Sunday, April 30
PENYAMUN EZAM KOTAK YANG PERLU ANDA TAHU...
Sebelum menyertai PPBM Ezam telah diyakinkan bahawa beliau akan dilantik sebagai Ketua Bahagian PPBM Setiawangsa dan juga Pengerusi PPBM Wilayah Persekutuan.
Namun situasinya berubah selepas beberapa bulan menyertainya. Untuk memegang jawatan itu Ezam ditawarkan satu 'pakej' oleh PPBM Pusat yang berharga RM 500'000.00. Juga perlu menyediakan pejabat dan kemudahan lain untuk PPBM Wilayah Persekutuan. Bagi yang mengenali Ezam mereka akan tahu sikapnya dalam bab hendak mengeluarkan wang. Bab wang masuk beliau memang laju dan cekap. Sanggup buat apa sahaja asalkan masuk wang.
Berang dengan tawaran 'pakej' itu membuatkan Ezam mengambil keputusan keluar parti dan kemudiannya menubuhkan parti sendiri yang diberi nama Parti Bebas Rasuah. Nama itu dipilih kerana hendak memperli kepimpinan PPBM yang mahu menjual jawatan kepadanya. Itulah cerita yang disampaikan kepada seorang wartawan melalui perbualannya dengan orang kanan Ezam, Abdul Ghani Haroon.
Selepas menubuhkan Parti Bebas Rasuah yang dicuri parti asalnya dari pihak lain, Ezam kini bakal berdepan hukuman kerana memberi maklumat palsu kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS). Dimana beliau bakal berdepan hukuman yang akhirnya tidak boleh memegang apa-apa jawatan dalam sebarang pertubuhan di Malaysia.
Lebih kurang sebulan lepas Ezam dengan penuh gah mengumumkan beliau akan bertanding melawan Perdana Menteri di Pekan. Dua minggu lepas pula beliau memfailkan saman RM 3.6 bilion terhadap PM. Dalam tempoh tidak sampai dua minggu beliau sendiri pula yang berdepan dengan tindakan undang-undang kerana mencuri dan menipu.
Ezam perlu sedar bahawa lawannya bukanlah Perdana Menteri. Terlalu jauh baginya untuk berlawan dengan Datuk Seri Najib. Ezam perlu kurangkan khayalannya dan ukurlah baju di badan sendiri. Setakat tahapnya itu cukuplah untuk beliau berentap dengan Presiden Parti Generasi Baru (New Gen Party), Datuk G.Kumaar sahaja.
Selain dari disiasat ROS , Ezam juga sedang berdepan dengan siasatan berhubung penyelewengannya dalam NGO yang bernama HISBAH. Dimana ratusan ribu dana HISBAH yang diterimanya dipercayai digunakan untuk kepentingan peribadinya. Untuk pengetahuan HISBAH diketuai oleh Ezam sebagai pengerusi dan jawatan bendahari pula dipegang oleh adik iparnya yang dikenali sebagai Karim.
Saturday, April 29
Mahathir Gagal Saman Najib, Diperintah Mahkamah Bayar RM30,000
1. Datuk Seri Najib Razak berjaya membatalkan saman dikemukakan Tun Dr Mahathir Mohamad dan dua yang lain berhubung dakwaan Perdana Menteri melakukan perbuatan salah laku dalam jawatan awam dan pentadbiran membabitkan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
2. Saman dikemukakan Mahathir, Khairuddin Abu Hassan dan Anina Saadudin dibatalkan pihak mahkamah selepas mendapati tuntutan saman berkenaan tidak boleh dipertahankan.
3. Peguam mewakili Najib, Datuk Mohd Hafarizam Harun berkata hakim turut memutuskan bahawa saman berkenaan tidak mempunyai sebarang kuasa tindakan, remeh dan menyusahkan.
4. Mahkamah bersetuju dengan alasan yang diberikan oleh pihak mewakili Najib bahawa adalah salah bagi plaintif dalam pernyataan tuntutan mereka untuk mendakwa Najib selaku penjawat awam, dan melakukan perbuatan salah laku itu.
5. Hal ini kerana mahkamah mendapati Perdana Menteri bukan penjawat awam mengikut takrifan Perlembagaan Persekutuan, sebaliknya ahli pentadbiran.
6. Mahkamah kemudian memerintahkan ketiga-tiga plaintif membayar kos kepada defendan sebanyak RM30,000.
Wednesday, April 26
KERAJAAN DAP HUKUM RAKYAT PULAU PINANG
Pakatan Harapan (PH) berkali kali membuatkan rakyat kecewa. Kadar Surcaj Pemuliharaan Air (SPA) naik buat kali ke 4 dalam masa 9 tahun pemerintahan kerajaan DAP Penang #Naik4Kali.
Kerajaan DAP Penang menggunakan alasan untuk menggalakkan penggunaan air secara bijak dalam kalangan rakyat sebagai alasan kenaikan tarif air.
Alasan yang sama, kerajaan DAP Penang pernah guna pada 23 Ogos 2013, Utusan Malaysia melaporkan orang ramai dipersalahkan kerana menggunakan air secara berlebihan sebagai punca tarif air mahu dinaikkan dari 24 sen kepada 48 sen, naik 100%.
Penduduk di Penang pada 2009 (masa DAP sudah setahun perintah) adalah sejumlah 1,554,300 orang mengikut statistik dari laman web www.penang.gov.my. Pada tahun 2013, 4 tahun selepas itu, jumlahnya menjadi 1,647,700 orang. Bermakna bertambah 93,400 orang dalam masa 4 tahun atau 6% pertambahan.
Penduduk bertambah hanya 6%, tetapi kadar tarif air naik sampai 100%. Siapa yang guna air sampai berlebih lebih itu?
Dilihat pakatan pembangkang ini tidak konsisten atau istiqamah langsung dalam berjanji. Malahan janji itu dibuat seperti mainan politik mereka untuk mendapatkan sokongan dari rakyat sahaja semasa kempen pilihanraya sahaja.
Pada 2 November 2010, Lim Guan Eng cakap dalam Malaysian Insider bahawa bil air di Penang paling murah di Malaysia. 2 Jun 2011, Lim Guan Eng cakap dalam Malaysiakini, "Pulau Pinang jamin tarif air tidak naik"
18 April 2012, dalam Roketkini, Guan Eng cakap "Tarif air di Pulau Pinang takkan dinaikkan". Semua yang Lim Guan Eng cakap ini adalah janji tipu sahaja. Lepas cakap itu, terus naik.
Dalam manifesto pakatan pembangkang di bawah Pakatan Rakyat dulu, pembangkang berjanji akan mengenakan caj air yang lebih rendah di negara ini khususnya di negeri yang dikuasai mereka tapi janji sudah hilang dan lesap entah ke mana.
Malahan, Kerajaan DAP pimpinan Ketua Menteri Lim Guan Eng menggunakan pelaksanaan surcaj untuk kononnya tidak menyentuh langsung tarif air, padahal jika dilihat, kenaikan surcaj membawa kepada kenaikan tarif dalam bil air yang perlu dibayar oleh pelanggan.
Pada 2013, sebaik sahaja habis Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, surcaj berkenaan dinaikkan kerajaan Pulau Pinang dengan kadar 100 peratus. Kemudian dua tahun lepas pada 2015, surcaj naik lagi malahan rakyat dikenakan caj lebihan 90 sen jika membuat bayaran di kaunter.
Akhirnya pada tahun ini, surcaj air naik lagi dari 48 sen kepada RM1 di negeri Pulau Pinang.
Janji pemansuhan plaza tol Sungai Nyior juga belum ditunaikan DAP sehingga hari ini. Guan Eng juga berjanji dalam satu kenyataan medianya pada 19 Februari 2008, ketika berkempen di Penang untuk membuat "Social & Environment, affordable housing for all". Mana dia rumah mampu milik untuk rakyat di Penang?
Berkaitan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), dulu bukan main lagi Nurul Izzah berdemo pakai baju mansuh GST dan buat perarakan mahu mansuh GST di Sogo dan Dataran Merdeka pada 2 April 2016.
Setahun selepas itu, pada 23 April 2017, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dalam satu ceramah di Tasek Gelugor berkata jika PH menang pada PRU akan datang, mereka akan mengurangkan kadar GST. Sudah jauh terpesong dari cerita asal untuk mansuhkan GST.
Bukannya Nurul Izzah tidak tahu beza antara mansuh dan kurangkan kadar. Ramai yang berdemo mansuh GST sudah kena tipu dengan PKR.
Pakatan di Selangor juga sama juga menipunya, Menteri Besarnya Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sedang dihimpit pelbagai masalah dan kontroversi yang masih belum selesai.
Padahal ketika PRU13, mereka berjanji untuk menjalankan pentadbiran yang telus dan berteraskan kemahuan rakyat. Banyak yang dijanji dalam Buku Jingga. Entah ke mana dicampak buku itu sekarang.
Apa sudah jadi dengan isu SPLASH, YAWAS dan SMUE di Selangor, mengapa bersembunyi, berselindung dan berdiam diri tidak mahu menjawab?
Cara pentadbiran Mohamed Azmin memang bertentangan dengan apa yang diperjuangkan dalam manifesto mereka. Tersasar terus.
Banyak sudah janji yang terbiar dan tidak ditunaikan. Rakyat usah terpedaya lagi dengan janji janji manis PH. Menjelang PRU14 nanti, akan ada pula janji baru kononnya untuk rakyat.
Penang dan Selangor adalah dua negeri yang ditadbir oleh DAP dan PKR. Berapa peratus sudah dilaksanakan janji dalam manifesto DAP dan PKR? Invoke atau Merdeka Center kenapa tidak mahu kaji?
Menurut rencana di Berita Harian pada 21 April 2017, kajian terkini menunjukkan lebih 83% janji BN semasa manifesto PRU13 sudah dilunaskan kepada rakyat. Ini bukti BN lebih layak dipercayai dan dipilih rakyat berbanding PH pada PRU14 nanti.
TIDAK SALAH BUKAN MELAYU JADI KETUA PENGARAH JPJ
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan beberapa perkara penting melalui Pelan Tindakan Masyarakat India sekali gus mencerminkan pendirian dan kesungguhan kerajaan meningkatkan taraf sosioekonomi kaum berkenaan.
Perdana Menteri berkata, kerajaan menetapkan sasaran untuk meningkatkan penyertaan kaum India dalam perkhidmatan awam sekurang-kurangnya tujuh peratus pada semua peringkat gred menjelang tahun 2026.
Penyebaran surat cadangan pelantikan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan yang baharu oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada Perdana Menteri menimbulkan tanda tanya besar mengenai pengurusan pejabat kedua-dua ahli politik tersebut.
Dalam surat yang tersebar, Liow Tiong Lai telah mencadangkan nama Dato Valluvan a/l Valloo dibenarkan memangku gred JUSA B dan dilantik sebagai Ketua Pengarah JPJ yang baharu mengantikan Datuk Seri Nadzri Siron.
Bagaimanapun surat cadangan tersebut telah disebarkan dan dijadikan isu perkauman oleh sesetengah pengguna media sosial.
Siapa untung apabila terdedah surat Liow Tiong Lai kepada Perdana Menteri; dan sebahagian penyokong UMNO di media sosial menjadi cauvinis tidak bertempat? Sudah tentu parti lawan yang sering menghasut rakyat bahawa UMNO ini sebuah parti perkauman yang jahat.
Malah lebih menyedihkan ialah betapa teruknya nilai amanah di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Pengangkutan. Surat Menteri kepada Perdana Menteri pun boleh bocor kepada umum.
Persoalan lebih jauh ialah salahkah KP JPJ dilantik dari kalangan bukan Melayu? Jawatan ini bukanlah satu jawatan yang membabitkan kepentingan bumiputera dan Islam. Justeru adalah tidak wajar sama sekali untuk mempertikaikan cadangan pelantikan ini dari sudut kaum atau agama.
Tidak salah jika mahu dipertikaikan cadangan menaikkan pangkat dari Jusa C ke B bagi membolehkan beliau menjadi KP JPJ. Ini membabitkan kedudukan dan kepentingan ramai lagi pegawai Jusa B yang layak memegang jawatan tersebut. Namun mempertikaikan cadangan tersebut dari sudut bangsa adalah tidak munasabah sama sekali.
Apakah kita hendak beritahu bukan Melayu tidak layak jadi Ketua Jabatan hatta bagi Jabatan yang tidak babitkan
kepentingan Islam dan Bumiputera?
KP JPJ sekarang Melayu tapi tidak sempat-sempat beliau hendak kuatkuasakan Kejara menjelang Pilihan Raya Umum. Ada untung pada BN dan UMNO?
Akhirnya, jika mahu terus kekal lama dalam perubahan dunia hari ini, perjuangan agama Islam dan kedudukan bumiputera harus berlandaskan hujahan dan alasan rasional bukan emosional.
Perdana Menteri berkata, kerajaan menetapkan sasaran untuk meningkatkan penyertaan kaum India dalam perkhidmatan awam sekurang-kurangnya tujuh peratus pada semua peringkat gred menjelang tahun 2026.
Penyebaran surat cadangan pelantikan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan yang baharu oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada Perdana Menteri menimbulkan tanda tanya besar mengenai pengurusan pejabat kedua-dua ahli politik tersebut.
Dalam surat yang tersebar, Liow Tiong Lai telah mencadangkan nama Dato Valluvan a/l Valloo dibenarkan memangku gred JUSA B dan dilantik sebagai Ketua Pengarah JPJ yang baharu mengantikan Datuk Seri Nadzri Siron.
Bagaimanapun surat cadangan tersebut telah disebarkan dan dijadikan isu perkauman oleh sesetengah pengguna media sosial.
Siapa untung apabila terdedah surat Liow Tiong Lai kepada Perdana Menteri; dan sebahagian penyokong UMNO di media sosial menjadi cauvinis tidak bertempat? Sudah tentu parti lawan yang sering menghasut rakyat bahawa UMNO ini sebuah parti perkauman yang jahat.
Malah lebih menyedihkan ialah betapa teruknya nilai amanah di Pejabat Perdana Menteri dan Menteri Pengangkutan. Surat Menteri kepada Perdana Menteri pun boleh bocor kepada umum.
Persoalan lebih jauh ialah salahkah KP JPJ dilantik dari kalangan bukan Melayu? Jawatan ini bukanlah satu jawatan yang membabitkan kepentingan bumiputera dan Islam. Justeru adalah tidak wajar sama sekali untuk mempertikaikan cadangan pelantikan ini dari sudut kaum atau agama.
Tidak salah jika mahu dipertikaikan cadangan menaikkan pangkat dari Jusa C ke B bagi membolehkan beliau menjadi KP JPJ. Ini membabitkan kedudukan dan kepentingan ramai lagi pegawai Jusa B yang layak memegang jawatan tersebut. Namun mempertikaikan cadangan tersebut dari sudut bangsa adalah tidak munasabah sama sekali.
Apakah kita hendak beritahu bukan Melayu tidak layak jadi Ketua Jabatan hatta bagi Jabatan yang tidak babitkan
kepentingan Islam dan Bumiputera?
KP JPJ sekarang Melayu tapi tidak sempat-sempat beliau hendak kuatkuasakan Kejara menjelang Pilihan Raya Umum. Ada untung pada BN dan UMNO?
Akhirnya, jika mahu terus kekal lama dalam perubahan dunia hari ini, perjuangan agama Islam dan kedudukan bumiputera harus berlandaskan hujahan dan alasan rasional bukan emosional.
Sunday, April 23
Laluan baharu RapidKL beri akses penumpang ke Klinik Kesihatan Kuala Lumpur
Dalam usaha memberikan orang-ramai kemudahan untuk mendapatkan rawatan di Klinik Kesihatan Kuala Lumpur di Jalan Fletcher di sini yang beroperasi sejak 3 April lepas , pihak RapidKL akan membuat pelarasan laluan bas 402 bermula Selasa ini.
Dalam satu kenyataan hari ini, RapidKL berkata laluan baharu itu akan meliputi Jalan Tun Razak-Jalan Ipoh-Jalan Pahang-Bulatan Pahang dan Jalan Tun Razak menghala ke KLCC.
Pelarasan itu akan meliputi empat lagi hentian bas dan salah satu daripadanya terletak 80 meter dari klinik itu.
Laluan baharu itu juga akan meningkatkan kesalinghubungan dalam pengangkutan awam, menghubungkannya dengan stesen transit aliran ringan (LRT) Titiwangsa dan monorel Chow Kit, menurut kenyataan itu.
Bagi laluan pejalan kaki menghala ke Klinik Kesihatan Kuala Lumpur, Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bersama Dewan Bandaraya Kuala Lumpur sedang bekerjasama rapat bagi penyediaan prsarana awam itu.
Monday, April 17
Kerjasama Serumpun ‘Tidak Ternilai’ Prasarana, API & MRT Jakarta @MyRapidKL
Jangan ditanya tentang nilai perjanjian. Kerana, bagi kami di Prasarana, kerjasama dengan MRT Jakarta dan rakan-rakan pengendali rel lain di Indonesia adalah sesuatu yang tidak dapat dinilai dengan ringgit mahupun rupiah.
“Tidak ternilai,” itulah komen ringkas Dato’ Sri Azmi Abdul Aziz kepada soalan daripada wartawan TV3 Amanda Lopez, yang bertanyakan tentang nilai kontrak perjanjian antara Prasarana Integrated Management and Engineering Services (PRIME) dan Akademi Perkeretaapian Indonesia (API) untuk program latihan pemandu dan penyelia tren MRT Jakarta.
Katanya, kerjasama itu tidak boleh dikira dengan nilai ringgit kerana ianya adalah sesuatu yang terlalu berharga. Tiada tanda harga boleh diletakkan dalam sesuatu usaha untuk menaikkan martabat ‘bangsa serumpun’ seperti Malaysia dan Indonesia.
Berucap pada majlis pemeteraian perjanjian berkenaan, Dato’ Sri Azmi berkata kerjasama antara Prasarana bersama API dan MRT Jakarta itu adalah satu lagi jejak pertemuan untuk mengeratkan lagi hubungan silatul rahim dan kerjasama serumpun antara Malaysia dan Indonesia.
“Prasarana dan PRIME amat berbangga untuk menghulurkan jalinan kerjasama ini, yang bakal memanfaatkan kedua-dua pihak,” kata Dato’ Sri Azmi, yang yakin bahawa kolaborasi itu adalah berkembang untuk meliputi bidang-bidang lain khususnya di bidang pembangunan industi rel.
“Apa yang ditandatangani hari ini tidak harus dilihat sebagai sesuatu ‘service agreement’ (perjanjian perkhidmatan); tetapi berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan serumpun untuk bersama-sama meningkatkan tahap masing-masing untuk menjadi bangsa yang yang cemerlang,” kata Dato’ Sri Azmi.
Menyambut pandangan itu, Bapak Zulmafendi Bachtiar, Kepala Pusat Pengembangan Sumber Daya Manusia Perhubungan Darat, Republik Indonesia berkata pihaknya amat tertarik dengan pandangan yang dikemukakan oleh Dato’ Sri Azmi dan menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan lebih erat dengan Prasarana untuk projek-projek rel lain di Indonesia.
Katanya, pentadbiran Presiden Jokowi sememangnya meletakkan pembangunan infrastruktur rel sebagai satu prioriti dalam program yang dilaksanakan oleh Kerajaan Indonesia dalam meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Menurut Bapak Zulmafendi, selain projek MRT Jakarta, Indonesia turut merancangan infrastrukur perkhidmatan aliran transit ringan di enam kota besar lain dan sembilan daerah metropolitan di republik itu.
Katanya, selepas mendengar ucapan daripada Dato’ Sri Azmi, beliau merasakan bahawa Prasarana adalah rakan yang paling sesuai untuk menyokong usaha pembangunan rel di Indonesia selaras dengan konsep kolaborasi bangsa serumpun Malaysia – Indonesia.
Hari ini, Prasarana mula mengorak langkah untuk mengembang sayap operasi ke Indonesia melalui program kolaborasi dengan operator-operator rel di republik itu yang diusahakan oleh PRIME dengan pemeteraian perjanjian latihan antara PRIME dan API, yang merupakan institusi bertanggungjawab untuk penyediaan latihan bagi tenaga mahir dalam industri rel di republik berkenaan.
Diadakan di ibupejabat korporat Prasarana di Menara UOA Bangsar, perjanjian berkenaan telah ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif PRIME, Puan Masnizam Hisham dengan API diwakili oleh Pengarah Presidennya, Dedy Cahyadi dengan Dato’ Sri Azmi, Bapak Zulmafendi dan Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Dato’ Ir. Zohari Sulaiman serta Bapak Tuhiyat, Direktur Kewangan & Adminstrasi MRT Jakarta.
Perjanjian yang ditandatangani pada hari ini adalah susulan kepada adalah susulan kepada pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) yang dimeterai oleh kedua-dua pihak pada bulan Oktober tahun lepas di Jakarta, Indonesia di mana Prasarana dan API bersetuju untuk bertukar maklumat, pengetahuan, kepakaran teknikal dan operasi dalam bidang rel.
Di bawah perjanjian hari ini, seramai 10 orang pemandu tren MRT Jakarta akan mengikuti latihan, yang dikendalikan oleh Akademi Rel, Rapid Rail – yang merupakan anak syarikat Prasarana tren mengikuti latihan di Akademi Rel sebelum disusuli oleh kumpulan-kumpulan lain di samping peluang menambah kerjasama di bidang-bidang lain untuk manfaat kedua-dua pihak. Mereka akan disusuli oleh kumpulan-kumpulan lain di samping peluang menambah kerjasama di bidang-bidang lain untuk manfaat kedua-dua pihak.
Secara keseluruhan, Akademi Rel akan melatih 78 pemandu tren dan 20 penyelia Pusat Operasi Kawalan (Operation Control Centre) MRT Jakarta dalam enam 6 kumpulan daripada sekarang sehingga pertengahan tahun 2018.
Selain projek MRT Jakarta, yang dijangka memulakan operasi pada 2019, PRIME turut meletakkan sasaran untuk menyediakan program latihan untuk PT KAI (Keretapi Indonesia), yang akan mengendalikan operasi LRT Jakarta (Greater Jakarta) dan LRT Palembang; dan PT Jakpro untuk LRT Jakarta – DKI, Jakarta.
Sunday, April 16
SUNTIKAN SEMANGAT UNTUK RAPID RAIL PERHEBAT PRESTASI @MyRapidKL
Rapid Rail, anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), mendapat suntikan semangat untuk terus memacu transformasi urban rel negara apabila menerima pengiktirafan daripada Institut Jurutera-jurutera Malaysia (IEM/Institution of Engineers Malaysia) atas sumbangannya dalam pembangunan industri kejuruteraan dan tenaga di negara ini.
Syarikat yang mengendalikan penyelenggaraan dan operasi LRT Laluan Kelana Jaya, LRT Laluan Ampang, LRT Laluan Sri Petaling dan perkhidmatan monorel serta MRT Laluan Sungai Buloh – Kajang, itu memiliki bilangan jurutera berkelayakan lebih 200 orang.
“Misi kami adalah untuk mendapatkan lebih ramai jurutera di Rapid Rail untuk didaftarkan sebagai ‘jurutera profesyenal’ di bawah Lembaga Jurutera Malaysia (BEM/Board of Engineers Malaysia) dan IEM. Kami juga sentiasa berusaha untuk membantu juruteknik yang bekerja dengan Rapid Rail untuk meningkatkan karier masing-masing ke tahap jurutera,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Dato’ Ir. Zohari Sulaiman, yang mewakili Rapid Rail malam tadi untuk menerima Anugerah IEM untuk Sumbangan kepada Industri Kejuruteraan di Malaysia – Pengangkutan pada Majlis Makan Malam dan Anugerah IEM ke 58 di sini malam tadi (Sabtu, 15 April 2017).
Di samping perkhidmatan rel Rapid KL di Lembah Klang, Rapid Rail turut mengendalikan penyelenggaraan dan operasi Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL), Mekah, yang dianggap operasi tren paling mencabar di dunia kerana perlu menggerakkan ratusan ribu jemaah haji pada satu masa.
"Anugerah IEM ini amat bermakna Rapid Rail. Ia adalah pengiktirafan sebuah badan profesyenal terhadap kemampuan Rapid Rail dan wargakerjanya dalam memacu industri kejuruteraan canggih yang bertaraf dunia. Anugerah ini pasti akan menyuntik kebanggaan dan nilai tambah kepada Rapid Rail untuk terus bersikap positif dalam apa jua program dan tugasannya.
“Di Rapid Rail, kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan untuk kemudahan dan keselesaan para pelanggan. Sejak beberapa tahun lepas, tahap ‘reliability’ perkhidmatan rel Rapid KL adaah di tahap 99.7 peratus. Aspirasi kami tahun adalah untuk menaikkan peratusan itu sehampir mungkin kepada 100 peratus.
“Pengiktirafan daripada IEM ini diharapkan dapat menguatkan lagi semangat seluruh wargakerja Rapid Rail untuk mencapai sasaran itu. Kami mengakui bahawa ianya bukan mudah kerana terdapat pelbagai cabaran yang perlu dihadapi oleh para jurutera, juruteknik dan staf-staf sokongan lain untuk mendapatkan perkhidmatan bebas 100% daripada masalah teknikal,” kata Zohari.
Katanya lagi, anugerah berkenaan adalah pengiktirafan kepada Rapid Rail untuk sumbangannya dalam memartabatkan industri tenaga negara kerana penggunaan tren yang mesra alam.
“Oleh kerana semua tren Rapid KL adalah tren-tren elektrik sepenuhnya, kami menyumbang kepada industri tenaga negara. Tetapi, bagi saya, perkara yang lebih penting lagi adalah penggunaan tren-tren ini menyerlahkan kepakaran pasukan kejuruteraan kami dalam mengendalikan pelbagai sistem dan teknologi di seluruh dunia.
“Ini diserlahkan lagi dengan keupayaan Rapid Rail dan Prasarana dalam mengendalikan dengan jayanya operasi MMMSL di Tanah Suci Mekah. Walaupun menggunakan sistem dan teknologi yang berbeza, staf Prasarana telah menjalankan kerja mereka dengan cemerlang sejak mengambil alih operasi ini pada 2015.
“Tahun lepas, pada tahun kedua operasi MMMSL oleh Prasarana, ia telah dijulang sebagai perkhidmatan yang terbaik dalam sejarah MMMSL sejak ia dimulakan pada 2010 pada tahap kepuasan pelanggan 98 peratus. Aspirasi kami adalah untuk menaikkan lagi peratusan ini,” kata Zohari.
Sebelum ini, Rapid Rail telah dinobatkan sebagai Operator Terbaik Rel 2015 oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) di samping pelbagai lagi anugerah inovasi dan kecemerlangan di peringkat nasional dan antarabangsa pengangkutan urban rel.
Rapid Rail turut mempunyai Akademi Rel yang bertauliah di bawah Program Latihan Dual Nasional Kementerian Sumber Manusia dan mengendalikan latihan untuk staf dan pegawai rel luar negara termasuk Nigeria, Arab Saudi dan Indonesia.
Friday, April 14
MAK LAMPIR DAH GABRA, ANAK IKAN KENA CEKUP SPRM
Ketua Angkatan Muda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atas dakwaan terlibat dalam kegiatan pengubahan wang haram berikutan kekayaan luar biasa yang dimilikinya.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki berkata, Adam disiasat di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLA).
Ceritanya sekarang, ada kumpulan tertentu sudah nampak gabra dan menggelabah apabila Adam Rosly, jutawan muda berusia 20an sudah ditangkap dan disiasat SPRM.
Antaranya, ialah Ahli Parlimen PKR Ampang Zuraida Kamaruddin yang dikatakan menjadikan Adam sebagai proksi politik beliau melonggokkan kekayaannya kepada Adam untuk dijaga.
Zuraida atau lebih mesra dipangggil "mak lampir" yang melantik Adam Rosly sebagai pegawai khasnya. Zuraida sebelum ini dikaitkan dengan deretan tujuh buah kereta yang dikatakan menjadi miliknya.
Menurut banyak pihak, kebanyakan kekayaan yang dimiliki oleh Adam adalah milik orang lain. Adam hanyalah proksi sahaja untuk mengaburi perhatian pihak berkuasa khususnya SPRM.
Selain Zuraida, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali juga dilihat bakal tidak senang duduk memandangkan diri beliau juga sudah terpalit macam-macam kontroversi yang tidak dijawab sehingga hari ini.
Adam Rosly juga adalah Ketua Kelab Penyokong Bolasepak Selangor ketika Azmin Ali menjadi Presiden FAS. Adam Rosly juga dikatakan rapat dengan Hilman Idham, pegawai khas kepada Azmin Ali.
Adakah kekayaan Adam turut melibatkan skandal rasuah yang ada terkait sekali dengan Azmin?
Banyak pihak telah menggesa agar SPRM membuka semula siasatan kekayaan luar biasa Azmin semasa beliau di zaman muda dahulu. Termasuklah menyiasat skandal SPLASH, YAWAS dan tanah di Wetlands.
Azmin masih lagi di luar negara. Diam membisu bila Adam dicekup. Zuraida pula mengambil sikap diam. Rafizi yang sering bising bila isu rasuah pun diam.
Masing masing "gabra" dan jadi "cuak" bila Adam Rosly ditahan. Dari segi riak muka dan wajah, jelas menampakkan Adam Rosly pasrah ditahan.
Semalam, bila seorang Datuk Seri ditahan di Penang, Lim Guan Eng nampak "gabra". Pelbagai pihak desak Guan Eng letak jawatan.
Kini di Selangor, Adam Rosly adalah kunci kepada terbongkarnya lebih banyak cerita cerita baru di Selangor. Jika Adam Rosly nampak dirinya tidak dibela seperti pemimpin lain dalam PKR, sudah pasti Adam sendiri akan "pecah lubang" nanti.
Sebelum ditahan, Adam dipercayai dipanggil ke pejabat SPRM di Putrajaya dan beliau hadir dengan gaya angkuh menaiki kereta mewah berwarna hitam bersama pemandu dengan memakai baju batik oren.
Hari ini, Adam memakai baju oren juga bertulis "Lokap SPRM" sambil tangan bergari. Tiada satu pun pemimpin PKR yang nampak mahu membelanya. Mereka semua diam sebab "gabra".
Pakatan Harapan (PH) sebelum ini mengatakan bahawa pemimpin mereka bebas rasuah nyata meleset kerana sudah satu persatu pemimpin pembangkang pula ditahan disyaki terlibat dengan rasuah.
Jutawan muda ditangkap di Selangor. Jutawan bergelar Datuk Seri ditahan di Penang. Kedua dua yang ditahan ini pasti buat Guan Eng dan Azmin jadi gelisah dan gabra. Siapa pula akan kena selepas ini?
Sunday, April 9
Tahniah pengendali pengangkutan awam terbesar Malaysia @MyRapidKL mendapat pengiktirafan antarabangsa @azmiaziz60
Menyorot kembali ketika pembentangan Rancangan Malaysia Ke 11 pada 21 Mei 2015 lalu , Perdana Menteri telah mengumumkan di dalam teras ke 7 untuk memperkukuhkan infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan ekonomi dan di dalam teras berkenaan sebanyak 4 strategi telah disusun di dalam bidang fokus A iaitu membangunkan sistem pengangkutan bersepadu berdasarkan keperluan.
4 Strategi berkenaan akan dicapai melalui
Memperkukuhkan ketersambungan merentasi pelbagai mod pengangkutan dan wilayah
Meningkatkan tahap keselamatan, kecekapan dan perkhidmatan operasi pengangkutan
Meningkatkan kapasiti akses dan operasi
Memperkukuhkan rangka kerja kawal selia dan institusi sektor pengangkutan
Malaysia berada pada ranking ke-11 terbaik dunia daripada 138 negara dalam sektor pengangkutan oleh Forum Ekonomi Dunia, Indeks Kompetitif Global 2016-2017.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kedudukan tersebut merupakan satu lagi berita baik buat negara serta pengiktirafan kepada kualiti infrastruktur pengangkutan di Malaysia.
Menurutnya, pengiktirafan tersebut juga merupakan penghargaan terhadap usaha dan dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mendahulukan kepentingan rakyat.
“Saya sentiasa menegaskan bahawa rangkaian perhubungan untuk rakyat melalui kualiti dan sistem pengangkutan yang baik sangat dekat di hati saya.
“Malah dalam ranking itu, rakyat Malaysia mendapat nilai terbaik untuk perjalanan setiap hari mengatasi Indonesia, Thailand, Vietnam dan Filipina,” katanya dalam laman blog NajibRazak.Com hari ini.
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, pada masa akan datang, rakyat Malaysia akan lebih disambungkan dengan siap projek seperti perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT), Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) dan Projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Malaysia-Singapura.
“Walaupun kita menyediakan infrastruktur bertaraf dunia untuk rakyat, kita juga perlu sentiasa inklusif dalam polisi kerajaan. Saya percaya bahawa tidak ada orang yang mesti dipinggirkan dan oleh sebab itu kita bergerak ke hadapan dengan projek mega infrastruktur seperti Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak serta projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
“Insya-Allah, ia akan mampu mentransformasikan landskap sosioekonomi dan cara rakyat kita hidup, bekerja dan berniaga,” katanya.