Showing posts with label DARD. Show all posts
Showing posts with label DARD. Show all posts

Wednesday, August 12

Budaya Fitnah!!!! Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 PERLU DIUBAH.......


Sejak mutahir ini ramai sangat penfitnah muncul bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Tujuan menyebarkan fitnah hanyalah bersikap suka atau pun mempunyai kepentingan peribadi. Kerajaan Malaysia tidak bercadang menyekat laman sosial ini.

Budaya memfitnah dan berkongsi maklumat palsu kini mencapai peringkat yang menjejaskan kestabilan negara, kata Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional Datuk Abdul Rahman Dahlan.

Beliau berkata memandangkan ada pihak yang kekurangan disiplin diri, kerajaan perlu bertindak serta mengkaji semula akta dan undang-undang sedia ada termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia 1998.



“Pindaan (terhadap akta itu) nampaknya perlu dilakukan agar SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) mempunyai mandat untuk menangani beberapa isu yang menjadi masalah.

“Ini kerana, pada akhirnya, keselamatan negara, rakyat dan kestabilan ekonomi menjadi tanggungjawab kerajaan yang memerintah,” kata Abdul Rahman.

Abdul Rahman, yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan berkata di sesetengah negara maju, kawalan dikenakan terhadap media dalam bentuk tertentu.

Menurutnya kerajaan bertanggungjawab menyediakan akses secara stabil kepada rakyat selagi sesuatu maklumat yang dikongsi itu adalah berdasarkan fakta dan dilakukan secara beretika.

Sejajar dengan itu, katanya kerajaan bercadang menubuhkan pusat sehenti bagi menyemak fakta melalui Internet kerana setiap rakyat Malaysia berhak mengetahui fakta dan mendapat penjelasan tentang setiap tuduhan yang dilemparkan oleh pihak tidak bertangungjawab.

“Kita memerlukan fakta dan kepantasan untuk menyanggah…anda tidak boleh menyalahkan kerajaan (jika berlaku kelewatan dalam memberi penjelasan) kerana apabila adanya tuduhan, ia dilakukan dengan serta-merta, sedangkan respons terhadapnya perlu dibuat berasaskan fakta,” katanya.

Friday, January 9

@GoTeamRD Tak kenal penat lelah, berkhidmat untuk mu Malaysia #MisiBanjirRD @SHEBMALAYSIA


Mangsa banjir di Kelantan akan ditawarkan beberapa pilihan penempatan sementara termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR), kabin yang diubah suai, kuarters kerajaan dan kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).


Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, penempatan itu bagi membolehkan mangsa tinggal buat sementara sambil menunggu rumah mereka siap dibaiki atau dibina semula.

“Dianggarkan antara 2,000 hingga 3,000 rumah musnah akibat banjir kali ini, untuk membina rumah kekal ia akan mengambil masa lama, jadi kita perlu penempatan sementara terlebih dahulu dan kita ada beberapa pilihan yang boleh ditawarkan kepada mangsa.

“Kita berbincang panjang lebar dalam mesyuarat kabinet tadi (semalam), lebih dua jam dan beberapa pilihan dikemukakan, kalau menggunakan kabin ia cepat dan boleh diduduki dalam tempoh sebulan, malah kosnya lebih murah tetapi saiznya kecil.


“Kita juga turut menawarkan aset kerajaan seperti PPR di Gua Musang kerana kita mempunyai 1,000 unit yang dah siap sepenuhnya tetapi belum didiami, selain itu kem PLKN dan kuarters yang tidak berpenghuni,”katanya pada sidang media pada majlis pelepasan sukarelawan Misi Bantuan Pantai Timur 2015 anjuran Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) dan Pasukan RD.


Hadir sama Ketua Setiausaha kementerian Datuk Arpah Abd Razak serta Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Datuk Wira Wan Mohd Nor Ibrahim.


Misi bermula semalam hingga Sabtu ini membabitkan 270 sukarelawan bertanggungjawab membersihkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yahya Petra 1 dan Sekolah Kebangsaan (SK) Pehi di Kuala Krai, Kelantan.


Semua agensi berkaitan di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan digerakkan untuk membantu proses pembersihan pasca banjir. Ia bagi mengelak penularan penyakit berjangkit terutama yang disebabkan oleh bangkai haiwan.

Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam dan syarikat konsesinya, Alam Flora telah diminta menguruskan sisa pepejal dengan cara terbaik. Katanya, kerja pembersihan membabitkan perbelanjaan besar. Kelantan yang paling teruk terjejas memerlukan sekitar RM78 juta bagi kerja pembersihan serta memperbaiki infrastruktur.

Jumlah bagi kos pembersihan sisa-sisa banjir di Pahang dan Terengganu masih dalam perkiraan. Anggaran itu mengambil contoh peruntukan RM90 juta untuk membersihkan kawasan di Johor serta Melaka.

Saturday, October 4

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha daripada #TeamRD @mpkotabelud @GoTeamRD


Marilah kita memanjat kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana di atas taufik dan inayahNya dapat kita meraikan Hari Raya AidilAdha pada tahun ini dalam keadaan makmur, sejahtera dan penuh keberkatan.

Hari Raya AidilAdha juga dikenali sebagai Hari Raya Haji kerana diperintahkan juga di dalam bulan mulia tersebut bagi umat Islam yang berkemampuan untuk menunaikan ibadat Haji ke Baitullah. Ibadah haji yang dilaksanakan pada setiap tahun ini membawa bersamanya seribu satu pengajaran dan pendidikan dalam kehidupan sejagat.

Menelusuri sirah ibadah haji yang berlaku lebih 1400 tahun yang lalu, telah terpatrinya satu perjanjian yang dikenali Perjanjian Hudaibiyah antara Nabi Muhammad SAW dengan puak Kafir Quraisy di Kota Mekah. Hasil daripada perjanjian tersebut, umat Islam dapat mengerjakan haji pada tahun yang berikutnya. 

Sesungguhnya konsep pengorbanan yang dituntut oleh Islam di mana kita sentiasa sanggup berkorban masa dan wang ringgit, berkorban jiwa raga, tenaga fikiran,perasaan, mengorbankan kepentingan diri bagi memperolehi keredhaan Allah SWT. 

Sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah Al-Ankabut ayat 69 yang bermaksud :
“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, nescaya Kami tunjukkan kepada mereka jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar bersama mereka yang berbuat baik.”
Marilah kita berdoa kepada Allah SWT agar Jemaah Haji kita di Kota Suci Mekah dapat menjalankan ibadah mereka dengan sempurna dan dikurniakan haji yang mabrur serta kembali ke Tanah Air dengan selamat.

Bagi kami yang berada didalam #GoTeamRD merakamkan ucapan Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua umat Islam Malaysia dan di mana jua mereka berada. Semoga AidilAdha tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya dan AidilAdha yang akan datang akan menjadi lebih baik daripada tahun ini. Insya Allah.

Saturday, September 27

TIPU DAYA HALUS PEMAJU TERHADAP PEMBELI BUMIPUTRA @mpkotabelud @arpahrazak54 @kpkt_gov @GoteamRD #housing


Surat saya kepada Kementerian Perumah Dan Kerajaan Tempatan.

YB Dato .....
Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
Precinct 5, Putrajaya,
68600 Wilayah Persekutuan

YB Dato',

Per: TIPU DAYA HALUS PEMAJU TERHADAP PEMBELI BUMIPUTRA  DENGAN MEMANIPULASIKAN DISKAUN.

1. Saya Hassan Md. Ali, pernah bertugas di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dari 1979-1985 dan juga sebagai pemaju perumahan dari 1985-1995.

2. Baru baru ini saya keProperty Fair di Subang Parade, Subang, Selangor.

Tertarik dgn sebuah tawaran dari syarikat pembangunan perumahan yang sedang memajukan Tanjung Puteri, Johor.

Diskaun yg ditawarkan adalah spt berikut;
Utk bumiputra: 15% Bukan Bumi: 6%.

Keluasan unit: 700ksp.
Harga unit: RM1.0 juta.
Pinjaman akan diusaha sehingga 90%.

Bagi pembeli bumiputra, hanya perlukan sediakan 10% shj sebagai downpayment. Bermakna pembeli bumiputra perlu membayar RM85,000.

Bagi bukan bumiputra downpayment 4% (6% discount is taken as part payment of 10% d/pymt).
Bermakna hanya RM40,000.

3. Sebagai seorang pemaju perumahan, saya menyiasat lebih lanjut lagi.

Selain dari membayar downpayment sebanyak RM 85,000, pembeli bumiputra dikhendaki membayar segala kos spt (legal fee, stamp fee, loan fee) yg jumlahnya lebih kurang RM42,000.

Sedangkan  pembeli bukan bumiputra hanya perlu meyedikan RM40,000 dan lain2 kos akan ditanggung olih Pemaju.

4.Tidak meyedari saya membuat pengiraan dan membuat perbandingan 'entry cost' antara bumiputra  dan bukan bumiptra, ternyata pembeli bumiputra terpaksa meyediakan sejumlah RM127,000 sedangkan pembeli bukan bumiputra hanya memerlukan RM40,000 untuk membelinya.

Seolah-olah kaum bumiputra yang memberi subsidi kapada pembeli bukan bumiputra sebanyak RM45,000. Bermakna walaupun harga bagi bumiputra dikurangkan sebanyak $150,000 dari harga asal, tetapi perbedzaan harga sebenar diantara bumi dan bukan bumi  hanya RM37,000 atau 4% sahaja.

5. Bagi pembeli bumiputra utk membayar downpayment sebanyak RM127,000 bagi unit seluas 700ksp adalah terlalu mahal dan sudah tentu unit2 yg diperuntukan utk bumiputera susah dijual kelak kerana unit tersebut hanya bolih dijual kpd pembeli bumiputra sahaja.

Oleh kerana 'entry kosnya' hampir 3 kali lebih besar dari kaum bukan bumiputra maka sudah tentulah unit2 bumiputra tidak laku dijual dan pemaju mempunyai alasan yg kukuh untuk memohon perlepasan dari Kementerian YB. Dato' supaya unit tersebut dibebaskan dari peruntukan bumiputra.

6. Sekali pandang seolah mereka bersama2 kerajaan yg ingin menolong kaum bumiputra memiliki harta di negara ini, tetapi apabila diperincikan kira2nya, pembelian unit bumiputra yg adalah lebih mahal dari yg  sepatutnya dan penglibatan pemaju untuk membantu kaum bumiputra utk memiliki harta saperti yang disarankan olih kerajaan adalah satu gimmik dan dijadikan perolok2kan olih pemaju.

7. Saya sempat membentangkan kira2 diatas kpd wakil pemaju hartanah tetsebut dan dgn sinis dia menjawab "Every chinese developer are doing this just to make sure every Melayu and Bumiputera won't have any chance of acquiring new property so your child will stick to the old house or staying back to kampung"

Saudara2ku,

Semenjak kita berWhatsapp, sudah berapa kali saya ungkapkan  perkara2 spt ini.
NEGARA KITA TELAH TERJUAL. Ternyata org cina dah sampai peringkat tak memerlukan keujudan org melayu dinegara Melayu kerana sumbangan org melayu terhadap ekonomi negara ini terlalu kecil.

Bank saperti;
Public Bank,
Hong Leong Bank, Stanchart,
Citibank, HSBC boleh hidup tanpa pelanggan melayu.

Pemimpin melayu banyak buat duit dengan memberi pelepasan unit2 bumiputra kpd unit bebas.

Berikutan dengan Aduan yang telah dinyatakan oleh Saudara Hassan Md. Ali. Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan telah memberikan respon serta arahan kepada Ketua Setiausaha Kementerian supaya tindakan diambil dengan segera.



Saya menerima banyak pesanan mengenai tuduhan pembeli rumah bumiputera yang "dianaktirikan" oleh pemaju perumahan bukan bumiputera.

Aduan itu telah menjadi "viral"  dalam media sosial sejak beberapa hari ini.

Saya telah arahkan Ketua Setiausaha Kementerian saya untuk menyiasat perkara ini dengan segera.

Saya juga meminta supaya pengadu tersebut untuk tampil ke depan bagi membolehkan kementerian saya mendapatkan maklumat lanjut agar siasatan dapat dijalankan dengan lebih terperinci.

Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap pemaju-pemaju perumahan yang didapati melanggar peraturan sedia ada.

Saya juga telah mengarahkan Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) untuk menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya jika ada ahli-ahli mereka yang terlibat dalam perkara ini.

Kementerian saya memandang serius perkara ini dan akan mengeluarkan kenyataan setelah siasatan selesai.

Terima kasih.

Datuk Abdul Rahman Dahlan
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

26 September 2014

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive