Tuesday, September 30
TIDAK PERNAH BERJANJI MALAHAN DITUDUH "MENIPU" @MPKotaBelud @GoteamRD
Pada 24 September 2014, Ahli Parlimen Serdang YB Ong Kian Ming telah mengeluarkan kenyataan yang menggesa saya untuk mendedahkan dokumen-dokumen tender berkenaan cadangan pembinaan sebuah loji sisa kepada tenaga (WtE) di Kepong.
Menurut YB Ong Kian Ming, sekiranya saya gagal berbuat demikian, saya akan dianggap sebagai ‘penipu’ kerana beliau mendakwa saya telah berjanji untuk mendedahkan dokumen-dokumen tender itu ke pengetahuan umum.
Saya ingin menjelaskan di sini bahawa saya tidak pernah berjanji di Dewan Rakyat mahupun kepada YB Ong Kian Ming sendiri. Untuk memperkukuhkan kenyataan saya ini, saya menyiarkan semula salinan-salinan Hansard terbabit dan juga transkrip dari apa yang telah diperkatakan dalam sesi dialog bersama penduduk-penduduk Kepong, seperti di bawah:
Pada halaman 138, 26 November 2013 dari perenggan 8 ke 11, YB Ong Kian Ming berkata:
“Pada suatu taklimat yang yang diberikan oleh Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Dr Nadzri Yahya kepada penduduk Taman Beringin di Kepong, beliau telah memberi jaminan bahawa semua tawaran ataupun bid yang diterima oleh kementerian untuk kawasan Taman Beringin ini akan diterbitkan terbuka kepada semua orang awam untuk menilai dan juga mengkaji.”
Transkrip dialog WtE bersama penduduk-penduduk Kepong pada 18 November 2013:
Ong Kian Ming dari minit 49.55 ke 50.21
“Pihak kementerian akan memberi semua international bid atau local bid untuk semua cadangan yang akan dikeluarkan incineration, anaerobic digestion, MRF & itu adalah soalan yang pertama. Kern kita nak semua penduduk boleh menilai juga apa cadangan-cadangan yang diberikan oleh pihak-pihak yang berlainan bukan sahaja incinerator tapi cadangan yang lain juga.”
Dato’ Nadzri Yahaya dari minit 50.00 ke 51.26
“Tentang international bid tu, international bid terbuka dalaman dan luar negara. Itu dia pakai international bid. Apabila diannouncekan melalui suratkhabar, semua-semua media. Bila kita terima semua itu kita akan list kan apa-apa jenis teknologi yang dioffer. Itu jelas kita ada international bid. Dia boleh datang as their own katalah dari China ke, Amerika ke, dia boleh datang secara international company.”
Ong Kian Ming pada minit 51.27
“It will be published dan semua orang akan boleh tengok?”
Dato’ Nadzri Yahaya pada minit 51.28
“Ya,ya,ya.”
Sebelum saya membuat penjelasan di Parlimen pada 26 November, Dr Nadzri telah memaklumkan kepada saya bahawa pihak kementerian akan mendedahkan dokumen-dokumen tender dalam kapasiti yang dibenarkan untuk didedahkan kepada umum, yakni mengikuti prosedur lazim tender.
Sebagai rekod umum, daripada 33 soalan-soalan pra-kelayakan yang diserahkan, teknologi-teknologi yang dikenalpasti untuk dipertimbangkan adalah:
• Incinerasi
• Gasifikasi
• Pirolisis
• Gabungan Teknologi
Susulan kepada itu, Penilaian Impak Alam Sekitar Terperinci (DEIA) akan dilaksanakan berdasarkan teknologi yang disenaraikan di atas. DEIA dijangka akan disiapkan pada Jun 2015. Sebaik sahaja keperluan-keperluan yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar (DOE) dituntuti, kelulusan kepada DEIA akan diberikan.
Berdasarkan kepada penjelasan yang diberikan, cadangan pembinaan loji WtE ini tidak akan bertolak ansur berhubung kepentingan rakyat dan alam sekitar.
YB Ong Kian Ming tidak sepatutnya mengelirukan awam dengan mengeluarkan maklumat yang tidak tepat, menuduh orang lain sebagai ‘penipu’ kerana ini jelas tidak memaparkan ciri-ciri kepimpinan mahupun tahap akademik seorang pemimpin. Beliau tidak sepatutnya mempolitikkan isu ini kerana projek ini jelas akan memanfaatkan rakyat.
Datuk Abdul Rahman Dahlan,
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Monday, September 29
I don't take lectures or advice from chauvinist and racist party like DAP! @MPKotaBelud
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan menyelar tindakan DAP yang meminta beliau supaya tidak bersifat perkauman dalam mengendalikan hal pembelian rumah untuk Bumiputera.
7) Apakah DAP tidak rasis bila projek perumahan kos rendah / mampu milik di Penang oleh agensi kjaan pusat tidak diberi kelulusan?
— Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) September 28, 2014
"Saya juga boleh kata DAP rasis apabila perumahan yang diluluskan untuk dibina di Pinang Pinang tidak mampu dibeli oleh orang Bumiputera,” katanya yang turut menggelar DAP parti paling rasis dan cauvinis dalam negara ini.
Isu itu timbul selepas mesej seorang pembeli Bumiputera mengenai dakwaan manipulasi harga oleh pemaju perumahan bukan Bumiputera mula tersebar di internet sejak beberapa hari lalu. KLIK
Pembeli Bumiputera didakwa perlu membayar jauh lebih tinggi pada peringkat awal untuk membeli rumah daripada syarikat perumahan bukan Bumiputera, menyebabkan kaum itu sukar untuk memiliki rumah sendiri.
Abdul Rahman memberi jaminan kementeriannya akan menyiasat dakwaan itu.
3) Why is DAP worried about my ministry investigating concerns by bumiputera house buyers? Don't they have the right to be protected too?
— Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) September 28, 2014
Abdul Rahman berkata pihaknya perlu menyiasat apabila menerima aduan daripada pembeli dan pihak DAP tidak perlu mempertikai tindakan beliau kerana pembeli Bumiputra juga mempunyai hak untuk dilindungi.
4) Apakah DAP sudah besar kepala tidak mahu mengiktiraf bahawa hak pembeli rumah bumiputera juga perlu dibela?
— Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) September 28, 2014
“Kenapa apabila saya membantu pemaju perumahan bukan Bumiputra, DAP tidak pernah kata saya rasis,
5) Bila saya membantu pemaju perumahan yang kebanyakannya bukan bumiputera, kenapa pula DAP tidak pernah kata saya rasis?
— Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) September 28, 2014
Beliau telah mengarahkan Ketua Setiausaha kementerianya untuk membuat siasatan dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pemaju perumahan yang didapati melanggar peraturan sedia ada. Agenda Daily
Saturday, September 27
TIPU DAYA HALUS PEMAJU TERHADAP PEMBELI BUMIPUTRA @mpkotabelud @arpahrazak54 @kpkt_gov @GoteamRD #housing
Surat saya kepada Kementerian Perumah Dan Kerajaan Tempatan.
YB Dato .....
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Precinct 5, Putrajaya,
68600 Wilayah Persekutuan
YB Dato',
Per: TIPU DAYA HALUS PEMAJU TERHADAP PEMBELI BUMIPUTRA DENGAN MEMANIPULASIKAN DISKAUN.
1. Saya Hassan Md. Ali, pernah bertugas di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dari 1979-1985 dan juga sebagai pemaju perumahan dari 1985-1995.
2. Baru baru ini saya keProperty Fair di Subang Parade, Subang, Selangor.
Tertarik dgn sebuah tawaran dari syarikat pembangunan perumahan yang sedang memajukan Tanjung Puteri, Johor.
Diskaun yg ditawarkan adalah spt berikut;
Utk bumiputra: 15% Bukan Bumi: 6%.
Keluasan unit: 700ksp.
Harga unit: RM1.0 juta.
Pinjaman akan diusaha sehingga 90%.
Bagi pembeli bumiputra, hanya perlukan sediakan 10% shj sebagai downpayment. Bermakna pembeli bumiputra perlu membayar RM85,000.
Bagi bukan bumiputra downpayment 4% (6% discount is taken as part payment of 10% d/pymt).
Bermakna hanya RM40,000.
3. Sebagai seorang pemaju perumahan, saya menyiasat lebih lanjut lagi.
Selain dari membayar downpayment sebanyak RM 85,000, pembeli bumiputra dikhendaki membayar segala kos spt (legal fee, stamp fee, loan fee) yg jumlahnya lebih kurang RM42,000.
Sedangkan pembeli bukan bumiputra hanya perlu meyedikan RM40,000 dan lain2 kos akan ditanggung olih Pemaju.
4.Tidak meyedari saya membuat pengiraan dan membuat perbandingan 'entry cost' antara bumiputra dan bukan bumiptra, ternyata pembeli bumiputra terpaksa meyediakan sejumlah RM127,000 sedangkan pembeli bukan bumiputra hanya memerlukan RM40,000 untuk membelinya.
Seolah-olah kaum bumiputra yang memberi subsidi kapada pembeli bukan bumiputra sebanyak RM45,000. Bermakna walaupun harga bagi bumiputra dikurangkan sebanyak $150,000 dari harga asal, tetapi perbedzaan harga sebenar diantara bumi dan bukan bumi hanya RM37,000 atau 4% sahaja.
5. Bagi pembeli bumiputra utk membayar downpayment sebanyak RM127,000 bagi unit seluas 700ksp adalah terlalu mahal dan sudah tentu unit2 yg diperuntukan utk bumiputera susah dijual kelak kerana unit tersebut hanya bolih dijual kpd pembeli bumiputra sahaja.
Oleh kerana 'entry kosnya' hampir 3 kali lebih besar dari kaum bukan bumiputra maka sudah tentulah unit2 bumiputra tidak laku dijual dan pemaju mempunyai alasan yg kukuh untuk memohon perlepasan dari Kementerian YB. Dato' supaya unit tersebut dibebaskan dari peruntukan bumiputra.
6. Sekali pandang seolah mereka bersama2 kerajaan yg ingin menolong kaum bumiputra memiliki harta di negara ini, tetapi apabila diperincikan kira2nya, pembelian unit bumiputra yg adalah lebih mahal dari yg sepatutnya dan penglibatan pemaju untuk membantu kaum bumiputra utk memiliki harta saperti yang disarankan olih kerajaan adalah satu gimmik dan dijadikan perolok2kan olih pemaju.
7. Saya sempat membentangkan kira2 diatas kpd wakil pemaju hartanah tetsebut dan dgn sinis dia menjawab "Every chinese developer are doing this just to make sure every Melayu and Bumiputera won't have any chance of acquiring new property so your child will stick to the old house or staying back to kampung"
Saudara2ku,
Semenjak kita berWhatsapp, sudah berapa kali saya ungkapkan perkara2 spt ini.
NEGARA KITA TELAH TERJUAL. Ternyata org cina dah sampai peringkat tak memerlukan keujudan org melayu dinegara Melayu kerana sumbangan org melayu terhadap ekonomi negara ini terlalu kecil.
Bank saperti;
Public Bank,
Hong Leong Bank, Stanchart,
Citibank, HSBC boleh hidup tanpa pelanggan melayu.
Pemimpin melayu banyak buat duit dengan memberi pelepasan unit2 bumiputra kpd unit bebas.
Berikutan dengan Aduan yang telah dinyatakan oleh Saudara Hassan Md. Ali. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah memberikan respon serta arahan kepada Ketua Setiausaha Kementerian supaya tindakan diambil dengan segera.
Aduan itu telah menjadi "viral" dalam media sosial sejak beberapa hari ini.
Saya telah arahkan Ketua Setiausaha Kementerian saya untuk menyiasat perkara ini dengan segera.
Saya juga meminta supaya pengadu tersebut untuk tampil ke depan bagi membolehkan kementerian saya mendapatkan maklumat lanjut agar siasatan dapat dijalankan dengan lebih terperinci.
Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pemaju-pemaju perumahan yang didapati melanggar peraturan sedia ada.
Saya juga telah mengarahkan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya jika ada ahli-ahli mereka yang terlibat dalam perkara ini.
Kementerian saya memandang serius perkara ini dan akan mengeluarkan kenyataan setelah siasatan selesai.
Terima kasih.
Datuk Abdul Rahman Dahlan
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan
26 September 2014
Wednesday, September 24
BILA MUSIM MENGUNDI BARU DILULUSKAN PROJEK "GULA-GULA" PENGUNDI #PRKPengkalanKubur @MpKotaBelud
Sehari suntuk saya berada di Pengkalan Kubor (PK) hari ini berkempen untuk calon BN. Saya umumkan peruntukan sebanyak RM1.2 juta untuk projek-projek infrastruktur dan penyelenggaraan di DUN PK.
Dalam sidang media saya di penghujung program, media ada bertanya apa komen saya mengenai tuduhan sesetengah pihak kononnya BN hanya umum projek bila ada pilihanraya kerana wakil rakyat sesuatu kawasan itu meninggal dunia.
Saya tidak setuju dengan pandangan itu. Setiap tahun kerajaan menyediakan bajet negara. Dalam bajet itu ada senarai projek-projek yang ingin dilaksanakan di seluruh kawasan di negara kita untuk sepanjang tahun.
Projek-projek yang diumumkan oleh kerajaan dalam pilihanraya kecil sebenarnya sudah diputuskan awal. Dan oleh kerana para pengundi di kawasan pilihanraya kecil itu bakal membuat perhitungan, sudah tentu kerajaan mahu umumkan apa yang telah dan bakal dilaksana di kawasan tersebut.
Takkan lah kerajaan berdiam sahaja sehinggakan rakyat di situ tidak tahu mengenai rancangan kerajaan BN. Sudah tentu kerajaan BN mahu rakyat memilih calon BN berdasarkan perancangan kerajaan BN yang telah dan bakal dibuat di kawasan tersebut. Caranya ialah untuk mengumumkan projek-projek tersebut.
Saya bagi contoh kementerian saya. Sebelum ini arwah YB Datuk Moor Zahidi Omar ada mengemukakan permohonan untuk pembangunan infrastruktur kepada Jabatan Kerajaan Tempatan di bawah kementerian saya. Kementerian saya telah menerima dan meluluskan permohonan itu sebelum arwah meninggal dunia lagi.
Apakah saya hanya berdiam diri dan tidak memaklumkan kepada pengundi di situ, sedangkan sebahagian permohonan itu adalah dari permohonan langsung dari arwah dan sebahagiannya memang dirancang oleh kementerian saya untuk kawasan Pengkalan Kubor?
Kalau saya tidak umumkan sudah tentu pengundi di situ akan menyalahkan kerajaan BN kerana tidak bertindak terhadap permohonan arwah YB Datuk Noor Zahidi. Saya tidak mahu mengambil risiko itu sedangkan kelulusan telah diberi lebih awal lagi!
Sebenarnya pengumuman seperti ini adalah perkara biasa. Saya masih ingat dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor tahun 2010. Kerajaan negeri Pakatan juga umumkan macam-macam projek dan peruntukan kepada pengundi di Hulu Selangor.
Yang lebih teruk lagi ialah bila ada parti yang janjikan syurga kepada pengundi mereka. Bayangkan, mereka tabur janji masuk syurga sedangkan saya cuma umumkan peruntukan bersihkan longkang dan baiki jalan. Kenapa janji syurga itu tidak dipertikaikan?
Sebenarnya pengumuman seperti ini adalah perkara biasa. Saya masih ingat dalam pilihanraya kecil Hulu Selangor tahun 2010. Kerajaan negeri Pakatan juga umumkan macam-macam projek dan peruntukan kepada pengundi di Hulu Selangor.
Yang lebih teruk lagi ialah bila ada parti yang janjikan syurga kepada pengundi mereka. Bayangkan, mereka tabur janji masuk syurga sedangkan saya cuma umumkan peruntukan bersihkan longkang dan baiki jalan. Kenapa janji syurga itu tidak dipertikaikan?
Dato' Abdul Rahman Dahlan.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Tuesday, September 23
@MPkotabelud TANGKAP ULAR SAWA #PRKPengkalanKubor #PengkalanKubor
Dalam kesibukan berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor, Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan menyertai pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat menangkap seekor ular sawa di Kampung Raja, Pantai Geting di Tumpat.
Ular sawa sepanjang lebih tiga meter itu sedang menyusur dalam sebuah kedai makan ketika Abdul Rahman mengadakan sidang media dan ia disedari seorang pegawai bomba yang ternampak kelibat ular itu dalam semak berhampiran.
Turut menyertai Abdul Rahman ialah Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan, Azmi Osman.
Abdul Rahman dan Azmi bergegas meninggalkan sidang akhbar berkenaan untuk menyertai beberapa anggota Bomba dan Penyelamat menangkap ular sawa itu di kawasan semak kira-kira 10 meter dari kedai makan itu.
Ular sawa itu akhirnya ditangkap 10 minit selepas itu oleh beberapa anggota bomba dan tanpa rasa takut, Abdul Rahman turut memegang kepala ular sawa itu.
Seorang penduduk, Wan Ali Wan Stapa, 57, berkata insiden itu akan diingatinya kerana ia merupakan kali pertama melihat seorang menteri bersama-sama menangkap ular.
"Bukan senang nak tengok menteri tangkap ular ni. Kalau bomba tu memang biasalah," katanya.
Seorang lagi penduduk, Saadiah Awang, 50, mengakui keberanian Abdul Rahman itu dan berkata: "Berani weh menteri ruponyo tangkap ular. Kito pun gerun tengok."
Abdul Rahman kemudiannya terus menyambung kembali sidang akhbar tertangguh itu manakala ular sawa berkenaan dihantar ke Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan).
Monday, September 22
TABUNG HAJI BAKAL SAMAN PEMBAWA FITNAH...... @azeezputera
Sejak dua hari lepas ada mamat sengal yang kurang cerdik mengherdik pihak Tabung Haji membuat pelaburan haram hartanah di Detroit, Amerika Syarikat. Penfitnah tersebut telah membua satu fenomena didalam media sosial. Pada mulanya ramai yang telah menganggap mamat nie adalah hero yang hebat kerana telah membongkar penyelewengan wang haram untuk kegunaan peribadi.
Isu ini didedahkan oleh juru blog Outsyed The Box semalam dengan mendakwa Tabung Haji bakal menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat pelaburan rumahan bagi pembangunan hartanah di Detroit, Amerika Syarikat.
Cadangan pelaburan dalam bidang hartanah sehingga berjumlah beratus juta ini sangat misteri kerana nilai hartanah di Detroit jatuh dengan begitu mendadak sehinggak terdapat rumah di jual antara USD 1,000 sahaja.Tapi sayangnya artikel fitnah ini hanyalah seketika dan pada saat ini telah dipadam. Mungkin mamat nie telah mengetahui bahawa pihak Tabung Haji bakal menyaman beliau. Semalam MKP telah menghubungi sendiri pihak yang mempunyai kaitan rapat dengan Tabung Haji.Pihak Tabung Haji bakal menyaman pembawa fitnah ini.
Kena ingat!!! Nak buat kerja POW-POW pun bukan dengan Tabung Haji, Tabung Haji adalah satu indentiti yang banyak membantu Umat Islam di Malaysia mengerjakan Haji serta UMRAH. Pihak Tabung Haji bukan mudah membuat pelaburan sebegini kerana wang yang dimiliki adalah dari Rakyat Marhaen.
TABUNG HAJI MENAFIKAN PELABURAN DI AMERIKA SYARIKAT
menyatakan rasa kesal atas kenyataan berbentuk spekulasi mengenai pelaburan TH di
Amerika Syarikat baru-baru ini. TH sehingga kini tidak membuat sebarang komitmen
pelaburan di Detroit atau mana-mana bandar lain di Amerika Syarikat.
Tidak ada sebarang transaksi atau pembayaran telah dibuat bagi tujuan pelaburan di
Amerika Syarikat. Oleh yang demikian, orang ramai sewajarnya tidak mempercayai
sumber-sumber tidak rasmi yang hanya berbentuk spekulasi yang tidak mencerminkan
keadaan sebenar.
Untuk makluman, TH setakat ini telah membuat pelaburan di Arab Saudi, United
Kingdom, Australia dan negara-negara Asia untuk mempelbagaikan pelaburannya.
Berikutan pulangan yang memberangsangkan daripada pelaburan di negara-negara
tersebut, TH akan terus mencari peluang pelaburan yang serupa di negara-negara lain
berdasarkan kepada rangka kerja Strategi Alokasi Asetnya. Pelaburan luar negara,
sebagaimana pelaburan domestik, adalah tertakluk kepada proses kelulusan
pelaburan yang ketat.
TH sentiasa menekankan kepentingan Ummah dan para pendeposit dalam semua
aktiviti-aktiviti pelaburannya.
PAS KENA INGAT PENGAJARAN INI #PengkalanKubor
Pengkalan Kubor bakal menjadi titik tolak penentu bahawa PAS mengalami krisis dalaman yang agak kritikal. Kempen PAS pada ketika ini agak hambar dan tawar. Umpama makan singgang tanpa BUDU. Itu yang MKP boleh beritahu pada semua sejak sampai ke Pengkalan Kubor dua hari lepas.
Mungkin terdesak dengan situasi krisis dalaman ada penceramah PAS ghairah berkempen ada yang sedang berdepan siasatan polis di bawah Akta Hasutan.
Ini berikutan polis Kelantan mengesahkan membuka dua kertas siasatan di bawah Akta Hasutan sepanjang kempen di PRK Pengkalan Kubor sejak 13 September lalu.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata, siasatan dilakukan terhadap dua laporan polis terhadap dua ceramah parti PAS baru- baru ini.
Katanya, siasatan terperinci sedang dilakukan mengikut peruntukkan Seksyen 4(1)(b) dan (c) Akta Hasutan 1948.
Untuk sesiapa yang masih tidak percaya perkataan-perkataan ini keluar dari mulut Presiden PAS, mari kita tonton video ini.
Mungkin wakil rakyat PAS sudah tidak percaya kepada baiah di atas nama Allah tetapi lebih percayakan Akuan Bersumpah yang dibuat oleh KETUM.
Itu bukan lagi berTAHALUF tapi BAHALOL namanya!
Thursday, September 18
AKADEMI BAS RAPID BUS BERASPIRASI MENJADI PEMAIN GLOBAL
Pusat Latihan Akademi Bas Rapid Bus Sdn Bhd – satu-satunya akademi bas tanahair yang menyediakan program penuh untuk pemandu dan staf kejuruteraan, akan terus meningkatkan prestasi untuk menjadi pemain global dengan menyusun program-program kolaborasi strategik.
Dalam merealisasikan aspirasi berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bas, Dato’ Ir. Zohari Sulaiman berkata akademi, yang terletak di Kompleks Rapid Bus Cheras Selatan itu, bukan saja akan meningkatkan kerjasama dengan pusat-pusat pengajian tinggi, tetapi juga dengan pemain-pemain utama dalam industri pengangkutan awam.
Ketika mengumumkan ini hari ini, Zohari, yang juga Pengarah Kumpulan Divisyen Bas, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), berkata akademi berkenaan tidak hanya mensasarkan penyediaan staf berkemahiran untuk kegunaan Rapid Bus, tetapi juga untuk para operator bas lain di dalam dan luar negara.
Langkah itu, katanya, adalah penting bagi melonjakkan status Pusat Latihan Akademi Bas itu sebagai pemangkin untuk meningkatkan standard perkhidmatan pengangkutan bas awam negara secara menyeluruh.
Dalam memantapkan kualiti pengajian, Akademi Bas sudahpun mempunyai kolaborasi pintar dengan Universiti Tun Hussein Onn, Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan juga Institut Latihan Perindustrian di samping pemain-pemain utama industri.
“Di kalangan para pemain utama industri, Akademi Bas sudah mengadakan kerjasama strategik dengan Scania, Volvo dan ZF bagi menzahirkan formula menang-menang untuk pengangkutan awam negara,” kata Zohari pada majlis pentauliahan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) – Rapid Bus, yang diadakan di kompleks berkenaan.
Dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato’ Sri Hj. Ismail Bin Abd. Muttalib, majlis hari ini menyaksikan Rapid Bus Sdn Bhd dikurniakan pentauliahan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sebagai “Syarikat” Berakreditasi SLDN dan Pusat Latihan Akademi Bas Rapid Bus sebagai Pusat Latihan Berakreditasi SLDN.
Pada majlis yang juga dihadiri oleh Ketua Pengarah LPK, Datuk Dr Pang Chau Leong, Zohari, yang turut mempunyai pengalaman luas dalam pengangkutan rel, turut dikurniakan Surat Perakuan Pakar Industri Negara atas jasa-jasa beliau.
Berucap pada majlis berkenaan, Zohari berkata pengiktirafan daripada JPK itu bukan saja akan memanfaatkan para pemandu atau Kapten yang sedang berkhidmat sekarang dari aspek pengiktirafan untuk tahun-tahun perkhidmatan mereka, tetapi juga dalam melatih kapten-kapten baru.
“Untuk para kapten yang sedia ada, pengalaman kerja mereka boleh diterjemahkan kepada tahap-tahap persijilan yang ditetapkan oleh SLDN, yang sekali gus meningkatkan tahap pendapatan mereka dan maruah diri atau ‘self-esteem’ mereka.
“Sementara untuk rekrut-rekrut baru, mereka akan menjalani program latihan yang bersistematik berdasarkan kepada modul-modul latihan yang diluluskan oleh SLDN, sekali gus memberikan mereka persijilan yang diiktiraf dalam industri.
“Ini hanya dapat dilakukan dengan jurulatih-jurulatih yang diiktiraf oleh JPK untuk berkhidmat di Akademi Bas Rapid Bus; dan dengan menggunakan fasiliti-fasiliti latihan serba lengkap di Rapid Bus termasuk di Pulau Pinang untuk RapidPenang dan di Kuantan untuk RapidKuantan,” tambah beliau.
Dalam ucapannya, Zohari turut mengumumkan sokongan Rapid Bus kepada JPK dengan menawarkan 18 bas RapidKL untuk memaparkan iklan mempromosikan jabatan berkenaan dam program SLDN.
Dalam satu sesi berasingan, Rapid Bus turut mendapat satu lagi pengiktirafan apabila fasiliti ‘Dynamic Simulator Bus’ yang digunakan untuk pembelajaran di Akademi Bas diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai yang pertama di Malaysia.
Sijil pengiktirafan itu telah disampaikan sendiri kepada Zohari oleh Pengasas Malaysia Book of Records, Tan Sri Danny Ooi.
Tiga simulator dinamik itu adalah antara beberapa perkakasan dan fasiliti yang dimiliki oleh Akademi Bas termasuk tujuh simulator statik, dua stesen pemantauan untuk tenaga pengajar, asrama untuk lelaki dan wanita, bilik kelas, bilik persidangan, gymnasium dan sebuah dewan serbaguna.
Direka mengikut model-model bas yang digunakan oleh Rapid Bus sekarang, secara keseluruhan, simulator bas yang digunakan mampu menghasilkan simulasi pemanduan dalam pelbagai keadaan cuaca di samping simulasi pemanduan di laluan sebenar yang dilalui oleh bas-bas RapidKL.
Mengenai Rapid Bus Sdn Bhd.
Rapid Bus adalah anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yang mengendalikan operasi bas untuk Kumpulan berkenaan. Tiga perkhidmatan bas Rapid Bus yang sedia ada sekarang adalah RapidKL untuk operasi di Lembah Kelang dan Selangor, RapidPenang untuk Pulau Pinang dan Seberang Prai; dan RapidKuantan untuk bandar Kuantan dan kawasan-kawasan sekitarnya. Purata jumlah penumpang sehari yang dikendalikan sekarang adalah kira-kira 300,000 untuk RapidKL, 70,000 untuk RapidPenang dan 12,000 untuk RapidKuantan. Rancangan sedang diusahakan untuk meluaskan operasi Rapid Bus ke negeri-negeri di seluruh negara. Selain Rapid Bus, tiga lagi anak syarikat Prasarana adalah Rapid Rail Sdn Bhd, Prasarana Integrated Management and Engineering Services (PRIME) dan Prasarana Integrated Development Services (PRIDE).
Monday, September 15
KALAU MUKA MAKBAPAK HANG BOLEH TERIMA KE.....?
KURANG AJAR!!!! Itu yang MKP boleh tafsirkan pada anak syarikat MAS iatu FireFly.Masih lagi ada ayat yang kurang ajar lagi mahu MKP tafsirkan namun biarlah yang ini dahulu.
Syarikat penerbangan Firefly di dalam 'in flight magazine' mereka telah mengiklankan lambang bulan sabit dan bintang bucu 14, di tapak kasut salah seorang pramugari mereka. Tahukah pihak syarikat Firefly bahawa bulan sabit dan bintang bucu 14 adalah antara lambang bendera negara, Jalur Gemilang?
Bulan sabit (anak bulan) melambangkan Agama Islam sebagai Agama Rasmi Negara. Manakala bintang bucu 14 melambangkan perpaduan yang di antara 13 negeri di Malaysia dan Kerajaan Persekutuan. Mungkin perkara ini dianggap remeh oleh sesetengah pihak.
Namun bagi pihak yang berjiwa patriotik dan sayangkan negara, perkara ini boleh dianggap biadap. Di dalam saat negara sedang berkabung menunjukkan solidariti kepada kemalangan dua pesawat MAS, MH17 dan MH370, tindakan syarikat Firefly ini amat tidak boleh diterima.
Sunday, September 14
APA KEJADAH SAMPAI JADI MACAM NIE.... #PRKPengkalanKubur
Golongan manusia yang ditinggalkan oleh Hitler Versi Melayu ini mengaku pandai namun apabila diselidik dan dibongkar kebodohan mereka ini lebih kepada tenuk tahap cipan. Bercakap pandai mengenai Cywar namun kurang bijak.....?
Kalau nak menipu pun biarlah sampai orang pecaya pada penipuan yang korang buat tue.... Ini tidak dah terang-terang kantoi tapi masih menafikan.
Gambaq diatas menceritakan kebodohan serta dangkalnya ilmu yang dimiliki oleh Jentera Kempen PAS pada kali ini di Pengkalan Kubur kelantan. Korang sendiri edar cakera padat fitnah!!!!! tue lepas tue tuduh orang lain.
Ini dia, edarkan risalah, menjaja fitnah sini sana, Islam hanya pada nama parti ka? @nikabduh @Khairykj @azwanbro pic.twitter.com/fMo59r9Huc
— Ibdilillah Ishak (@ibdil) September 14, 2014
Ini bukan bijak tapi terlajak laris...... Muka putih macam beruang tapi tangan hitam. Untuk makluman semua baju yang dipakai oleh mamat tue adalah Baju Royalti.Di Kelantan kumpulan mamat sengal terkenal dengan memperjuangkan Royalti minyak patut diberikan pada Kelantan.Tapi ade ke Royalti tue.
Berbaju Merah tak semestinya UMNO. Nampak gayanya penulis harakah kantoi lagi. Takkan tak kenal kawan sendiri....
MKP Ayat Sempoi : Gambaq dua jejaka Hensom diatas tiada kena mengena ngan cerita ini #MohonTerasa #AkuYangTulis #KenapaKauYangPanas.
Friday, September 12
KEBOCORAN SOALAN UPSR
Saya sekali lagi ingin menyatakan rasa teramat kesal saya terhadap perbuatan pihak tidak bertanggungjawab yang telah menyebabkan seramai setengah juta pelajar yang menduduki UPSR seluruh Malaysia terpaksa menduduki semula kertas Sains dan Bahasa Inggeris pada 30 September ini.
Manusia yang tiada integriti ini sudah pasti tidak memikirkan kesan perbuatannya yang amat keji itu.
Walaupun terdapat sistem kawalan yang baik, namun tidakan dan perbuatan tidak amanah dan khianat ini telah membuat anak- anak kita tertekan dan ibu bapa tidak keruan akibat insiden ini.
Bagi pihak KPM, dan sebagaimana telah saya katakan semalam siasatan rapi dan menyeluruh telah pun dimulakan demi menjaga integriti peperiksaan awam di negara ini.
KPM telah bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk memastikan sumber kebocoran dan sesiapa yang bertanggungjawab pasti akan dibawa ke muka pengadilan.
Siasatan akan dijalankan dengan telus dan tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang didapati bersalah. Kementerian MESTI mengambil tindakan segera dan tegas kerana insiden seperti ini sudah pasti akan membangkitkan persoalan mengenai integriti Lembaga Peperiksaan dan keseluruhan sistem peperiksaan awan negara kita.
Memandangkan insiden kebocoran soalan UPSR amat serius, Pengarah LPM Dr. Naimah binti Ishak dan Timbalan Pengarah Operasi LPM Dr. Wan Ilias bin Wan Salleh DIGANTUNG TUGAS dalam tempoh siasatan berkuatkuasa serta merta. Dato Misrah Bin Hj Ibrahim Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran akan mengambil alih pengoperasian dan tanggungjawab Lembaga Peperiksaan.
YAB Tan Sri Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri
12 September 2014
Vientiane, Laos
Wednesday, September 10
CALON @BarisanNasional #PRK #PengkalanKubur
Calon yang bakal bertanding bagi mewakili Barisan Nasional telah diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri sebentar tadi ialah Ustaz RAZI B.MAT AIL sebelum ini bertugas sebagai PENOLONG PEG.PPD TUMPAT PENGURUSAN SEKOLAH.
Beliau mempunyai seorang isteri iatu Khairos Bt Husin merupakan seorang guru Sekolah Kebangsaan Simpangan Tumpat.Kelantan
Berkelulusan BA(Hons) Sejarah& persuratan melayu UKM (1999) maktab perguruan Sultan Abdul Halim kedah(1988)
Beliau juga dikurniakan 6 cahayamata 3 lelaki 3 perempuan.
Anak pertama zamir (uitam kos Art& Design)
2.nur izati(uia bhsa arab)
3.aizat(maahad tmpat)
4.nur zahirah(maahad tahfiz tanah merah)
5.nur maisarah dan zulfahmi(sk smpgn).
bergiat politik semenjak 1990 sebagai setiausaha Bawangan smpangan.AJK PEMUDA bermula 2005.AJK BAHAGIAN bermula 2009.
Yang paling menarik mengenai calon barisan nasional pada kali ini ialah mengasaskan sekolah pondok 9.11.2012 di tanah wakaf sendiri Kg.simpangan dengan pengambilan pelajar setiap hujung tahun 50 org.
Pelajar semasa 20 orang di bantu guru Al-quran En. Daud Ismail(bekas guru quran zi sendiri).Pondok di sumbang oleh Dato Noor zahidi 50ribu 2013.Pengajian pelajar percuma makan percuma.
Mula berkhidmat sebagai guru pada 1988 di Sekolah Kebangsaan Bunohan(8 thn)1999(smk sri kurau perak)2002(smk ayer lanas jeli)2003-2008(smk geting)guru pemeriksa sejarah.
Mula mengaji di pondok tuan guru haji wan mat jal besar(1982 sehingga tuan guru meninggal 1994. pergi haji pertama 1994.haji ke 2-2008.Membawa jemaah umrah setiap tahun bermula 2011.
Monday, September 8
SAIFUDDIN ABDULLAH JANGAN LEBIH SUDU DARI KUAH... @mpkotabelud
Pandangan peribadi yang telah dinyatakan oleh Dato' Saifuddin Abdullah #MansuhAktaHasutan adalah tidak wajar berdasarkan versi Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN).
I disagree with Dato Saifuddin Abdullah's view tht the proposed National Harmony Act to replace Sedition Act will be based on NUCC's version
— Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) September 8, 2014
Dato' Abul Rahman Dahlan sebagai Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, merangkap ahli Majlis Tertinggi UMNO meluahkan pendapat beliau melalui laman mikro twitter sebentar tadi.
I believe NUCC was only tasked to give their inputs on the proposed new law, not drafting the entire provisions of the Act.
— Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) September 8, 2014
NUCC's views should be presented to the govt for consideration. Right now Dato Saifuddin talks as if the NUCC's draft is final. That's wrong
— Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) September 8, 2014
Semua komen dan kritikan ini akan dijadikan input untuk perbincangan MKPN, Setelah penelitian dibuat dan dipersetujui oleh semua ahli-ahli majlis, draf ini akan dimajukan kepada pihak Peguam Negara sebagai input MKPN kepada penyediaan bill Harmoni.
Ini sepatutnya perlu diperjelaskan oleh Dato' Saifuddin Abdulah, akan tetapi pendekatan yang telah diambil telah mencetuskan persepsi yang kurang menyenangkan serta tidak bertepatan dengan tujuan penubuhan MKPN.
NUCC's views should be presented to the govt for consideration. Right now Dato Saifuddin talks as if the NUCC's draft is final. That's wrong
— Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) September 8, 2014
Tan Sri Samsuddin Osman telah dilantik menjadi Pengerusi MKPN telah menyatakan sentiasa konsisten dan komited dengan apa yang sudah termaktub dalam perlembagaan negara, terutama perkara-perkara yang berkaitan dengan agama, etniksiti, raja-raja, bahasa dan kedudukan istimewa. Ianya perlu melalui proses diteliti oleh pihak Kerajaan Malaysia.
The final version of the National Harmony Bill will based on all views of all stakeholders. Not just NUCC's.
— Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) September 8, 2014
How can Dato Saifuddin &NUCC reveal the contents of their proposed Harmony Act when the cabinet itself has not received and deliberated it?
— Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) September 8, 2014
Sumber dari MKPN menyatakan MKPN akan terus berdialog dan mengadakan konsultasi dengan semua lapisan masyarakat terutama dalam usaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang lebih baik untuk semua rakyat Malaysia.
Saturday, September 6
KERAJAAN DAP PULAU PINANG DITENTUKAN OLEH "M" & "B" @DzainalAbidin
Ketua Menteri Paling Malang didalam sejarah Pulau Pinang Lim Guan Eng hari ini mencipta sejarah apabila mencabar Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Dato Zainal Abidin dengan meletakkan Kerajaan negeri sebagai taruhan.
Tapi MKP agak kelakar bila Ketua Menteri kononnya seorang Akuantan yang bertauliah tidak dapat membezakan diantara Juta serta billion. Memang agak kelakar pemimpin DAP nie. Nampak macam cerdik tapi bodoh rupanya.
Kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP bersedia meletak jawatan jika Umno negeri dapat membuktikan kerajaan negeri itu menyediakan peruntukan RM1.5 bilion bagi Pasukan Peronda Sukarela (PPS).Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata laporan dalam laman web Umno menyatakan peruntukan itu untuk PPS adalah tidak tepat kerana kerajaan negeri tidak mempunyai dana sebanyak itu untuk menjayakan aktiviti unit berkenaan."Wang rizab negeri hanya RM1.2 bilion, (jadi) macam mana kami boleh memperuntukkan RM1.5 bilion bagi PPS?"Seluruh barisan pemimpin kerajaan negeri akan meletak jawatan jika Umno Pulau Pinang dapat membuktikan RM1.5 bilion diperuntukkan (bagi PPS)," katanya kepada pemberita di Butterworth hari ini.
It seems that the fate of the Penang government now depends on the letters “m” and “b” @dzainalabidin @cmlimguaneng pic.twitter.com/s3qPRW8ehH
— #teamMKP (@matK_P) September 6, 2014
Its 1.5 millions not 1.5b"@themmailonline: Guan Eng to Umno: Prove Penang state govt allocated RM1.5b for PPS: http://t.co/EpTDhTuxrI"
— zainal abidin osman (@dzainalabidin) September 6, 2014
Akibat Mulut badan binasa tapi kali ini berbeza. silap bagi kenyataan media "B" dan "M" Guan Eng bakal kehilangan Jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang. Kalau benar Guan Eng ini telus boleh letak jawatan sekarang kerana tidak tahu menilai diantara Billion dan Million.
Friday, September 5
MAYAT DIUSUNG KEDALAM KEMENTERIAN DALAM NEGERI.... @ZAHID_HAMIDI @PDRMsia
Apa Kejadah puak sengal dikalangan Mahasiswa nie dok buat....? Kalau orang kurang berpelajaran bertindak sedemikian boleh jugak diterima namum depa nie nama mahasiswa sudah tentu berpelajaran tinggi kalau tak mana mungkin belajar di Universiti.
Nama mahasiswa mungkin tercemar kerana hanya beberapa mahasiswa yang membuat onar.
Sekumpulan mahasiswa dari Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia (Gamis) menghantar memorandum kepada Kementerian Dalam Negeri bagi menuntut pemansuhan Akta Hasutan 1948.
Berlangsung selepas solat Jumaat petang tadi, mereka turut menghantar satu replika jenazah yang siap dikafan sebagai simbolik kepada demokrasi yang 'mati'.
Seorang pegawai dari KDN yang sepatutnya menerima memorandum itu bagaimana pun memulangkan kembali memorandum tersebut.
Kumpulan mahasiswa tersebut kini berkumpul di lobi bangunan KDN dan berteriak "Mansuh-mansuh, Akta Hasutan!".
Mereka bertegas mahu menyerahkan replika mayat kepada KDN.
Himpunan hari ini adalah yang pertama selepas siri dakwaan terhadap ahli politik, tokoh akademik serta aktivis di bawah Akta Hasutan 1948.
Dalam sebaran media semalam, Gamis mengumumkan himpunan hari ini adalah bertujuan membantah dakwaan hasutan ke atas pensyarah undang-undang, Dr Azmi Sharom.
MKPAyat Sempoi : Nak tunjuk kurang cerdik pun agak-agaklah. simpan sikit sifat Bodoh tue untuk esok sama.
Thursday, September 4
WARTAWAN @MalaysiaKini BAKAL DIDAKWA MENGHASUT, TAHNIAH @PDRMsia
Tahniah pada Polis diRaja Malaysia kerana bakal mengambil tindakan yang tegas terhadap penghasut yang cuba memecah-belahkan perpaduan Rakyat Malaysia. Sepatutnya dah lama mengajar puak kurang ajar ini.
Wartawan Malaysiakini, Susan Loone telah diminta hadir di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut petang ini untuk disoal siasat berhubung temubualnya dengan Exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh.
Loone dan portal berita itu sedang disiasat di bawah Seksyen 41C, Akta Hasutan 1948 kerana menyiarkan temubualnya dengan Phee, yang dianggap menghasut, ketika Phee dalam tahanan polis awal pada hari Isnin berkaitan peranannya dalam Unit Rondaan Sukarela (PPS).
Susan Loone, yang diminta hadir di ibu pejabat polis daerah di Jalan Patani pada jam 3 petang, berkata seorang pegawai polis, ASP Jamal memaklumkan kepadanya tentang perkara itu pada jam 11.30 malam tadi.
Ia ekoran 10 laporan polis yang dibuat pada hari Selasa oleh PERKASA dan 13 NGO lain di Pulau Pinang terhadap laporan temubual tersebut
Kumpulan itu, yang diketuai oleh Ketua Wira PERKASA Pulau Pinang, Mohd Rizuad Azudin, menggesa polis menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang terhadap Susan Loone dan Malaysiakini kerana didakwanya memfitnah pasukan itu dalam artikel bertajuk “Disoal siasat Selama 4 jam, dakwa dilayan seperti ‘penjenayah’,” yang diterbitkan pada hari Isnin.
Artikel itu adalah terjemahan Bahasa Malaysia artikel Susan Loone dalam bahasa Inggeris, yang bertajuk "Exco man grilled for four hours, treated like ‘criminal’," yang juga telah diterbitkan pada hari yang sama.
Wednesday, September 3
GUAN ENG BAKAL BERMANDIKAN LUDAHNYA SENDIRI....?
SEPERTI dijangka dari awal lagi, isu penahanan 156 anggota Pasukan Peronda Sukarelawan (PPS) pada 31 Ogos lalu terus hangat diperkatakan, terutama sekali setelah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencabar Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Khalid Abu Bakar untuk berdebat secara terbuka dengannya mengenai penubuhan PPS itu.
Guan Eng secara terbuka mengecam tindakan polis menahan anggota PPS itu, sambil menyifatkan tindakan Khalid itu sebagai menyalahgunakan kuasa. Beliau turut bertanya apakah pihak polis akan turut menahannya sama seperti polis menahan Exco yang menjaga hal ehwal PPS, iaitu Phee Boon Poh?
Sementara itu, Ketua Polis Negeri Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi, memberitahu bahawa polis sedang memburu saki baki anggota PPS yang dianggarkan berjumlah lebih 9,000 orang.
Rahim mendedahkan bahawa 11 anggota PPS dari 156 orang yang ditahan polis pada 31 Ogos itu didapati mempunyai rekod jenayah lampau - antaranya melibatkan jenayah cubaan membunuh, ahli kongsi gelap, penyalahgunaan dadah, kesalahan di bawah Akta Kastam dan kesalahan di bawah Ordinan Darurat 1969.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi turut menasihatkan kerajaan Pulau Pinang membubarkan PPS kerana badan itu merupakan satu pertubuhan haram yang tidak berdaftar dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Satu entiti haram
Justeru pada sambutan Hari Kemerdekaan lalu, Polis menahan 156 anggota PPS semasa mereka mengambil bahagian dalam perayaan Merdeka di peringkat negeri Pulau Pinang. Menjelaskan rasional tindakan polis itu, Khalid menyatakan bahawa PPS dianggap satu entiti haram di bawah Seksyen 41 Akta Pertubuhan kerana ia tidak didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan.
Guan Eng sebaliknya mempertahankan bahawa PPS adalah satu organisasi yang sah kerana ia ditubuhkan oleh kerajaan negeri. Selama empat tahun PPS tidak berdepan dengan apa-apa masalah dari pihak polis kecuali satu dua insiden, di mana tindakan tatatertib telah pun diambil oleh kerajaan negeri dan mereka yang bersalah telah pun dihukum.
Sehari sebelumnya, pada 30 Ogos, Guan Eng menegaskan bahawa anggota PPS akan tetap mengambil bahagian dalam perayaan sambutan Merdeka itu, walaupun telah diberi amaran oleh polis bahawa sesiapa sahaja dalam kalangan anggota PPS yang menyertai perarakan itu akan ditangkap.
Di bawah Seksyen 41 Akta Pertubuhan, satu pertubuhan itu menjadi pertubuhan haram (unlawful society) sekiranya ia tidak didaftarkan di bawah Seksyen 7.
Mengikut Seksyen 2, istilah "pertubuhan" diberi takrif yang luas, meliputi antara lain "kelab, syarikat, perkongsian atau persatuan tujuh orang ahli atau lebih, tidak kira apa pun sifat atau matlamatnya, sama ada sementara atau berkekalan", tetapi tidak termasuk beberapa entiti yang disebutkan secara nyata dalam seksyen itu.
Menjadi pegawai satu pertubuhan haram adalah salah di bawah Seksyen 42 - boleh dihukum penjara selama 5 tahun, denda RM15,00 atau kedua-duanya sekali. Menjadi ahli pertubuhan haram juga satu kesalahan di bawah Seksyen 43 - boleh dihukum penjara 3 tahun, denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.
Perbuatan mendorong, menggalakkan atau mempelawa orang lain untuk menjadi ahli atau menyertai satu pertubuhan haram juga satu kesalahan di bawah Seksyen 45 - boleh dihukum penjara 4 tahun, denda RM15,000 atau kedua-duanya sekali.
Ini bermakna bukan hanya pegawai dan ahli PPS yang boleh ditangkap, ditahan dan didakwa di mahkamah di bawah Akta Pertubuhan. Mana-mana orang (termasuk ahli Exco kerajaan atau Ketua Menteri sekali) yang sengaja mendorong, menggalakkan atau mempelawa (incite, induce or invite") orang awam lain menyertai PPS juga boleh dikenakan prosiding jenayah dan jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman.
Kenapa Pulau Pinang perlukan PPS?
Mengikut Exco kerajaan negeri, Phee Boon Poh, PPS ditubuhkan oleh kerajaan negeri pada 8 April 2009 untuk membantu kerja "community policing" disebabkan Kerajaan Persekutuan tidak begitu berminat melayan permintaan kerajaan negeri untuk meningkatkan Rukun Tetangga dan Rela Corp demi keselamatan negeri.
Pihak yang menyokong penubuhan PPS ini menyatakan bahawa disebabkan kekurangan polis menjaga keamanan di negeri ini, orang awam terpaksa membuat rondaan secara sukarela. Apabila suatu jenayah berlaku, para sukarelawan inilah yang kadangkala sampai dulu ke tempat kejadian jenayah, dan mereka dibenarkan oleh undang-undang menjalankan "citizen's arrest".
Tidak semua yang berpendapat sedemikian itu. Ada yang berkata bahawa negara ini sudahpun ada PDRM, ada Rela, ada Jabatan Bomba dan Penyelamat untuk membantu rakyat negara ini dan menjalankan tugas menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat. Selain itu, Guan Eng sendiri telah pun mengakui bahawa Pulau Pinang telah mencatatkan penurunan kadar jenayahnya selama ini - iaitu 27% pada tahun 2010 dan 25% dalam 6 bulan pertama tahun 2011.
Ketua Menteri Pulau Pinang itu juga telah mengakui bahawa penurunan kadar jenayah di negeri adalah hasil kerja kuat PDRM, serta pemasangan CCTV dan penyertaan anggota masyarakat. Jadi apa perlunya lagi diwujudkan PPS?
Isu patut diselesaikan lama dulu
Pengerusi Majlis Peguam Negeri Pulau Pinang, Abdul Fareed Abdul Gafoor, berpendapat isu PPS itu sepatutnya diselesaikan lama dulu lagi. Pada pendapatnya, PPS sepatutnya didaftarkan dengan ROS sebaik sahaja ia diwujudkan oleh kerajaan negeri.
Mengikut Fareed, kerajaan negeri mendakwa PPS ini tertakluk kepada bidang kuasanya. Tetapi tidak ada satu pun undang-undang negeri yang ada menyatakan sedemikian itu. Andainya kerajaan negeri berkeras menyatakan PPS di bawah bidang kuasanya dan PDRM telah bertindak salah terhadapnya, ia perlu mendapatkan perisytiharan dari mahkamah.
Pada hemat saya, persoalan utama dalam isu PPS ini adalah sekalipun ia didaftarkan di bawah Akta Pertubuhan, apakah fungsinya boleh meliputi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam? Bolehkah ROS membenarkan satu pertubuhan di negara ini menjalankan fungsi sedemikian itu?
Andainya kita semak secara terperinci Jadual ke Sembilan Perlembagaan Persekutuan, kita akan dapati bahawa dalam Item 3 Senarai I (iaitu Senarai Persekutuan) bahawa "Internal security, including - (a) Police . Public order" adalah dalam bidang kuasa Kerajaan Pusat, bukan kerajaan negeri.
Jelas sekali, sebuah kerajaan negeri seperti Kerajaan Negeri Pulau Pinang tidak ada kuasa di sisi Perlembagaan Persekutuan untuk menubuhkan apa-apa badan atau pertubuhan yang fungsinya seperti polis, iaitu menjaga keselamatan dan ketenteraman awam.
Kerja berkaitan keselamatan, kepolisan dan ketenteraman awam adalah kerja PDRM. PPS, yang ditubuhkan sebagai pertubuhan ala polis oleh Guan Eng, adalah jelas sekali haram di sisi undang-undang negara.
Oleh Salleh Buang
PENULIS ialah Penganalisis Undang-undang
Monday, September 1
@CmLimGuanEng JANGAN CABAR @MPKotaBelud
Jangan politikkan isu rumah kerana ia adalah untuk kepentingan rakyat dan bukan menunjukkan siapa yang lebih berkuasa memberi kelulusan atau menghalang pembinaannya.
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, kerajaan Pulau Pinang tidak wajar menghalang secara senyap perumahan mampu milik yang bakal dilaksanakan oleh beberapa agensi kerajaan Pusat dan pemaju dari kalangan pemimpin Umno.
Beliau berkata, alasan tidak munasabah yang diberi Ketua Menteri, Lim Guan Eng menyebabkan matlamat pihak lain menyediakan 10,000 rumah mampu milik untuk rakyat Pulau Pinang tidak menjadi kenyataan.
"
Kasihan kepada rakyat yang memerlukan rumah menjadi mangsa kepada karenah birokrasi yang diwujudkan kerajaan negeri.
"Jika ada masalah, apa salahnya Guan Eng mencari jalan dengan berunding bagi menyelesaikannya. Ini adalah untuk keperluan rakyat dan bukan kepentingan politik mana-mana pihak," katanya.
Menurutnya, Guan Eng sepatutnya bersyukur kerana ada pihak lain, terutama agensi kerajaan Pusat yang sanggup membantunya menyediakan rumah mampu milik.
Bagaimanapun, agak malang apabila ketua menteri tidak mampu melihatnya secara positif sebaliknya bertindak seperti samseng jalanan dan pemimpin tiada kelas walaupun membabitkan isu kecil semata-mata perasaan dendam kepada kerajaan Pusat.
"Siapa yang rugi. Rakyat terutama yang memang berhasrat memilik rumah sendiri. Nak harap kerajaan negeri, sampai sekarang belum nampak usahanya membina sendiri rumah untuk rakyat.
Abdul Rahman juga menegur sikap kerajaan negeri yang memberi tumpuan rumah mahal di bahagian pulau dan membina rumah mampu milik dan kos rendah di tanah besar.
"Ramai juga penduduk di pulau yang memerlukan rumah mampu milik. Bukan semuanya berupaya membeli rumah mahal. Perkara itu sepatutnya diseimbangkan," katanya.
PENYOKONG DAP BERDEMO DIHADAPAN BALAI POLIS PETANI ROAD....
Ini semua adalah angkara DAP. Mereka akan menggunakan keseluruhan kekuatan PASUKAN PEGUAM mereka untuk membela anggota-anggota PPS yang ditangkap oleh polis.
Kekuatan PASUKAN PEGUAM.... itu adalah senjata utama Lim Guan Eng yang berikrar untuk memalukan PDRM dan memufliskan PDRM dengan saman-saman berharga mahal.
Dan perlu juga diingat, selain PASUKAN PEGUAM, Lim Guan Eng dan DAP juga memiliki PASUKAN HAKIM dan MAJISTRET yang akan memenangkan mereka, sepertimana yang kita dapat lihat dalam kes-kes saman melibatkan Lim Guan Eng dan DAP ke atas defendan-defendan termasuklah PDRM, Kerajaan Malaysia dan instrumen UMNO-BN.
Penjajahan Komunis/Sosialis dalam bentuk baru. Kalau dahulu mereka bersenjata dan menggunakan taktik peperangan gerila, tetapi disebabkan ASKAR-ASKAR MELAYU dan Angkatan Tentera Malaysia serta Polis Diraja Malaysia, senjata serta taktik peperangan gerila mereka gagal. Peluru tidak boleh dilawan peluru kerana secara tradisinya, pelarian dari negara China tidak mempunyai kekuatan atau keberanian apabila mereka berada di negara kedua. Mereka adalah jenis pengecut walaupun kerap kali mereka melaung-laungkan kehebatan. Kebiasaannya, yang berani akan bersama-sama Kerajaan, ATM dan PDRM di samping berusaha bersungguh-sungguh untuk membalas budi negara ini tanpa membawa lari keluar kekayaan seperti yang dilakukan oleh Robert Kuok, taukeh terbesar DAP!
Sekarang mereka menggunakan senjata baru iaitu UNDANG-UNDANG. Dengan mengukuhkan DAP menerusi pengkaderan dan pengagungan ke atas peguam, DAP dan Lim Guan Eng kini akan
menyerang apa-apa sahaja menerusi kaedah saman dan hukuman penjara.
Itu yang sedang dilakukannya sekarang. Dan dengan kerjasama talibarut-talibarutnya dalam Jabatan Kehakiman Malaysia, mudahlah kerja mereka.
Inilah yang kita akan dapat saksikan dalam kes PPS nanti. Perhatikan nama-nama hakim dan majistret yang akan menyebelahi DAP serta menghukum PDRM melakukan penangkapan tidak sah tanpa membahaskan tentang motif serta status penubuhan PPS selain cabaran Lim Guan Eng ke atas pihak berkuasa.