jelas PBB dan masyarakat antarabangsa tidak berupaya dan dilihat lumpuh untuk bertindak memberi keadilan kepada rakyat Palestin.

Israel memberi pelbagai alasan dan syarat-syarat baru jika hendak memulakan rundingan. Pada masa sama pendirian Dr. Mahathir dan Malaysia terhadap isu-isu Palestin tetap tegas dan jelas. Sekiranya tiga surat rasmi Perdana Menteri Malaysia kepada Perdana Menteri Israel yang didedahkan baru-baru ini tidak dikeluarkan sekalipun, dunia memang sudah tahu pendirian Malaysia.

Mungkin ada seorang dua manusia yang tidak mahu menerima kebenaran tetapi sebenarnya orang-orang itu menyokong Israel. Walaupun begitu surat Dr. Mahathir kepada tiga Perdana Menteri Israel yang dikeluarkan oleh kerajaan mendedahkan pembohongan sesetengah pihak. Ia memaparkan ketinggian diplomasi Malaysia dalam menyuarakan pandangan dan pendiriannya.

MENTERI KABINET BRITAIN LETAK JAWATAN KERANA #GAZA @MPKOTABELUD


Saya kecewa dengan berita peletakan jawatan Baroness Warsi sebagai Menteri Kabinet Britain petang semalam. Saya memuji pendirian beliau yang tegas, dalam mempertahankan kepentingan rakyat Palestin. Beliau kekal teguh dan tidak bersetuju dengan dasar Kerajaan UK mengenai kemelut di Gaza - sesuatu yang sepatutnya menjadi teladan kepada semua.

Secara peribadi, saya percaya yang masyarakat antarabangsa terlalu memberi penekanan terhadap ancaman Hamas, sedangkan isu sebenarnya ialah penderitaan rakyat Palestin di bumi mereka sendiri, yang perlu diselesaikan atas faktor kemanusiaan. Tidak ada jawapan yang baik untuk membenarkan pembunuhan sedemikian, walau apa pun alasan yang cuba diberikan untuk meyakinkan kita.

April lalu, saya berpeluang menerima kunjungan Baroness Warsi ketika lawatan kerja beliau ke SK Piasau, di kawasan saya di Kota Belud. Dalam masa yang singkat itu, kami sempat bertukar pandangan mengenai pelbagai isu.

Dengan menggunakan projek Big Iftar di Britain - yang diperkenalkan oleh Baroness Warsi ketika menjadi Menteri Keagamaan dan Komuniti UK - kementerian saya menerusi Bahagian Kesejahteraan Bandar telah memperkenalkan majlis berbuka puasa di Masjid An-Nur di USJ4 ketika bulan Ramadan yang lalu.

Majlis ini, yang turut menyaksikan kehadiran pelbagai wakil Gereja dan pemimpin agama lain, bertujuan meningkatkan integrasi komuniti di kalangan masyarakat pelbagai kaum di Malaysia. Adalah menjadi harapan saya yang usaha ini akan diteruskan dan diterapkan sebagai tradisi kemasyarakatan kita.

Saya mengucapkan Baroness Warsi selamat maju jaya di masa depan. Marilah kita berganding bahu memperjuangkan nasib rakyat Palestin.

DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN

Tuesday, August 5

#JomUbah PESTA BOGEL PULAU PINANG 2014....


Di bawah pemerintahan Khalifah Lim Guan Eng, Pulau Pinang semakin terkenal di kalangan manusia membenci pakaian? Jom Ubah!

Sekumpulan lelaki dan wanita berbangsa Cina dipercayai menganjurkan pesta bogel di sebuah pulau berhampiran Teluk Bahang, Pulau Pinang baru-baru ini.

Program yang diadakan sekitar bulan Jun itu dianjurkan oleh Kelab Sukan Bogel Pulau Pinang yang turut disertai seramai 18 orang yang dipercayai berumur sekitar 30 – 45 tahun.

Video itu MKP takkan siarkan diblog ini namum telah bercambah di Facebook. pelbagai acara turut diadakan sepanjang program tersebut berlangsung di mana semua peserta yang menyertainya berada dalam keadaan yang amat memalukan.

Pihak berkuasa di Pulau Pinang yang dihubungi enggan memberikan sebarang maklumbalas berhubung perkara itu, kerana masih belum menonton video tersebut bagi membolehkan satu siasatan dijalankan.

Manakala menurut sumber semua yang terlibat di dalam video tersebut adalah merupakan warganegara Singapura.

Monday, August 4

@huan2u PULAK JADI PENCACAI JAMIN PEMANDU KARPAL SINGH...


Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Huan Cheng Guan mengotakan janjinya untuk membayar ikat jamin bekas pemandu Karpal Singh, C.Selvam yang terlibat dalam kemalangan yang membunuh Pengerusi Kebangsaan DAP itu April, sebanyak RM5,000.

Selepas gagal membayar ikat jamin, Selvam telah ditahan di Penjara Taiping semenjak 9 Julai selepas dia didakwa atas tuduhan memandu secara cuai yang menyebabkan kematian Karpal Singh dan pembantu peribadinya, Michael Cornelius pada 17 April lalu.

Huan membayar ikat jamin tersebut pada 9:30 pagi tadi di Mahkamah Majistret Kampar selepas menyediakan deraf bank dari sebuah bank berhampiran.

Saturday, August 2

DAP @CMLIMGUANENG HINA PEMANDU KARPAL SINGH....


Bekas pemandu peribadi mendiang Karpal Singh yang merupakan pemandu dalam kemalangan maut membunuh Karpal Singh dan pembantu peribadinya, hari ini terpaksa hidup di dalam lokap selepas didakwa memandu secara cuai dan merbahaya.

Dan di sebalik jasa-jasanya kepada Karpal Singh selama Pengerusi DAP itu hidup, ahli-ahli keluarga Karpal Singh langsung tidak mempedulikannya.

C. Selvam tidak dapat mengadakan wang jaminan RM5,000 sepertimana yang telah ditetapkan oleh mahkamah.

Anak ketiga Karpal, Ramkarpal Singh Deo yang turut berada di dalam kenderaan yang sama ketika kemalangan itu berlaku berkata, mereka tidak dapat membayar wang jaminan memandangkan mereka adalah saksi kejadian.

"Saya telah disapina sebagai saksi pendakwa untuk perbicaraan ini, Jadi, kami tidak boleh terlibat dalam menjamin Selvam," katanya.

Ramkarpal, 38, telah dipilih sebagai Ahli Parlimen Bukit Gelugor pada 25 Mei selepas kerusi tersebut kosong ekoran kematian Karpal Singh pada 17 April.

C.Selvam, seorang warganegara India, telah didakwa di Mahkamah Sesyen Kampar pada 9 Julai kerana memandu secara cuai dan merbahaya. Dia bagaimanapun, mengaku tidak bersalah.

Insiden yang meragut nyawa Karpal Singh berlaku di KM306.1 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar pada 17 April.

Semenjak itu, C.Selvam telah direman dan dilokapkan. Kini, dia gagal pula menyediakan wang jaminan, sekaligus memanjangkan lagi tempohnya di dalam penjara sehingga tarikh perbicaraan.

Agak aneh kerana keluarga peguam Karpal Singh langsung tidak dapat mencari jalan membantu mengeluarkan C.Selvam.

Atau sebenarnya mereka memang tidak peduli dengan untung nasibnya?

RAHSIA TERBONGKAR..... KRISIS RUMAHTANGGA SELANGORKU....


Sudah pasti bukan mudah untuk PAS menerima hakikat bahawa selama ini PKR sendiri kurang yakin pada kepemimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.

Malah daripada beberapa maklumat tidak rasmi yang dapat dikumpulkannya berhubung prestasi Khalid, PAS nampaknya sukar untuk memperakukan bahawa mutakhir ini PKR sudah tidak boleh mempercayai kewibawaan Khalid.

Betapa tidaknya, sepanjang kempen menuju Pilihanraya Umum ke-13, PKR melalui Anwar Ibrahim yang paling kerap menjaja pada rakyat bahawa Khalidlah Menteri Besar yang boleh dijadikan contoh terbaik di Malaysia.

Anwar secara terbuka menghebahkan betapa Khalid meningkatkan rizab kerajaan negeri hampir RM3 bilion. Anwar memuji betapa bijaknya Khalid mengagihkan peruntukan RM300 tabung khas Selangorku kepada rakyat.

Namun tidak sampai setahun setelah Khalid dinobatkan sebagai Menteri Besar penggal kedua, PKR pula beria-ia mahu Khalid diganti. Lantas PAS bertanya, apa dosa Khalid? Beliau tidak ada skandal atau menghadapi tuduhan pecah amanah.

Bagi PAS ini soal prinsip. Demi mengekalkan kepercayaan rakyat pada perjuangan Pakatan Rakyat, ia bertanggungjawab memastikan kerajaan Pakatan itu tidak zalim terhadap rakyat dan, lebih-lebih lagi ke atas pemimpinnya sendiri.

Naluri keadilan PAS bimbang Khalid dianiaya oleh anasir tertentu yang tidak gemar kepada Khalid. PAS tidak mahu Khalid terfitnah seperti Anwar difitnah dengan pelbagai tuduhan amalan seks luar tabie dan sebagainya.

Sementelahan lagi tidak ada pula Anwar atau mana-mana pemimpin PKR yang diutus untuk memberi maklumat yang negatif terhadap Khalid sebelum ini. Malah wakil-wakil rakyat PAS dan exconya dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor langsung tidak nampak apa yang tidak kena dengan Khalid.

Lantaran itu, presiden PAS sendiri melangkah ke hadapan dan mempertahankan Khalid daripada menjadi mangsa permainan politik yang tidak sihat dalam PKR.

Rupa-rupanya beliau tidak keseorangan dalam jihad menentang fitnah ini. Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Pemangku Dewan Ulama PAS, Datuk Ahmad Yakob tidak menyokong usul mahu Khalid digantikan.

Namun dari perspektif PKR pula, seharusnya isu ia kurang senang dengan Khalid ini seharusnya sudah maklumi PAS. Jika tidak mengapa kesemua 22 Kawasan PAS Selangor menyokong usul Khalid digantikan, Januari lalu?

Usul itu mendorong PKR untuk membuat keputusan memperinci tindakan yang perlu diambil untuk menukar Khallid sebagai Menteri Besar 15 Januari lalu.

Lantas PKR mengumumkan program politik yang dikenali sebagai Langkah Kajang Mac lalu untuk menggantikan Khalid dan melonjakkan kedudukan Selangor sebagai pencetus kemenangan Pakatan Rakyat dalam PRU ke 14 nanti.

Malah ada pemimpin PKR yang merungut keseluruhan program Langkah Kajang memang hendak diperjelaskan kepada presiden PAS sendiri. Malangnya, Hj Hadi memberi alasan tidak dapat memenuhi permintaan Anwar untuk sesi penerangan berkenaan kerana perlu berada di Terengganu.

Malangnya, pada hari yang sama Hadi dikhabarkan bersama beberapa pemimpin kanan PAS menemui Khalid Ibrahim di Selangor untuk menyatakan pendirian mereka menyokong Khalid terus menjadi Menteri Besar.

Yang pastinya, kedua-dua pihak mempunyai skrip politik masing-masing berhubung isu menteri besar Selangor. PAS menyindir bahawa Khalid dizalimi sementara PKR pula membidas bahawa PAS mempunyai motif politik lain termasuk mahu mengambil alih jawatan berkenaan.

Sebagai seorang pemimpin gerakan politik seperti Pakatan Rakyat, Anwar cuba menyejukkan suhu perbezaan politik PKR-PAS ini dengan memuji sikap “Haji Hadi yang mempunyai komitmen tinggi terhadap perjuangan Pakatan Rakyat”.

Malahnya, menjelang PAS membuat keputusan muktamad berhubung isu ini pada 10 Ogos depan, ia sukar menolak cara Anwar memuji sikap Hadi pada Pakatan Rakyat tidak banyak bezanya dengan puji-pujian yang dihamburkan terhadap Khalid sebelum PRU-13.

Selang beberapa bulan selepas PRU ke-13 tiba-tiba Khalid kini menjadi pemimpin yang mempunyai “rekod buruk” di Selangor perlu diganti dengan calon Menteri Besar lain pada mata PKR!

Yang memburukkan keadaan ialah apabila Anwar mengumumkan pada Majlis Presiden Pakatan minggj lalu nama isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail yang baru menang dalam pilihanraya kecil Kajang, untuk menggantikan Khalid.

Soalan mudahnya, apakah matlamat Anwar meletakkan isterinya yang juga presiden PKR sebagai calon Menteri Besar? Apakah Anwar mahu menjadikan Selangor tapak politik keluarganya sendiri?

Hadi nampaknya tidak gusar perbezaan pandangan ini boleh mengakibatkan Pakatan Rakyat berpecah kerana PAS baginya hanya mahu melaksanakan matlamat perjuangan Pakatan itu sendiri yang tidak mahu menzalimi sesiapa.

Anwar masih cuba bersikap tenang. Mungkin menyedari keterlanjuran membuat keputusan berhubung isu menteri besar ini sebelum mengutip pandangan pemimpin-pemimpin PAS, maka setiausaha agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail diutus memperjelaskan keadaan pada Datuk Nik Aziz.

Namun perbincangan di kalangan pemimpin-pemimpin PAS yang dipintas dalam alam maya membayangkan PAS bersedia menghadapi seberang kemungkinan termasuk meninggalkan Pakatan Rakyat.

Mungkinkah soal kedudukan Khalid ini hanya alasan sahaja bagi PAS memandangkan sebelum Ramadan lalu PAS melihat seolah-olah tiada jalan keluar perbalahannya dengan sebuah lagi sekutu Pakatan iaitu DAP.

Mungkinkah juga ini adalah satu cara menzahirkan ketidaksenangannya dengan pendirian PKR yang tuntas menyokong pendirian DAP bahawa ia tidak mahu hukum hudud dilaksanakan di bumi Malaysia?

Bagi PAS pelaksanaan hudud adalah inti perjuangannya. Itu satu jihad. Sementara sokongan PKR pada DAP menentang adalah satu pengkhianatan paa perjuangan suci ini. Itu adalah tindakan jahat.

Sebelum nasi menjadi bubur mungkin sebab itu PAS mengambil sikap tidak mahu Khalid diganti dan berhadapan dengan kemungkinan perlu mengiktiraf Wan Azizah menjadi Menteri Besar dan hasrat hududnya disanggah oleh PKR.

Friday, August 1

KEPAKARAN ANAK MALAYSIA DITAGIH KERAJAAN ARAB SAUDI....


Malaysia telah melahirkan ramai tenaga kerja yang mahir melalui Tranformasi yang telah dilaksanakan oleh Pimpinan Negara. Tranformasi Modal Insan ini terbukti melalui pengitirafan oleh Kerajaan Arab Saudi memilih tenaga mahir dari Malaysia. Sebagai Rakyat Malaysia MKP amat berbangga menjadi Anak Malaysia.

Dibekalkan oleh ERL dan Syarikat Prasarana Negara Berhad, tenaga mahir ini akan berkhidmat untuk perkhidmatan rel Makkah Metro, yang menyediakan perkhidmatan rel antara kota Mekah, Mina dan Mudzalifah untuk kemudahan Jemaah haji seluruh dunia.

Dianggarkan lebih dua juta umat Islam akan berhimpun di bandar suci Mekah untuk menunaikan Rukun Islam kelima itu dan tidak kurang daripada 800,000 daripada mereka akan menggunakan perkhidmatan rel Makkah Metro untuk pergi ke bandar Mina dan Mudzalifah untuk urusan haji mereka.

Menemui 12 kakitangan Prasarana di perkarangan KLIA sebelum berlepas, Pengarah Kumpulan Divisyen Rel Prasarana , Haji Khairani Mohamed memberi pesanan kepada anak-anak buahnya supaya  menggunakan peluang yang diberikan sebaik mungkin.
“Anda adalah orang-orang bertuah untuk dipilih menunaikan tugas ini. Anda bakal membuat kerja yang amat mulia untuk membantu umat Islam seluruh dunia menunaikan Haji. Anda melakukan satu ibadat besar. Sentiasa niatkan kerja anda sebagai satu ibadat … Insyaallah, akan dikurniakan pahala besar daripada Allah swt.

“Anda semua juga berpeluang menunjukkan kepada dunia tentang keupayaan kita mengendalikan operasi rel. Hanya kita dan ERL dipilih oleh Makkah Metro untuk membantu operasi mereka. Ini adalah satu pengiktirafan besar kepada Malaysia dan Prasarana,”
 
kata Haji Khairani, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd – anak syarikat Prasarana yang dipertanggungjawabkan menguruskan operasi relnya.
Dipilih daripada para pegawai dan kakitangan Rapid Rail daripada operasi LRT dan monorel, ini adalah tugasan pertama untuk Rapid Rail dan Prasarana selepas dipinta oleh ERL, yang telah melaksanakan tugasan menyokong operasi rel musim Haji sejak dua tahun lepas.

Setibanya di Mekah, mereka akan bertanggungjawab untuk melatih para pekerja tempatan untuk operasi rel, yang berjalan untuk hanya tujuh hari setahun untuk musim haji.