Monday, September 2

HARGA MINYAK RON95 NAIK PADA MALAM INI....... @NajibRazak


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan diesel dan minyak petrol RON95 naik 20sen seliter mulai tengah malam ini.

Najib mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya sebentar tadi.

Kali terakhir harga RON95 dikaji semula adalah pada Disember 2011 apabila harga minyak naik daripada RM1.85 seliter kepada RM1.90.

Setakat ini, beberapa negara di rantau Asia seperti China dan Indonesia sudah menaikkan harga minyak di negara masing-masing ekoran kesukaran untuk menampung kenaikan harga bahan api itu.
Secara amnya kerajaan membelanjakan kira-kira RM10 bilion setahun untuk subsidi diesel dan petrol.

Ia hasil pemberian subsidi besar kepada petrol dan diesel termasuk gas memasak oleh kerajaan.

Daripada sebanyak 227 negara di dunia, Malaysia berada pada kedudukan nombor lapan negara paling murah menjual petrol dan diesel kepada rakyatnya.

Kerajaan memberi subsidi sebanyak 90.4 sen untuk setiap liter diesel serta 90 sen untuk setiap liter petrol RON 95.

Untuk diesel rakyat hanya perlu membayar RM1.80 seliter, bukannya RM2.74.

Begitu juga harga petrol RON95 yang mana rakyat hanya perlu membayar RM1.90 seliter.

Tanpa subsidi sebanyak 90 sen seliter, harga petrol RON95 sepatutnya RM2.80 seliter.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive