SALAH UMNO ke apabila ada individu-individu tertentu bertindak keluar daripada parti tersebut. Mengapa kesalahan itu tidak ditunding pada individu-individu berkenaan, yang berkemungkinan mempunyai hasrat menyertai atau menyokong parti lain?
Mengapa parti yang telah mendukung suara keramat orang Melayu selama 72 tahun sejak sebelum merdeka lagi dipersalahkan pula.
Apatah lagi, mereka yang keluar UMNO itu telah diangkat menjadi individu hebat dan diberi kuasa serta jawatan selama bertahun-tahun.
Sebagai penyokong UMNO dan pemerhati politik, jujurnya saya sedih dengan tindak-tanduk bekas pemimpin-pemimpin yang keluar parti lebih-lebih lagi individu seperti Datuk Seri Mustapa Mohamed yang dilihat cukup konsisten dengan UMNO.
Namun, apabila mengenang jasa UMNO kepada Parlimen Jeli yang diwakili Mustapa, saya kecewa, kecewa yang tidak terzahir kerana bukan kecil sumbangan UMNO pada kawasan yang diwakili oleh bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu.
Sedih mengenangkan betapa banyaknya janji-janji yang ditabur oleh Mustapa kepada pengundi-pengundi UMNO semasa bersama parti tersebut.
Apa sudah jadi sekarang? Mustapa sendiri yang telah ‘membunuh’ janji-janji yang ditaburkan selama ini. Lupa tentang ikrarnya kepada pengundi-pengundi UMNO yang telah mengangkat beliau selama 40 tahun dalam UMNO?
Pada saya, baik Mustapa, Datuk Seri Anifah Aman dan mana-mana bekas pemimpin UMNO yang keluar parti tetapi kekal bebas – inilah golongan yang telah menjatuhkan martabatnya sebagai ahli politik.
Mereka inilah golongan yang gagal memegang janji-janji yang dibuat kepada pengundi-pengundi dan para penyokong UMNO.
Mereka jugalah yang merosakkan integriti dan moral sendiri, andai benar bertindak keluar parti dan kemudiannya sertai parti lawan.
Dalam Islam, golongan yang mungkir janji atau tidak berpegang pada janji digelar munafik.
Jadi, masih mampukah golongan pemimpin seperti ini untuk senyum dan ketawa atau sekurang-kurangnya angkat muka untuk terus berada pada kerusi yang dimiliki UMNO?
Janganlah jadi ‘political animal’ – berpolitik sekadar untuk suka-suka, demi kepentingan peribadi dan kuasa. Cukup-cukuplah, usah jadi musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan atau Si Kitul.
Tetapi fikir-fikirlah nasib Melayu, Bumiputera dan negara bangsa yang dilaung-laungkan anda sebelum ini.
Ini kerana, laungan, ikrar dan janji yang dibuat bukan sahaja didengar oleh para pengundi dan penyokong tetapi turut dihisab oleh Allah.
Sunday, September 23
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
My Blog List
-
-
3 Pelajar Cedera Akibat Mercun Diubah Suai Meletup Dalam Asrama - Seorang pelajar dilaporkan parah manakala dua lagi mengalami kecederaan selepas insiden letupan melibatkan mercun yang telah diubah suai di sebuah asrama s...
-
Nikon COOLPIX P1100 Dilancarkan – Kamera Digital Kompak Dengan Zum Optikal 125X - Nikon secara rasminya melancarkan COOLPIX P1100 iaitu kamera digital kompak dengan kemampuan zum optik 125 kali. Ia direka untuk mereka yang memerlukan kam...
-
0x1c8c5b6a - 0x1c8c5b6a The post 0x1c8c5b6a appeared first on My TV ONLINE.
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh - The coming 2024 lunar year is the Year of the Dragon in Chinese zodiac. Chinese New Year falls on 10 Feb 2024. The Chap Goh Meh festival – marking the 15th...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM - ------------------------------ Like | Follow | Subscribe Telegram (Please Join) Facebook (Please Like) Twitter (Please Follow) Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...
-
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com
1 comment:
You should take part in a contest for probably the greatest blogs on the web. I'll advocate this site! slots for real money
Post a Comment