Monday, September 30

VIDEO NGERI: POLIS PERONDA DILANGGAR MATI ......#LANGKAWI


Seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal maut selepas motosikal yang ditunggangnya dirempuh sebuah kereta ketika melakukan rondaan di Jalan Pantai Cenang, Langkawi semalam. Sementara itu, seorang lagi anggota polis cedera ringan dalam kejadian pukul 4.10 pagi itu.

Mangsa, M Kalaiselvan, 27, dari Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Balai Polis Padang Matsirat dipercayai dirempuh kereta jenis Suzuki dipandu seorang lelaki warga Iraq berusia 36 tahun yang cuba memotong kenderaan di hadapan.

Mangsa cedera parah di kepala dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Langkawi.

Ketua Polis Daerah Langkawi Supt Harith Kam Abdullah berkata kemalangan dipercayai berlaku ketika kereta itu memasuki lorong bertentangan untuk memotong sebuah kereta lain di hadapan tetapi bertembung dengan motosikal mangsa.

Seorang lagi anggota yang membuat rondaan bersama mangsa, Konstabel Sokongan Mohd Hafefe Jamaludin sempat melompat dari motosikal yang ditunggangnya sebelum terkena rempuhan dan hanya mengalami cedera ringan.


Warga Iraq itu dipercayai berada di sini sejak setahun lalu dan bekerja di sebuah syarikat pelancongan di daerah ini. Dia menyewa kereta itu sebelum terbabit dalam kemalangan itu.

Pemandu itu kini direman sehingga 2 Okt mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu kenderaan dengan cara berbahaya sehingga menyebabkan kematian.

Hargailah jasa Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police )

GEMPAR : KETUA MENTERI BARU PULAU PINANG ...........#TongGas @Cmlimguaneng @Huan2U @Semut4U

Para perwakilan DAP dah bersuara supaya Ketua Menteri Paling Malang didalam Sejarah Pulau Pinang disingkirkan dari Pulau Pinang. Majoriti mahu Ketua Menteri mestilah anak jati Pulau Pinang. Tapi MKP agak kesal dengan pilihan yang dipilih ini. Apa nak bawak Ketua Rasis pulak dah.


Para perwakilan DAP dalam pemilihan semula parti semalam menghantar mesej yang jelas untuk merakamkan rasa tidak puas hati mereka terhadap pemimpin-pemimpin tertentu  sehingga menyebabkan undi mereka menurun dengan ketara berbanding dengan pemilihan pada bulan Disember 2012.

Presiden Sensible dan Etika Malaysian United Team (SEMUT) Huan Cheng Guan berkata pengurangan bilangan undi yang diperolehi Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng bukan disebabkan oleh penurunan dalam bilangan perwakilan yang mengundi .

"Tahun lepas semasa pilihan raya CEC di Pulau Pinang, terdapat 1,823 perwakilan yang hadir. Pada tahun ini , hanya 1,725 ​​perwakilan mengundi . Pengurangan dalam kehadiran adalah hanya 5.3 % manakala penurunan Lim Guan Eng dalam undi yang diperolehi adalah 17.2% , lebih daripada tiga kali ganda," kata beliau.

Pada Disember 2012, Guan Eng mendapat 1576 undi  tetapi semalam beliau  hanya mendapat 1304 undi - penurunan sebanyak 272 undi atau 17.2  peratus iaitu penurunan tertinggi dalam senarai 20 calon yang menang kerusi CEC semalam, kata beliau.

Beliau berhujah bahawa  bapa Guan Eng,  Kit Siang menang 1607 undi dalam pemilihan parti 2012 tetapi hanya menerima 1436 undi semalam, yang merupakan penurunan sebanyak 171 undi atau penurunan -10,64 %, sekali gus menjadikan ia penurunan kedua tertinggi di undi kesemua dua puluh calon.

"Hakikatnya ialah perwakilan mengundi dengan niat menghantar mesej jelas kepada anak dan bapa bahawa  Dinasti Lim mesti berakhir. Corak yang sama berterusan untuk calon-calon yang tidak popular yang telah dilihat secara negatif dan ini termasuk Nga Kor Ming, Tan Kok Wai, dan Ngeh Soo Ham," kata Huan.

Calon dapat undi tinggi perlu jadi ketua

Huan turut mendakwa 14 calon, terutama orang-orang "yang secara terang-terangan bukan berada di kem Lim itu", kecuali Zairil , menerima peningkatan drastik undi mereka. Ini termasuk Ahli parlimen untuk Kluang, Liew Chin Tong menerima undi tertinggi - malah lebih daripada Lim Kit Siang. Yang lain termasuk Chow Kon Yeow, Gobind Singh dan Teresa Kok.

Zairil , yang mendapat kedudukan ke-12 dengan 1,132 undi pada hari pilihan raya semula adalah Ahli Parlimen Bukit Bendera dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Pulau Pinang, badan pemikir kerajaan negeri Pulau Pinang. Beliau pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik kepada Lim Guan Eng.

Pada pemilihan semula semalam, Liew menerima undi tertinggi dengan 1,438 berbanding 984 pada tahun lepas pemilihan parti , peningkatan pada 454 undi atau 46.13 peratus.

Chow pula menerima 1,132 undi berbanding 803 dalam pilihan raya yang lepas , peningkatan sebanyak 329 undi atau 40.97 peratus manakala Gobind menerima 1,409 berbanding 1,197 (2012) , yang merupakan peningkatan 17.71 peratus undi.

"Secara logiknya, Liew Chin Tong dan Zairil Khir Johari harus menerajui kepimpinan. Lim Kit Siang adalah Setiausaha Agung DAP 1969-1999 , yang merupakan 30 tahun dalam jumlah. Dari tahun 1999 sehingga 2004, beliau adalah Pengerusi Parti dan kini Penasihat.

"Setelah berada dalam parti sejak 1966 , Lim Kit Siang telah berkhidmat DAP selama 47 tahun dan mesti berundur sekarang dan darah baru mengambil alih.

"Begitu juga , Lim Guan Eng telah menjadi Setiausaha Agung sejak tahun 2004 hingga sekarang - tiga penggal dan perlu meletakkan jawatan," tambah beliau.

JOM PAKAT KEMPEN GUNA FACEBOOK........ Pemilihan Umno


Peraturan dah berubah, Dulu tak dibenarkan tapi kini dah boleh kempen guna Facebook. Tapi kesian kat kami yang ada blog, twitter dan instagram. Apa kata MKP cadangkan benarkan semua medium media sosial yang ada. Bukan nak luak pun.

Calon-calon yang bertanding dalam pemilihan Umno bulan depan diberi kelonggaran untuk berkempen menggunakan laman sosial seperti Facebook.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali berkata, parti itu memutuskan untuk membenarkan calon-calon yang bertanding untuk mendekati pengundi melalui platform rangkaian media sosial dalam talian.

"Lembaga disiplin Umno akan bertindak jika mereka melanggar kod etika.

"Namun memberi kebenaran kepada calon-calon yang ingin menggunakan Facebook untuk memperkenalkan diri masing-masing. Ini tidak akan menjadi masalah, " katanya di institut latihan parti Umno di Janda Baik, di sini pada Ahad.

Kebenaran itu dibuat berikutan rayuan oleh beberapa calon agar membolehkan lebih banyak fleksibiliti diberikan tanpa melanggar kod etika parti.

Kod etika parti menghalang calon daripada melakukan kempen terbuka termasuk menganjurkan majlis bagi mempengaruhi pengundi.

Menurut calon yang bertanding, peningkatan jumlah pengundi daripada 2,500 pada pilihan raya sebelum ini kepada 146,000 pada tahun ini memaksa mereka menggunakan banyak saluran untuk berkempen.

Proses pengundian bagi sayap Pemuda, Wanita dan Puteri Umno akan diadakan pada 12 Oktober ini manakala manakala pengundian bagi jawatan Majlis Tertinggi adalah pada 19 Oktober.

Pengundi akan membuang undi mereka di bahagian-bahagian masing-masing.

Menurut Tajol beliau mencadangkan kepada pengurusan parti supaya mengiklankan senarai nama calon yang bertanding di peringkat Majlis Tertinggi agar mendapat pendedahan yang mencukupi.

Sementara itu, Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abdul Rauf Yusoh berkata ibu pejabat Umno akan mengumumkan senarai akhir calon-calon yang layak bertanding selepas selesai proses pemeriksaan bagi mengelakkan calon yang diisytiharkan muflis atau pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah turut bertanding pada 7 Oktober.

Pada hari yang sama, parti itu juga akan mengumumkan keputusan rayuan yang dibuat oleh calon-calon yang pencalonan mereka ditolak lebih awal.MSTAR

TAHNIAH @ZairilKJ #DAHMENANG BUATLAH KEJA........


Jumlah undi untuk Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan bapanya Lim Kit Siang merosot manakala Zairil Khir Johari menjadi satu-satunya calon "Melayu" yang berjaya memenangi kerusi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) pada pemilihan semula parti itu yang berakhir semalami.

Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang, mendapat 1,304 undi, berbanding 1,576 undi pada pemilihan CEC Disember lalu.

Manakala Penasihat DAP, Lim Kit Siang memperolehi sebanyak 1,436 pada kali ini berbanding 1,607 sebelum ini.

Pengerusi DAP Karpal Singh yang mendapat jumlah undi tertinggi pada pemilihan lalu, menduduki tempat ketiga kali ini dengan 1,421 undi.  

Seramai 1,725 perwakilan membuang undi untuk memilih 20 calon daripada 49 yang menawarkan diri untuk menganggotai badan tertinggi DAP itu.

Prestasi suram untuk calon Melayu dalam DAP berterusan apabila hanya Setiausaha Politik kepada Guan Eng, Zairil memenangi kerusi CEC dengan memperolehi 1,132 undi untuk menduduki tempat ke-12 dalam senarai 20 anggota CEC.

Status Zairil yang juga Ahli Parlimen Bukit Bendera  sebagai orang "Melayu" dipertikaikan oleh banyak pihak di dalam dan luar DAP berasaskan latar belakang keluarga beliau.

Calon-calon Melayu yang kalah sekali lagi hari ini termasuk Naib Pengerusinya Ariffin S.M. Omar, Ahmad Ton dari Johor, Zulkifli Mohd Noor (Pulau Pinang) dan ADUN Mentakab Tengku Zulpuri Shah Raja Puji.

Ariffin hanya meraih 441 undi, S M Omar,  441, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji 441, Ahmad Ton 351, Zulkifli 220, Solaiman Op Syed Ibrahim 103 dan Roseli Abdul Gani 61.

Kekalahan mereka dijangka akan menguatkan hujah bahawa DAP tidak memberikan tempat kepada kaum Melayu dan lebih bertumpu kepada mengisi agenda membela kepentingan Cina sahaja.

Dakwaan itu kerap dinafikan oleh Guan Eng namun keputusan pemilihan CEC yang kedua dalam tempoh kurang setahun yang meminggirkan calon Melayu dilihat sebagai menempelak penafian  Setiausaha Agung parti itu.

Prestasi merosot Guan Eng dan bapanya juga dilihat sebagai mencerminkan rasa tidak puas hati akar umbi terhadap keputusan mereka meletakkan calon-calon-calon "luar" di beberapa negeri pada pilihan raya umum ke 13, khususnya di negeri Johor.

Keadaan itu menyebabkan beberapa pemimpin DAP bertanding sebagai calon bebas dan dipecat oleh parti.

Undi tertinggi pada CEC kali ini diperolehi oleh  Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong (1,438 undi).

Hanya 1,731 daripada 2,576 perwakilan yang layak hadir pada kongres khas hari ini untuk pemilihan semula CEC.

Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengarahkan DAP mengadakan semula pemilihan semula itu susulan keputusan DAP meminda keputusan pemilihan yang 15 Disember lalu.

Pindaan yang direstui oleh Guan Eng itu membolehkan Zairil dilantik sebagai ahli CEC.

Zairil dan semua tujuh calon Melayu lain kalah pada pemilihan itu namun Guan Eng kemudian berkata berlaku kesilapan dalam proses pengiraan undi.

Susulan bantahan pelbagai pihak, ROS mengarahkan pemilihan semula CEC diadakan.

Dua hari lalu, ROS memberi amaran DAP tidak mematuhi peruntukan perlembagaan parti yang menetapkan pemberian notis 10 minggu kepada akar umbi DAP sebelum mengadakan pemilihan semula itu.

Bagaimanapun pimpinan DAP memutuskan notis itu tidak perlu kerana parti itu hanya mengadakan kongres khas bagi membolehkan pemilihan semula diadakan.

Berikut adalah keputusan penuh pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP :-

1. Liew Chin tong - 1,438 undi
2. Lim Kit Siang - 1,436
3. Karpal Singh - 1,421
4. Gobind Singh Deo - 1,409
5. Lim Guan Eng - 1,304
6. Chong Chieng Jen - 1,294
7. Loke Siew Fook (Anthony) - 1,263
8. Chow Kon Yeow - 1,203
9. Fong Kui Lun - 1,193
10. Teng Chang Kim - 1,164
11. Pua Kiam Wee (Tony) - 1,158
12. Zairil Khir Johari - 1,132
13. Koh Suh Sim (Teresa) - 1,127
14. Chong Eng - 1,111
15. M. Kulasegaran - 1,088
16. Tan Kok Wai - 1,088
17. Teo Nie Ching - 1,081
18. Boo Cheng Hau - 961
19. Nga Kor Ming - 956
20. Ngeh koo Ham - 809

Sunday, September 29

VIDEO : AIR MATA PEMIMPIN UMNO NIE ADA HARGA KE............ @Zahid_Hamidi @AzeezRahim


MKP minta jangan membuat andaian yang salah dengan maksud serta membuat pandangan yang boleh memudaratkan.

Sebentar tadi MiM dan rakan-rakan telah mengikuti rombongan DS Zahid Hamidi, Menteri Dalam Negeri ke rumah balu Allhyarham Sarjan Zal-Azri Somad. MKP tidak menyertai rombongan ini.

Allahyarham adalah seorang anggota polis yang meninggal dunia dalam pergelutan dengan seorang suspek yang cuba mencuri besi buruk dalam Ops Lejang di Taman Teknologi Cheng, Melaka.

Rumah balu di Sungai Gelugor, Pulau Pinang.


Suasana sedih menyelubungi kami semua apabila balu Allahyarham menangis ketika ustaz membacakan doa.


DS Zahid Hamidi telah mengucapkan takziah dan kata-kata perangsang kepada keluarga Allahyarham.

 

Turut hadir ialah Dato Omar Faudzar, Ketua UMNO Bukit Gelugor, Dato Musa Sheikh Fadzir, Setiausaha UMNO negeri, Dato Azeez Rahim, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato Rahim, Ketua Polis Negeri dan beberapa lagi kepimpinan bahagian.

Lihat video di bawah :

Video : Pemimpin-pemimpin UMNO ziarah balu Allahyarham.

Untuk rekod, Sarjan Zal-Azri Abdul Somad, 31, dari Bahagian Risikan Jenayah (D4), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka, cedera di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian.
Artikel ini adalah dari Dr MIM 

UMNO NIE PARTI ANAK-BERANAK ATAU.......... @MukhrizMahathir


Ramai sungguh rupanya orang dan ahli  UMNO yang tak paham dengan kenyataan PM bahawa sudah tiba masanya UMNO meremajakankan parti.   Rata-rata -  terutama yg telah jauh daripada usia remajanya -  mereka fikir inilah masanya untuk berlagak menjadi remaja kembali . Maka mereka pun dengan segera bersemangat dan mengumpul kekuatan sekali lagi untuk mempertahankan apa-apa jawatan di dalam parti. 

Dalam persekitaran yg pantas berubah seiring dengan kemodenan, ilmu pengetahuan dan cara berfikir dalam dunia moden menjadi penentu kepada kredibiliti seorang pemimpin. Mereka akan berdepan dengan banyak suasana yang baru, yang kompleks dan jauh berbeza dgn zaman dahulu kala . 


Dulu, masyarakat bercakap mengenai  pembangunan-pembangunan skala  kecil - berkisar kepada pembangunan desa atau kota dan frasarana jalanraya. Hari ini rakyat bercakap soal globalisasi, O&G malah sampai ke tahap penstrukuturan semula dasar kerjaan supaya ia kekal relevan dan berfaedah.

Apapun kita tidak menolak juga sesetengah pemimpin yang berpengalaman, mereka berupaya menangani perkara ini dengan mempunyai 'kumpulan pemikir' yang bagus terdiri dari kalangan anak-anakmuda. 

Pun begitu tidak juga semua muka-muka calon pemimpin muda baru ini mempunyai 'material' yg bagus . Ada juga yg lahir dari baka . Oleh sebab dalam keluarga mereka dahulu pernah jadi pemimpin  - di  peringkat cawangan, bahagian , negeri atau  nasional , maka sebahagian penyokong menyangka bahawa 'pemimpin-pemimpin muda ' ini juga punyai kehebatan yang sama seperti  datuk/ayah/abang dan kakak mereka. Kepimpinan mesti dinilai dan diambilkira daripada tindak tanduk dan gaya pemikiran individu itu sendiri.


Kita semua sayangkan parti dan kerajaan yg telah banyak berjasa kpd umat Melayu ini. Itu tidak perlu dipersoalkan. Tapi jati diri kepada sesetengah pemimpin dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan terutama yang berbangsa Melayu itu sendiri  nampaknya semakin hari semakin pudar juga .

Ini akibat apabila kita melantik individu yg salah utk menerajui atau memegang sesuatu jawatan penting . Satu perkara yang rakyat menyampah dgn sebahagian pemimpin politik ini ialah mereka memang pandai merayu dan berjanji ..kemudian selepas berkuasa , mereka pandang rakyat sebelah mata, malah adakalnya tidak dipedulikan pun rakyat yg datang mengadu di pejabat mereka kerana kononnya mereka kesuntukkan masa.

MKP Ayat Sempoi : Yang memangkah nanti adalah Ahli UMNO, So pepandailah Buat Pilihan,,,

Mitos Harga Rokok Naik Boleh Mengurang Bilangan Perokok? Kesihatan Rakyat VS Kutipan Cukai? Mana Lebih Penting?


Kerisauan kerajaan Malaysia melalai Kementerian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melihatkan lambakan rokok tiruan di Malaysia, menyebabkan cukai rokok naik sekaligus harga rokok naik bermula minggu hadapan sehingga memberikan mimpi ngeri kepada bilangan perokok tegar di Malaysia.

Apa yang kita boleh lihat di sini setiap kali kerajaan mahu bercerita mengenai usaha mereka membendung gejala merokok yang berlebihan dalam masyarakat negara ini, caranya….hanyalah naik, naik dan menaikkan lagi harga rokok di Malaysia. Selesai masalah? 

Inilah antara alasan yang acapkali digunakan bagi mengurangkan bilangan perokok di negara kita. Terus terang MKP katakan, MKP tidak pernah merasakan yang sebenarnya kerajaan ikhlas dalam usaha membendung gejala merokok di Malaysia.

Kenapa MKP katakan begitu? Ini kerana walaupun alasan untuk mengurangkan bilangan perokok digunakan apabila kerajaan mahu menaikkan harga rokok di Malaysia, tetapi hakikat yang perlu diterima sebenarnya faedahnya masih banyak berbalik kepada kerajaan dengan mengenakan cukai tinggi dalam industri ini. 

Dan MKP sama sekali tidak menafikan jikalau mahu mengenaikan cukai kepada perokok, silakan tetapi ini bukanlah langkah yang terbaik untuk mengatasi permasalahan ini.

Adakah dengan menaikkan cukai bakal mengurangkan bilangan perokok di Malaysia? Benarkah?

Adakah selama ini cukai kereta dinaikkan sangat tinggi di Malaysia disebabkan mahu mengurangkan bilangan kenderaan di atas jalan raya dengan harapan lebih ramai rakyat Malaysia menggunapakai perkhidmatan awam ke tempat kerja contohnya? Tetapi hakikatnya apa yang berlaku sekarang ini?

Mengenakan cukai tinggi bukanlah penyelesaian yang terbaik. Apa yang kami perhatikan trend ini dah berulangkali terjadi. Walaupun ada yang mengatakan mahu berhenti merokok disebabkan harga naik, berapa ramai yang berjaya? 1 bulan? 2 bulan? Atau……..??

Hakikatnya hari ini walaupun harga naik tinggi mana sekalipun, akan muncul akhirnya perokok lain. 

Manakala perokok tegar pula akan mencari jalan alternatif lain untuk mendapatkan bekalan pada harga yang berpatutan termasuklah mendapatkan rokok seludup. 

Akhirnya permasalahan ini tidak ada kesudahannya. Pimai Pimai Tang Tu juga. Dan langkah kerajaan mengawal bilangan perokok di Malaysia sangat tidak tepat….


Saturday, September 28

WOiii!!! @MukhrizMahathir ELOK JAGA KAIN PELIKAT SENDIRI DULU.........


Mukhriz pastinya paling sibuk pada minggu depan. Mana nak kempen untuk Naib Presiden dan PRK Sungai Limau yang bakal menjelang. Bagi MKP lebih baik Mukhriz nie jaga elok-elok Kedah tue dari dok sibuk bertanding Naib Presiden. Dulu lawan dengan Khairy pun kena tinggal banyak tiang. Nanti yang ada tercicir yang dok hambat terbang melayang..

Menarik dalam PRK Sungai Limau nanti, Pengerusi Perhubungan BN Kedah yang baru, merangkap Menteri Besar, Datuk Mukhriz Mahathir akan turut memimpin BN buat pertama kalinya sebagai Jeneral dalam kempen pilihanraya kecil yang dijangka sengit itu nanti.

BN sudah pasti mahu melengkapkan penguasaan di Parlimen Jerai dengan merampas DUN Sungai Limau dari PAS setelah kawasan parlimen itu sendiri berjaya dirampas melalui calonnya Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam PRU13 yang lepas, selain BN berjaya mengekalkan 2 kerusi DUN yang lain (Gurun dan Guar Cempedak).

Kejayaan ataupun kegagalan BN dalam kempen tersebut nanti, pasti memberi kesan kepada peluang Mukhriz dalam persaingannya untuk merebut salah satu jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti yang bakal diadakan bulan depan.

Ini adalah hakikat yang tidak boleh dielak kerana, walaupun dilantik sebagai Menteri Besar sebaik BN diumumkan berjaya kembali berkuasa di Kedah Mei lepas, Mukhriz bukanlah yang mengetuai jentera kempen BN di Kedah pada waktu itu, sebaliknya Pengerusi Perhubungan BN sebelum beliau, Datuk Ahmad Bashah.

Walaupun dalam masa yang sama, tidak dapat dinafikan faktor pencalonan beliau sebagai Menteri Besar Kedah yang baru sebelum itu, turut memainkan peranan yang tidak kurang besar dalam mencapai kejayaan tersebut.

Tapi kali ini situasinya jelas berbeza,mahu tidak mahu Mukhriz perlu menerima hakikat bahawa corak pentadbirannya berbanding dengan yang lama sudah boleh dilihat dan dinilai rakyat Kedah amnya dan pengundi Sungai Limau khasnya.

Disamping itu, kali ini Mukhriz akan turut berhadapan dengan isu-isu nasional seperti kenaikan harga minyak baru-baru ini yang pasti akan dimanipulasi sehabis mungkin oleh pembangkang, seolah-olahnya kalau PAS berjaya mengekalkan kuasa di DUN Sungai Limau dalam kempen PRK itu nanti, harga minyak akan diturunkan serta merta seperti mana janji Anwar Ibrahim dalam buku Jingga.

Tidak juga, tapi pembangkang peduli apa, yang penting pada mereka ialah menang pilihanraya dan mengekalkan kuasa.

Mungkin kalau ada yang boleh membantu sedikit sebanyak ialah sikap terpuji Mukhriz yang tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda permusuhan dengan Allahyarham Azizan apabila sering kali kelihatan melawat bekas Menteri Besar tersebut sejak Allahyarham mula jatuh sakit.

Malah pentadbiran Mukhriz juga secara terbuka mengumumkan akan membantu Azizan sepanjang menjalani rawatan, sesuai dengan kedudukkannya sebagai bekas Menteri Besar.

Pendekatan mulia yang dipilih Mukhriz ini mungkin sedikit sebanyak boleh membantu kempen BN nanti, disamping faktor calon dan isu-isu nasional yang lain seperti yang dijelaskan di atas.

Justeru, yang nyata PRK Sungai Limau nanti pasti akan menjadi medan tempur politik yang menarik selepas PRU13. Kempen kali ini bukan setakat persaingan mencari pengganti Allahyarham sebagai ADUN, tapi juga untuk Mukhriz membuktikan kebolehannya sebagai pencatur politik yang berjaya dan tidak setakat bergantung kepada populariti bapanya, Tun Mahathir Mohamad semata-mata.

Pendek kata, Mukhriz ada terlalu banyak yang nak dibuktikan, kepada rakyat Kedah dan pengundi Sungai Limau terutamanya, selain ahli-ahli UMNO sendiri.

MKP Ayat Sempoi : Nanti ada yang terbakaq kain pelikat sendiri pasal nak Back-UP Mukhriz...

VIDEO SERAM : HANTU TANPA KEPALA DI LEBUHRAYA PERLIS...

Video ini telah dikirimkan pada MKP petang tadi. Dari penceritaan oleh pemberi maklumat ianya dirakan ketika melalui lebuhraya di Perlis. 

Lebuhraya dari Changloon hingga ke Kuala Perlis ini memang tidak berlampu. Almaklum kawasan ini kepadatan penduduk kurang. 

Sebelum kewujudan lembaga berbentuk kepala manusia ini ada kelibat manusia ditepi lebuhraya berkenaan sedang mengisap rokok. Diceritakan oleh orang kampung sekitar lebuhraya berkenaan bahawa satu kemalangan tragis telah berlaku sebelum ini melibat kereta VIVA yang dipandu oleh 2 lelaki.

Adakah video ini benar atau sebaliknya!! MKP pecaya  pembaca blog ini bijak untuk menilai. Buatlah penilaian berdasarkan apa yang bermain difikiran. 

Makhluk dimuka bumi ini bukan kita sahaja akan tetapi ada jugak yang menggangu hamba Adam ini. 

Jangan jadi macam puak macai Anwar pulak sampai video shih pun diorang tolak. Kalau korang nak kata video ini palsu terserah pada korang lah.... Tapi apa pun ini berlaku di Perlis bukan Negeri BUDU.


Friday, September 27

MINYAK NAIK ATAU NAIK MINYAK............ @Ahmadmaslan



Heboh sejak petang tadi mengatakan minyak naik. Yang memulakan benda fitnah macam nie sudah tentu puak macai pembangkang. MKP agak pelik jugak kerana yang naik angin adalah penyokong kerajaan sendiri. Korang tak dapat maklumat serta info rasmi tapi pepandai buat andaian.

Berikut adalah penjelasan dari Timbalan Menteri Kewangan 11.



Kerajaan menafikan akan menurunkan subsidi harga petrol RON95 sebanyak 10 sen yang boleh menyebabkan harga bahan bakar itu meningkat kepada RM2.20 seliter mulai tengah malam ini. 
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan berkata, harga petrol bersubsidi tersebut masih kekal RM2.10. 
"Saya ingin nafi ada penurunan subsidi RON95 sebanyak 10 sen pada malam ini. Oleh itu RON95 bersubsidi masih rm2.10 seliter. 
"Harga sebenar 2.73," katanya di laman twitter miliknya pada Jumaat. 
Beliau berkata demikian sebagai mengulas khabar angin bahawa harga petrol RON95 akan naik kali kedua malam ini. 
Sementara itu, pakar ekonomi seorang pakar ekonomi dengan Alliance Research, Manokaran Mottain turut menjangkakan tiada sebarang kenaikan harga bahan api dalam tempoh terdekat ini kerana pelarasannya baru sahaja dibuat. 
"Rakyat masih lagi tengah dalam usaha menerimanya (kenaikan harga bahan api)," kata 
Manokaran, yang juga Pengarah Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN)kepada Bernama semasa ditanya tentang lebih banyak lagi pengurangan subsidi dalam tempoh terdekat ini. 
Beliau juga berkata Jawatankuasa Dasar Fiskal, yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, hanya akan bermesyuarat setiap enam bulan. "Sebarang rasionalisasi subsidi hanya akan diputuskan apabila ia benar-benar perlu," katanya. 
Spekulasi mengenai kenaikan lagi harga bahan api tersebar luas dalam media sosial sejak beberapa hari lalu yang menyatakan bahawa kerajaan akan mengurangkan lebih banyak subsidi terutamanya bagi bahan api yang akan membawa kepada kenaikan harga petrol RON95 dan diesel. 
Rakaman skrin laman web Bernama 'seolah-olah' pengumuman tentang kenaikan harga itu disebarkan menerusi media sosial hari ini. 
Ia sebenarnya pengumuman rasionalisasi subsidi pada 2 Sept lepas yang menyaksikan harga petrol RON95 dan diesel dinaikkan sebanyak 20 sen pada tengah malam Selasa (3 Sept). 
Rakaman skrin itu malahan telah mengubah tarikh kepada 'tengah malam Isnin' dan disebarkan kepada orang ramai. 
Susulan rasionalisasi baru-baru ini, kerajaan dapat menjimatkan kira-kira RM1.1 bilion tahun ini. 
Kerajaan memperuntukkan RM24.8 bilion bagi subsidi bahan api tahun ini. BERNAMA



RON95 naik lagi?

kawan kita boleh kasi minyak free.

Bukan menaikan harga tapi kurangkan subsidi yang telah diberikan selama ini. Nampak gayanya tiada bezanya pun kurang subsidi atau naikan harga minyak.

Orang ramai boleh menjangka kenaikan selanjutnya pada harga petrol RON95 dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api negara.

MKP mendapat berita yang kurang pasti menyatakan harga RON-95 bakal dikurangkan subsidi pada tengah malam isnin. Apa pun kita tunggu kesahihan berita ini. Kalau naik sudah pasti ini adalah langkah yang kurang populis yang telah diambil serta menaikan darah setiap rakyat Malaysia.

Dengan pengurangan subsidi sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.10 dan RM2.00 daripada RM1.90 dan RM1.80.
   
Harga ini masih dianggap murah berbanding negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina.
   
PDAM baru-baru ini mencadangkan penjimatan daripada pengurangan subsidi minyak digunakan oleh kerajaan untuk menghapuskan cukai jalan dan mengurangkan kadar insurans untuk kereta dengan kapasiti enjin kurang daripada 2,000cc.

VIDEO MELETOP DARI @KhairyKJ BUAT @TunFaisal....


Jawatankuasa Pemilihan UMNO perlu menghayati pindaan perlembagaan parti itu dan bukan mentafsirkannya bagi tujuan menghalang pemimpin daripada bertanding.

Matlamat asal pindaan pelembagaan itu adalah untuk menjadikan UMNO sebuah parti yang demiokratik dan dinamik yang mahu menggalakkan pemimpin berwibawa menaiki hierarki parti dan bukan menjadi penghalang.

Tun Faisal Ismail Aziz yang digugurkan nama kerana dikatakan tidak cukup kelayakan!! Hanya kerana tidak menjadi AJK di bahagian sepenggal sedangkan Jawatan sebagai EXCO Pemuda UMNO Malaysia adalah Heriaki yang lebih tinggi dari AJK bahagian.

Jawatankuasa berkenaan sepatutnya menggalakkan pertandingan dan bukan mentafsir pindaan itu hingga menyebabkan pemimpin tidak dapat bertanding.

Tun Faisal sendiri tidak dimaklumkan secara rasmi oleh jawatankuasa terbabit mengapa namanya telah digugurkan. Kenapa jadi begitu sedangkan hanya 2 calon MT sahaja digugurkan.

Tun Faisal yang juga Pengerusi Unit Media Baharu Pemuda UMNO juga telah merujuk kepada Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali sebelum menghantar borang pencalonan tempoh hari.

Setelah pasti beliau layak, Tun Faisal berkata, barulah borang pencalonan dihantar yang sekali gus menafikan bahawa nama beliau digugurkan kerana tidak menghantar borang pencalonan.

Semangat pindaan Perlembagaan yang digubal pada 2009 adalah meletakkkan syarat minimum bagi membolehkan pemimpin bertanding.

Syarat minimum,termaktub bahawa ahli jawatankuasa (AJK) bahagian, tetapi ia tidak konsisten jika AJK bahagian satu penggal lebih diiktiraf daripada exco Pusat.

Sekurang-kurangnya jawatan di peringakat Pusat hendaklah lebih atau sama kewibawaannya dengan jawatan di peringkat bahagian kerana di bahagian pemilihan dibuat oleh cawangan, manakala di Pusat pemilihan oleh perwakilan bahagian dari seluruh negara.

Tapi MKP pelik jugak dengan syarat bagi calon Jawatan Ketua Pemuda UMNO yang berstatus Naib Presiden hanya meletakkan syarat menjadi ahli UMNO selama tiga tahun, iaitu jawatan yang lebih tinggi daripada MT.

Ahli biasa boleh bertanding jawatan Ketua Pemuda, adalah pelik jika Exco Pemuda tidak layak bertanding jawatan MT.


MKP Ayat Sempoi : Kalau ada rezeki takkan kemana, Cabaran itu mematangkan kita....

BILA ORANG KENANG JASA............ BEGINILAH TABIATNYA... @NajibRazak

MKP pun sedih jugak dengan perkhabaran yang mengejutkan dari Kedah semalam. Ustad Azizan adalah seorang pemimpin yang baik serta dihormati oleh masyarakat setempat. Kalau beliau tidak bagus dan prihatin MKP nescaya Ustad Azizan dah kalah masa PRU-13 yang lalu.

DS Najib adalah pemimpin yang patut dihormati. Kenapa MKP berkata sedemikian?Beliau adalah contoh kerana tidak menyimpan dendam walaupun berlainan Parti Politik. Ini adalah realiti "Pemain Politik" bahawa Dunia Politik hanyalah berbeza idealogi bukannya Fitrah kita sebagai manusia.

MKP mendapat tahu bahawa DS Najib Razak terhutang budi pada TS Azizan kerana menguruskan Allahyarham bapanya dulu. Tun Abdul Razak meninggal di London dan pada ketika itu Arwah TS Azizan adalah salah seorang yang menguruskan jenazah Tun Abdul Razak. Ketika itu TS Azizan adalah pelajar disana.

Budi yang baik dibalas jua. Ini adalah Fitrah manusia Janganlah kita membenci manusia yang pernah berbakti pada kita.

MKP Ayat Sempoi : Di dalam Dunia Politik musuh anda sebenar adalah kawan anda sendiri, Musuh yang jahat itu boleh menjadi kawan yang baik  Al-Fatihah...

Thursday, September 26

SAPA NAK TERBANG....@NajibRazak @mohdshafieapdal @khairykj @NazirHussin79 #BNYouthJobFair BERMULA ESOK


Sapa nak terbang tinggi mencecah awan. Kalau berhajat datanglah ke PWTC bermula esok hingga ahad nanti. Peluang ini hanya datang sekali sahaja. 

Jika mengikut prosedur MAS yang telah ditetapkan korang kena tunggu. Tapi dengan adanya #BNYouthJobFair pihak MAS telah menawarkan urusan temuduga di PWTC. 

Apa lagi yang ditunggu banyak lagi syarikat gergasi Malaysia yang membuka kios di sana.

Laman Facebook #BNYouthJobFair KLIK

BN Job Fair 2013

Tarikh 27 September - 29 September 20013
Jam 10 pagi hingga 6 petang
Dewan Tun Razak 1 (Seberang sungai)

yang menawarkan 30,000 peluang pekerjaan dari 300 Majikan 
turut disediakan 130 Perniagaan Online

Perasmian pada 
28 sept (Sabtu) 
jam 11 pagi
oleh Datuk Seri Shafie Apdal
Naib Presiden UMNO


Isyarat jelas daripada Naib Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa, saudara Nazir Hussin yang telah menghantar borang pencalonan dirinya untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa.

Mungkin inilah calon yang sesuai untuk memperkuatkan lagi saf Pemuda UMNO Titiwangsa setelah usaha keras mereka bagi memenangkan Wakil Rakyat Parlimen Titiwangsa pada Pilihanraya Umum 13 yang lepas berjaya membuahkan hasil yang terbaik.

Jom tonton video pengumuman saudara Nazir.


@NajibRazak MINTA MAAF DIATAS KESILAPANYA SENDIRI.....


Setiap manusia dimuka bumi Allah pastinya melakukkan kesalahan. Itulah sifat manusia yang serba kekurangan. Bagi MKP jika pemimpin meminta maaf diatas kesilapan yang telah dilakukan itu adalah baik dari menafikan kesalahannya. 

Namun, dalam meniti hari dan berhadapan dengan individu sudah pasti cabaran memohon maaf dan memaafkan ini menjadi satu perkara yang agak sukar dan rumit. Berhadapan dengan manusia yang mempunyai sifat ego yang tinggi merupakan satu cabaran yang besar bagi individu lain. Jika diri kita yang ego, maka kita akan sukar untuk memohon maaf, dan jika di pihak orang lain yang melakukan kesalahan kepada kita, maka kita akan sukar memaafkannya.

Namun, semulia manakah sifat ego ini di sisi Allah S.W.T?

Telah banyak dijelaskan di dalam al-Quran dan hadis Nabi S.A.W mengenai meminta maaf dan memaafkan. Namun sudah pasti, di dalam hati kita yang telah mati dengan rasa malu kepada Allah tidak akan mengendahkan tuntutan yang amat digalakkan oleh Allah dan Rasul.

Tiada manusia di dunia ini yang dapat lari dari melakukan kesilapan. Larinya kita dari sifat kebergantungan kepada Yang Maha Esa pasti akan menjerumuskan kita dengan kesalahan sama ada sesama manusia atau yang lebih berat dengan Allah S.W.T

Namun, pintu pengampunan dan rahmat Allah sangat besar buat hambaNya sebagaimana yang dijelaskan di dalam ayat di bawah.
 Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. [39:53]
Lalu bagaimana pula kita sebagai sesama manusia dalam maaf dan memaafkan kesalahan lain selain dari kesalahan besar yang dinyatakan?

Telah dijelaskan juga mengenai perkara ini dalam Riwayat At-Tabrani. Albani : Dhoif.
"Sesiapa yang dipohon kemaafaannya (dengan ikhlas), dan ia menolaknya, maka yang menolak tidak akan dapat merasai telaga Nabi Saw di akhirat kelak."
Adapun bagi kesalahan lain melainkan yang telah dijelaskan, ia bukanlah satu kesalahan yang sangat besar sehingga terdapat peruntukan hukuman Allah di dunia ini. Justeru, apabila si pesalah mengaku salah dan memohon maaf, amat digalakkan untuk memaafkannya. 

Adapun memaafkan kesalahan orang lain adalah sangat dituntut dalam Islam sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Allah di dalam firmanNya:
Ertinya : "Dan jika kamu membalas kejahatan (pihak lawan), maka hendaklah kamu membalas dengan kejahatan yang sama seperti yang telah ditimpakan kepada kamu, dan jika kamu bersabar, (maka) sesungguhnya yang demikian itu adalah lebih baik bagi orang- orang yang sabar. " ( An-Nahl : 126 )
 Sesungguhnya kita sudah mengetahui bahawa Allah S.W.T itu sangat pengampun melainkan dosa-dosa syirik kepadaNya.

Jika kita sedari, dan merenung setiap perilaku kita di dunia ini pasti kita akan menitiskan air mata bahawa lemahnya kita tanpa bimbingan Yang Esa. Dan jika kita sedar yang kita tidak akan terlepas dari melakukan kesilapan pasti sifat meminta maaf dan memaafkan itu akan wujud di dalam diri kita.

Bagaimanapun ada yang menjelaskan memaafkan musuh itu lebih mudah dari memaafkan sahabat atau keluarga terdekat. Ya memang benar. Kerana musuh itu kita tidak pernah mempunyai jalinan mesra, sedangkan sahabat atau keluarga itu adalah insan yang kita sayangi. Dan jika ada di antara mereka yang melakukan kesalahan pasti menjadi satu perkara yang amat menyakitkan dan sukar untuk kita terima.

Namun hakikat yang harus kita telan walaupun sangat pahit, dia juga manusia seperti kita. Dia dan kita tiada bezanya. Renungilah perbuatan kita sebelum mengambil jalan untuk tidak memaafkan. Adakah kita terlalu sempurna untuk tidak memaafkannya? Tidak pernah melakukan kesalahan? Maha Suci Allah sesungguhnya, kita juga terdiri dalam kalangan yang sama yang tidak akan terlepas dari kesalahan.

Dengan memberi kemaafan sudah pasti jiwa kita akan menjadi tenang. Meminta maaf akan membuatkan kita sedar yang diri kita adalah kerdil.

Allah SWT berfirman bermaksud:
Maka barang siapa yang memaafkan dan berbuat baik, pahalanya atas tanggungan Allah.” (Surah asy-Syura, ayat 40).
Daripada Uqbah Amir, dia berkata:
 “Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Wahai Uqbah, bagaimana jika aku beritahu kepadamu mengenai akhlak penghuni dunia dan akhirat yang paling utama?” Hendaklah engkau menyambung hubungan persaudaraan dengan orang yang memutuskan hubungan denganmu, hendaklah engkau memberi terhadap orang yang tidak mahu memberi kamu dan maafkanlah orang yang menzalimi dirimu.” (Riwayat Ahmad, al-Hakim dan al-Baghawi).
Memaafkan akan memacu keadaan baik dalam diri. Dorongan dari sifat maaf ini akan mengekalkan diri kita dalam keadaan yang lebih sihat, penuh harapan dan percaya pada diri sendiri. Maaf dan maafkan kesalahan yang dilakukan.

MANTAN MB KEDAH AZIZAN RAZAK MENINGGAL DUNIA.....


Perdana Menteri DS Najib Razak telah membuat pengumuman sebentar tadi menerusi laman twitternya.

Bekas Menteri Besar Kedah dan juga pemimpin kanan Pas dikawasan Utara, Tan Sri Azizan Razak disahkan meninggal dunia di wad ICU Hospital Sultanah Bahiyah pada pukul 11 pagi tadi.

Allahyarham meninggal akibat komplikasi jantung setelah beberapa lama dimasukkan ke wad akibat penyakit berkenaan.

Marilah kita sama-sama mendoakan semoga roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman dan diredhai Allah SWT.

Al Fatihah.

VIDEO : DISAMUN DIRUANG MELETAK KERETA....


Tempat macam nie pun depa berani ragut. Apa dah jadi dengan manusia sekarang takkan sampai terdesak sampai macam tue banyak lagi perkerjaan halal yang boleh dibuat untuk mencari rezeki. Ini yang perlu dibenteras oleh pihak PDRM. Kebanyakkan mereka ini adalah warga asing. MKP sahut baik cadangan suapaya PATI ini dihapuskan sama sekali.

Ni pulak lagi satu Gangstar ugut Ketua Polis Negeri. Nanti kena GangBangs baru tau. Apa kejadah depa nie sampai berani semacam. Tapi MKP pecaya pihak Polis tidak sedikit pun gentar dengan ugutan yang diterima. Kalau takut dilambung ombak jangan berumah ditepi pantai. Kalau kail panjang sejengkal laut yang dalam jangan dicuba.


Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi membuat laporan polis selepas menerima beberapa ugutan menerusi Sistem Pesanan Ringkas (SMS) daripada individu tidak dikenali. 
Beliau yang menerima lebih daripada tiga SMS ugutan pada Isnin membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini pukul 9 malam semalam. 
Antara kandungan SMS berkenaan ialah "Hello kepala Penang mau kasi ingat U sudah ambil saya punya kawan lima orang, U jangan ingat U The Best". Selain itu pengirim SMS tersebut turut mengugut untuk "mengambil" Abdul Rahim atau rakannya jika tidak berjaya "mengambil" Abdul Rahim. 
Kesemua SMS terbabit diterima daripada nombor yang sama bermula pukul 9 pagi ketika Abdul Rahim berada di pejabatnya di Ibu Pejabat Polis Kontinjen negeri di sini. 
Sementara itu Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kandungan SMS yang diterima oleh Abdul Rahim. 
Polis sedang menjalankan siasatan, katanya. - BERNAMA

Wednesday, September 25

Azizan Razak kritikal


Keadaan kesihatan bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak dilaporkan kritikal kerana menghadapi masalah jantung yang serius.

Beliau yang masih dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar sejak dipindahkan dari Hospital Pulau Pinang bulan lepas terpaksa diberi bantuan kecemasan pukul 3 pagi tadi.

Menurut Ketua Penerangan Pas Kedah yang juga bekas setiausaha politik beliau, Muhammad Sanusi Md Nor, jantung Azizan kembali stabil selepas dua kali diberi bantuan.

"Bagaimanapun keadaan Azizan kembali kritikal. Saya mengajak seluruh ahli Pas Kedah membuat solat hajat, bacaan Yasin dan berdoa memohon kepada Allah swt agar Azizan kembali sihat,” katanya.

Menurut Muhammad Sanusi keadaan kesihatan Azizan telah dimaklumkan kepada pemimpin Pas pusat.

Azizan dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang Mei lepas kerana komplikasi akibat kencing manis dan kedua-dua kakinya dipotong dari aras lutut.

MKP doakan Ustad Azizan sembuh seperti sediakala...Amin.

GAMBAR EKSLUSIF @NajibRazak SILICON VALLEY...

Perdana Menteri Malaysia adalah diantara mereka yang telah mencuba kereta tanpa pemandu oleh Google.

Google telah membangunkan perisian dan teknologi untuk kereta tanpa pemandu mereka, dan mengujinya secara dalaman.

Kini, mengikut laporan terbaru, ia dikatakan Google akan membangunkan kereta automatik tanpa pemandu mereka itu sendiri, dan bukannya bekerjasama dengan pengeluar lain.

Ia dikatakan, untuk beberapa bulan lepas, Google telah mengadakan perbincangan dengan beberapa pengeluar untuk membangunkan kereta mengikut spesifikasi yang ditetapkan Google.

Langkah ini diambil oleh Google setelah perbincangan dengan pengeluar kereta untuk mengintegrasikan teknologi mereka pada kenderaan tidak begitu berjaya.

Google juga dijangka akan menawarkan kereta automatik mereka kepada pengguna seawal tahun 2017 kelak.

Sekiranya perkara ini benar, maka ia bukanlah sesuatu yang baru, dimana untuk telefon, tablet dan juga komputer riba, mereka sedia bekerjasama dengan beberapa pengeluar, dimana mereka hadir dengan rekaan dan spesifikasi peranti, sebelum ia menjadi rujukan kepada pengeluar lain.

Terbukti bahawa ianya benar dan salah seorang yang telah mencuba ada DS Najib Razak sendiri. 

MKP bangga mempunyai Perdana Menteri yang up-to-date dengan perkembangan terkini baik dari segi media sosial hinggalah mencuba kereta terbaru ini. Bukan mencuba benda yang dilarang macam pemimpin sebelah sana......

JOM BUAT RAMAI...... Job Fair 2013 #Ride4Job @NajibRazak @mohdshafieapdal @khairykj @NazirHussin79


Anak muda zaman sekarang bertuah der.... Tak payah susah-susah cari kerja cuma datang pada BN Job Fair aje boleh dapat kerja dengan mudah.

Bukan sikit tapi peluang sebanyak 30ribu pekerjaan disediakan. Ini adalah usaha yang telah dibuat oleh PERGERAKAN PEMUDA UMNO MALAYSIA.

Apa lagi anak muda mahu. Ini adalah salah satu cara untuk merapatkan jurang diantara PEMUDA dengan anak muda.


Ini semua hasil dari usaha yang telah dibuat oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Titiwangsa, saudara Nazir Hussin.

Kredibiliti dan kebolehan beliau mengendalikan program di peringkat nasional amat dikagumi dan disegani ramai. Kebolehan beliau mendapat pujian daripada YAB Perdana Menteri Dato Sri Najib Tun Razak dan telah membuahkan hasil secara sedikit sebanyak telah membantu ribuan anak-anak Malaysia mendapatkan pekerjaan melalui BN Youth Job Fair yang diadakan saban tahun.

Berikanlah peluang & ruang buat seseorang yang mempunyai kebolehan dan bakat untuk menjadi pemimpin.
BN Job Fair 2013

Tarikh 27 September - 29 September 20013
Jam 10 pagi hingga 6 petang
Dewan Tun Razak 1 (Seberang sungai)

yang menawarkan 30,000 peluang pekerjaan dari 300 Majikan 
turut disediakan 130 Perniagaan Online

Perasmian pada 
28 sept (Sabtu) 
jam 11 pagi
oleh Datuk Seri Shafie Apdal
Naib Presiden UMNO

GUAN ENG CUBA RASUAH ADUN UMNO.............NAMUN..............? @dzainalabidin


Guan Eng macam biasa dengan muka bertampalkan kulit kerbau pendek mula membuat propaganda murahan memancing ADUN yang menyokong Kerajaan dengan wang yang tak seberapa. Cuma RM40 ribu setahun jika dibahagikan pada pada 12 cuma RM 3,333.33 sebulan. Jika dibahagikan selama 30hari bermakna wang peruntukkan yang diberi adalah cuma RM 111.11 sehari. 

Setahun      RM 40,000.00
Sebulan         RM 3,333.33
Sehari               RM111.11

Adakah dengan wang yang diberikan itu cukup untuk membela rakyat dikawasan yang telah dimenangi oleh Adun UMNO. Mengikut jumlah pengundi yang layak mengundi pada PRU-13 lalu. Jumlah pengundi di setiap ADUN adalah 16ribu hingga 30ribu pada setiap DUN. KLIK 


Adakah jumlah peruntukan ini cukup untuk membela rakyat yang diwakili mereka. RM40 ribu setahun setiap rakyat hanya mendapat RM 1.30sen seorang. Jumlah pengundi seperti tertera gambar diatas 30ribu orang. Ini hanyalah pengundi yang layak memilih pada PRU-13. Apakah nasib anak dibawah tanggungan mereka.

Kerajaan Barisan Nasional memberikan BR1M pada setiap keluarga sebanyak RM500.00 berpendapatan kurang dari RM 3ribu sebulan. Jika jumlah itu dikira bersamaan dengan RM 40ribu hanya 80 keluarga sahaja menikmati imbuhan BR1M. Jauh beza jugak tue.

Sila baca kenyataan sepenuhnya :

KENYATAAN AKHBAR

YB DATO' HAJJAH JAHARA BINTI HAMID
KETUA PEMBANGKANG DUN PULAU PINANG
SELASA, 24 SEPTEMBER 2013


Saya memandang berat kenyataan yang telah dibuat oleh Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Tuan Lim Guan Eng yang disiarkan di dalam akhbar The Star pada 23 September 2013 (m/s 13) dan akhbar Guang Ming Daily.

Beliau mengumumkan bahawa Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah bersetuju untuk memperuntukan sebanyak RM40,000.00 setahun untuk setiap Ahli Dewan Undangan Negeri Pembangkang untuk pembangunan kecil mulai tahun 2014. 

Beliau juga menyatakan bahawa “Apabila mekanisma pengagihan peruntukan disediakan, ianya akan dibentang di dalam Bajet 2014 yang akan dibentang dalam Sidang Dewan Undangan Negeri pada akhir tahun ini.

Beliau juga menyatakan bahawa ADUN UMNO (pembangkang) tidak mahu bekerjasama dengan Kerajaan Negeri keranamenolak tawaran untuk menyertai “State Executive Council” atau Exco Negeri. 
Beliau mahu ADUN Barisan Nasional menyertai Mesyuarat Kerajaan Negeri kerana beliau bimbang ADUN Barisan Nasional tidak akan mengikut SOP (Panduan Piawaian Perlaksanaan) seperti :-

1. mengadakan tender terbuka yang kompetatif;

2. menghalang penyertaan ahli keluarga dalam urusan Kerajaan Negeri. (memberi anggapan bahawa ADUN Barisan Nasional selama ini tidak bersih) 

Di dalam akhbar Guang Ming Daily, beliau terus menuduh ADUN Barisan Nasional hanya mahu duit tetapi tidak mahu jalankan tanggungjawab. 

Sebenarnya tawaran peruntukan sebanyak RM40,000.00 setahun bukan usaha untuk 'reconciliation' tetapi hanya taktik kotor untuk kepentingan politik supaya rakyat memandang rendah kepada ADUN Barisan Nasional dan membenci mereka kerana tidak mengamal budaya bersih (bila tak buat tender terbuka, tidak berintregreti, bila mengamalkan kronisma dan dengan menuduh mereka membenarkan ahli keluarga terlibat dalam urusan Kerajaan Negeri) dan tidak menjalankan tanggungjawab yang diamanahkan oleh rakyat.

Ini adalah satu tuduhan tanpa bukti yang melulu dan amat serius bertujuan untuk membuat rakyat Pulau Pinang mempunyai persepsi negatif terhadap semua ADUN Barisan Nasional terutama di kawasan yang mana rakyat telah memberi kepercayaan dengan mengundi dan memenangi mereka dalam Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu. 
Ianya berniat jahat, mempunyai unsur untuk menghasut dan memutar belit fakta dan menipu rakyat supaya mempercayai perkara yang sama sekali tidak benar kerana :-

Selama ini segala peruntukan Kerajaan Persekutuan yang disalurkan kepada ADUN Barisan Nasional diletakkan di bawah ICU Jabatan Perdana Menteri dan dikeluarkan mengikut SOP yang telah disediapakai dengan telus. 
Tidak ada sebarang peruntukan yang disalurkan terus kepada ADUN-ADUN secara peribadi! (Kerajaan Negeri Pulau Pinang baru nak buat garis panduan) dan kenapa perlu buat SOP untuk ADUN-ADUN Barisan Nasional??

Tidak ada jemputan untuk menyertai MMK Negeri diterima oleh ADUN-ADUN Barisan Nasional – hanya beberapa orang menerima surat jemputan untuk menyertai satu Jawatankuasa Kebajikan dan Alam Sekitar di bawah Y.B Tuan Phee Boon Poh.

Kalau dah minta diberi mandat daripada rakyat untuk memerintah kenapa nak minta ADUN Barisan Nasional duduk sekali pula?! Kecuali PKR nak buat kerajaan campuran, itu lain cerita!! ADUN Barisan Nasional Pulau Pinang bukan "confrontation" tetapi RASIONAL !!sumber
Beranikah Lim Guan Eng menjawab atau beliau diam membisu kerana termalu kantoi menipu?

BACA JUGAK KLIK

Tuesday, September 24

VIDEO PENGAKUAN ORANG TUA DITENDANG BINI MAT- YO #POYO


Apa nak kata lagi kalau dah menjadi bualan hari nie, Memang padan muka dengan Bini Mat-Yo yang poyo nie, MKP nak bagitau kita nie Melayu. Sopan Santun budaya kita. Takkan orang tua yang berkerja mencari rezeki yang halal untuk anak serta keluarga harus dimaki seperti anjing. Kalau orang berumur macam nie hang tak tau nak hormat macam mana nak hormat laki hang sendiri, Memang akai letak kat lutut hang nie. Harap muka aje lawa tapi perangai macam biawak..

Nah satu video parody buat hang....Lepas nie muka letak kat mana pun tak tau. Silap hari bulan keluar pi kedai makan pun orang ramai maki hang berkandaq. Elok sangat pasal akai letak kat lutut...


Ini adalah video pengakuan dari Orang Tua yang ditendang oleh bini Mat Yo poyo...


MY NEWS HUB.

CALON INI PERLU DIUNDI UNTUK AHLI MAJLIS KERJA TERTINGGI UMNO......... @TunFaisal #TF4MT @KhairyKJ @NajibRazak


UMNO senantiasa memerlukan peralihan Generasi dan kemunculan pemimpin muda.Adalah penting untuk mengabungkan pemimpin muda ini dengan yang berpengalaman. Ianya bukan menjadi kemestian akan tetapi perlu berubah demi meremajakan UMNO dimasa akan datang.

UMNO dilihat parti tua dan imej ini harus dikikis....! Perlu ada juga pemimpin yang proaktif dilaman media sosial. 

Pada PRU-13, peningkatan jumlah pengundi muda cukup memberangsangkan. Sebanyak 19 peratus (dua juta) yang berumur antara 21 hingga 29 tahun dan 22 peratus (tiga juta) belia berusia antara 30 dan 39 tahun mendaftar sebagai pemilih.

Trend anak muda sekarang adalah mendapat maklumat melalui media sosial seperti Laman twitter..Cuba lihat sekeliling kita. Anak muda yang sekarang berada di tingkatan empat semuanya ada Smart Handphone. Mereka ini adalah bakal pengundi pada PRU-14 nanti. PM dah bagi "hint" pada semua semasa lawatannya ke Silikon Valley melawat ibu pejabat Twitter tapi kalau masih lagi tak faham susahlah..

MKP bukan nak mengampu Tun Faisal nie, Kadang-kala kami juga bertekak dan tidak sependapat didalam beberapa isu dibangkitkan dilaman sosial. Tapi itu sudah menjadi lumrah kita sebagai manusia tidak semestinya sempurna dari semua segi. MKP pecaya setiap yang terjadi itu ada hikmahnya.

Video ini membuktikan segala-galanya.

GAMBAR SAYU ANAK ALLAHYARHAM KPL ZUL AZRI BIN ABDUL SAMAD... @PDRMsia @Zahid_Hamidi


MKP berlinang air mata melihat gambar ini apabila anak Allahyarham KPL Zul Azri hanya berusia 4tahun lima bulan meratap pemergian ayahnya. Ini adalah pengorbanan yang perlu ditempuh oleh anggota keselamatan. Namun hanya mereka yang menderita sahaja mengerti dan faham. untuk melihat gambar seterusnya KLIK

Puak pembangkang menghina pihak berkuasa sebelum ini dengan bermacam-macam kata-kata nista. 



Penyokong DAP yang biadap kurang ajar itu bernama Gary Loh dan berikut adalah link facebooker tersebut: https://www.facebook.com/gary.loh.355



Di antara penghinaan facebooker penyokong DAP itu :
the bunch of police we have now are just dogs that exist to serve their master, bn. Nothing more. I repeat again, dogs
Dalam masa yang sama, kita tentu sangat kecewa dengan ketidakprihatinan Lim Guan Eng dan admin facebook rasmi beliau kerana seolah-olah membiarkan sahaja spesis biaDAP ini mencarut memaki hamun pihak polis yang selama ini berjasa kepada kita.

Dan komen kurang ajar ini masih ada lagi dalam facebook anak Lim Kit Siang DAP itu.

@NajibRazak tweet dari Ibu Pejabat Twitter


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini memberikan tweetnya dari Ibu Pejabat Twitter di Lembah Silicon di San Fancisco. 

Dalam postingnya tepat jam 2.05 pagi waktu Malaysia, beliau berkata: 
"Great session at Twitter HQ. A wonderful platform to engage with Malaysians and the Global Community." (Sesi yang hebat di Ibu Pejabat Twitter. Ia platform mengagumkan untuk berhubung dengan rakyat Malaysia dan juga Komuniti Global). 
Perdana Menteri juga bertemu Ketua Eksekutif (CEO) Twitter Dick Costolo. 

Najib berada di San Fancisco dalam lawatan kerja tiga hari ke Amerika Syarikat termasuk menghadiri Perhimpunan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York. 

Bagi MKP Ds Najib Razak adalah diantara Pemimpin UMNO aktif di laman twitter. Agak susah jugak nak beritahu pada pemimpin UMNO yang lain pentingnya laman twitter ini untuk mendekati rakyat. Mungkin dengan pendekatan yang telah dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia ini bakal mengubah situasi ini.

Jika UMNO mahu diterima di mata rakyat, Pemimpin UMNO harus aktik dilaman Twitter. UMNO dilihat parti tua dan imej ini harus dikikis....!

Pada PRU-13, peningkatan jumlah pengundi muda cukup memberangsangkan. Sebanyak 19 peratus (dua juta) yang berumur antara 21 hingga 29 tahun dan 22 peratus (tiga juta) belia berusia antara 30 dan 39 tahun mendaftar sebagai pemilih.

Trend anak muda sekarang adalah mendapat maklumat melalui media sosial seperti Laman twitter..Cuba lihat sekeliling kita. Anak muda yang sekarang berada di tingkatan empat semuanya ada Smart Handphone. Mereka ini adalah bakal pengundi pada PRU-14 nanti. PM dah bagi hightlight pada semua tapi kalau masih lagi tak faham susahlah..

MKP ayat Sempoi : Berubah atau diubah, Kelak yang merana anak cucu kita. Fikirkan...

VIDEO : ISTERI PEMAIN BOLASEPAK (MAT YO) MAKI HAMUN PAK GUARD........... LELAKI DAYUS..


Video ini mula menjadi perhatian ramai semalam dan ianya menunjukkan perilaku isteri kepada pemain bola sepak, Nor Shahrul Idlan Talaha (Mat Yo) yang memaki hamun seorang pengawal keselamatan yang menegur kesilapan meletak kenderaan.

Akibatnya ramai orang yang membalas perbuatan isteri Mat Yo tersebut dengan kritikan pedas di laman sosial.

Enjoy video WTF ni:


Ini bukan budaya kita maki-mencaci tapi kalau dah perempuan yang bersikap macam nie tak hormat orang tua apa lagi laki dia sendiri. MKP bukan nak membela sesiapa akan tetapi benda macam nie harus diberi pengajaran. Jangan berlagak diva sangat!!! Menteri pun tahu hormat orang der....


Bini Mat Yo nie dari mana ek??? Kelantan kot???...Patutlah BODOH...



Monday, September 23

MARUAH MELAYU HANYA 5KUPANG..................?


Berapa harga politik seseorang Melayu yang menjadi ahli parti DAP? Tidak tinggi kata beberapa orang Melayu yang menjadi ahli parti itu. Persoalan ini menjadi isu panas menjelang mesyuarat agung luar biasa DAP Ahad depan.

Hiba juga memikirkan apabila ada saki baki ahli Melayu DAP kini yang berani berterus terang mengakui bahawa kehadiran dan penyertaan mereka sebenarnya tiada nilai dalam politik DAP.

Zairil adalah Allahyarham Khir Johari bekas pemimpin Umno. Imej beliau amat diperlukan untuk membayangkan betapa DAP juga adalah wadah yang sesuai untuk perjuangan politik orang Melayu.

Namun helah itu dapat dibaca oleh ahli Melayu DAP lain.

“DAP itu membohong. Mereka kata memperjuangkan 'multi-racial'. Hari-hari dulu telefon saya, wakil CM (Ketua Menteri Pulau Pinang) datang jumpa saya minta tolong masuk DAP.

“Akhirnya hanya Cina sahaja yang kawal. Mereka pergunakan orang Melayu untuk tampal sahaja untuk dapat sokongan. DAP memang parti Cina,” kata Aspan Alias yang menyertai DAP tahun lalu ketika demam pilihan raya memuncak.

“DAP hanya retorik, kononnya ada slogan untuk Bumiputera. Saya kecewa dengan DAP Pulau Pinang tiada langsung orang Melayu bertanding atas tiket DAP. Padahal dia laung dan ajak orang Melayu ke hulur hilir, tampal poster sana sini tapi tiada seorang pun. Begitu hina dia pandang orang Melayu. Itu yang saya bosan dan tidak dapat maafkan.

“DAP pandai main politik, mereka nak kuasa politik hingga sanggup belanja besar. Pulau Pinang negeri yang maju, isunya dah bagi MAIPP (Majlis Agama Islam Pulau Pinang) dari RM10 juta kepada RM60 juta setahun. DAP bagi semua itu tapi yang penting politik dia mahu kawal. Itu DAP. Saya dah masuk DAP, jadi saya tahu,” tegasnya.

Pemilihan semula CEC ada agenda tersembunyi?

Aspan, seorang pengkritik tegar Umno berkata, hakikat daripada 93 orang MP dan ADUN DAP kini hanya seorang sahaja MP dan ADUN DAP Melayu, adalah dalil terkuat bahawa ia bukan parti berbilang kaum yang dilaungkannya.

Persoalannya, adakah pemimpin DAP hari ini insaf dan akur akan rungutan diskriminasi terhadap ahli Melayunya ini? Adakah pemilihan Ahad depan akan memberi peluang kepada parti pimpinan Lim Guan Eng dan bapanya, Lim Kit siang untuk mengubah keadaan.

Atau, adakah DAP tidak ambil peduli dan akan sengaja mendorong menggunakan masalah teknikal untuk memenuhi agenda yang tersirat sehingga mungkin menyebabkan ia diharamkan sebagai sebuah parti politik?

“Dia memang tak takut DAP diharamkan, dia memang suka jikalau DAP diharamkan mengikut undang-undang,” tegas seorang lagi Melayu yang pernah menjadi Naib Pengerusi parti itu, Tunku Abdul Aziz.

“Now the reason for this is that kalau diharamkan tidak ada lagilah DAP...bila tidak ada lagi DAP jadi dia perlu buat satu parti lagilah untuk ganti DAP yang diharamkan itu.

“Jadi bila dia buat parti yang baru dia boleh pilih siapa yang akan jadi ahli, macam sekarang ini dia tidak boleh kawal lagi dah melainkan secara tipu menipu di dalam pemilihannya.

“So yang itu sandiwara, yang kata kerana dia sayang partinya tidak mahu parti itu diharamkan oleh kerajaan itu ini itu untuk mendapatkan simpati rakyat kerana selalunya apa yang dia buat tuduhan itu kerajaan ini tidak adil, Umno itu satu parti yang zalim, corrupt dan itu ini,” kata beliau.

Apabila dihimpunkan cetusan rasa Melayu yang pernah satu ketika diberi keyakinan palsu bahawa DAP parti berbilang kaum, amat sukar untuk menafikan rungutan mereka bahawa orang Melayu tiada nilai politik dalam parti - hanya lima sen sahaja.

@n_izzah DULU BENCI @tv3malaysia TAPI SEKARANG DAH JILAT KEMBALI...

Memang dasar muka tebal serta tak malu. Dulu sedap-sedap mulut mengata serta tomahan pada TV3. Tapi kini sudah berubah. Siapa yang betul didalam hal ini. Atau didalam Tv3 kini sudah ada lembaga yang tukar baju. Bukan MKP nak buat tomahan serta fitnah tapi video kedua-dua dibawah menceritakan segala-galanya pada semua.




MKP Ayat Sempoi : Kalau bukti video macam nie tak boleh guna kena panggil malaikat maut jadi pengantara.

APA LAGI AHLI UMNO MAHU DARI @AzeezPutera #Prihatin #Ikhlas #TerusBerjuang


Ini adalah bentuk Tranfomasi yang dicanangkan oleh Presiden UMNO. UMNO perlu diremajakan serta bergiat aktif membantu masyarakat. Pada pemilihan kali ini memang agak sengit serta calon yang bertanding agak ramai untuk Majlis Tertinggi. Pada MKP jika memilih pilihlah calon yang berkerja serta nampak apa yang disumbangkan pada rakyat.....

Datuk Azeez Abdul Rahim mengatakan beliau tidak merasa tergugat walaupun ramai calon baharu menawarkan diri bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi Umno pada pemilihan parti kali ini.

Azeez Rahim yang cukup dikenali sebagai tokoh yang banyak membuat kerja amal diseluruh pelusok negara dan diseluruh dunia. Sebutlah mana mana tempat yang berlakunya bencana alam atau pun krisis kemanusiaan. Beliau diantara yang terawal bersama rombongannya turun membantu walaupun diketahui amat merbahaya dan mengancam nyawa.

Beliau yakin anggota Umno di peringkat akar umbi bijak untuk menilai pemimpin yang benar-benar berjuang untuk parti dan sanggup turun ke bawah membantu jika kesusahan menimpa mereka.
"Bagi diri saya tidak (tergugat), lebih ramai lebih meriah...ahli Umno di peringkat akar umbi cerdik, mereka tahu mana pemimpin yang benar-benar berjuang untuk mereka," katanya
Ini sebagai bukti jasa Azeez Rahim pada pengundi Baling.

Kerana jasa dan khidmatnya membela serta prihatin pada rakyat beliau diberi tanggungjawab untuk menerajui  Lembaga Tabung Haji.Antara khidmat prihatin beliau adalah turun padang menziarahi keluarga peneroka Felda Bukit Easter, Allahyarham Daud Kamsani yang meninggal ketika berada di Tanah Suci, baru-baru ini.

Dalam ucapan ringkasnya selepas majlis bacaan tahlil, beliau yang juga Ahli Parlimen Baling menzahirkan ucapan takziah bagi pihak TH di atas pemergian Allahyarham Daud dan berharap keluarganya diberi kekuatan dan ketabahan untuk menghadapi dugaan tersebut.

Beliau turut mengumumkan pihak LTH akan melaksanakan ibadah haji badal untuk pihak Allahyarham tanpa sebarang bayaran.

Pada majlis sama, beliau menyampaikan bantuan khairat kematian berjumlah RM1,500 kepada Saniah.

Allahyarham Daud Kamsani, 64 yang berasal dari Felda Bukit Easter, dekat Kota Tinggi disahkan meninggal akibat masalah jantung pada 15 September lalu, jam 9 pagi waktu Madinah.

Datuk Azeez Rahim mengunakan motto #Prihatin #Ikhlas dan #terusberjuang. Setiap kesusahan rakyat perlu mendapat keperihatinan Pemimpin atasan. Disamping itu juga Keikhlasan perlu ada pada jiwa mereka. Meneruskan perjuangan membela rakyat.


Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive