Monday, September 30

JOM PAKAT KEMPEN GUNA FACEBOOK........ Pemilihan Umno


Peraturan dah berubah, Dulu tak dibenarkan tapi kini dah boleh kempen guna Facebook. Tapi kesian kat kami yang ada blog, twitter dan instagram. Apa kata MKP cadangkan benarkan semua medium media sosial yang ada. Bukan nak luak pun.

Calon-calon yang bertanding dalam pemilihan Umno bulan depan diberi kelonggaran untuk berkempen menggunakan laman sosial seperti Facebook.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno, Tan Sri Tajol Rosli Ghazali berkata, parti itu memutuskan untuk membenarkan calon-calon yang bertanding untuk mendekati pengundi melalui platform rangkaian media sosial dalam talian.

"Lembaga disiplin Umno akan bertindak jika mereka melanggar kod etika.

"Namun memberi kebenaran kepada calon-calon yang ingin menggunakan Facebook untuk memperkenalkan diri masing-masing. Ini tidak akan menjadi masalah, " katanya di institut latihan parti Umno di Janda Baik, di sini pada Ahad.

Kebenaran itu dibuat berikutan rayuan oleh beberapa calon agar membolehkan lebih banyak fleksibiliti diberikan tanpa melanggar kod etika parti.

Kod etika parti menghalang calon daripada melakukan kempen terbuka termasuk menganjurkan majlis bagi mempengaruhi pengundi.

Menurut calon yang bertanding, peningkatan jumlah pengundi daripada 2,500 pada pilihan raya sebelum ini kepada 146,000 pada tahun ini memaksa mereka menggunakan banyak saluran untuk berkempen.

Proses pengundian bagi sayap Pemuda, Wanita dan Puteri Umno akan diadakan pada 12 Oktober ini manakala manakala pengundian bagi jawatan Majlis Tertinggi adalah pada 19 Oktober.

Pengundi akan membuang undi mereka di bahagian-bahagian masing-masing.

Menurut Tajol beliau mencadangkan kepada pengurusan parti supaya mengiklankan senarai nama calon yang bertanding di peringkat Majlis Tertinggi agar mendapat pendedahan yang mencukupi.

Sementara itu, Setiausaha Kerja Umno, Datuk Abdul Rauf Yusoh berkata ibu pejabat Umno akan mengumumkan senarai akhir calon-calon yang layak bertanding selepas selesai proses pemeriksaan bagi mengelakkan calon yang diisytiharkan muflis atau pernah disabitkan dengan kesalahan jenayah turut bertanding pada 7 Oktober.

Pada hari yang sama, parti itu juga akan mengumumkan keputusan rayuan yang dibuat oleh calon-calon yang pencalonan mereka ditolak lebih awal.MSTAR

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive