Saturday, November 29

#Kesejahteraan #SabahOKBah , #Bandar dan #Remaja @MpKotaBelud @GoteamRD



Bicara berkenaan politik, elok juga kita merenung kembali dan mengetengahkan semula latar belakang dan status pendidikan yang merupakan tonggak penting dalam pembangunan negara. Dalam hal ini, konteks berikut perlu diberi perhatian sewajarnya:

1. Falsafah Pendidikan Negara merupakan usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan seimbang dan harmonis daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

2. Capaian kepada pendidikan (access to education) adalah hak semua warganegara. Perhatian perlu diberi kepada golongan yang tertinggal daripada sudut sosio-ekonomi termasuk golongan luar bandar,  penduduk di pedalaman Sabah dan Sarawak dan warga kota yang berpendapatan rendah.

3. Pendidikan yang berkualiti adalah faktor kritikal dalam agenda pembangunan negara. Sehubungan itu sebarang usaha meningkatkan kualiti pendidikan di semua peringkat hendak diberi sokongan penuh dan peruntukan kewangan diberikan secukupnya.

4. Sekolah dan institusi pendidikan mestilah mewujudkan suasana yang kondusif untuk mengembangkan potensi seramai mungkin pelajar ke tahap yang cemerlang dalam segenap aspek bersesuaian dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.

5. Kos pendidikan yang terus meningkat adalah isu semua anggota masyarakat yang perlu ditangani dengan bijaksana.

6. Kehendak rakyat untuk melihat anak mereka terdidik dengan sahsiah dan keperibadian tinggi melalui nilai Islam yang diterapkan secara syumul dan menyeluruh mesti diberi perhatian sewajarnya. Dalam hal ini, usaha yang dilaksanakan oleh pihak bukan kerajaan dalam mengoperasikan sekolah Islam hendaklah dilihat sebagai usaha penting dalam menjana modal insan yang bakal memberi sumbangan besar kepada negara pada suatu hari nanti.

Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman berkata bajet negeri tahun depan akan mengambil kira kedudukan ekonomi sedia ada dan memberi tumpuan ke atas perbelanjaan berimbang.

"Kerajaan negeri mesti menimbang situasi ekonomi semasa serta mengelak perbelanjaan tidak perlu," katanya selepas merasmikan bangunan tambahan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hwa di sini hari ini.

Musa yang juga Menteri Kewangan negeri berkata kerajaan akan lebih berhemat dalam perbelanjaannya namun keperluan rakyat dan projek penting tidak dipinggirkan.

"Kerajaan negeri masih ada rizab yang sihat. Namun, kita mesti ingat bahawa dalam berbelanja untuk pembangunan sosioekonomi negeri, kita juga mesti menyimpan untuk masa depan," katanya.

Musa dijadual membentangkan Bajet Negeri Sabah 2015 pada Persidangan Dewan Undangan Negeri 7 November ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, dan Kesejahteraan Bandar Datuk Abdul Rahman Dahlan sebelum itu berkata Musa sudah membawa banyak pembangunan dan kemajuan di Sabah sepanjang sembilan tahun menjadi Ketua Menteri.

Musa sudah menaikkan bajet negeri ke paras yang dipuji dan menurunkan kadar kemiskinan daripada 30 peratus kepada sembilan peratus, katanya dan menambah setiap tahun jabatan-jabatan kerajaan menerima penarafan lima bintang atas kecekapan dan pengurusan.

Musa juga mengambil berat kebajikan rakyat tanpa mengira kaum atau agama dan kerap turun padang untuk mengetahui apa yang berlaku di akar umbi," kata Anggota Parlimen Kota Belud itu

Friday, November 28

"window dressing" BOLEH GITEW......... @azwanbro @KhairyKJ


Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno lazim sekadar window dressing lebih-lebih lagi bagi bosnya seorang tokoh politik sehebat Khairy Jamaluddin. Tambahan pula, tokoh yang dimaksudkan ini tidak memegang sebarang jawatan penting dalam kerajaan.

Sudah menjadi kelaziman naib ketua secara automatik mempunyai platform dan juga setidak-tidaknya kalau bukan timbalan menteri, apa saja jawatan dalam kerajaan seperti pengerusi badan-badan berkanun.

Kerana itu jika sesiapa saja dalam organisasi politik kepartian seperti Khairul Azwan Harun atau Ketua Puteri Umno, yang tidak ada jawatan kerajaan, inilah dilema mereka. Sebagai contoh Nazri Aziz, adalah bekas Naib Ketua Pemuda, begitu juga Razali Ibrahim, sebelum dilantik menjadi timbalan menteri.

Hakikatnya tidak semua begitu dan tidak semua mereka bernasib baik. Namun, jawatan parti tidak bererti mempunyai jawatan dalam kerajaan. Allahyarham Pak Ghafar Baba yang berpuluh tahun memegang jawatan Naib Presiden Umno juga tidak dipertimbangkan sebarang jawatan dalam kerajaan.

Hanya apabila Musa Hitam memilih untuk berada di luar kerajaan dengan meletak jawatan TPM pada 1986, PM melantiknya, itu pun tak lama - Ghafar tak ubah macam spare tayar.

Dalam isu Azwan dan barangkali juga Ketua Puteri, bukan saja media terlepas pandang, rakan-rakan berjawatan juga sama. Sehingga minggu ini jika dikira harinya Azwan sudah lebih setahun menggalas tugas Naib Ketua Pemuda.

Jika tidak sibuk urusan rasmi, dia isi dengan program seperti bersarapan dengan para Pemuda Bahagian - suatu tugas dalam kerangka mendengar keluhan akar umbi. Ia sekali gus sebagai workshop utama membimbing serta memberi motivasi. Belum dikira turun padang.

Ketika PRK di Pengkalan Kubor, Azwan selaku pengarah pilihan raya Pemuda membukti bakat dan keupayaan sebenar. Kejayaan calon BN mengalahkan Pas di kubu mereka satu kemanisan. Dari lima PRK selepas PRU13, tiga dimenangi BN, satu tewas dan satu tak bertanding.

Ini dibantu strategi bagi mendepani  pengundi, khusus golongan muda. Berasaskan gerak kerjanya, Azwan berjaya menampilkan watak saling tak tumpah macam Khalid al Walid - berjaya menimbulkan gerun di pihak musuh melihat jentera Pemuda.

Berlainan dengan KJ, sebagai tokoh berprofil tinggi, yang dikira tak perlu lagi diperkenalkan. Jawatan Menteri Belia dan Sukan banyak kelebihan. Malah tak salah jika kita katakan populariti KJ kini berada di tahap nombor satu.

Di sinilah daya penarik KJ dalam konteks sukan. Selaku menteri, kenyataannya sering memperoleh perhatian media. Lebih-lebih lagi media elektronik sangat menggemari komen-komen menteri muda ini.

Agak malang, Azwan selaku orang kedua KJ pula muncul seperti wira tidak didendang. Ia kurang publisiti. Rakan-rakannya berpendapat, jika media elektronik lebih memihaknya, mungkin rakyat lebih memahami hala tuju Pemuda. Ia bukan sekadar sebagai pressure grup. Ini termasuklah program meremajakan Pemuda yang kini diberi keutamaan.

Dalam konteks ini mungkin ramai tidak sedar, golongan muda dalam Umno masih berasakan parti mengamalkan politik tembok besar. Mereka dengan tidak disedari dipinggirkan. Langsung diketepikan daripada menjawat jawatan-jawatan penting. Lihat saja berapa kerat jemaah menteri atau timbalannya terdiri daripada Pemuda.

Dalam konteks ini, kadangkala suara NGO jauh lebih relevan dan berimpak. Ini kerana pendedahan diberi media elektronik berbanding publisiti pada Pemuda. Peranan NGO kini dilihat samalah seperti peranan dimainkan Pemuda Umno. Justeru secara sinis ada yang bertanya “apa perlunya Pemuda jika Umno sudah ada NGO membantu mereka?”

Menjelang PRU14, tugas penting sudah menunggu. Di bahu Pemuda Umnolah tugas mengekalkan imej parti sebagai parti pro golongan muda dipertanggungjawabkan. Ingat dalam pilihan raya kali ini, lebih 40 peratus pengundi adalah golongan muda. Rasionalnya, dalam hal ini Pemuda memerlukan sentuhan magik.

Migrasi belia desa ke bandar-bandar membimbangkan. Dasar parti terhadap golongan muda juga begitu seperti diulas Muhyiddin Yassin ketika merasmikan perhimpunan agung tiga sayap Umno, kelmarin. Jika diterjemahkan cakap-cakap ini persepsinya ialah Umno sebagai sebuah parti bukan lagi youth friendly.

Benar, Azwan bukanlah keseorangan dalam mendepani isu-isu ini. Jentera Pemuda tidak pernah tidur atau bercuti. Lihat mereka mendepani media sosial yang rata-rata anti kerajaan. Masalahnya seperti disebut tadi ialah mengenai persepsi. Bagi menanganinya mereka memerlukan bukan saja sokongan pihak atasan lebih-lebih lagi pihak media. Tanpa sokongan media, suara mereka takkan ke mana.

Selain itu, Pemuda berdepan persepsi bahawa mereka sebagai satu ancaman kepada status quo. Maklumlah jika populariti KJ diambil kira, beliau bakal berada di tempat jauh lebih penting. Setidak-tidaknya sebagai salah seorang Naib Presiden yang dipilih. Keadaan ini sudah pasti membimbangkan ramai pihak.

Bagi Azwan, Pemuda bukanlah satu ancaman kepada sesiapa. Jika ada pihak menganggap mereka ancaman kepada status quo dan ancaman pada golongan tertentu, maka ini bererti usaha meremajakan Umno gagal malah parti bakal binasa. Dengan lain erti, Pemuda adalah produk dari kilang sama dalam perjalanan menjadi dewasa. Jika tanpa diberi peluang, peranan mereka akan tumpul, malah di luar parti kelak bakal lahir ramai lagi puak anti-establishment. Ini tentu mengundang kemerosotan pengaruh Umno lebih-lebih lagi dalam pilihan raya akan datang. Inilah ancaman besar Umno bukan sayapnya sendiri.

Prasarana dipilih 'Pengendali Bayangan' Makkah Metro @ShahrilMokhtar @NajibRazak @PetraJayaMP @MyRapidKL


Prasarana Malaysia Bhd menang bidaan sebagai 'Pengendali Bayangan' fasa pertama Program Pengangkutan Awam Metro Makkah (Makkah Metro) sekali gus mengetepikan pesaing lain dari Turki dan Korea.

Pengarah Urusan, Datuk Seri Shahril Mokhtar, berkata ia adalah kejayaan pertama syarikat di peringkat global sejak ia memasuki pasaran antarabangsa pada awal tahun lalu.

Kejayaan itu turut membuktikan bahawa Prasarana setaraf dengan sebilangan pengendali rel terbaik dunia.

"Kejayaan ini juga mengukuhkan peluang kami untuk bidaan akan datang bagi pengendalian dan penyenggaraan empat laluan Makkah Metro serta pengendalian dan penyenggaraan projek Aliran Selatan Metro AlMashaaer Al Mugaddassah yang menampung jutaan jemaah pada musim haji setiap tahun," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pada musim haji lalu, Prasarana menghantar 12 kakitangan teknikal daripada Rapid Rail Sdn Bhd untuk bekerjasama dengan anggota daripada Ekpress Rail Link Sdn Bhd (ERL) bagi menyokong operasi sementara Projek Aliran Selatan Metro AlMashaaer Al Mugaddassah.

Sebagai 'Pengendali Bayangan', Prasarana bertanggungjawab memberi perkhidmatan perundingan dalam bidang pengendalian dan penyenggaraan sistem rel kepada Makkah Mass Rail Transit Company ketika pembinaan Fasa Pertama Makkah Metro yang meliputi dua jajaran dengan 22 stesen merentasi jarak perjalanan 45.1 kilometer termasuk 24.9 kilometer rangkaian rel bawah tanah.

Kontrak RM9 juta itu dijangka bermula bulan depan dan fasa pertama Makkah Metro dijangka siap menjelang 2019.

"Ini akan membantu menambah pendapatan syarikat dan mengurangkan secara beransur-ansur kebergantungan terhadap pendapatan tradisional yang berunsurkan tambang," katanya.

Thursday, November 27

AKTA HASUTAN PERLU DIPERKEMASKAN DEMI KEMAKMURAN NEGARA........ @mpkota



Tahniah diucapakan pada Presiden Parti yang berani membuat keputusan mengekalkan Akta Hasutan.

ianya disambut baik oleh semua perwakilan yang hadir serta diberikan tepukan gemuruh.

Demi kemakmuran negara serta mengekang penghasut yang cuba memecah belahkan kemakmuran yang telah dicapai oleh Malaysia selama 57tahun sejak merdeka.

Bagi pemimpin dari SABAH ianya disambut dengan rasa kelegaan.  Terpancar kecerian bila makan tengahari sebentar tadi.


Antara intisari ucapan dasar Presiden UMNO:

1. Akta Hasutan 1948 tidak akan dimansuh sebaliknya akan diperkuat dan diperkukuhkan. Akan dimasukkan - melindungi kesucian agama Islam dan menghalang sebarang percubaan membawa sabah dan sarawak keluar dari malaysia

2. Ikrar beliau untuk menerajui umno sebagai wadah memelihara dan memperkasa kepentingan orang2 Melayu dan bumiputera selain memastikan keadilan kpd seluruh rakyat Malaysia

3. Mengajak seluruh ahli umno dan seluruh rakyat malaysia membina kehidupan aman makmur stabil dan harmoni berpaksikan SOLIDARITI

4. Bahawa formula kesentosaan Malaysia adalah SOLIDARITI
( disebut SOLIDARITI sebanyak 11 kali)

5. Sedia timbang/bincang letak wanita sebagai naib presiden dan naib ketua bahagian

6. Menyeru agar usaha 'peremajaan umno' mestilah direalisasikan pada ertikata sebenar

7. Istilah 'peremajaan umno' perlu ditakrifkan sebagai 'meremajakan' tahap dan tempo perjuangan umno supaya sentiasa segar dan bertenaga serta menepati selera semasa

8. Sedia memberi tempat kpd golongan muda dlm parti dan kerajaan tetapi madavyg sama mestilah membuktikan menepati kriteria (Jil-UMNO) yang sesuai. Presuden dan Timb Presiden akan teliti sendiri dlm penilaian ini

9. Mengajak ahli umno teruskan semangat juang meskipun menghadapi pelbagai cabaran dan  cemuhan

10. Hakikatnya Malaysia kekal maju dan dikagumi masyarakat antara bangsa

11. Hakikatnya banyak kejayaan tercipta cuma ada pihak sengaja menafi dan melemparkan tuduhan buruk yg tidak berkesudahan

12. Semua perlu akur faham dan terima dengan terbuka tentang Kontrak Sosial yang sudah sekian lama terpahat dlm Perlembagaan Negara. Ia adalah wahana demi mengekalkan kestabilan kesejahteraan rakyat dan negara

13. Semua ahli umno jangan lagi alpa sehingga menghilangkan sokongan dan keyakinan umum. Sekurang2nya sejak 15 tahun lalu 'kelekaan' ini berada di mata umum.

14. Apapun ahli2 umno tidak perlu apologatik sebaliknya terus fokus dan meneruskankan perjuangan dengan penuh sedar dan bersemangat tinggi

15. UMNO perlu aplikasi segala perkembangan teknologi maklumat dlm pengurusan dan perhubungan mereka.

16. Kemudahan pendaftaran ahli melalui talian diharapkan mendapat sambutan dan memberi kesan baik kpd parti

17. Hayati perjuangan parti yang berkonsep sederhana (wasatiyyah) - mementingkan kecemerlangan dan keseimbangan

18. Semua ahli umno diajak sematkan rasa kasih dan sayang kpd parti - tahu membayar harga bagk pengorbanan pemimpin dan pendokong parti yang terdahulu.


Polis Sabah menerima satu laporan polis semalam berhubung terdapat kumpulan yang aktif menyampaikan gerakan membawa Sabah keluar dari Malaysia termasuk sebuah yang menggelarkan Sabah Sarawak Keluar Malaysia (SSKM) menerusi laman sosial seperti blog, Facebook dan Twitter.
   
Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan berhubung tindakan kumpulan dan NGO terbabit yang juga didakwa aktif menyampaikan kempen dan mengedar risalah berbaur hasutan di kampung dan kawasan pedalaman Sabah.
   
"Polis telah merakam percakapan pengadu dan mengambil keterangan saksi lain untuk menegakkan siasatan.
   
"Apa yang penting saya akan mencari siapa yang melaksana kempen-kempen itu kerana sumber dari Internet dan blog yang mereka cetak, menunjukkan kumpulan itu memasuki kampung dan pedalaman berjumpa golongan tua dan muda adalah tidak bagus dan meracuni pemikiran rakyat," katanya.
   
Sehubungan itu Jalaluddin meminta masyarakat khususnya di Sabah agar tidak terpengaruh dengan khabar angin berkaitan isu tersebut bagi mencegah sebarang perbuatan yang boleh memudaratkan keselamatan serta memecah-belahkan perkauman dan agama di negara ini.
   
"Saya juga menasihatkan agar (pihak) jangan meracuni pemikiran rakyat terutama golongan remaja kerana isu keselamatan dan ancaman boleh mengugat kestabilan ekonomi dan keharmonian negara," katanya.
   
Beliau berkata pihaknya akan berusaha untuk mengumpulkan bukti dan fakta yang berkaitan untuk membawa mereka yang terlibat ke muka pengadilan selain meminta orang ramai dan saksi tampil memberi kerjasama serta maklumat kepada polis. 

Wednesday, November 26

pendapatan bulanan isi rumah Bumiputera hanya pada RM3,282, masih rendah berbanding kaum Cina, iaitu RM4,643 dan kaum India pada RM3,676.


Malaysia memerlukan satu model ekonomi yang benar-benar dapat memastikan pertumbuhan ekonomi disertai dengan pengagihan kekayaan yang saksama, kata Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Katanya, ketidaksaksamaan dalam masyarakat ketika ini agak menggerunkan dengan kedudukan ekonomi orang Melayu masih meruncing selain berdepan pelbagai cabaran dalam meneruskan agenda ekonomi mereka.

“Kita (Orang Melayu) bersaing dalam ekonomi yang lebih terbuka. Kita berhadapan dengan fahaman kesamarataan yang menentang sebarang pelaksanaan agenda Melayu. Menerusi pelbagai instrumen perjanjian perdagangan bebas antarabangsa, negara kita didesak supaya jangan lagi mengamalkan dasar untuk melindungi kepentingan kaum Bumiputera.

Kononnya, dasar seperti ini merupakan penghalang kepada pembangunan ekonomi dan merencatkan pasaran. Padahal, dasar ini pernah digunakan negara maju lebih setengah abad sebelum mereka mencapai tahap negara maju,” katanya berucap merasmikan perhimpunan agung serentak sayap Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO, di sini, hari ini.

Katanya, negara juga sedang menongkah arus kapitalisme global dan ideology pasaran bebas yang semakin melebarkan jurang ketidaksaksamaan dan memerlukan satu pendekatan, dasar dan strategi yang lebih berkesan untuk merapatkan jurang antara kaum dan kelas.

Menjelaskan perbezaan jurang ekonomi itu, Muhyiddin berkata berdasarkan data terbaharu Jabatan Perangkaan Malaysia untuk tahun 2013, menunjukkan median pendapatan bulanan isi rumah Bumiputera hanya pada RM3,282, masih rendah berbanding kaum Cina, iaitu RM4,643 dan kaum India pada RM3,676.

Katanya, dalam kumpulan isi rumah berpendapatan 40 peratus terendah, 75.5 peratus daripadanya adalah Bumiputera yang turut tertinggal dalam pemilikan hartanah kediaman dan industri dan perdagangan.

Muhyiddin turut meluahkan satu kebenaran yang pahit apabila kaum Bumiputera masih menerima layanan yang tidak saksama dalam sektor swasta.

kajian yang dilakukan oleh Dr Lee Hwok Aun dan Dr Muhammed Abdul Khalid pada tahun 2012 mendapati bahawa bagi setiap seorang graduan Melayu yang dipanggil temu duga dalam sektor swasta, secara puratanya 5.3 graduan Cina ditemu duga, walaupun mereka mempunyai kelulusan yang sama.

“Data rasmi juga menunjukkan kadar pengangguran adalah tertinggi dalam kalangan tenaga kerja Bumiputera iaitu 70.3 peratus, termasuk graduan menganggur sebanyak 66.9 peratus.

Muhyiddin berkata berdasarkan kajian pakar ekonomi, pekerja Bumiputera menerima gaji 20 hingga 40 peratus lebih rendah berbanding bukan Bumiputera dalam sektor swasta.

Katanya, selain jurang ekonomi antara kaum, negara ini berdepan jurang yang besar antara golongan kaya dan miskin, etnik dan intra etnik, Semenanjung, Sabah dan Sarawak, masyarakat bandar dan luar bandar, antara ketua pegawai eksekutif (CEO), pengurusan kanan syarikat dan pekerja bawahan.

Semua ini, katanya, jika dibiarkan berterusan akhirnya akan menjejaskan pencapaian ekonomi negara secara keseluruhan.

Justeru Muhyiddin berkata, Agenda Bumiputera perlu dijadikan sebagai Agenda Nasional dan bukan agenda kaum selain dasar dan strategi merapatkan jurang ekonomi perlu dijadikan teras utama Rancangan Malaysia Ke-11 yang merupakan lonjakan terakhir Malaysia untuk menjadi negara maju.

“Agenda Bumiputera sebagai Agenda Nasional tidak boleh dilaksanakan secara picisan atau terpisah daripada kerangka besar ekonomi negara. Ia mesti dilaksanakan secara inklusif, komprehensif dan merentasi semua sektor ekonomi.

“Saya juga mencadangkan Dasar Ekonomi Nasional yang baharu dirangka untuk memacu inisiatif kesaksamaan ke hadapan. Apatah lagi, tanggungjawab merapatkan jurang kaya dan miskin adalah perintah Allah SWT kepada kita…,” kata Muhyiddin.

Selain itu, katanya, tumpuan dan keutamaan kepada program latihan peningkatan kemahiran pekerja Bumiputera perlu diberikan selain memperbaiki mekanisme subsidi, menangani diskriminasi dalam sektor pekerjaan, memperkemaskan perundangan dan pengawalan dan penguatkuasaan terhadap pekerja asing.

Katanya, dasar mengenai peningkatan dan pengawalan pendapatan pekerja perlu diperkenalkan selain menambah mekanisme percukaian yang lebih berstruktur, meningkatkan insentif bagi membantu keluarga menambah kekayaan, menyediakan ekosistem kondusif kepada pelajar luar bandar dan miskin bandar.

“…menekankan semula pembangunan luar bandar, memperluaskan jaringan keselamatan sosial, dan menyasarkan tindakan afirmatif berdasarkan keperluan khusus untuk kumpulan isi rumah 40 peratus terbawah tanpa mengira kaum.

Jangan ada mana-mana pihak yang cuba mempersoalkan tindakan pembetulan ini sebagai agenda perkauman. Ini adalah agenda negara,” katanya.

Monday, November 24

Pakar minyak mi segera disaran isi tangki kenderaan dengan minyak mentah @khairyKJ


Setiap kali pengumuman berkenaan harga petrol dan diesel, setiap kali itulah pakar-pakar ekonomi dengan pengkhususan minyak dan gas akan menerangkan dengan terperinci mengenai formula pengiraan harga petrol di Malaysia yang menggunakan Mekanisme Penentuan Harga Automatik (APM).

Dan, setiap kali itulah juga para media akan menyiarkan cara pengiraan tersebut dengan cara paling ringkas dan mudah difahami hatta kepada rakyat yang berpendidikan paling minimum sekali.

Namun, malangnya rakyat Malaysia masih suka mempercayai sesuatu yang bukan berlandaskan fakta malah jika dilihat sekali imbas sekali pun, ianya tidak logik.

Hari ini, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar mengambil masa khusus memberi "tutorial khas" berhubung APM kepada pengikut-pengikutnya di Twitter dan Facebooknya sekali gus menyangkal pengiraan dangkal yang menunjukkan harga petrol di Malaysia seharusnya RM1.39 seliter yang kini sudah menjadi viral di media-media sosial.

Harga rujukan APM adalah Mean of Platts Singapore (MOPS) yang juga merupakan harga minyak yang sudah diproses.

MOPS perlu dicampur dengan beberapa kos lain seperti kos operasi, margin syarikat minyak (Petronas dan Shell contohnya), margin pengedar atau pemilik stesen minyak dan alpha iaitu perbezaan MOPS dengan harga pembelian sebenar.

Contoh yang lebih jelas dengan bersandarkan harga purata MOPS RON95 pada 1 November sehingga 19 November iaitu 195.15 sen adalah:-

MOPS. 195.15 sen
Kos operasi. 9.58 sen/liter
Margin syarikat minyak. 5 sen/liter
Margin stesen minyak. 12.19 sen/liter
Alpha. 5 sen/liter
Jumlah sebenar harga petrol di Malaysia- 226.88 sen seliter atau kira-kira RM2.27 seliter.

"Bila kita apungkan harga petrol pada 1 Disember nanti dan trend penurunan harga pasaran minyak berterusan, ada kemungkinan besar harga petrol RON95 akan turun.

"Subsidi dapat dijimatkan dan harga pun boleh turun," katanya.

Beliau yang melabelkan individu yang membuat pengiraan tersebut pakar mi segera menasihatkan rakyat supaya berfikir dan menyemak fakta sebelum menyebarkan sesuatu maklumat.

Ini kerana harga minyak mentah global tidak sama dengan harga di pam kerana ianya perlu diproses dan ditapis terlebih dahulu sebelum dihantar, diedar dan dijual kepada pengguna.

"Apa yang beliau tulis itu adalah salah kerana harga minyak dunia yang dijadikan contoh itu adalah harga minyak mentah.

"Untuk pengetahuan semua, petrol yang kita gunakan bukan minyak mentah, ianya adalah minyak yang telah diproses, ditapis, diangkut, diedar dan diniagakan. Jadi fakta yang beliau kemukakan adalah salah.

"Kalau beliau yakin dengan fakta tersebut, saya sarankan beliau mengisi kenderaannya dengan minyak mentah. Tengok jauh mana boleh jalan," katanya lagi.

Internet tidak seharusnya jadi medium menyemarakkan ketegangan kaum @NajibRazak


Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan bahawa internet tidak seharusnya dijadikan medium untuk menyemarakkan ketegangan kaum dan agama dalam negara pelbagai agama serta budaya seperti Malaysia.

Sambil menyuarakan kekecewaannya, beliau berkata, pada ketika tertentu, internet digunakan untuk menyebarkan perkara separa benar malah pembohongan sekalipun. "Sebagai contoh, semasa pilihan raya umum lepas, begitu banyak dakwaan tanpa disokong bukti yang disebarkan dalam talian.

Kononnya kerajaan merancang gangguan elektrik di pusat pengundian untuk menukar peti undi dan membawa masuk melalui penerbangan 40,000 pengundi dari seluruh negara untuk mengundi.

"Dakwaan sebegini terbukti hanyalah pembohongan yang tidak berasas, malangnya dakwaan itu diterima bulat-bulat oleh banyak pihak, dan ini menjejaskan dengan teruk nama baik kami," katanya.

Najib berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama pada Forum Antarabangsa UMNO bertemakan: 'Dunia Kesalinghubungan Digital: Cabaran Dalam Pembinaan Negara', yang diadakan bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2014 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini hari ini.

Memandangkan berita sedemikian boleh tersebar dengan meluas dalam internet dan tidak lagi dapat dikawal, Najib sehubungan itu mengingatkan bahawa masyarakat bertanggungjawab untuk memikirkan dengan mendalam kandungan yang ingin mereka kongsi itu.

"Masyarakat perlu melihat dengan jelas dan memahami bahawa dakwaan yang dimuatkan dalam internet tidak seharusnya diterima sebagai kebenaran mutlak. Dakwaan itu perlu dipersoalkan dan keterangannya perlu dinilai.

"Pendidikan boleh memainkan peranan namun ia sangat sukar. Oleh itu, tiada penyelesaian yang sempurna bagi perkara ini," katanya.

Beliau selanjutnya berkata kritikan yang munasabah perlu digalakkan, yang merupakan sebahagian daripada perbahasan demokratik yang sihat meskipun ada kalanya kandungannya mungkin melangkau batasan, menceroboh hak bersendiri individu, melanggari undang-undang dalam negara atau memudaratkan fizikal.

Sambil menggalakkan perbahasan dalam talian yang sopan dan bertanggungjawab, Najib membangkitkan persoalan besar tentang cara untuk melaksanakannya selain turut berharap beberapa subtopik dalam forum ini akan dibincangkan dan mengutarakan cadangan bernas pertimbangan kerajaan

Friday, November 21

KENA LONDEH LAGI NAMPAK GAYANYA...........?


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng didesak membuat semakan semula berhubung fakta projek pembinaan 168 unit banglo mewah D'Residence di Bayan Mutiara yang dimajukan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC).

Ketua Pembangkang Dun Pulau Pinang, Datuk Jahara Hamid mempersoal kenyataan Guan Eng yang mendakwa tidak mengetahui mengenai projek D'Residence sedangkan beliau menyatakan mengenai projek berkenaan dalam Laporan Tahunan PDC untuk tahun 2008, 2009 dan 2010 di segmen Perutusan Pengerusi.

"Adakah Ketua Menteri buat-buat lupa mengenai kenyataannya itu atau adakah dengan sengaja memberi kenyataan tidak benar semasa sidang akhbarnya pada Jumaat lepas (14 November)?

"Kemudian buat kenyataan beliau 'tidak tahu' PDC telah memajukan projek itu sehinggalah ia dibangkitkan oleh saya," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jahara mengulas kenyataan Guan Eng yang mendakwa beliau tidak mengetahui PDC menjual rumah dengan harga tinggi sehingga RM3 juta seunit di D'Residence sehinggalah ia dibangkitkan oleh Jahara pada persidangan Dun, baru-baru ini.

Guan Eng, bagaimanapun mengakui PDC ada menjual rumah dengan harga tinggi tetapi ia diluluskan sebelum 2008 iaitu sebelum DAP mengambil alih pemerintahan negeri itu selepas memenangi PRU13.

Jahara berkata, melalui semakan di laman sesawang adun.net mendapati, Guan Eng pernah menjawab soalan bertulis yang diajukan Adun Bayan Lepas ketika itu Syed Amerruddin Syed Ahmad, berkenaan projek tersebut pada mesyuarat kedua penggal ketiga persidangan Dun ke-12 pada 2010.

Thursday, November 20

ASTRO JANGAN BUAT HAL.........


Sebut sahaja Datuk Bung Mokhtar Radin, sesiapa sahaja pasti akan teringat kepetahannya bercakap sehingga Ahli Parlimen Kinabatangan itu turut mendapat gelaran si nakal Parlimen.

Namun Bung Mokhtar hari ini ternyata gagal menonjol kepetahannya dalam perbahasan apabila beliau tersentak dengan soalan spontan daripada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Dalam sidang Dewan Rakyat pada Rabu, Bung Mokhtar yang tidak berpuas hati dengan Astro yang menaikkan yuran langganan telah mencadangkan kerajaan supaya menutup syarikat penyiaran tersebut.

Tanpa disangka, Pandikar Amin telah bertanya adakah Bung Mokhtar tidak takut isterinya (Zizie Ezette) dilarang muncul dalam Astro.

Semua wakil rakyat pada masa itu ketawa terbahak-bahak sebaik mendengar soalan Pandikar Amin, sementara Bung Moktor tidak boleh berkata apa-apa melainkan senyum.

Ahli Parlimen dari Sabah itu kemudian memberitahu bahawa Pandikar Amin pandai bergurau, jawapan itu sekali lagi menyebabkan wakil rakyat yang lain ketawa.

Menurut Bung Mokhtar, Astro wajar ditutup memandangkan stesen televisyen berbayar itu bukan sahaja menaikkan yuran langganan, malahan mempunyai iklan lebih banyak berbanding TV3.

Cadangan itu disokong Datuk Seri Azalina Othman Said (Pengerang) dan
S. Manikavasagam (Kapar) yang setuju supaya kerajaan mengizinkan orang ramai memasang televisyen digital yang mampu menonton rancangan dunia.

"PJU (Tony Pua) Penakut! PONdan "- @azeezputera

Setelah Rafizi tidak hadir gagal menyerah dokumen bukti mengenai 1MDB kepada speaker Parlimen semalam, hari ini giliran Tony Pua pula mengelak dari memberi ruang kepada Ahli Parlimen Baling, Datuk Azezz Rahim menyoal beliau bila bercakap isu 1MDB.

Sebelum itu, Tony agak emosional apabila disoal oleh Ahli Parlimen Kuala Kangsar Wan Khairul Anuar mengenai niat sebenar beliau menyerang 1MDB.


Wednesday, November 19

ZAIRIL NIE MELAYU KE....................


Lim Guan Eng yang jadi Ahli Parlimen kawasan  Bagan dan Ahli Dewan Undangan Negeri Air Putih bukan orang Pulau Pinang.

Begitu juga Zairil Khir Johari yang jadi Ahli Parlimen kawasan Bukit Bendera.

DAP masuk ke Pulau Pinang setelah menewaskan kerajaan BN yang diterajui Gerakan pada pilihanraya umum 2008.

Kata orang Zairil dan Guan Eng cuma bawa beg dan sapu kaki masuk kerana Pulau Pinang sudah pun terbentang pesat membangun di depan mata mereka.

Anak tiri bekas pemimpin veteran UMNO,Allahyarham Tan Sri Khir Johari ini tidak perlu nak berlagak seolah apa yang ada di Pulau Pinang hasil kerja kerajaan DAP yang masuk penggal kedua memerintah setelah menang lagi pilihanraya umum 2013.

Buat malu saja kalau dia dan bosnya Guan Eng nak buat perangai begitu kerana semua anak jati Pulau Pinang ada mata dan telinga untuk menilai sendiri apa sangat yang sudah dibuat kerajaan DAP selama ini.

Kita bercakap ini dalam konteks polimek terbaru Zairil dengan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Shabery Cheek.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu Selasa membidas Ahli Jawatankuasa Pusat DAP itu kerana mendakwa kemiskinan orang Melayu Pulau Pinang adalah peninggalan kerajaan BN.

Shabery kilas balik beliau dengan bertanya Zairil mengapa dia tidak kata orang Cina Pulau Pinang kaya kerana pentabiran BN yang lampau.

Biasalah bagi pembangkang semua yang baik datang dari mereka dan yang tidak elok buah tangan BN.

Mereka yang celik sejarah tahu Pulau Pinang pesat membangun sejak dibawah pentabiran tokoh parti Gerakan mendiang Tun Lim Chong Eu.Kepimpinan kemudian diambilalih oleh anak didiknya, Tan Sri Dr Koh Tsu Khoon.

Berpuluh ribu orang Pulau Pinang dan dari negeri-negeri lain dapat peluang pekerjaan dari ratusan kilang di kawasan zon perdagangan bebas Bayan Lepas dan di Seberang Perai.

Bodoh sangat kalau nak kata kerajaan DAP ada lampu Aladin mewujudkan semua itu sekelip mata.

Tidak ada siapa dapat nafikan masalah Melayu Pulau Pinang wujud sejak zaman BN lagi.Ini kerana jurang kekuatan ekonomi antara orang Melayu dan bukan Melayu di negeri itu.

Kita boleh baik hormat kepada Zairil maupun Guan Eng dan kerajaan DAP yang menerajui Pakatan Rakyat di negeri itu kalau ada angin perubahan menampakan orang Melayu negeri itu semakin OK setelah enam tahun mereka memerintah.

Untuk berlaku adil cuba tanya rakan pimpinan Melayu mereka dalam PKR dan PAS apakah mereka merasa kedudukan orang Melayu semakin baik sekarang berbanding semasa zaman BN.

Cuba tanya orang Melayu di Pulau Pinang apakah mereka terasa ada sesuatu yang istimewa untuk mereka di bawah kerajaan Pakatan Rakyat selama ini?

Ada sesiapa dengar sesuatu 'input Melayu' yakni usaha untuk memperbaiki kedudukan orang Melayu Pulau Pinang pernah diumumkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat bawah DAP sepanjang enam tahun ini.

Sebaliknya apa yang ada di depan mata ialah tidak ada langsung rumah murah yang dibina sedangkan harga rumah semakin meningkat dan meningkat.

Orang Melayu Pulau Pinang khususnya di bahagian pulau terus mengigit jari melihat rumah-rumah mahal yang tumbuh bagai cendawan sekitar mereka.

Berapa kerat orang Melayu yang mampu beli rumah yang berharga RM700,000 hingga berjuta-juta.

Kecuali di kawasan Balik Pulau yang merupakan benteng terakhir orang Melayu Pulau Pinang dikawasan lain mereka terus melukut ditepi gantang.

Makin hari makin banyak kampong-kampong Melayu yang ada 'ditebuk' dengan pembinaan rumah-rumah mahal di celah.Lihat saja di Sungai Nibong,Bayan Lepas,Teluk Kumbar,Batu Uban,Gelugor,Tanjong Tokong dan lain-lain.

Kalau situasi ini berterusan jangan hairan jika satu hari nanti orang Melayu akan pupus di kawasan Timur pulau.

Pada ketika kedudukan orang Melayu di negeri itu semakin terhakis dan terhakis,tidak kedengaran suara garang pemimpin Melayu PKR dan PAS Pulau Pinang.

Mungkin juga mereka sedang nyenyak tidor dibuai mimpi indah jaminan kuasa politik bawah DAP.

Jadi Zairil...tolong jangan bikin malu DAP.Gendang saja kuat tetapi kosong.

Kalau Zairil merasa semangat Melayu pada dirinya tidak begitu kuat untuk menjadi benteng kepada orang Melayu Pulau Pinang...apa kata dia bisik minta pedoman, panduan dan nasihat dari rakan Melayu DAPnya,Dyana Sofya.

BROKER & BARUA mendokong PasMa – Ahli Pas


Marah betul ahli dan penyokong Pas dengan penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PasMa) yang bertindak sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam parti itu.

Mereka menyifatkan PasMa mempunyai motif tertentu untuk memecah belahkan Pas yang dipimpin oleh Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Lebih ketara apabila kesempatan diambil sebuah NGO propembangkang, Prime Care Malaysia yang menganjurkan beberapa program bersifat mencari serta mendedahkan keburukan kepimpinan Pas sedia ada.

Sebagai contoh, program terbaru anjuran NGO itu, Sembang Kafe Politik pada 15 November lalu, yang terpaksa dibatalkan setelah didesak adalah wacana yang bakal mencetuskan kemarahan ahli terhadap Pas.

Seorang ahli Pas dari ranting Putrajaya, yang mahu dikenali sebagai Sulaiman berkata, beliau kesal dengan sikap segelintir pemimpin parti itu sanggup menjadi dalang kepada penubuhan PasMa walaupun jelas matlamatnya bercanggah dengan dasar dan prinsip parti.

Lebih mengecewakan, katanya, apabila ada ahli membantah penubuhan PasMa, muncul beberapa 'broker dan barua' mempersoalkan tindakan itu dengan hanya mengatakan ia sebuah NGO, bukan parti baharu.

"Masalahnya 'broker dan barua' yang mempersoalkan bantahan ini adalah pemimpin yang mendapat jawatan dalam biro politik peringkat pusat. Inilah jenis pemimpin yang bercakap tidak habis dan lidah bercadang.

"Puak ini seolah-olah tidak tahu langsung segala tindak tanduk jahat PasMa walaupun banyak bukti boleh dikaitkan dengan niat tidak baik NGO itu," dakwanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas usaha Prime Care Malaysia yang menganjurkan program bersifat mencetuskan kemarahan ahli Pas baru-baru ini.

Bagaimanapun, program yang dijadulkan diadakan di sebuah restoran di Batu Caves, Selangor itu pada 15 November lalu terpaksa dibatalkan di saat akhir setelah mendapat bantahan daripada kepimpinan Pas Pusat.

Sulaiman mengajak pemimpin, ahli dan penyokong Pas seluruh negara, sebelum menerima kewujudan PasMa, perlu terlebih dahulu melihat objektif dan perjuangan NGO berkenaan yang jelas bercanggah dengan dasar serta prinsip perjuangan parti.

"Jangan tengok pada objektif bertulis PasMa sahaja, perhatikan juga tindak-tanduk mereka. Kotor sungguh ahli politik seperti ini. Kewujudan mereka mengotorkan parti lebih banyak daripada membersihkan parti.

"Mereka sanggup menyembunyikan polisi serta peraturan sebenar Pas terhadap ahli khususnya yang berkait rapat dengan penubuhan serta keahlian NGO itu," kata beliau.

Dakwa beliau, PasMa adalah musuh dalam selimut kepada Pas sebab mempunyai matlamat tersirat dengan menyokong penubuhannya.

"Matlamatnya hendak menjatuhkan Tuan Guru Presiden (Abdul Hadi) dan hendak membubarkan Majlis Syura Ulama Pas,” katanya

Tuesday, November 18

Kerajaan Negeri DAP Penjualan Tanah Untuk Jana Pendapatan Negeri. @jaharahamid @Dzainaiabidin


Kerajaan Negeri PulauPinang bergantung kepada Penjualan Tanah Untuk Jana Pendapatan Negeri.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang dalam Bajet 2015 menganggar akan memperoleh Hasil sebanyak RM656,931,750. Dari jumlah ini sebanyak RM441,978,850 adalah dari Hasil Bukan Cukai. Ia menyumbang 67.28% kepada jumlah keseluruhan Hasil kerajaan Negeri pada tahun hadapan, selebihnya dari Hasil Cukai dan Terimaan Bukan Hasil.

Pendapatan dari Penjualan Barang-barang berjumlah RM308,496,500  menyumbang sebanyak 69.80% kepada Hasil Bukan Cukai bagi 2015. Dari jumlah itu, Premium Tanah menyumbang RM 307,000,000 atau 99.51%. Ini adalah hasil dari Pemberian Milik Bayaran Khas - RM235,000,000;  Pemberian Hak Milik - RM 50,000,000; dan Tukar Syarat - RM 22,000,000.

Bagi 2015, Premium Tanah turut menyumbang 46.73% kepada keseluruhan Hasil yang akan diperoleh oleh kerajaan negeri pada 2015. Amat jelas hasil Premium Tanah merupakan penyumbang terbesar bagi hasil kerajaan Negeri Pulau Pinang.

Penyata Kewangan 2013 menunjukkan Hasil Bukan Cukai sebanyak  RM511.71juta diperoleh kerajaan negeri. Perolehan daripada Jualan Barang-barang (termasuk Premium Tanah) menyumbang RM366.18juta (71.56%) kepada Hasil Bukan Cukai atau 43.92% kepada jumlah keseluruhan Hasil bagi tahun berkenaan.

Bermula dari tahun 2011, kerajaan negeri telah dengan nyata menjual tanah kepada pemaju. Bermula dengan penjualan Bayan Mutiara kepada Tropicana Ivory SB berjumlah RM1.07 billion dengan tempoh bayaran selama 5 tahun akan memastikan kerajaan negeri memperoleh pendapatan untuk tahun-tahun berikutnya.

Pada 12 Oktober 2013, kerajaan negeri menjual tanah seluas 39.54 ekar pada harga jualan RM65.34 juta kepada PE Land Sdn Bhd. untuk pembinaan "premium retail outlet", hotel mewah dan lain-lain.

Pada 10 Januari 2014, Kerajaan Negeri menjual tanah seluas 245 ekar kepada Aspen Land Sdn Bhd dengan harga RM484 juta bagi pembinaan pusat membeli belah dan pembangunan bercampur. Aspen Land juga diberikan tempoh 60 bulan untuk menjelaskan harga pembelian tanah tersebut.

Pada 25 Mac 2014, kerajaan negeri menjual tanah seluas 30 ekar kepada Paramount Corp Berhad dengan harga RM65.56 juta.

Pada 15 September 2014 Eco World Development Group Berhad dilaporkan bersetuju menerima tawaran membeli tanah seluas 470 ekar di Batu Kawan pada harga RM1.02 billion untuk pembinaan padang golf dan pembangunan bercampur.

Adalah menasabah untuk merumuskan bahawa kerajaan negeri banyak bergantung kepada pemberian Hak Milik Tanah dan/atau penjualan tanah milik negeri sebagai sumber kewangan negeri.

Berdasarkan fakta-fakta diatas kenyataan Ketua Menteri yang menyangkal bahawa Pulau Pinang di bawah pimpinan beliau bergantung besar kepada hasil jualan tanah adalah tidak masuk akal sama sekali!

Kenyataan Media
YB Dato'Jahara Hamid
Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang

18 November 2014

Sunday, November 16

@AhmadMaslan akan cadangkan harga RON95 diturunkan.....


MKP amat setuju jika harga Minyak Ron95 dikaji serta diturunkan mengikut harga pasaran minyak dunia. Kalau tak bagi subsidi pun bagus jugak kerana yang banyak menggunakan minyak subsidi ini adalah golongan yang mempunyai kereta besar tangkinya..........

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan berkata beliau sendiri akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan supaya menurunkan harga minyak RON95 sekiranya harga minyak mentah dunia turun pada paras antara US$70 hingga US$75 setong.

Beliau berkata penurunan harga tersebut boleh dilaksanakan kerana telah melepasi kadar subsidi yang ditanggung kerajaan.

"Saya difahamkan oleh pegawai-pegawai yang menjaga hal subsidi minyak ini, apabila harga minyak pada US$70 hingga US$75 setong, maka ia akan melepasi daripada tahap subsidi RM2.30 seliter.

"Saya secara peribadi, selaku Timbalan Menteri Kewangan, akan memberikan pandangan kepada Jawatankuasa Dasar Fiskal supaya menurunkan harga minyak RM2.30 ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis penutup penerangan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) dan taklimat isu semasa Parlimen Masjid Tanah di sini, hari ini.

Ketika ini minyak mentah Brent berada pada paras US$79.41 setong.

Ahmad berkata beliau juga akan mencadangkan supaya tiada sebarang cukai jualan dikenakan ke atas minyak berkenaan.

"Kenapa tidak perlu cukai jualan ini kerana pada saat dan ketika ini pun kita tidak mengenakan cukai jualan," katanya.

Dalam pada itu, katanya sekiranya harga minyak berkenaan diturunkan, beliau berharap para peniaga turut menurunkan harga barangan mereka kerana sering kali menjadikan kenaikan harga minyak sebagai alasan menaikkan harga barangan.

Saturday, November 15

KERAJAAN LAKSANA PENGASINGAN SISA DI PUNCA SECARA MANDATORI MULAI SEPTEMBER 2015 @MpKotaBelud


Hari Kitar Semula yang diraikan seluruh dunia akan disambut di Malaysia tahun ini dengan tema Kitar Semula Tanggungjawab Semua. Seiring dengan objektif menjadikan amalan kitar semula sebagai tabiat hidup, Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan menjadikan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) sebagai komponen utama dalam pengurusan sisa pepejal negara.

Di persimpangan ini, saya mengumumkan bahawa Pengasingan Sisa di Punca secara mandatori (separation at source) akan dilaksanakan mulai September 2015.

Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara (JPSPN) telah merangka peraturan dan garis panduan untuk melaksanakan usaha ini dengan berkesan.

Pelaksanaan peraturan baru ini telah digubal menurut klausa perundangan dalam Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672). Secara umumnya, proses pengasingan sisa di punca membabitkan:

Pengasingan sisa pepejal isi rumah mengikut komposisi sisa: plastik, kertas, kadbod, kaca, logam, sisa makanan, sisa pukal dan sisa kebun;

Kutipan sisa yang diasingkan akan dilaksanakan mengikut jadual yang ditetapkan oleh syarikat konsesi yang dilantik. Ini akan dilaksanakan berdasarkan konsep kutipan 2+1.

Pelaksanaan kutipan 2+1 juga telahpun dijalankan sepenuhnya di negeri-negeri yang menerima pakai Akta 672 (WP Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Kuantan, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perlis dan Kedah) bermula September 2014.

Ke arah mendorong sokongan rakyat terhadap pelaksanaan peraturan ini, JPSPN akan melaksanakan kempen hebahan, program kesedaran dan pendidikan di seluruh negara.

Selain itu, kerajaan juga akan memastikan fasiliti pengurusan sisa pepejal ditambahbaik dan pengoperasian pusat-pusat 3R peringkat komuniti berjalan lancar untuk memastikan kejayaan inisiatif baru ini.

Pelaksanaan peraturan baru ini adalah sebahagian usaha Kerajaan untuk mengurangkan penghantaran sisa pepejal ke tapak pelupusan sisa, yang ketika ini semakin meruncing. Peningkatan jumlah sisa secara mendadak menyebabkan tapak pelupusan sedia ada semakin kehabisan ruang.

Ini ditambah pula dengan persaingan guna tanah bagi membina tapak pelupusan baru, menyebabkan kerajaan terpaksa memperkenalkan kaedah tambahan dalam pengurusan sisa pepejal di Malaysia. Pengasingan sisa di punca akan membantu mengurangkan jumlah sisa pepejal yang dihantar ke tapak pelupusan, justeru membantu menambah jangka hayat tapak pelupusan tersebut.

Aktiviti 3R dan pengasingan sisa di punca telah dikenalpasti sebagai salah satu langkah paling berkesan dalam usaha mengurangkan jumlah penjanaan dan penghantaran sisa pepejal ke tapak pelupusan.

Sebagai sebuah negara yang sedang bergerak ke arah status negara maju menjelang 2020, Malaysia harus meningkatkan aktiviti 3R dan kadar kitar semula di peringkat kebangsaan.

Melalui pelaksanaan hebahan kempen kesedaran dan `public education’ ini, kerajaan yakin boleh mencapai sasaran pencapaian kadar kitar semula sebanyak 22% menjelang tahun 2020.

YB DATUK ABDUL RAHMAN DAHLAN
Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan

15 November 2014

Russia dakwa #MH17 ditembak jet pejuang........?



Televisyen Rusia  awal pagi Sabtu (waktu Malaysia) menyiarkan "imej satelit" yang didakwa menunjukkan pesawat MAS MH17 yang didakwa ditembak jatuh oleh jet pejuang menjelang sidang kemuncak ekonomi G20 di Australia Sabtu.

Dakwaan Rusia ini bertentangan dengan kesimpulan awal pasukan penyiasat blok Barat terhadap MH17 bahawa ianya jatuh selepas ditembak peluru berpandu darat ke udara.

TV Rusia yang menyiarkan imej tersebut Channel One melaporkan ianya diambil beberapa ketika sebelum pesawat membawa 298 penumpang dan anak kapal itu terhempas di timur Ukraine, pada 17 Julai.

"Sebelum sidang kemuncak di Brisbane (lewat malam Sabtu waktu Malaysia), Perdana Menteri Australia [Tony] Abbott telah mengancam untuk berdepan dengan Presiden Rusia mengenai MH17," kata penyampai, Mikhail Leontyev.

"Mari kita cuba untuk membuat tugas beliau sedikit lebih mudah."

Pada Jumaat, media antarabangsa Rusia, Russia Today melaporkan firma keselamatan udara Rusia mendedahkan perkara sama.

Laporan agensi berita Rusia, RT yang memetik kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif Keselamatan Penerbangan, Sergey Melnichenko berkata, terdapat satu atau dua pesawat dipercayai milik tentera berdekatan MH17 dikesan sebelum dan kira-kira 20 minit selepas tragedi itu.

Menurut Melnichenko, maklumat radar berkenaan dikumpul pada hari kejadian oleh stesen radar yang terletak di Rostov, Rusia, dekat sempadan Ukraine.

“Data terbabit jelas menunjukkan ketika pesawat MH17 terhempas dan selepas kejadian, ada pesawat lain terbang ke arah utara di laluan yang sama.

“Pesawat berkenaan kelihatan seperti pesawat tentera kerana jaraknya sangat rapat antara satu sama lain, sekali gus meningkatkan kemungkinan terdapat satu atau dua jet tempur di situ,” katanya.

Selain itu, Melnichenko berkata, bukti lain yang menunjukkan pesawat terbabit adalah milik tentera kerana mereka tidak bertindak-balas apabila diimbas oleh radar, berbeza dengan pesawat awam yang sering membalas isyarat.

Jelasnya, pesawat tentera kebiasaannya tidak dilengkapi alat elektronik pemancar isyarat atau juruterbang memadamkan sistem berkenaan semasa pertempuran di udara.

“Data baharu ini juga konsisten dengan kenyataan tentera Rusia sebelum ini yang menafikan penglibatan dengan tragedi MH17 dan kemungkinan pesawat tempur itu sengaja menembak jatuh pesawat penumpang itu,” katanya.

Beberapa hari selepas tragedi MH17, Kementerian Pertahanan Rusia menunjukkan bukti bahawa sebuah jet tempur Ukraine jenis Sukhoi SU-25 dikesan terbang menghampiri kapal terbang penumpang itu sebelum ditembak jatuh.

Kiev menafikan dakwaan itu dengan alasan tidak mengerahkan mana-mana jet tempur melakukan penerbangan, tetapi pihak tentera secara rutin melancarkan serangan untuk menggempur kedudukan puak pemberontak pro-Rusia di timur Ukraine.

Sumber Agenda Daily

Thursday, November 13

PONTENG SIDANG DUN KERANA "BABI" @jaharahamid @dzainalabidin


Kecewa dengan tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu, Phee Boon Poh yang dilihat cuba menggunakan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan perkara-perkara remeh, 10 ADUN Barisan Nasional (BN) sebulat suara memboikot sidang pagi ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Jahara Hamid (BN-Telok Air Tawar) berkata, beliau bersama semua ADUN BN telah membuat keputusan untuk tidak memasuki DUN pagi ini ketika Boon Poh yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri membuat penggulungan Rang Undang-Undang Perbekalan 2015.

Katanya, semua ADUN BN telah meluat dengan cara Boon Pooh yang seolah-olah sengaja membangkitkan isu-isu remeh sehingga mengelirukan rakyat terhadap isu yang dibangkitkan oleh wakil rakyat daripada UMNO.

“Kelmarin apabila saya bangkitkan isu berkenaan kandang babi di negeri ini, Booh Poh bangkit dan menempelak kononnya saya cuba menghalang masyarakat Cina untuk makan haiwan berkenaan sedangkan saya mempersoalkan berkenaan kandang babi bukan amalan makan haiwan berkenaan,” katanya.

Tambah Jahara, tindakan Boon Poh itu jelas menunjukkan beliau seolah-olah cuba mengelirukan rakyat berhubung isu kandang babi yang dibangkitkannya.

“Tetapi mengapa ketika ADUN Seberang Jaya yang bertanggungjawab dalam hal ehwal kesihatan di negeri ini mengaitkan wabak penyakit dengan babi, Boon Poh tidak menentang. Mengapa ada ‘pilih kasih dalam soal ini?” ujarnya.

Katanya, semua ADUN BN selepas ini tidak akan lagi berkompromi dengan mana-mana wakil rakyat yang tidak tahu menjaga etika dan prosedur ketika berada di dalam DUN.

“Setakat ini ADUN BN hanya ‘memboikot’ Boon Poh dan tidak mahu lagi terlibat serta melayan mana-mana wakil rakyat yang menyalahgunakan kemuliaan DUN untuk bercakap mengenai perkara-perkara yang tidak sepatutnya serta cuba mengelirukan rakyat,” ujar beliau.

LU CAKAP AJE PANDAI BERANI BUATLAH MACAM @mpkotabelud


Menanam sisa di tapak pelupusan sanitari adalah kaedah mentah dan primitif penjualan. Ianya tidak lagi relevan serta menimbulkan banyak masalah pencemaran. Harga rumah dilingkungan 10 kilometer tidak sesuai untuk didiami.

Masalah ini telah lama membelengu masyarakat setempat sejak 40 tahun yang lalu. Jika Ahli Parlimen Serdang Dr Ong Kian Ming mahu disekelilingi oleh lalat serta wangian yang amat busuk. MKP bagi berpendapat atau lebih afdal mewakili Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan memberikan rumah KHAS percuma pada Ahli Parlimen yang bercakap seperti tong kosong ini.... Kurang bijak.



Mengikut laporan 2012, Malaysia dijangka menghasilkan kira-kira 33,000 tan sisa pepejal sehari menjelang 2010 dan ini dijangka meningkat sebanyak 3.5 peratus setahun.

Pada kadar ini, pelupusan sisa pepejal di negara ini, terutamanya di bandar-bandar, boleh berubah menjadi satu masalah yang besar, jika tidak dikendalikan secara profesional.

Amalan ini mungkin tidak sesuai dalam keadaan tertentu tetapi untuk berkepadatan tinggi, bandar-bandar yang berkembang pesat, penggunaan insinerator mempunyai banyak kelebihan.


Walaupun tekanan pelekap terhadap penggunaan insinerator oleh pihak tertentu ia mesti menunjukkan bahawa terdapat moden, alam sekitar selamat dan insinerator.

Hampir semua negara maju menggunakan insinerator untuk menghilangkan sisa mereka, bersama-sama dengan penekanan yang kuat terhadap aktiviti kitar semula.

Perkara yang terbaik dalam insinerator moden adalah bahawa mereka direka untuk mengurangkan pencemaran.


Selain daripada ini, Pihak yang diberikan Kontrak boleh menjana tenaga daripada pembakaran sisa.MKP bukan terhadap penggunaan tapak pelupusan sanitari.

Jika kita mampu tanah itu dan jika ia diuruskan secara profesional dengan kesan minimum ke atas kesihatan awam dan alam sekitar, kita perlu terus menggunakannya.

Bagi Kuala Lumpur dan Selangor, Bukit Tagar tapak pelupusan sanitari nampaknya mempunyai ruang yang cukup untuk sisa yang dijana untuk 65 tahun akan datang.

Dalam keadaan ini adalah logik dan ekonomi untuk terus menggunakan Bukit Tagar tapak pelupusan sanitari untuk pelupusan sisa.

Walau bagaimanapun, kita tidak boleh menolak penggunaan insinerator di bahagian-bahagian lain di negara ini di mana tapak pelupusan boleh mempunyai kesan yang berpotensi di udara, air dan kualiti tanah.

Tapak pelupusan telah dipilih sebagai penyumbang kepada kesan gas rumah hijau.Gas metana yang dilepaskan dari sisa mereput dari tapak pelupusan tercekik dan memanaskan alam sekitar.

Gas metana dikatakan mempunyai keupayaan untuk memerangkap haba atmosfera 20 kali lebih berkesan daripada karbon dioksida.

Oleh itu, tapak pelupusan tanpa sebarang mekanisme yang tersedia untuk mengurus ini gas metana berbahaya (perangkap atau abah-abah) tidak boleh dibenarkan untuk beroperasi disebabkan risiko kepada manusia dan alam sekitar.

Pihak berkuasa perlu terus mendidik orang ramai mengenai kegunaan dan kelebihan menggunakan insinerator.

Apabila rakyat di banyak negara di Eropah, Amerika Syarikat dan Singapura akan mengenai kerja-kerja mereka dengan insinerator dibelakang rumah mereka tanpa apa-apa aduan, mengapa terdapat begitu banyak kekecohan dan rintangan di negara ini?

Walaupun banyak jaminan oleh pihak berkuasa bahawa insinerator adalah reka bentuk terkini dan selamat dan mesra alam, saya amat hairan mengapa lebih daripada kumpulan-kumpulan tertentu yang menentang itu.

Saya cenderung untuk bersetuju dengan pandangan yang dinyatakan oleh Urban, Kesejahteraan Dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan, bahawa orang-orang tertentu dalam masyarakat memainkan emosi rakyat, menggunakan "setengah masak fakta "yang telah mempengaruhi mereka
untuk menentang pembinaan insinerator.

Pihak berkuasa perlu terus melibatkan orang ramai untuk memberikan mereka fakta dan maklumat dan untuk menghapuskan apa-apa takut.

Orang ramai juga perlu berhati-hati dengan niat sebenar orang-orang yang memimpin kempen anti-insinerator kerana mereka mungkin mempunyai agenda yang tersembunyi.

Tidak sampai 24 jam menteri ubah nombor plat


Selepas dikritik hebat kerana menggunakan nombor plat kenderaan yang tidak menepati spesifikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), seorang Menteri bertindak pantas menukar nombor plat yang mengikut peraturan jabatan itu.

Kenderaan jenis Toyota Alphard milik Menteri itu di lobi Parlimen semalam telah ditukar kepada huruf yang standard dan menepati spesifikasi JPJ.

Manakala sebuah lagi kenderaan rasmi milik seorang Timbalan Menteri yang mana platnya dilaporkan media tidak menepati spesifikasi JPJ, masih belum ditukar.

Sebelum ini, JPJ telah menetapkan bahawa huruf, saiz dan jarak haruslah tidak mengelirukan penguatkuasa JPJ. Namun syarat itu telah dilonggarkan dengan mengatakan bahawa nombor pendaftaran kenderaan tidak boleh mengelirukan.

Walaubagaimanapun, kereta timbalan menteri yang bernombor pendaftaran WSW 505 masih menggunakan nombor pendaftaran yang tidak memenuhi spesifikasi JPJ.


Jangan kelentonglah MP DAP Lim Lip Eng nak persoal no plat kerajaan tolong periksa balik kereta DAP Pulau Pinang ada betul ke tak? JPJ jangan tengok sahaja.


Tuesday, November 11

VIDEO :@CmLimGuanEng Skandal Sulit Rumah Temberang Kos Rendah @MpKotaBelud @Huan2U


Syukurlah.. sekurang kurangnya Guan Eng mampu bina rumah..rumah temberang kos rendah khabarnya akan diserahkan kepada rakyat Pulau Pinang dalam satu majlis penyerahan kunci besar besaran di Komtar tidak lama lagi.

Selama ini Umno BN asyik menyerang Guan Eng tanpa usul periksa..sedangkan insan semulia Lim Guan Eng bertungkus lumus siang malam pagi petang bersama barisan exco membina rumah rumah temberang untuk rakyat.


Ingatlah.. sejak 2008 hingga sekarang sudah ratusan ribu rakyat Pulau Pinang menikmati rumah temberang kos paling rendah di Malaysia.

Menurut sumber,rumah temberang ini di bina menggunakan teknologi tertinggi yang dihasilkan oleh para jurutera Dap.

Hasil binaan dan kualiti tidak terbayang dan tidak mampu kita terfikir..

MKP amat yakin.. pakcik makcik..abang abang adik kakak jika berpeluang berjumpa ketua menteri yang dikasihi.. hadiahkan beliau ciuman pelukan kasih dan sayang.. nescaya dengan penghargaan sebegini Lim Guan Eng dan barisan exco akan membina lebih banyak lagi rumah temberang kos rendah untuk rakyat.

Monday, November 10

Ketua Pengarah JPJ nak 5 ribu Rakyat Malaysia Mati...........?



"Kita nak rakyat Malaysia mati 5 ribu orang. Kita nak 10 ribu orang mati" Wa.. Apa lu ciakap ini dato'.. Apa pasat mau semua olang mati..

Mau bikin undang-undang olang talak boleh pakai cermin gilap. Tapi lu olang boleh pakai cermin gilap. Bikin rules talak boleh pakai no plat cantik. Tapi apa pasat olang boleh jual. Jika talak boleh pakai, jangan kasi jual la dato'. 

Ini semua kasi bullet sama pakatan nirrajim mau hantam sama kerajaan. Siapa mau jiawab? Tukar menteli baru, tukar rules baru. Tukar menteli baru, tukar rules baru. Manyak boling ma. Kasi butut-butut meeting la baru bikin rules. Jangan sikijap tukar. Sikijap tukar. Olang sudah pasang tinted ma. Talak boleh refund ma.. Haiya..

Zaman berubah. Tuntutan rakyat berubah. Janggal jika 2014 ditafsirkan dari kaca mata 1984. @nohomar

 
  
“Dia suruh siapa berundur? Umno Selangor tu siapa?,” 

soal Ketua Perhubungan Umno Selangor, Datuk Noh Omar kepada mantan presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dengan nada yang tegas, Noh juga cuba mendepani komentar Tun Mahathir pada asas yang mudah, jelas dan adil apabila beliau menyatakan:

“Saya hendak komen macam mana kalau tidak ada spesifik. Hendak undur apa? Yang duduk di Umno Selangor itu semua ketua bahagian. Ketua bahagian yang dipilih oleh orang Umno, oleh perhimpunan.”

Noh mahu wibawa Umno Selangor usah dipertikaikan kerana ia adalah pilihan ahli akar umbi Umno Selangor sendiri. Pelantikan mereka adalah selaras adat, adab dan perlembagaan Umno.

Lantas, Noh mahu tahu siapa yang dimaksudkan oleh Dr Mahathir yang patut berundur. Adakah barisan pimpinan sedia ada? Atau, cukup sekadar beliau sebagai “ketua” barisan pimpinan hari ini?

Mungkin jika didorong lebih lanjut, Noh seolah-olah mahu mengatakan perihal dirinya adalah dilantik oleh Presiden Umno yang dipersetujui oleh Majlis Tertinggi Umno.

Justeru jika ada pihak tidak berkenan dengan cara kepemimpinannya, seharusnyalah mereka merujuk pada pimpinan tertinggi Umno, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Lantaran itu jika mahu reaksi yang berimbang dan munasabah daripada saf pimpinan Umno hari ini, haruslah soalan, pandangan dan desakan seumpama itu dibuat secara khusus. Spesifik, kata Noh.

Noh nekad, nampaknya. Pada zaman Tun Mahathir berkuasa, tidak ada pemimpin parti itu yang berani “mengajar” beliau bagaimana mahu membuat teguran atau memberi pendapat.

Noh Omar malu terima teguran

Apakah yang sebenarnya merangsang Noh untuk memberi reaksi begitu tangkas, berang dan bengis begitu? Mungkin Noh di bawah tekanan yang amat besar.

Pertama, memang benar Umno Selangor sudah dua kali kecundang. Diaibkan pertama kali pada pilihanraya umum ke-12 pada 2008 apabila hanya memenangi 20 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor.

Kali kedua lebih buruk lagi. Umno hanya menang 12 kerusi DUN berkenaan dalam pilihanraya umum ke-13 pada Mei tahun lalu. Tentu beban untuk “menterbalikkan” keadaan menjadi lebih berat.

Faktor kedua “kebengisan” sikap Noh ini mungkin didorong hakikat baru minggu lalu Umno Selangor “ditegur secara terbuka” oleh presiden parti, Datuk Seri Najib Razak yang berasa malu, serik dan perit kerana prestasi buruk Umno Selangor itu.

Lantas syor Dr Mahathir supaya saf kepimpinan Umno Selangor dirombak adalah cabaran yang cukup peribadi dan “memeritkan” buat Noh. Beliau mendesak teguran “spesifik” daripada Dr Mahathir.

Dr Mahathir menerusi blognya www.chedet.cc berkata Umno (termasuk Umno Selangor) perlu mengikis imejnya sebagai parti rasuah dan menasihatkan pemimpinnya hidup lebih bersederhana.

"Mereka perlu rapat dengan rakyat dan bukan sahaja dengan ahli Umno. Jangan sekali-kali guna kereta mewah bila ke kampung,” kata Dr Mahathir.

Bagi Noh nasihat itu terlalu umum. Baginya Umno Selangor pimpinannya berusaha memperbaiki keadaan. Sebab itu, beliau tidak silu mendedahkan bahawa pimpinan Umno Selangor ketika itu berada di Terengganu.

Katanya, dengan bantuan Umno Terengganu, beliau dan pemimpin Umno Selangor lain bermukim di Darul Iman untuk melakar strategi merampas semula Selangor.

Mengapa di Terengganu? Mungkin mahu mempelajari bagaimana Idris Jusoh berjaya melaksanakan strategi “Gelombang Biru” dan menawan semula Terengganu setelah tumpas dalam pilihanraya umum 1999.

Namun mungkin yang menjengkelkan Noh ialah apabila Dr Mahathir menyatakan beliau dan pasukannya tidak cukup berusaha mencari bakat baru untuk memimpin Umno Selangor.
"Pemimpin Umno biasanya tidak suka menerima ahli baru yang berbakat kerana takut mereka dicabar dan hilang jawatan atau tidak dapat jadi calon pilihan raya.

"Oleh itu usaha mereka bukanlah memperkuatkan Umno, tetapi memperkuatkan kedudukan mereka,"
kata Dr Mahathir.
Belon ego Noh pecah menghadapi pandangan Dr Mahathir ini apabila beliau berkata:
“Hendak kata saya, saya tidak pernah kalah. Majoriti saya meningkat lagi. Siapa yang dimaksudkan secara spesifik?”
Noh cuba mengkilas asakan umum Dr Mahathir bahawa Umno perlu mengikis persepsi umum bahawa ia adalah parti rasuah.
“Bukanlah kita kata (rasuah) bermula daripada dia, dia dulu presiden. Sejak bila orang cop Umno parti rasuah? Ia bermula zaman bila,?” kata Noh.

Teguran Tun M seperti membuka pekung

Melontarkan semula soalan apabila menerima teguran adalah kurang matang. Malah menonjolkan rekod dan prestasi diri sendiri di saat Umno memang terbukti gagal lebih enam tahun di Selangor juga adalah kurang bijak.

Adalah lebih bijak jika teguran Dr Mahathir diperinci. Misalnya, kritikan beliau pada umumnya Umno gemar mencantas watak-watak “Hang Nadim” dalam parti harus perhalusi.

Dengan mendepang rekod sendiri, Noh sebenarnya mengiakan kenyataan Dr Mahathir bahawa memang ada pemimpin Umno yang lebih sibuk mengukuhkan kedudukannya dalam parti daripada berikhtiar mengenegahkan “panglima-panglima baru Umno” di Selangor.

Amatilah saranan Dr Mahathir supaya hemah veteran Umno diambilkira dalam menyaring potensi leftenan-leftenan Umno Selangor yang baru. Ini boleh menjamin proses ini tidak mengundang “musuh dalam selimut” nanti.

Daripada terlalu sensitif dengan pandangan Dr Mahathir bahawa Umno perlu mengikis imej Umno parti rasuah, adalah lebih elok Noh dan rakan-rakannya memikirkan bagaimana mahu melancarkan imej baru yang bersih, ikhlas dan berani Umno di Selangor.

Jika mantan presiden Umno sendiri tidak boleh menegur, siapa lagikah yang mahu mengambil mahu mengambil berat tentang nasib Umno Selangor?

Umno ialah parti untuk seluruh Malaysia. Justeru nasib parti itu juga harus jadi isu bagi seluruh ahlinya, bukan ahli Umno Selangor sahaja.

Friday, November 7

BAKAL PERDANA MENTERI MALAYSIA JUAL AYAM PERCIK..... @KhairyKJ @PPUMOnline


Semasa kecil MKP diberitahu ibu mengenai insan menyerupai/seiras kita didalam dunia fana ALLAH ini ada 7 kesemuanya. Orang lama bila beritahu benda yang hakiki nie agak betul dan kebenaran selalunya datang lambat. Tapi ternyata apa yang telah diberitahu Ibu sebelum ini memang betul.

Menteri Belia dan Sukan, YB Khairy Jamaluddin merupakan antara ahli politik yang sangat aktif menggunakan medium media sosial terutama Twitter untuk berinteraksi dengan masyarakat.


Pendekatan mesra Khairy atau lebih dikenali sebagai KJ ini membuatkan beliau sering dijadikan sasaran pengguna media sosial untuk dijadikan subjek troll.

Terbaharu, sekeping gambar seorang penjual manisan di Thailand yang dikatakan seiras KJ, dijadikan bahan untuk mengaitkannya dengan menteri muda ini.


Tapi seperti yang kita tahu, KJ memang cool bila berhadapan situasi sebegini, malah beliau turut retweet semula gambar ‘kembarnya’ itu dengan membalas, “Gelaklah puas-puas”.

Anda rasa sama tak lelaki dalam gambar ni dengan KJ?


KESIAN!!!!! DITANGKAP KERANA MENJUAL BUKU.............? @PDRMsia


Depa nie jual buku....................? Tapi buku apa yang dijual kena tangkap..........? buku yang dijual mesti dilarang atau berunsur tidak baik pada Masyarakat............?

Isteri Kartunis Zunar Ditahan Jual Buku Sindir Institusi Kehakiman ..... Yang turut ditahan seorang wanita bersama seorang lelaki yang dipercayai membantunya mempamer dan menjual buku tersebut.

Padan Muka !!!! .Sayangnya pandai melukis tapi tak guna otak untuk berfikir.... Nanti suruh Anwar jamin yer !!! Mereka ditahan semalam di Putrajaya.

Kes buku Zunar ini dah diharamkan sejak tahun 2010 lagi. berikut adalah keterangan dari mahkamah semasa Zunar dibicarakan pada 2010.

Pegawai polis yang merampas buku milik pelukis Zulkiflee SM Anwar Ulhaque atau Zunar memberitahu Mahkamah Tinggi sebelum ini mengatakan bahawa kandungan di dalam buku bertajuk "Cartoon-0-phobia" boleh menimbulkan rasa benci kepada pemimpin dan menyebabkan masyarakat keliru.

ASP A Arikrishna yang memberi keterangan dalam perbicaraan kes saman oleh Zunar terhadap dua anggota polis dan tiga yang lain berkata setiap helaian pada buku tersebut mempunyai wajah pemimpin, pasukan polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

"Saya telah menyemak buku tersebut dan mendapati setiap muka surat mengandungi gambaran kartun yang merujuk kepada pemimpin negara, pasukan polis, badan kehakiman, SPRM dan sebagainya yang boleh atau cenderung untuk menghasut rakyat dengan cara menimbulkan rasa benci, silap faham, kehinaan serta menyebabkan masyarakat keliru dan hilang kepercayaan terhadap pihak dirujuk serta mempunyai unsur niat jahat bagi tujuan permusuhan kaum dan agama.

"Hasil penelitian saya terhadap buku tersebut juga menyebabkan saya menyimpulkan bahawa buku tersebut berkemungkinan akan diharamkan penerbitan atau penjualannya," katanya yang membacakan pernyataan saksi ketika pemeriksaan utama oleh Peguam Kanan Persekutuan Norhisham Ismail.

Kata Arikrishna selain buku, beliau juga merampas sekeping kadbod yang mengandungi ukiran kartun yang menggambarkan watak isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Beliau telah menangkap Zunar pada hari tersebut (24 Sept 2010) dan ia diketahui peguam Zunar iaitu Latheefa Koya.

Sementara itu, pada awal prosiding, Zunar memberitahu bahawa pihak polis bertindak secara rambang dan menyalahguna kuasa ketika merampas 66 buah buku dan sebuah lukisan miliknya pada 2010.

Zunar berkata pihak polis bertindak sedemikian untuk menggagalkan pelancaran buku "Cartoon-0-phobia" yang sepatutnya berlansung beberapa jam sebelum penangkapannya.

Katanya ketika kejadian Arikrishna gagal memberitahu dengan jelas pada bahagian mana dalam buku tersebut yang menyalahi undang-undang dan mengambil masa sambil membelek buku sebelum menunjukkan beberapa lukisan kartun yang dikatakan bersifat menghasut.

"Cartoon-o-phobia adalah buku kartun saya yang merupakan koleksi terbaru yang mengumpulkan kartun-kartun politik yang saya lukis. Buku kartun ini adalah komentar politik berkenaan situasi politik semasa.

"Buku kartun tersebut telah dijadualkan untuk dilancarkan pada malam 24.9.2010 di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur & Selangor, pada hari yang sama saya ditangkap," katanya ketika pemeriksaan utama oleh peguam N Surendran.

"Saya telah menguar-uarkan acara pelancaran tersebut kepada umum dan informasi acara ini telah tersebar luas. Buku kartun tersebut belum lagi diedarkan untuk dijual di pasaran dan hanya akan diedarkan di pasaran selepas pelancaran," katanya.

Ketika ditanya dalam pemeriksaan balas sama ada karya beliau terhasil daripada pandangan sendiri, Zunar berkata "ia berdasarkan perspektif saya."

Katanya, kritikan kepada kerajaan disampaikan menerusi lukisan bagi mewujudkan 'mahkamah rakyat' dan terserah kepada masyarakat untuk membuat keputusan.

Pada 15 Jun tahun lepas, Zunar dan syarikat miliknya Sepakat Efektif Sdn Bhd memfailkan saman tersebut dengan menamakan ASP A Arikrishna dan ASP Marina Hashim sebagai defendan pertama dan kedua manakala Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar, Kementerian Dalam Negeri dan Kerajaan Malaysia dinamakan sebagai defendan ketiga hingga kelima.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Zunar mendakwa pada 24 Sept 2010, pukul 4 petang sepasukan polis yang diketuai Arikrishna telah menyerbu pejabatnya dan bertindak menangkap beliau serta merampas 66 buah buku bertajuk "Cartoon-0-phobia" dan sebuah lukisan kartun.

Zunar mempertikai asas-asas penangkapan dan penahanannya, rampasan terhadap karyanya dan menyatakan bahawa tindakan itu adalah salah di sisi Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang serta berniat untuk menggagalkan pelancaran buku tersebut.

Berikutan itu, Zunar menuntut ganti rugi am termasuk ganti rugi teladan dan teruk, perintah supaya buku-buku yang dirampas dikembalikan kepadanya atau ganti rugi sebanyak RM1,650, perintah supaya lukisan kartun dikembalikan atau ganti rugi khas dan lain-lain.

Thursday, November 6

TERKINI BANJIR LUMPUR DI RINGLET, CAMERON HIGHLANDS @bombaJBPM


1 Kanak-kanak lelaki berbangsa india telah hilang disyaki dihanyutkan banjir dan masih belum dijumpai. 1 mangsa warga Nepal maut dan 1 warga Indonesia maut akibat tertimbus,

1 lelaki Indonesia dan 2 lelaki warga India cedera parah. Kerja-kerja mencari dan menyelamat masih dijalankan. Keadaan banjir mulai surut dan hujan telah berhenti.

Operasi berkenaan dilakukan oleh BBPCameron Highland, Pasukan STORM dan PPDA.


Namun demikian, jumlah mangsa dijangka meningkat berikutan laporan terbaru yang diterima oleh pihak bomba.

Awal pagi tadi, mayat mangsa kedua yang merupakan seorang lelaki warga Indonesia ditemui sekitar pukul 9 pagi tadi.

Operasi mencari dan menyelamat hari ini tertumpu di Lembah Bertam, lokasi tumpuan banjir lumpur yang berlaku di Cameron Highlands petang Rabu.


Mangsa ketiga seorang kanak-kanak India berumur 13 tahun masih belum ditemui.

Usaha untuk mengesan mangsa yang dipercayai tertimbus sedang dilakukan pihak bomba dan penyelamat yang dikenali sebagai STORM bermula jam 7 pagi dengan kekuatan bantuan seramai 20 orang.

Perkara itu disahkan Ketua Operasi Penguasa Bomba Shahrul Nizam Nasir.

Terdahulu, seorang dilaporkan maut manakala seorang lagi hilang dalam kejadian banjir lumpur yang melanda Cameron Highlands, Pahang petang Rabu.

Kejadian turut mengakibatkan lebih 20 rumah dan beberapa kenderaan dihanyutkan banjir lumpur di Pekan Ringlet, Kampung Baru Ringlet dan Kampung Ulu Merah.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Pahang, Morni Mamat

Hujan lebat berterusan dikatakan menyebabkan kenaikan paras air Sungai Ringlet sehingga menyebabkan banjir lumpur dalam kejadian sekitar jam 7 petang itu.

Wednesday, November 5

SEMAKIN GANAS ANAK MUDA SEKARANG @PDRMsia


Apa dah jadi dengan anak muda zaman sekarang yang terlalu Ganas terhadap rakan-rakan yang berusia muda di kalangan mereka.


Polis Diraja Malaysia (PDRM) meminta sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai dua kes buli yang menjadi viral di laman sosial memaklumkannya kepada pihaknya secepat mungkin.

Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) Bukit Aman, Asisten Komisioner Datin Asmawati Ahmad berkata, langkah itu perlu memandangkan penyebaran kedua-dua klip video itu menimbulkan kegusaran kepada orang ramai.

"Kami telah menerima sejumlah aduan daripada orang ramai berhubung penyebaran dua klip video di media sosial mengenai kes buli yang melibatkan beberapa pelajar di sekolah berasrama.

"Penyebaran klip video berkenaan telah menimbulkan rasa tidak tenteram dalam kalangan masyarakat terutama ibu bapa dan pelajar-pelajar sekolah," ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, menurut Asmawati, sehingga kini tiada maklumat yang diperoleh mengenai lokasi serta individu-individu yang terlibat.

Dakwaan menyatakan satu daripada kes buli berkenaan berlaku di Kuala Nerang, Kedah adalah tidak benar.

Sehubungan itu, pihak polis menyeru agar orang ramai, terutamanya ibu bapa yang mengetahui anak mereka menjadi mangsa buli untuk menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.

"Kerjasama orang ramai amat diperlukan agar pihak kami dapat mengambil tindakan sewajarnya ke atas pihak yang bertanggungjawab," ujarnya

Monday, November 3

SETPOL PAKAI KERETA Porsche Cayenne Tiptronic S (A)


Apa masalahnya kalau nak pakai Porsche Cayenne Tiptronic S (A). Ada jugak Barua pada pihak pembangkang mempertikaikan apa yang dipakai oleh SetPol kepada Perdana Menteri nie. Cuma Setpol aje pada Najib Razak aje bukan Menteri Kanan pun. Kalau MKP ada duit lebih!!!!!!!!!!! MKP pun beli jugak kereta nie cam Setpol nie.

Nak keselesaan/Keselamatan yang terjamin bila mengembara di pelusuk tanah air Malaysia. Kalau jadi apa-apa selamatlah skit. Jika kemalangan tak putus jari atau sebagainya..... Jika putus jari pun bukan ada pihak nak membantu. Depa cuma ucap kesian aje....

Pencerahan tentang isu kereta berkenaan

1.kereta Porsche Cayenne Tiptronic S (A) berkenaan adalah model secondhand 2003. dibeli dengan harga kurang dari 100k. ( jika ikit perkiraan #PBR memang Setpol berkenaan mampu pakai kenderaan berharga sedemikian, Jauh berbeza harga kereta berkenaan dengan Toyota Vellfire ataupun Honda Accord.

2.Kereta berkenaan dibeli selepas lndividu berkenaan selepas menjual kereta jenis Mercedes milik beliau.

So, Kita boleh bandingkan antara harga kereta secondhand jenis berkenaan di pasaran. Harga kereta jenis ini memang jauh berbeza dengan harga asal.Orang ramai kurang meminati kereta jenis ini mungkin kerana  maintenace dan alat ganti kenderaan jenis ini tinggi. Cukai Jalan kereta berkenaan  juga agak tinggi (jika semak geran diatas, cukai Jalan kereta berkenaan RM 4057.60 setahun)

Berkenaan lambang rasmi yang digunakan oleh Individu berkenaan tidak sama sekali menjadi kesalahan, mengikut Akta pengangkutan jalan dibawah kaedah berkenaan nombor pendaftaran, tidak menjadi kesalahan untuk meletakkan lambang rasmi berkenaan (selagi tidak mengelirukan atau melindung no. pendaftaran kenderaan tersebut)

MKP tak kenal pun siapa SetPol nie. Kami tak pernah berjumpa waima sekali didalam seumur hidup. Tapi dari apa yang diberitahu pada MKP Setpol nie adalah orang yang tegas didalam Tugasanya. Kalaulah berpeluang jumpa Setpol nie MKP nak minta TEST DRIVE keta nie...... Agak-agak kalau kat Lebuhraya berapa boleh SPEED 300km Sejam....

Dah ada lambang SetPol nie agak-agak pihak PDRM saman atau tidak...............?

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive