Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan menyelar tindakan DAP yang meminta beliau supaya tidak bersifat perkauman dalam mengendalikan hal pembelian rumah untuk Bumiputera.
7) Apakah DAP tidak rasis bila projek perumahan kos rendah / mampu milik di Penang oleh agensi kjaan pusat tidak diberi kelulusan?
— Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) September 28, 2014
"Saya juga boleh kata DAP rasis apabila perumahan yang diluluskan untuk dibina di Pinang Pinang tidak mampu dibeli oleh orang Bumiputera,” katanya yang turut menggelar DAP parti paling rasis dan cauvinis dalam negara ini.
Isu itu timbul selepas mesej seorang pembeli Bumiputera mengenai dakwaan manipulasi harga oleh pemaju perumahan bukan Bumiputera mula tersebar di internet sejak beberapa hari lalu. KLIK
Pembeli Bumiputera didakwa perlu membayar jauh lebih tinggi pada peringkat awal untuk membeli rumah daripada syarikat perumahan bukan Bumiputera, menyebabkan kaum itu sukar untuk memiliki rumah sendiri.
Abdul Rahman memberi jaminan kementeriannya akan menyiasat dakwaan itu.
3) Why is DAP worried about my ministry investigating concerns by bumiputera house buyers? Don't they have the right to be protected too?
— Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) September 28, 2014
Abdul Rahman berkata pihaknya perlu menyiasat apabila menerima aduan daripada pembeli dan pihak DAP tidak perlu mempertikai tindakan beliau kerana pembeli Bumiputra juga mempunyai hak untuk dilindungi.
4) Apakah DAP sudah besar kepala tidak mahu mengiktiraf bahawa hak pembeli rumah bumiputera juga perlu dibela?
— Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) September 28, 2014
“Kenapa apabila saya membantu pemaju perumahan bukan Bumiputra, DAP tidak pernah kata saya rasis,
5) Bila saya membantu pemaju perumahan yang kebanyakannya bukan bumiputera, kenapa pula DAP tidak pernah kata saya rasis?
— Abdul Rahman Dahlan (@mpkotabelud) September 28, 2014
Beliau telah mengarahkan Ketua Setiausaha kementerianya untuk membuat siasatan dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pemaju perumahan yang didapati melanggar peraturan sedia ada. Agenda Daily
No comments:
Post a Comment