Friday, August 2

Helikopter Nuri TUDM Mendarat Cemas Di Kem Gubir


Sebuah helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terpaksa melakukan pendaratan cemas dalam kawasan Kem Gubir, Sik, Kedah, petang tadi.

Dalam kejadian jam 3 petang tadi, helikopter yang berpangkalan di Pangkalan Udara Butterworth sedang melakukan penerbangan yang membawa empat anak kapal dan 11 anggota Tentera Darat untuk misi ulang bekal.

TUDM dalam satu kenyataan memaklumkan, semua anak kapal termasuk penumpang helikopter selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

TUDM juga sudah menghantar pasukan penyelamat ke kawasan insiden dan akan menubuhkan pasukan penyiasatan bagi mengenal pasti punca kejadian.

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive