Shiha dan Ieda Zikir Dinobat Juara Famili Duo Musim Keempat
-
SHAH ALAM – Persembahan bertenaga dan memukau pasangan adik-beradik Shiha
Zikir dan Ieda Zikir melayakkan mereka merangkul gelaran juara musim
keempat Fami...
Thursday, September 18
AKADEMI BAS RAPID BUS BERASPIRASI MENJADI PEMAIN GLOBAL
Pusat Latihan Akademi Bas Rapid Bus Sdn Bhd – satu-satunya akademi bas tanahair yang menyediakan program penuh untuk pemandu dan staf kejuruteraan, akan terus meningkatkan prestasi untuk menjadi pemain global dengan menyusun program-program kolaborasi strategik.
Dalam merealisasikan aspirasi berkenaan, Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Bas, Dato’ Ir. Zohari Sulaiman berkata akademi, yang terletak di Kompleks Rapid Bus Cheras Selatan itu, bukan saja akan meningkatkan kerjasama dengan pusat-pusat pengajian tinggi, tetapi juga dengan pemain-pemain utama dalam industri pengangkutan awam.
Ketika mengumumkan ini hari ini, Zohari, yang juga Pengarah Kumpulan Divisyen Bas, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana), berkata akademi berkenaan tidak hanya mensasarkan penyediaan staf berkemahiran untuk kegunaan Rapid Bus, tetapi juga untuk para operator bas lain di dalam dan luar negara.
Langkah itu, katanya, adalah penting bagi melonjakkan status Pusat Latihan Akademi Bas itu sebagai pemangkin untuk meningkatkan standard perkhidmatan pengangkutan bas awam negara secara menyeluruh.
Dalam memantapkan kualiti pengajian, Akademi Bas sudahpun mempunyai kolaborasi pintar dengan Universiti Tun Hussein Onn, Universiti Teknikal Malaysia Melaka dan juga Institut Latihan Perindustrian di samping pemain-pemain utama industri.
“Di kalangan para pemain utama industri, Akademi Bas sudah mengadakan kerjasama strategik dengan Scania, Volvo dan ZF bagi menzahirkan formula menang-menang untuk pengangkutan awam negara,” kata Zohari pada majlis pentauliahan Sistem Latihan Dual Nasional (SLDN) – Rapid Bus, yang diadakan di kompleks berkenaan.
Dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sumber Manusia, Dato’ Sri Hj. Ismail Bin Abd. Muttalib, majlis hari ini menyaksikan Rapid Bus Sdn Bhd dikurniakan pentauliahan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) sebagai “Syarikat” Berakreditasi SLDN dan Pusat Latihan Akademi Bas Rapid Bus sebagai Pusat Latihan Berakreditasi SLDN.
Pada majlis yang juga dihadiri oleh Ketua Pengarah LPK, Datuk Dr Pang Chau Leong, Zohari, yang turut mempunyai pengalaman luas dalam pengangkutan rel, turut dikurniakan Surat Perakuan Pakar Industri Negara atas jasa-jasa beliau.
Berucap pada majlis berkenaan, Zohari berkata pengiktirafan daripada JPK itu bukan saja akan memanfaatkan para pemandu atau Kapten yang sedang berkhidmat sekarang dari aspek pengiktirafan untuk tahun-tahun perkhidmatan mereka, tetapi juga dalam melatih kapten-kapten baru.
“Untuk para kapten yang sedia ada, pengalaman kerja mereka boleh diterjemahkan kepada tahap-tahap persijilan yang ditetapkan oleh SLDN, yang sekali gus meningkatkan tahap pendapatan mereka dan maruah diri atau ‘self-esteem’ mereka.
“Sementara untuk rekrut-rekrut baru, mereka akan menjalani program latihan yang bersistematik berdasarkan kepada modul-modul latihan yang diluluskan oleh SLDN, sekali gus memberikan mereka persijilan yang diiktiraf dalam industri.
“Ini hanya dapat dilakukan dengan jurulatih-jurulatih yang diiktiraf oleh JPK untuk berkhidmat di Akademi Bas Rapid Bus; dan dengan menggunakan fasiliti-fasiliti latihan serba lengkap di Rapid Bus termasuk di Pulau Pinang untuk RapidPenang dan di Kuantan untuk RapidKuantan,” tambah beliau.
Dalam ucapannya, Zohari turut mengumumkan sokongan Rapid Bus kepada JPK dengan menawarkan 18 bas RapidKL untuk memaparkan iklan mempromosikan jabatan berkenaan dam program SLDN.
Dalam satu sesi berasingan, Rapid Bus turut mendapat satu lagi pengiktirafan apabila fasiliti ‘Dynamic Simulator Bus’ yang digunakan untuk pembelajaran di Akademi Bas diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai yang pertama di Malaysia.
Sijil pengiktirafan itu telah disampaikan sendiri kepada Zohari oleh Pengasas Malaysia Book of Records, Tan Sri Danny Ooi.
Tiga simulator dinamik itu adalah antara beberapa perkakasan dan fasiliti yang dimiliki oleh Akademi Bas termasuk tujuh simulator statik, dua stesen pemantauan untuk tenaga pengajar, asrama untuk lelaki dan wanita, bilik kelas, bilik persidangan, gymnasium dan sebuah dewan serbaguna.
Direka mengikut model-model bas yang digunakan oleh Rapid Bus sekarang, secara keseluruhan, simulator bas yang digunakan mampu menghasilkan simulasi pemanduan dalam pelbagai keadaan cuaca di samping simulasi pemanduan di laluan sebenar yang dilalui oleh bas-bas RapidKL.
Mengenai Rapid Bus Sdn Bhd.
Rapid Bus adalah anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yang mengendalikan operasi bas untuk Kumpulan berkenaan. Tiga perkhidmatan bas Rapid Bus yang sedia ada sekarang adalah RapidKL untuk operasi di Lembah Kelang dan Selangor, RapidPenang untuk Pulau Pinang dan Seberang Prai; dan RapidKuantan untuk bandar Kuantan dan kawasan-kawasan sekitarnya. Purata jumlah penumpang sehari yang dikendalikan sekarang adalah kira-kira 300,000 untuk RapidKL, 70,000 untuk RapidPenang dan 12,000 untuk RapidKuantan. Rancangan sedang diusahakan untuk meluaskan operasi Rapid Bus ke negeri-negeri di seluruh negara. Selain Rapid Bus, tiga lagi anak syarikat Prasarana adalah Rapid Rail Sdn Bhd, Prasarana Integrated Management and Engineering Services (PRIME) dan Prasarana Integrated Development Services (PRIDE).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
My Blog List
-
-
RCI Pulau Batu Puteh: Jangan Kelam Kabut Ayam Sangat - RCI Pulau Batu Puteh: Jangan Kelam Kabut Ayam Sangat Sebaik sahaja lapuran Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) Pulau Batu Puteh dinyah kalsifikasi untuk...
-
Google Mungkin Perkenal Android 16 Lebih Awal Berbanding Kebiasaan - Google baru sahaja memperkenalkan Andoid 15, dan pelbagai laporan berkenaan Android 16 telah mula kedengaran. Mengikut desas-desus terbaru, ia dikatakan Go...
-
BAKSO JAWA MALAYSIA - Kjee selalu makan Bakso di gerai Suwarno Kpg Baru yang juga femes kerana Mi Jawa. Entahlah bagi Kjee, Bakso di Suwarno 'the best in town'. ...
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh - The coming 2024 lunar year is the Year of the Dragon in Chinese zodiac. Chinese New Year falls on 10 Feb 2024. The Chap Goh Meh festival – marking the 15th...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM - ------------------------------ Like | Follow | Subscribe Telegram (Please Join) Facebook (Please Like) Twitter (Please Follow) Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...
-
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com
Blog Archive
-
▼
2014
(304)
-
▼
September
(19)
- TIDAK PERNAH BERJANJI MALAHAN DITUDUH "MENIPU" @MP...
- I don't take lectures or advice from chauvinist an...
- TIPU DAYA HALUS PEMAJU TERHADAP PEMBELI BUMIPUTRA ...
- BILA MUSIM MENGUNDI BARU DILULUSKAN PROJEK "GULA-G...
- @MPkotabelud TANGKAP ULAR SAWA #PRKPengkalanKubor ...
- TABUNG HAJI BAKAL SAMAN PEMBAWA FITNAH...... @azee...
- PAS KENA INGAT PENGAJARAN INI #PengkalanKubor
- AKADEMI BAS RAPID BUS BERASPIRASI MENJADI PEMAIN G...
- KALAU MUKA MAKBAPAK HANG BOLEH TERIMA KE.....?
- APA KEJADAH SAMPAI JADI MACAM NIE.... #PRKPengkala...
- KEBOCORAN SOALAN UPSR
- CALON @BarisanNasional #PRK #PengkalanKubur
- SAIFUDDIN ABDULLAH JANGAN LEBIH SUDU DARI KUAH... ...
- KERAJAAN DAP PULAU PINANG DITENTUKAN OLEH "M" & "B...
- MAYAT DIUSUNG KEDALAM KEMENTERIAN DALAM NEGERI.......
- WARTAWAN @MalaysiaKini BAKAL DIDAKWA MENGHASUT, TA...
- GUAN ENG BAKAL BERMANDIKAN LUDAHNYA SENDIRI....?
- @CmLimGuanEng JANGAN CABAR @MPKotaBelud
- PENYOKONG DAP BERDEMO DIHADAPAN BALAI POLIS PETANI...
-
▼
September
(19)
No comments:
Post a Comment