Saturday, September 27

TIPU DAYA HALUS PEMAJU TERHADAP PEMBELI BUMIPUTRA @mpkotabelud @arpahrazak54 @kpkt_gov @GoteamRD #housing


Surat saya kepada Kementerian Perumah Dan Kerajaan Tempatan.

YB Dato .....
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Precinct 5, Putrajaya,
68600 Wilayah Persekutuan

YB Dato',

Per: TIPU DAYA HALUS PEMAJU TERHADAP PEMBELI BUMIPUTRA  DENGAN MEMANIPULASIKAN DISKAUN.

1. Saya Hassan Md. Ali, pernah bertugas di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dari 1979-1985 dan juga sebagai pemaju perumahan dari 1985-1995.

2. Baru baru ini saya keProperty Fair di Subang Parade, Subang, Selangor.

Tertarik dgn sebuah tawaran dari syarikat pembangunan perumahan yang sedang memajukan Tanjung Puteri, Johor.

Diskaun yg ditawarkan adalah spt berikut;
Utk bumiputra: 15% Bukan Bumi: 6%.

Keluasan unit: 700ksp.
Harga unit: RM1.0 juta.
Pinjaman akan diusaha sehingga 90%.

Bagi pembeli bumiputra, hanya perlukan sediakan 10% shj sebagai downpayment. Bermakna pembeli bumiputra perlu membayar RM85,000.

Bagi bukan bumiputra downpayment 4% (6% discount is taken as part payment of 10% d/pymt).
Bermakna hanya RM40,000.

3. Sebagai seorang pemaju perumahan, saya menyiasat lebih lanjut lagi.

Selain dari membayar downpayment sebanyak RM 85,000, pembeli bumiputra dikhendaki membayar segala kos spt (legal fee, stamp fee, loan fee) yg jumlahnya lebih kurang RM42,000.

Sedangkan  pembeli bukan bumiputra hanya perlu meyedikan RM40,000 dan lain2 kos akan ditanggung olih Pemaju.

4.Tidak meyedari saya membuat pengiraan dan membuat perbandingan 'entry cost' antara bumiputra  dan bukan bumiptra, ternyata pembeli bumiputra terpaksa meyediakan sejumlah RM127,000 sedangkan pembeli bukan bumiputra hanya memerlukan RM40,000 untuk membelinya.

Seolah-olah kaum bumiputra yang memberi subsidi kapada pembeli bukan bumiputra sebanyak RM45,000. Bermakna walaupun harga bagi bumiputra dikurangkan sebanyak $150,000 dari harga asal, tetapi perbedzaan harga sebenar diantara bumi dan bukan bumi  hanya RM37,000 atau 4% sahaja.

5. Bagi pembeli bumiputra utk membayar downpayment sebanyak RM127,000 bagi unit seluas 700ksp adalah terlalu mahal dan sudah tentu unit2 yg diperuntukan utk bumiputera susah dijual kelak kerana unit tersebut hanya bolih dijual kpd pembeli bumiputra sahaja.

Oleh kerana 'entry kosnya' hampir 3 kali lebih besar dari kaum bukan bumiputra maka sudah tentulah unit2 bumiputra tidak laku dijual dan pemaju mempunyai alasan yg kukuh untuk memohon perlepasan dari Kementerian YB. Dato' supaya unit tersebut dibebaskan dari peruntukan bumiputra.

6. Sekali pandang seolah mereka bersama2 kerajaan yg ingin menolong kaum bumiputra memiliki harta di negara ini, tetapi apabila diperincikan kira2nya, pembelian unit bumiputra yg adalah lebih mahal dari yg  sepatutnya dan penglibatan pemaju untuk membantu kaum bumiputra utk memiliki harta saperti yang disarankan olih kerajaan adalah satu gimmik dan dijadikan perolok2kan olih pemaju.

7. Saya sempat membentangkan kira2 diatas kpd wakil pemaju hartanah tetsebut dan dgn sinis dia menjawab "Every chinese developer are doing this just to make sure every Melayu and Bumiputera won't have any chance of acquiring new property so your child will stick to the old house or staying back to kampung"

Saudara2ku,

Semenjak kita berWhatsapp, sudah berapa kali saya ungkapkan  perkara2 spt ini.
NEGARA KITA TELAH TERJUAL. Ternyata org cina dah sampai peringkat tak memerlukan keujudan org melayu dinegara Melayu kerana sumbangan org melayu terhadap ekonomi negara ini terlalu kecil.

Bank saperti;
Public Bank,
Hong Leong Bank, Stanchart,
Citibank, HSBC boleh hidup tanpa pelanggan melayu.

Pemimpin melayu banyak buat duit dengan memberi pelepasan unit2 bumiputra kpd unit bebas.

Berikutan dengan Aduan yang telah dinyatakan oleh Saudara Hassan Md. Ali. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah memberikan respon serta arahan kepada Ketua Setiausaha Kementerian supaya tindakan diambil dengan segera.



Saya menerima banyak pesanan mengenai tuduhan pembeli rumah bumiputera yang "dianaktirikan" oleh pemaju perumahan bukan bumiputera.

Aduan itu telah menjadi "viral"  dalam media sosial sejak beberapa hari ini.

Saya telah arahkan Ketua Setiausaha Kementerian saya untuk menyiasat perkara ini dengan segera.

Saya juga meminta supaya pengadu tersebut untuk tampil ke depan bagi membolehkan kementerian saya mendapatkan maklumat lanjut agar siasatan dapat dijalankan dengan lebih terperinci.

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pemaju-pemaju perumahan yang didapati melanggar peraturan sedia ada.

Saya juga telah mengarahkan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya jika ada ahli-ahli mereka yang terlibat dalam perkara ini.

Kementerian saya memandang serius perkara ini dan akan mengeluarkan kenyataan setelah siasatan selesai.

Terima kasih.

Datuk Abdul Rahman Dahlan
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

26 September 2014

6 comments:

tungkaran hati.blogspot said...

Berapa pula harga pemimpin UMNO yang turut serta menindas keatas warga Melayu !

kebanyakan kita hanya NATO !

Jane Duncan said...

Peniaga seperti itu tak akan kaya raya kalau tak menipu! Oleh itu tak hairan orang Melayu ada pandangan yang standard terhadap peniaga Melayu /Bumiputra juga! Yang sebenarnya orang Melayu memang hanya pandai memampuskan bangsa sendiri tetapi mati akal kalau berurus dengan bangsa lain!

Anonymous said...

KPKT ckp je nk ambik tindakan,benda ni dah lama pemaju cina buat.dah terima complain baru terhegeh hegeh hntr mcm2 pegawai siasat.takkan tk tau langsung ada event jualan rumah Kat shopping complex pergi2 lah jenguk dan turun padang sikit.

Anonymous said...

Kerajaan boleh percaya dengan REHDA ker? REHDA di control oleh gang developer cina jugak. Melayu dalam REHDA berani bersuara ker?

Anonymous said...

Takkan menteri2 melayu dalam kabinet tak tahu hal ni...klu tahu dan diamkan...memang sial lah. Jawab lah nko orang semua nti kat padang Mahsyar.

Anonymous said...

Pegawai pegawai yg berada di kementerian terbabit takkan tak tau langsung?..... apalaa nasib melayu ni ...pegawai melayu sendiri pun jual melayu sendiri.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive