Friday, September 30
MAHADIR AKAN KUBURKAN ANWAR IBRAHIM........?
Tun Dr Mahathir Mahathir mempamerkan belang politiknya sekali lagi. Semakin hampir pilihanraya umum ke-14, semakin gesit Mahathir menyusun langkahnya mahu mengepalai pembangkang.
Setelah berjaya dalam pusingan pertama menguji tahap penerimaan parti-parti pembangkang terhadap beliau dan partinya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), beliau kini menyusun langkah memasuki litar politik kedua.
Kali ini Mahathir bertindak lebih berani. Beliau mengacah kesepaduan dan ketulusan parti-parti pembangkang apabila melontarkan nama presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon perdana menteri.
Mahathir memang maklum bahawa Pakatan Harapan – DAP, PKR dan Amanah -- sudah mengambil pendirian bahawa jika mereka menumbangkan Umno-BN, calon perdana menteri ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Namun dalam satu ceramah di London minggu lalu, Mahathir melontarkan nama presiden partinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai bakal perdana menteri jika pembangkang menang PRU ke-14 kelak.
Sebagai seorang ahli politik veteran, Mahathir sudah pasti dapat menduga bahawa tindakannya itu pasti mengundang reaksi daripada pemimpin-pemimpin pembangkang.
Di sini jelas kelicikan Mahathir. Beliau ingin tahu berapa ramai di kalangan pimpinan pembangkang yang sudah mula menilai politik pembangkang dari luar kepompong pemikiran reformasi Anwar.
Mahathir mahu mengukur sejauh mana kemunculan beliau dan PPBM dalam senario politik negara sudah mula mengubah cara berfikir dan bertindak pembangkang.
Lebih tepat lagi Mahathir mahu menguji sejauh pengaruh dan kepemimpinannya boleh menggerhanakan karisma Anwar yang selama ini memonopoli pengaruh kepimpinan pembangkang.
Yang nyata Mahathir sudah mendengar sendiri pengumuman bekas musuh nombor satunya, Lim Kit Siang bahawa beliau sanggup menyokong pendirian dan perjuangannya.
Beliau juga dapat menyelami bahawa di kalangan pimpinan PAS masih ada yang mengambil sikap tegas dan tidak mahu langsung mendekati apatah lagi mahu bekerjasama dengan Umno.
Mahathir juga dapat membaca persepsi umum bahawa pembangkang sebelum ini terkesima dengan karisma dan bersimpati dengan nasib politik Anwar, adalah tidaklah begitu tepat.
Sejak dibebaskan pada 2004, Anwar menghadapi saingan daripada Tun Abdullah Badawi, seorang pemimpin Umno yang dianggap lemah oleh Mahathir sehingga Anwar mampu memadamkan majoriti dua pertiga Umno-BN pada PRU 2008.
Mahathir juga maklum bahawa janji Anwar mahu mengambil alih kerajaan dengan memancing beberapa ahli parlimen BN pada 16 September 2008 gagal ditunaikan dan ini mengecewakan ramai penyokong Pakatan Rakyat ketika itu.
Namun politikus veteran itu sedar bahawa ramai pemimpin Pakatan Rakyat ketika itu hanya memendamkan kekecewaan mereka kerana tiada pemimpin lain yang dapat menandingi kaliber Anwar.
Kini Anwar dalam penjara. Mahathir pula sudah mula diterima dalam barisan pembangkang. Mahathir juga menyedari bahawa PRU ke-14 mungkin berlaku dalam tempoh terdekat. Masa ini paling sesuai menggugah mitos kepimpinan Anwar.
Selain itu, Mahathir juga mungkin tidak lupa kesilapan besar Anwar mahu menjadi Menteri Besar Selangor dan menjadikan negeri itu papan anjal politik menebar pengaruh dan kekuatan politik pembangkang seluruh negara.
Langkah Kajang yang digerakkan Anwar bukan sahaja menghumbannya ke penjara buat kali kedua, ia juga melebarkan lagi rekahan politik dalam partinya sendiri.
Persoalan siapa bakal perdana dilontarkan Mahathir dalam ceramah di luar negara adalah semboyan politik untuk mengisyaratkan bahawa beliau bersedia kembali mengungguli politik Malaysia.
"Tapi pada masa ini kita belum buat keputusan, kecuali jika pembangkang menang, besar kemungkinan perdana menteri adalah Muhyiddin.
"Tetapi ia bergantung kepada parti dan ia juga bergantung kepada rakan pakatan yang lain mengenai siapa yang sepatutnya menjadi perdana menteri," katanya.
Maknanya, Mahathir langsung tidak mengambil kira untuk memberi peluang Anwar dibebaskan dan kemudian diusahakan untuk menjadi perdana menteri yang sah. Dalam perkataan lain, Mahathir tidak mahu Anwar bebas.
Beliau juga sempat menyelitkan beberapa kebarangkalian yang mungkin berlaku di antaranya ada pihak yang akan kecewa jika idea siapa bakal perdana menterinya jadi perbincangan utama.
Namun Mahathir tetap memajukan ideanya itu dengan perakuan bahawa jika Muhyiddin dipilih, partinya, PPBM sudah ada mekanisme untuk mengawal perdana menteri supaya tidak mutlak berkuasa.
"Perdana menteri masa depan tidak akan terlalu bebas kerana dalam parti baru (PPBM), kita mempunyai bukan sahaja presiden tetapi juga pengerusi," katanya.
Dr Mahathir, yang juga Pengerusi PPBM berkata, pengerusi parti itu perlu berunding mengenai urusan kerajaan untuk memastikan bahawa perdana menteri tidak membuat keputusan sendiri.
"Sudah tentu beliau mempunyai kabinet. Tetapi kabinet kadang-kadang menjadi terlalu patuh kepada perdana menteri kerana beliau melantik mereka, (maka) mereka tidak akan menentang.
"Parti baru (PPBM), kami memastikan kuasa presiden akan tertakluk kepada perjanjian dengan sekumpulan AJK di dalam parti," katanya.
Yang pasti kempen melobi untuk meletakkan PPBM sebagai parti peneraju sudah bermula. Seraya itu Mahathir pun sudah memberi isyarat bahawa jika PPBM memimpin pembangkang, beliau akan terbabit langsung dalam pemerintahan Malaysia.
Tinggallah Anwar meronta-ronta dalam penjara melihat bagaimana Mahathir menyambar dan mengambil alih teraju kepimpinan Barisan Rakyat dari genggamannya.
Wednesday, September 28
DAP TAKUT HILANG KUASA........?
DAP mahu memintas apa yang disyakinya satu percubaan menggunakan strategi persempadanan semula kawasan pilihanraya untuk memberi kelebihan kepada Umno-BN dalam pilihanraya umum (PRU 14).
Seperti usaha melindungi wibawa Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng yang menghadapi tuduhan rasuah, DAP mengesyorkan Selangor pula mengadakan pilihanraya negeri mengejut.
Rasionalnya, jika pilihanraya negeri diadakan di Selangor, sudah pasti ia perlu menggunakan sempadan kawasan-kawasan pilihanraya sedia ada dan secara langsung ia akan melengahkan proses cadangan persempadanan baru.
Demikian dalam kecurigaan DAP terhadap Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang melakarkan cadangan itu. Tindakan DAP itu sudah tentu mempunyai implikasi kewangan yang besar; baik di sisi SPR mahupun parti-parti politik.
Ini membayangkan disegi kewangan DAP memang sudah bersedia dengan biaya pilihanraya negeri dan mencongak bahawa risiko yang diambil itu tentu berbaloi.
DAP juga yakin menang lebih besar lagi dan menganggap langkah ini membuka peluang padanya mengambil balik beberapa kerusi yang “dipinjamkannya” pada PAS dalam PRU 13 lalu.
DAP juga nampaknya yakin tiada kerusi miliknya di Selangor akan terlepas pada Umno-BN. Maka sekaligus jika dapat menokok jumlah sedia ada, DAP mahu memiliki majoriti dalam Dewan Undangan Selangor.
Sasaran tersirat ialah DAP mahu merampas peluang memastikan PKR dan Amanah memiliki bilangan kerusi yang jauh lebih rendah berbanding sekarang yang akan memaksa mereka tuntas akur pada kepimpinan DAP di Selangor.
PKR insaf keberangkalian ini boleh berlaku. Sebab itu, Timbalan Presiden PKR merangkap Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali bingkas menolak cadangan yang dibuat oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang itu.
Kedudukan PKR goyah
Azmin mahu mencari jalan selamat. Beliau tahu kedudukan kerajaan pimpinannya itu agak rapuh kerana sukar meramalkan tindak tanduk sekutu PKR, iaitu PAS dalam senario ini.
Jika DAP mampu menambah bilangan 15 kerusinya ketika ini, dan PAS pula keberatan akur pada strategi satu lawan satu, Azmin tentu cemas akan kedudukan dan pencapaian PKR kelak.
PAS pasti meletakkan calon menentang DAP dan Amanah sekaligus. Ini bukan rahsia. Dengan PAS bekerja keras menentang DAP dan Amanah, teras akar umbi PKR mungkin mudah digoncang Umno.
Bukan juga satu rahsia bahawa PAS mempunyai jentera pilihanraya peringkat akar umbi yang terbaik di kalangan PKR dan DAP seperti terbukti dalam PRU-12 dan PRU 13 lalu.
Nampaknya pimpinan pusat PKR pun sedar akan risiko pilihanraya negeri mengejut. Sebab itu Setiausaha Agungnya, Rafizi Ramli mengatur langkah membentangkan usul persendirian dalam sidang Dewan Rakyat bulan depan.
Pada permukaannya tindakan PKR itu ialah bagi mencadangkan pemindahan kuasa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kepada sebuah badan bebas untuk melaksanakan persempadanan semula.
Rafizi berkata syornya itu akan melibatkan pindaan seksyen 8 Perlembagaan Persekutuan dan Artikel 113 yang melibatkan proses pilihan raya.
"Pindaan tersebut akan mengasingkan kuasa melaksanakan persempadanan semula dari SPR dan dipindahkan kepada satu badan bebas yang ditubuhkan untuk melakukan persempadanan semula secara adil di bawah satu perkara baru iaitu Perkara 113A," katanya.
Walhal umum dapat membaca tujuan sebenarnya ialah untuk meregang seberapa mungkin isu ini dan membina persepsi negatif terhadap kerajaan dan PKR. Strategi jangka panjang ini boleh digunakan sehingga ambang PRU 14.
Pembangkang ambil kesempatan
Ini salin tak tumpah dengan kempen membatalkan keputusan penuh pilihanraya ke 13 lalu kerana kononnya, ada beribu-ribu pengundi hantu dari Bangladesh dibawa masuk dan diiktiraf SPR layak mengundi untuk BN.
Pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan memang cekap menyambar peluang untuk menang; bukan sahaja dalam saingan dengan Umno-BN, tetapi mahu mengalahkan rakan sendiri.
DAP melihat peluang terbuka untuk mengaut dividen politik ketika pengundi Melayu keliru dengan hakikat kini sudah ada lima parti yang mendambakan undi mereka – PKR, PAS, Amanah dan PPBM.
Sebab itu DAP menggalakkan keempat-empat parti berkenaan melakar apa jua strategi untuk merobek “kesetiaan dan keyakinan” pengundi Melayu-Islam terhadap Umno.
Walhal DAP sedar apa yang sebenarnya berlaku ialah undi yang mampu diraih oleh setiap lima berkenaan semakin kecil dibelah perbezaan ideologi dan amalan politik sesama mereka.
Selaras itu Lim Kit Siang awal-awal lagi mengumumkan beliau tiada masalah bekerjasama dengan musuh politik nombor satu yang pernah memenjarakannya, Tun Mahathir Mohamad.
Cadangan Kit Siang supaya pilihanraya negeri mengejut diadakan dilihat berlumuran dengan strategi licik ini.
Tidak mustahil juga dalam keadaan hiruk pikuk pilihanraya negeri Selangor berlangsung, DAP juga mencongak menghidupkan ideanya untuk turut memaksa pilihanraya mengejut juga diadakan di Pulau Pinang.
Sekali lagi yang akan tertekan ialah PKR sehingga ada laporan bahawa DAP “membocorkan” rayuan PKR supaya jika mahu diadakan pilihanraya negeri Pulau Pinang diadakan, PKR merayu diberikan beberapa kerusi “selamat”.
Natijahnya, bukan sahaja pendekatan ini boleh melengahkan pelaksanaan persempadanan semula yang sah di sisi Perlembagaan negara diadakan tetapi sekaligus mengukuhkan lagi kedudukan politik DAP sendiri.
Tuesday, September 27
#Formula12016 Bersama @MyRapidKL Konsert #Usher @AzmiAziz60
Rapid KL menyediakan perkhidmatan bas pengantara kepada para peminat perlumbaan Formula Satu (F1) di Litar Sepang bermula Jumaat hingga tengah malam Ahad ini.
Orang ramai boleh menikmati perjalanan yang mudah bagi menyaksikan dua acara, termasuk konsert Usher, di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) dengan perkhidmatan RapidKL.
Ketua Pegawai Operasi untuk perkhidmatan bas Rapid KL, Mohd Azam Omar berkata, pihaknya akan menyediakan bilangan bas yang mencukupi untuk menampung peminat Formula 1 dan juga peminat Usher.
"Perkhidmatan bas Rapid KL yang terhubung dengan rangkaian LRT dan Monorel, peminat sebenarnya boleh menggunakan perkhidmatan awam secara menyeluruh dari rumah mereka untuk ke Litar Antarabangsa Sepang," katanya.
Tambah beliau, bas pengantara RapidKL akan memulakan operasi seawal jam 8 pagi pada Jumaat dari dua lokasi di Kuala Lumpur iaitu di KL Sentral dan KLCC serta dari terminal klia2 selain menyediakan perkhidmatan ulang alik percuma di sekitar litar untuk memudahkan peminat bergerak ke tempat duduk masing-masing.
"Perkhidmatan bas dari Litar Sepang untuk ke pusat bandar Kuala Lumpur dan klia2 akan bermula dari pukul 4 petang dan berakhir pada pukul 7.30 malam pada hari Jumaat dan Sabtu.
"Untuk Ahad, perkhidmatan itu dilanjutkan sehingga 22:30 malam untuk menampung mereka yang menghadiri konsert Usher itu," ujarnya.
Tiket bas ditetapkan pada harga RM35 untuk perjalanan pergi balik dari KLCC dan KL Sentral manakala tambang RM20 untuk perjalanan sehala, manakala tiket dari dan ke klia2 ditawarkan pada harga RM12 sahaja.
Orang ramai boleh membeli tiket bas di kios khas di KLCC, KL Sentral, klia2 dan di Litar Sepang.
Mereka juga boleh membuat pra-pembelian tiket di stesen LRT Putra Heights, KLCC dan KL Sentral.
#BarisanSampah Atau #BarisanRakyat
Parti Amanah Negara (PAN) sudah mula menunjukkan belangnya apabila ada pemimpin mereka meminta Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) memberikan kerjasama ke atas penubuhan gabungan pembangkang dengan menggunakan satu logo sahaja iaitu Barisan Rakyat (BR).
Cadangan mewujudkan BR untuk semua parti pembangkang dengan menggunakan satu nama, bendera dan logo rasmi itu telah diusulkan oleh oleh Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Beliau merasakan ia mustahak untuk pembangkang ketika berdepan dengan pertandingan satu lawan satu dengan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 nanti bagi mengelakkan undi terpecah.
Gesaan kepada ROS itu dibuat oleh Timbalan Presiden PAN, Salahuddin Ayub selepas mengadakan perbincangan dengan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Persoalan di sini ialah, PAN sebenarnya bernaung di bawah kerjasama dengan parti mana? Selama ini semua sudah maklum bahawa PAN bersama Pakatan Harapan tetapi kini ia menyokong BR. Adakah PKR dan DAP tahu akan gesaan yang dibuat oleh Salahuddin ini?
"Cuma halangan terbesar dalam idea itu adalah sebagaimana kami lalui sewaktu zaman Pakatan Rakyat dahulu, kita kemukakan permohonan kepada ROS tetapi sampai PRU-13, ROS mendiamkan diri. Itu isunya.
"Kita tak putus asa, sekiranya semua parti (pembangkang) bersetuju, kita boleh mendapat kata sepakat dan akan adakan pertemuan dengan ROS untuk mereka luluskan pendaftaran apa saja nama sama ada Pakatan Harapan atau Harapan Rakyat, untuk berdepan satu lawan satu dengan BN.
"Saya harap ROS tak guna pelbagai halangan dan apa jua alasan, izinkan kami didaftarkan dan kami boleh guna satu lambang pada PRU akan datang," katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Setahun PAN di Muar, Sabtu lepas.
Adakah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan bersetuju dengan gesaan yang dibuat Salahuddin itu? Sebelum ini sudah beberapa kali idea seperti ini diketengahkan tetapi pembangkang enggan bersatu di bawah satu nama dan satu lambang rasmi.
Adakah perkembangan ini menunjukkan PAN sudah menghitung kemungkinan untuk bekerjasama erat dengan PPBM memandangkan anggotanya merupakan kumpulan serpihan kepada PAS dan UMNO?
Ia pasti menarik perhatian ramai yang ingin melihat reaksi DAP, yang merupakan parti yang berpengaruh kuat dalam Pakatan Harapan. Adakah DAP akan menerima cadangan tersebut dan bagaimana pula dengan PKR. Adakah mereka mahu bertanding pada PRU ke-14 dengan hanya menggunakan satu nama sahaja?
Apa pun pendirian PAN itu hanya akan menyerlahkan lagi kekeliruan hala tuju parti yang dipimpin oleh Mohamad Sabu itu.
Monday, September 26
TAHNIAH TUN MAHADIR PECAHKAN PEMIMPIN PKR...
Kalau kesan daripada ubat yang tidak diingini dipanggil “side effect”, maka sesuai juga jika kita panggil kesan daripada penerimaan Tun Dr. Mahathir Mohamad ke atas pembangkang juga ada kesan sampingan.
Kemasukan Mahathir ke dalam pembangkang sebenarnya dibuat melalui pintu belakang. Jika Anwar dimasukkan ke penjara kerana kemasukan belakang secara fizikal, Mahathir pula hebat, masuk belakang secara taktikal.
Seperti yang pernah dilakukan kepada UMNO hinggakan ahlinya berperang sesama sendiri berebut kuasa untuk jawatan, Mahathir pula hanya perlu cengkam tengkok Presiden untuk genggam segalanya. Malah beliau juga cuba untuk menentukan naik dan turunnya Presiden UMNO.
Ia diambil dari cara British menawan orang Melayu dulu kala. Orang Melayu diajar akur kepada Sultan dan Raja mereka, tetapi British hanya perlu tawan Sultan dan Raja Melayu, maka seluruh umat Melayu akan berada dalam genggaman British.
Kini modus operandi sama digunakan oleh Mahathir, hanya perlu cengkam Lim Kit Siang dan Azmin Ali maka beliau sudah berjaya pegang hampir seluruh pembangkang. Hanya keluarga Anwar sahaja masih belum dapat dijerut leher sepenuhnya.
DAP juga pernah menggunakan modus operandi yang sama terhadap umat Islam, mereka perlu cengkam kepala ulama sahaja, kerana percaya orang Islam hormat dan akur kepada ulama, lalu DAP menjerut leher seorang ulama, maka seluruh PAS berada dalam cengkaman DAP dalam skim Tahaluf Siyasinya.
Lim Kit Siang amat percaya Mahathir ada cara untuk selamatkan kes rasuah anaknya Lim Guan Eng dan beliau percaya Mahathir ada cengkaman ke atas orang atasan SPRM dan pengaruh kepada kehakiman.
Maka atas sebab itu Kit Siang amat memerlukan Mahathir, tambah lagi dana kepada DAP ketika pilihan raya umum (pru) ke-13 dikatakan datang dari orang yang Mahathir berikan kekayaan.
Ikatan Mahathir ke atas Kit Siang ditambah lagi dengan maklumat berkenaan DAP dan Kit Siang berada dalam pengetahuan Mahathir melalui “mole”nya Tony Pua.
Ramai tidak sangka Tony walaupun berdarah DAP, berjiwa DAP tetapi datang dan lahir dari kandang Mahathir dari Singapura.
Itulah “style” dan cara Mahathir memegang dan menggunakan seseorang atau sesebuah badan.
Tentu sudah ramai yang tahu cara Mahathir yang lain, iaitu menggunakan kelemahan dan kesalahan seseorang untuk menjerut leher mereka, seperti yang dialami oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin dan seorang Menteri Besar di sebuah negeri yang kini tersepit.
Jika tidak bekerjasama dengan Mahathir, maka akan didedahkan “inclination” dan “kesukaannya”. Jika Menteri Besar ini akur pada Mahathir maka beliau pula dipantau oleh Presiden.
Kembali semula kepada tajuk kita dimana akibat bersekongkol dengan Mahathir, pembangkang kini sudah mula kelam-kabut dan bergaduh sesama sendiri.
Terkini, pergaduhan berlaku antara Guan Eng dengan Ambiga dimana kedua-duanya saling tempelak satu sama lain. Guan Eng telah menempelak Ambiga kerana bekerjasama dengan Mahathir manakala Ambiga pula membalas semula dengan mempersoalkan kenapa bapa Guan Eng sendiri bekerjasama dengan Mahathir.
Cara mereka bergaduh seolah-olah kerjasama dengan Mahathir itu adalah satu perkara “jijik” dan meloyakan.
Terlalu jelas kepada mereka bahawa kerjasama dengan Mahathir sepatutnya hanya terhad kepada “memperalatkan” bekas Perdana Menteri itu sahaja, bukan bekerjasama sepenuhnya.
Mereka hanya mahu rapat dengan Mahathir untuk mendapat laluan kepada hati pentaksub dan orang Melayu jahil yang terlalu memuja Mahathir. Selain itu, Mahathir hanyalah satu “benda” umpama “non halal” bagi mereka.
Keluarga Anwar juga sangat menjauhi Mahathir. Ketika satu dunia berebut dan berpusu-pusu mengambil gambar Mahathir terhegeh-hegeh datang menyembah Anwar di mahkamah, tidak ada siapa pun terfikir untuk mengambil gambar Dr. Wan Azizah dan Nurul Izzah keluar angkat kaki dari mahkamah.
Mereka enggan ada apa apa dengan “orang tua hilang akal” ini.
Ramai yang tidak sedar, hanya Azmin sahaja dari PKR yang ghairah untuk mengadakan hubungan dengan Mahathir. Itu pun ada rencana sulit masa depan antara Azmin dan Tun Mahathir.
Azmin sedar jawatannya sebagai Menteri Besar dan Timbalan Presiden PKR dalam keadaan genting dan nyawa-nyawa ikan.
Maka bersekongkol dengan Mahathir adalah talian hayat buatnya, bukan atas sebab kepentingan parti. Ia sama dengan Mahathir yang bersekongkol dengan mereka bukan disebabkan agama dan bangsa, tetapi kerana kepentingan peribadi dan keluarga.
Jadi Azmin dan Mahathir bolehlah dikira sebagai “birds of a feather, flock together” atau mungkin juga “reunion of the snake”, iaitu sama sama mahu membelit.
Sementara perbalahan antara Guan Eng dan Ambiga adalah `preview' kepada apa yang akan berlaku nanti ketika PRU ke-14, dimana pembahagian kerusi dan penentuan calon untuk menghadapi UMNO.
Mahathir tidak biasa berkongsi kuasa kerana dia hanya mahu berkuasa. Anwar ketika itu akan mahu mempertahankan keluarganya sementara Azmin pula bakal jadi penghalang. Drama besar pasti akan berlaku.
Inilah kesannya apabila pembangkang yang sekian lama menjadikan Mahathir dan UMNO sebagai musuh, tiba-tiba terpaksa `overhaul' apabila Mahathir bertukar 360 darjah.
Bukan sahaja pembangkang, malah otak pentaksub Mahathir juga seperti radio, perlu ditukar untuk menerima musuh yang kini sudah menjadi kawan. Sediakan `popcorn' dan kuaci kerana kita semua akan melihat persembahan sarkis.
Dimana ada Mahathir, di situ pasti akan ada perpecahan. Selain itu akan ada ‘collateral damage” dan apa yang pasti mereka yang tidak belajar dari sejarah Mahathir akan menjadi mangsa.
Wednesday, September 21
Otai DAP Akui LKS Perguna Tun M Untuk Guling BN
Bagi peminat cerita politik kedai kopi, semua maklum Mahathir Mohamad memang sanggup buat apa sahaja demi ‘guling’ kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dipimpin Datuk Seri Najib Tun Razak.
Asalnya cuba ‘jaja’ isu konon 1MDB korup, berkempen calon pembangkang ketika pilihan raya kecil, Deklarasi Rakyat, tubuh parti sendiri hinggalah jumpa Yang di-Pertuan Agong yang mulanya didakwa dikurung dalam rumah.
Hal ini ramai yang tahu… tetapi siapa sangka kali ini boleh keluar daripada mulut bekas orang kuat DAP sendiri, Hew Kuan Yau, yang menjelaskan kenapa Lim Kit Siang bekerjasama dengan Mahathir untuk menumbangkan BN.
Video sensasi si otai daripada parti berlogo roket ini yang secara terbuka mendakwa Kit Siang sendiri sengaja menggunakan Mahathir untuk menggulingkan perdana menteri mendapat perhatian netizen malah ramai terkejut!
Kuan Yau, yang juga dikenali sebagai ‘Superman’ kerana gemar memakai baju-T dengan logo adiwira tersebut menggunakan ungkapan ‘qi ma sa ji’.
Ia bawa maksud ‘tunggang kuda untuk bunuh ayam’. Kuan Yau mendakwa Kit Siang telah berjaya menggunakan Mahathir, yang juga Pengerusi Parti Bersatu Pribumi Malaysia bagi agenda kempen DAP, Selamatkan Malaysia.
“Kami guna Mahathir untuk bunuh ayam,” katanya dalam klip video berdurasi 43 saat itu, sambil mendakwa penasihat DAP itu telah mencari pelbagai cara untuk ‘menyelamatkan Malaysia’ sejak sekian lama tetapi gagal.
“Kami (DAP) menyelamatkan Mahathir dan kami telah mempergunakan beliau sebagai alat demi mengalahkan Najib. Jika anda mahu saya diam, saya hanya akan lebih kuat bersuara, hanya selepas itu anda akan takut,” katanya.
Namun, tidak jelas mesej itu sebenarnya ditujukan kepada siapa. Kuan Yau, Ketua DAP Teluk Intan mengumumkan keluar parti pada Julai lalu dengan menyatakan bahawa langkah itu konon adalah untuk ‘gambaran besar’ DAP.
Kelakarnya, beliau berkata, musuh politik DAP telah menggunakan dirinya sebagai alasan untuk menyerang parti, sambil menambah kata-kata beliau telah diputar belit oleh ‘cybertrooper’ BN pula.
Asalnya cuba ‘jaja’ isu konon 1MDB korup, berkempen calon pembangkang ketika pilihan raya kecil, Deklarasi Rakyat, tubuh parti sendiri hinggalah jumpa Yang di-Pertuan Agong yang mulanya didakwa dikurung dalam rumah.
Video sensasi si otai daripada parti berlogo roket ini yang secara terbuka mendakwa Kit Siang sendiri sengaja menggunakan Mahathir untuk menggulingkan perdana menteri mendapat perhatian netizen malah ramai terkejut!
Kuan Yau, yang juga dikenali sebagai ‘Superman’ kerana gemar memakai baju-T dengan logo adiwira tersebut menggunakan ungkapan ‘qi ma sa ji’.
Ia bawa maksud ‘tunggang kuda untuk bunuh ayam’. Kuan Yau mendakwa Kit Siang telah berjaya menggunakan Mahathir, yang juga Pengerusi Parti Bersatu Pribumi Malaysia bagi agenda kempen DAP, Selamatkan Malaysia.
“Kami guna Mahathir untuk bunuh ayam,” katanya dalam klip video berdurasi 43 saat itu, sambil mendakwa penasihat DAP itu telah mencari pelbagai cara untuk ‘menyelamatkan Malaysia’ sejak sekian lama tetapi gagal.
“Kami (DAP) menyelamatkan Mahathir dan kami telah mempergunakan beliau sebagai alat demi mengalahkan Najib. Jika anda mahu saya diam, saya hanya akan lebih kuat bersuara, hanya selepas itu anda akan takut,” katanya.
Namun, tidak jelas mesej itu sebenarnya ditujukan kepada siapa. Kuan Yau, Ketua DAP Teluk Intan mengumumkan keluar parti pada Julai lalu dengan menyatakan bahawa langkah itu konon adalah untuk ‘gambaran besar’ DAP.
Kelakarnya, beliau berkata, musuh politik DAP telah menggunakan dirinya sebagai alasan untuk menyerang parti, sambil menambah kata-kata beliau telah diputar belit oleh ‘cybertrooper’ BN pula.
Monday, September 19
TUN MAHADIR IBARAT SAMPAH YANG TIDAK BERGUNA.....
Ketika Nazri Aziz membuat komen menyatakan Mahathir hanya membuang masa YDP Agong untuk bertemu dengan baginda, ramai pula yang menempelak Nazri tanda tidak menyukai kenyataan yang dibuat oleh Nazri Aziz itu.
Mereka melihat kononnya ia datang dari ego seorang Menteri UMNO.
Namun dari kesemua mereka amat sedikit pula yang mengambil intipati apa yang diucapkan oleh Nazri Aziz itu perkara yang benar ataupun tidak.
Kerana sudah berpihak dan benci kepada Nazri dan menyanjung Tun Mahathir membuta tuli, maka tiada ruang untuk berfikir lagi.
Sebenarnya , apa yang dinyatakan oleh Menteri UMNO itu banyak kebenarannya.
Negara kita tidak mengamalkan sesuatu “demand” atau “kehendak” seperti yang dimahukan oleh mantan Perdana Menteri Tun Mahathir melalui pengumpulan tandatangan.
Perdana Menteri Malaysia naik melalui sistem undi dan parti mana yang banyak jumlah kerusinya.
Bahkan parti yang jumlah kerusinya sedikit pun, pemimpinnya boleh jadi Perdana Menteri jika komponen yang lain sanggup bersatu dalam penjumlahan kerusi.
Maka parti yang banyak kerusi sudah tentulah mahukan wakil dari parti mereka yang memimpin, walaupun memberi sokongan kepada parti yang jumlah kerusinya sedikit itu "legally right", namun amat jarang bahkan belum pernah berlaku lagi di Malaysia.
Ketika Barisan Nasional menang PRU13, pihak pembangkang telah bermain persepsi bahawa mereka telah menang "popular vote” dan BN katanya telah tewas.
Tetapi mereka lupa, sistem pemilihan berdasarkan kerusi dan bukan "popular vote".
Parti parti berlawan untuk mendapat penjumlahan kerusi, dan bukan "popular vote".
Jika Raja Petra menyatakan bahawa Mahathir terduduk diam ketika ditanya oleh Yang Dipertuan Agong, maka hal itu ada kebenarannya.
Masakan tidak, Mahathir mendakwa ada 1.4 juta tandatangan deklarasi tetapi apakah perkara itu sahih kerana sudah ada pihak mendedahkan pangkalan data palsu yang digunakan.
Yang Dipertuan Agong juga hanya berjumpa Mahathir di Istana Anak Bukit dan bukannya di Istana Negara. 19 Mei 2016, Mahathir mendakwa Agong dikenakan tahanan rumah oleh kerajaan.
Mahathir dakwa pada masa itu, beliau gagal menyerahkan tandatangan 1.4 juta itu kepada Yang Dipertuan Agong. Terbukti dakwaan itu tidak benar bila Yang Dipertuan Agong hadir pada satu program lain pada masa itu.
Kali ini, barangkali Mahathir terdiam kerana membuat tuduhan liar tersebut terhadap Yang Dipertuan Agong. Terdiam bermakna Mahathir sendiri tahu dia silap. Tetapi di hadapan penyokongnya, Mahathir tidak pernah mengaku silap.
Berbalik kepada kisah diatas , amat malang bagi mereka yang menyokong Tun Mahathir secara membabi buta, mereka terlupa tindakan Tun Mahathir itu sebenarnya satu tindakan bodoh dan sia sia.
Tun Mahathir lebih tahu dan masak berkenaan sistem negara dan apa yang cuba dilakukan oleh Tun Mahathir berkenaan serahan 1.4 uta lebih tandatangan kepada YDP Agong hanyalah mahu mendapat “political mileage” , atas sebab mahu menunjukankan bahawa isu yang dia bawa amat lah berat dan serius.
Ia semata mata kerana mahu Datuk Seri Najib dilucutkan jawatan Perdana Menteri.
Kenapa tindakan Tun Mahathir diangap sia sia dan buang masa?
Jawapan nya sangat mudah.
Jika Tun Mahathir berjaya dengan apa yang dia kehendaki hanya dengan membawa 1.4 juta lebih tandatangan, apakah UMNO tidak boleh membawa 1.4 juta tandatangan dan mengadap Tuanku mahukan Tun Mahathir di penjarakan kerana sabotaj?
Atau kerana korupsi dan penipuan ketika menjadi Perdana Menteri?
Tindakan Mahathir jika dilayan oleh Baginda Tuanku, maka ia akan “set Precedent” kepada tindakan lain.
Jika tandatangan boleh turunkan Perdana Menteri, esok Perdana Menteri yang Tun Mahathir naikkan, akan diturunkan dengan cara sama, iaitu seseorang hanya perlu mengumpulkan tandatangan sahaja untuk mengadap Duli Tuanku.
Apa alasan Tuanku menolak jika , telah pernah menerima isu yang sama?
Itu sebab dikatakan sia sia dan buang masa Tuanku YDP Agong oleh Nazri Aziz.
Sambil itu tanpa disedari, Tun Mahathir telah menghina rakyat, mereka dibodohkan untuk berkempen dan berkerja untuk menangkan parti, lalu turun mengundi, tetapi orang seperti Tun Mahathir hanya perlu membawa petition tandatangan sahaja untuk memperbodohkan semua rakyat yang turun mengundi kerana undi mereka batal kerana tandatangan yang dibawa oleh Mahathir.
Mahathir juga menghina parti Pribumi nya sendiri kerana sedang sibuk mencari ahli dan mengedar borang keahlian sedangkan Perdana Menteri boleh diturunkan hanya dengan tandatangan.
Bubar sahajalah parti Pribumi itu.
Pada keseluruhan hal ini terlalu jelas isu 1MDB yang selama ini dijaja oleh Tun M , hanyalah satu temberang besar sahaja, apabila kedaaan terdesak Tun Mahathir melihatkan ia bukan kerana 1MDB tetapi kerana hal hal lain.
Amat benar seperti kata seseorang, semakin Najib berjaya “drag” isu Mahathir dengannya selama lama mungkin, maka semakin akan terdedah bahawa Mahathir ada agenda lain dan 1MDB itu hanya satu “skim Ponzi” ciptaan Mahathir untuk pikat dan umpan rakyat sahaja.
Dan nyata sekali Mahathir sendiri sudah lari dari skrip ciptaan sendiri, yang tidak boleh pun cuba dibolehkan nya, semua yang dulu diludah kini dijilatnya kembali tanpa rasa malu dan segan.
Mahathir disinis dan diperli tanpa sedar oleh YDP Agong, mengizinkan Tun Mahathir mengadap juga satu tempelak kepada Mahathir, bahawa bohong Mahathir kepada rakyat bahawa baginda berada dalam “house arrest” telah dijawap, tanpa disedari.
Sungguh sedih, orang setaraf Mahathir tidak dipedulikan oleh YDP Agong.
Saturday, September 17
KESIAN AHLI BUNGA PPBM DIPERALATKAN MAHADIR....
Anggota PPBM Diperalatkan Sebagai Batu Loncatan Capai Kepentingan Peribadi - Abdul Rahman Dahlan
Orang ramai yang ingin menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) perlu sedar bahawa mereka akan hanya dijadikan batu loncatan diguna untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata tidak dapat dinafikan matlamat PPBM adalah untuk kepentingan peribadi dan bukan membela nasib rakyat.
"Perjuangan PPBM ini hanya untuk mengaibkan perdana menteri; memastikan beliau (Najib) turun daripada jawatan... Kalau Najib turun sebagai Presiden UMNO, adakah PPBM akan terkubur?.
"Kalau begitu Pengerusi PPBM Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin kena berterus terang dengan mereka yang sedang giat diminta untuk menjadi ahli.
"Saya rasa mereka kena berterus-terang bahawa perjuangan mereka hanyalah perjuangan peribadi untuk melihat Najib diturunkan, tidak kurang dan tidak lebih daripada itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan serentak sayap Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Larut di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas kenyataan Muhyiddin baru-baru ini yang bersetuju untuk meletakkan agenda pembebasan bekas ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari penjara untuk bersama dalam pakatan pembangkang.
Abdul Rahman yang juga Pengarah Strategik dan Komunikasi Barisan Nasional menarik perhatian apabila berkata mereka yang menjadi ahli PPBM akan terbiar begitu sahaja selepas matlamat jahat parti itu untuk menjatuhkan Najib tercapai.
Selain itu, Abdul Rahman yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata walaupun pelbagai taktik jahat diguna untuk menjatuhkan Najib, namun anggota UMNO di semua peringkat tidak sedikitpun terpedaya.
Sebaliknya, anggota UMNO terus mengiktiraf Najib sebagai perdana menteri yang mempunyai visi serta misi jangka panjang untuk memajukan negara.
"Kita bukan hanya ada perdana menteri yang duduk di pejabat tapi yang sering memikirkan strategi untuk majukan negara dari segi ekonomi dan politik.
"Saya rasa orang dah jemu dengan taktik yang digunakan Dr Mahathir dan Muhyiddin," katanya.
PENGORBANAN SEORANG AYAH DEMI TUGASAN #MMMSL @NajibRazak @AzmiAziz60
Sebaik saja berakhir perkhidmatan Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line (MMMSL) di Tanah Suci Mekah petang semalam, Pengarah Urusannya, Ahmad Jamaluddin Salleh tidak menunggu lama untuk meraikan kejayaan operasi musim haji 1437H, yang merupakan operasi tahun kedua kendalian Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana).
Malahan, majlis kenduri kesyukuran yang diatur hari ini (16 September) di Depoh MMMSL untuk semua staf dan kakitangan serta bakal dihadiri oleh Pengerusi Kumpulan Prasarana, Tan Sri Ismail Adam dan para pegawai tinggi lain terpaksa diabaikan.
“Saya terpaksa pulang ke Kuala Lumpur malam ni. Penerbangan saya pukul 2 pagi ni (16 September). Berkemaspun belum lagi ini. Saya kena balik … kena tengok dan mengucup ‘baby’ baru saya,” kata Ahmad Jamaluddin, yang telah melakukan pengorbanan besar meninggalkan isterinya ketika mengharungi detik-detik mencabar melahirkan anak keenam mereka.
“Alhamdulillah, isteri saya amat memahami. Saya benar-benar tak dapat balik kerana tugas. Suami dan ayah mana yang tidak mahu balik pada masa-masa begini. Tetapi, apa kan daya. Kerana itu, saya terpaksa pulang malam ini. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan baik di sini dan isteri saya pun selamat melahirkan anak perempuan pada 5 September lepas,” tambah Jamal, yang dilantik untuk memimpin operasi tahun ini pada Februari lepas.
Bergandingan dengan Puan Masnizam Hisham, Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Integrated Management and Engineering Services (PRIME) yang baru, mereka memimpin operasi besar-besaran yang melibatkan lebih 17,000 orang staf dan kakitangan termasuk 8,500 anggota berpakaian seragam Facilities Security Forces (FSF) Arab Saudi.
Bermula pada 9 September bersamaan dengan 7 Zulhijjah, operasi menyediakan perkhidmatan tren untuk kemudahan lebih 350,000 orang jemaah haji dari Negara-negara Teluk dan Asia Selatan menjalankan ibadat haji berakhir semalam pada 15 September bersamaan dengan 13 Zulhijjah.
Dengan laluan 18.1km dengan sembilan stesen, MMMSL menghubungkan lokasi-lokasi lokasi penting rukun haji – Arafah untuk ibadat wukuf, Muzdalifah, Mina dan Jamrah, yang menjadi tempat untuk ibadat melontar. Ia mula diperkenalkan pada 2010 dan Prasarana dianugerahkan kontrak tiga tahun untuk mengendalikan operasi dan penyelenggaraan bermula tahun lepas.
“Alhamdulillah... operasi haji pada tahun ini berjalan dengan lancar dengan hanya beberapa insiden yang terpencil. Kami dimaklumkan bahawa ramai jemaah dan pemegang taruh menyatakan bahawa operasi tahun ini adalah antara yang terbaik dalam sejarah operasi Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line ini.
“Kalaupun bukan yang terbaik, sistem tren, elektrik dan isyarat tidak mengalami apa-apa kegagalan yang serius. Komitmen staf adalah pada tahap yang tinggi sehingga ke jam yang terakhir khususnya dalam urusan ‘crowd control’ untuk mengawal jemaah pada waktu puncak.
“Semoga momentum ini akan dapat diteruskan dan kejayaan tahu ini akan membakar semangat seluruh wargakerja MMMSL dan mereka yang terlibat untuk melaksanakan yang lebih baik lagi pada tahun hadapan. Insya Allah,” katanya.
Secara jujur, Jamuluddin mengakui bahawa beliau agak gementar ketika mula ditawarkan tugas untuk memimpin operasi MMMSL, yang dianggap operasi tren yang paling mencabar dalam industri perkhidmatan tren dunia.
Tempoh paling mencabar adalah pada Hari Wukuf pada 9 Zulhijjah apabila seluruh jemaah haji akan meninggalkan Arafah selepas Maghrib untuk pergi ke meneruskan Muzdalifah sebelum meneruskan pula perjalanan ke Mina menjelang Subuh untuk ibadat melontar yang pertama.
“Ia adalah pergerakan yang amat besar dan cukup unik. Bayangkan mereka berpusu-pusu menaiki tren untuk bersama-sama dengan kumpulan masing-masing. Dan, cabaran yang lebih besar lagi, banyak daripada mereka menggunakan perkhidmatan tren buat pertama kali dalam hidup mereka dan ramai daripada mereka adalah di kalangan warga emas,” katanya.
Sepanjang operasi tujuh hari itu, Jamaluddin dan Masnizam ‘berkampung’ di Pusat Kawalan Operasi (OCC) di Depoh MMMSL di Arafah; memerhatikan skrin-skrin monitor sambil berkomunikasi dengan ketua-ketua stesen dengan telefon bimbit dan ‘walkie talkie’ untuk memberi arahan.
“Kadang-kadang kami mengambil giliran untuk berada di OCC. Tetapi, saya rasa pada kebanyakan masa, kami bersama-sama bersengkang mata dan ‘tidur-tidur ayam’ di bilik pejabat masing-masing yang berdekatan dengan OCC. Itupun, telefon macam tidak pernah berhenti.
“Secara jujur, saya katakan bahawa pada mula saya mengambil alih tugas ini, saya memang gementar. Ini tugas yang amat berat; tetapi ini juga amanah daripada Syarikat. Saya juga anggap ini sebagai satu ibadat kerana membantu jemaah mengerjakan haji. Alhamdulillah, dengan sokongan yang diberikan oleh semua pihak, kita berjaya mengakhiri operasi ini dengan baik dan memuaskan,” tambah beliau.
“Sebenarnya, ujian paling besar sebenarnya sebelum bermulanya operasi haji pada 7 Zulhijjah. Kami perlu memastikan semua sistem berada dalam siap-sedia. Kami perlu mendapatkan pelbagai kelulusan daripada pihak berkuasa Arab Saudi. Kami terpaksa sijil keselamatan daripada Saudi Railway Commision (Suruhajaya Keretapi Arab Saudi) untuk kebenaran pengendalian tren membawa jemaah.
“Berurusan dengan agensi-agensi kerajaan Arab Saudi tidak mudah. Banyak butiran kecil yang perlu diperhalusi dan diberi perhatian. Kerana itu, saya amat menghargai mereka yang bekerja di belakang tabir.
“Semasa operasi, kita nampak mereka di barisan depan atau ‘frontliners’ yang gigih bekerja. Tetapi, yang bekerja di belakang tabir – Bahagian Pentadbiran, Perolehan, Sumber Manusia, Akaun, juruteknik dan banyak lagi, mereka juga adalah sangat hebat.
“Mereka ini adalah wira-wira yang tidak didendang. Tiada kerja yang boleh dipandang sebagai kecil khususnya mereka yang bertungkus lumus mengedarkan makanan dan memastikan sarapan pagi, makan tengahari dan malam sampai tepat pada masanya. Kerana, sepanjang tujuh hari operasi ini, semua staf dan kakitangan berkampung di stesen-stesen dan khemah-khemah dekat stesen. Bayangkan kalau makanan ini tidak sampai tepat pada masa atau sudah basi … operasi akan terjejas teruk,” tambah beliau.
Mengulas pengalaman keseluruhan bekerja dengan MMMSL di Tanah Suci Mekah Al Mukarramah, Jamaluddin berkata ia adalah pengalaman yang tiada bandingan.
“Saya dah lama bekerja dalam industri tren ini … menjalankan banyak sistem dan di banyak tempat. MMMSL ini adalah yang paling unik. Bayangkan persiapan satu tahun untuk operasi untuk hanya tujuh hari.
“Pastinya, satu pengalaman seumur hidup,” kata Jamaluddin.
Thursday, September 15
DEPA TAK LUPA DOSA MAHADIR.......?
Anak perempuan kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha hari ini tampil mendesak bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk meminta maaf dan mengakui kesalahan dilakukan terhadap bapanya secara terbuka.
Portal liberal yang sering memaparkan artikel anti Islam, The Malay Mail Online memetik Nurul Nuha sebagai berkata Mahathir perlu mengakui dakwaan liwat dan rasuah yang 'direkanya' terhadap Anwar pada 1998 sebelum berfikir untuk mewujudkan kerjasama antara Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan PKR.
"Sebagai seorang anak perempuan yang menjadi saksi kepada segala kedukaan bapa yang terpaksa ditempuhinya selama 18 tahun, harapan peribadi saya adalah Dr M memohon maaf secara terbuka dan mengaku dakwaan hanyalah rekaannya.
"Saya fikir itu akan sedikit sebanyak melembutkan kepayahan yang terpaksa kami tempuhi sebagai sebuah keluarga. Ia bukan semakin mudah tetapi anda hanya perlu lebih kuat mendepaninya," katanya.
Ini kenyataan pertama Nurul Nuha selepas Mahathir dilihat sanggup ke mahkamah bagi mengemis simpati daripada Anwar pada 5 September lalu.
Kedua-dua pemimpin itu bagaimanapun enggan berterus-terang sama ada akan menjalin kerjasama atau sebaliknya, 18 tahun selepas Mahathir memecat Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri pada 2 September 1998.
Kehadiran Mahathir di mahkamah itu dipercayai dirancang oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali yang dikatakan mendepani percanggahan pendapat dengan Presidennya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail.
Kenyataan Nurul Nuha ini sudah dijangkakan berikutan kiasan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli yang turut merasakan kehadiran parti pimpinan Dr Mahathir tidak akan memberi kesan kepada perjuangan Pakatan Harapan.
Menteri Kabinet Bijak Yang Perlu Dicontohi
TAHNIAH MKP ucapkan kepada kebijaksanaan Menteri Kewangan 2, Datuk Johari Abdul Ghani dalam menangani persoalan-persoalan fakta ekonomi yang disanggah oleh blogger terkenal, Datuk Kadir Jasin.
Kadir dalam blognya sebelum ini memperlekehkan hujah yang dijawab oleh Johari mengenai keadaan ekonomi negara berdasarkan perangkaan data yang dikeluarkan Bank Negara.
Kadir beranggapan fakta dan hujah Johari sebagai tidak tepat dan boleh dipersoalkan.
Namun, Johari tanpa bombastik prasangka atau manupulasi politik telah menjawab semua pertikaian Kadir secara ilmiah; berasaskan angka dan data.
Malah Johari menjelaskan data Bank Negara yang dirujuknya adalah sumber yang digunakan semua agensi penarafan sebagai fakta rasmi penilaian.
Johari mengekalkan kredibiliti sumber Bank Negara yang dirujuk semua pemain ekonomi termasuk agensi penarafan. Sesuatu yang wartawan senior macam Kadir barangkali terlepas pandang.
Bahawa data perbandingan ekonomi dengan Singapura selaku negara paling maju di Asia Tenggara sewajarnya menjadikan hujah Johari kompetitif. Johari menyebut pertumbuhan ekonomi Malaysia hingga Jun tahun ini berada pada paras 4.1 peratus adalah angka yang baik.
Kadir menyelar hujah Johari sebelum ini. Johari sebelum ini menghuraikan secara panjang lebar data dan hujahnya bagi menjawab pertanyaan seorang warga Singapura yang mengaitkan Malaysia sedang menuju muflis.
Individu Singapura ini mengaitkan Malaysia dan muflis dengan fakta, ekonomi kita kehilangan margin pendapatan yang besar kerana kejatuhan harga minyak.
Johari sangat relevan dengan angka. Angka Johari pula relatif ekonomi kerana ia berasaskan data Bank Negara. Johari tidak membuang masa dengan hujah balas yang menyerang peribadi Kadir.
Memandangkan dakwaan Kadir bermain dengan angka, Johari juga menjawab dengan realiti angka.
Angka Bank Negara tidak berbohong. Apa lagi angka rasmi ini diguna pakai semua sumber rasmi mana-mana pun agensi yang mahu menilai Malaysia.
Johari! Anda Menteri Kewangan yang realistik. Kaum pesimis sentiasa bersikap prejudis. Tetapi anda kekal pragmatis.
Wednesday, September 14
JOHARI VS KADIR JASIN......
Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani memberi penjelasan betapa bekas wartawan, Datuk Abdul Kadir Jasin terkhilaf dalam menterjemahkan mengenai ekonomi negara.
Abdul Kadir yang pernah gagal dalam perniagaan hingga terpaksa menutup perniagaan penerbitannya, Berita Publishing sebelum ini menulis mengenai ekonomi negara.
Berikut penjelasan Johari kepada Abdul Kadir.
1. Saya mengucapkan terima kasih kepada Datuk Kadir Jasin, seorang Tokoh Wartawan Negara yang telah mendidikasikan ruang kolum mingguan beliau dalam akhbar Sinar Harian untuk mengingatkan saya agar terus telus dan berterus terang terutamanya mengenai hal hal ekonomi negara sekarang ini. Saya menerima kritikan Datuk Kadir itu dengan hati yang terbuka.
Saya tahu beliau adalah seorang wartawan terkenal yang mempunyai semangat nasionalisme yg tinggi. Saya juga sentiasa mengikuti tulisan beliau sewaktu beliau menjadi group editor di NST.
2. Saya difahamkam komen beliau ini bermula apabila beliau membaca fakta - fakta ekonomi yang saya nyatakan mengenai kedudukan kewangan negara setakat 31 July 2016 yang telah menjadi viral dilaman media sosial.
Fakta fakta yg diviral itu menyentuh mengenai perkara yg melibatkan i) Rizab Bank Negara Malaysia, ii) Pertumbuhan Ekonomi Negara semasa, iii) kedudukan hutang Negara, iv) Penarafan ekonomi Negara (Ratings), v)kedudukan Pasaran Modal negara, dan vi) Diversifikasi ekonomi negara.
3.Saya ingin memaklumkan kepada beliau bahawa jawapan saya yang diviralkan tersebut di atas sebenarnya adalah merupakan petikan dari jawapan saya kepada seorang kenalan saya dan juga pelabur dari negara jiran Singapura yang telah menghantar kepada saya artikel melalui whatsapp mengenai keadaan ekonomi Malaysia yang beliau terima yang menyatakan ekonomi negara Malaysia akan muflis dalam jangka masa 6 bulan, nilai ringgit kita akan jatuh ketahap RM5 berbanding satu dollar Amerika, rizab bank negara tidak sampai RM100 billion, kedudukan ekonomi negara mengalami pertumbuhan yang negatif, hutang negara yang tinggi mendadak, sistem perbankan yang sangat rapuh dan ekonomi negara yang hanya bergantung pada hasil minyak dan dengan kejatuhan harga minyak negara akan muflis. Pendek kata negara malaysia sedang berada diambang kebankrapan.
4.Sebagai seorang Ahli Parlimen dan Menteri yang sangat junior di dalam kabinet kerajaan (kurang dari 65 hari), saya amat terpanggil untuk menjawab kemusykilan dan meredakan kebimbangan pelabur Singapura tersebut.
Sekiranya saya tidak menjawab, maka pelabur dari Singapura itu nanti akan berfikir bahawa artikel yang memburukan malaysia yang di”share”kan oleh beliau kepada saya itu kesemua faktanya adalah benar. Kemungkinan pelabur tersebut akan hilang keyakinan, negara akan terlepas peluang pelaburan asing dan peluang pekerjaan untuk rakyat tempatan dari pelaburan tersebut juga akan tergugat.
5. Jawapan saya kepada pelabur Singapura tersebut (yang telah menjadi viral dan seterusnya dipetik oleh Bernama) sememangnya sengaja saya buat perbandingan dengan negara Singapura kerana untuk memudahklan pemahaman beliau sebagai rakyat Singapura.
6. Kesemua fakta yang saya tulis itu adalah fakta yang diterbitkan oleh lapuran rasmi ekonomi negara dan juga Bank Negara Malaysia. Fakta-fakta ini juga yang digunapakai oleh pelabur-pelabur luar negara serta agensi penarafan antarabangsa. Inilah juga fakta-fakta yang diguna pakai oleh masyarakat dunia untuk menilai pencapaian pertumbuhan ekonomi negara Malaysia.
Jadi adakah salah saya mengguna fakta-fakta ini untuk menjawap persoalan pelabur tersebut? Terus terang bagaimanana lagi yang perlu saya jawab kepada pelabur tersebut?
7. Kadir juga menyatakan bahawa kenyataan saya bahawa pertumbuhan ekonomi Malaysia sebanyak 4.1% bagi separuh tahun pertama 2016 adalah antara yang terbaik di Asean adalah - “tidak tepat dan boleh dipertikaikan”.
Untuk pengetahuan beliau perbandingan yang saya buat diantara Malaysia dengan Singapura dan tidak dengan Filipina, Vietnam atau Indonesia seperti yg disarankan beliau adalah kerana KDNK per kapita negara kita adalah jauh lebih tinggi tinggi berbanding dengan KDNK ketiga-tiga negara tersebut.
Malaysia mempunyai KDNK sebanyak US$9,700 per kapita berbanding dengan jumlah KDNK Filipina sebanyak US$2,900 per kapita, Indonesia pula mempunyai KDNK US$3,300 per kapita dan Vietnam pula mempunyai KDNK US$2,100 per kapita.
Sebab itu saya tidak mahu membandingkan negara kita dengan ketiga tiga negara tersebut. Ianya juga bersesuaian dgn hujah Datuk Kadir bahawa - “lagi maju sesebuah ekonomi, lagi sukar menjana kadar pertumbuhan yang tinggi” – maka dalam konteks ini tidak salah kalau saya menggunakan Singapura sebagai perbandingan.
8. Untuk rujukan Kadir, pada tahun 1998 KDNK negara kita hanya berada pada tahap RM288 billion. Pada 2008 ianya telah meningkat kepada RM924 billion dan pada 2015 KDNK kita telah meningkat kepada RM1.15 trillion.
Ini menunjukkan bahawa perancangan ketumbuhan ekonomi negara ini selari dengan hasrat yang diimpikan oleh kepimpinan kita terdahulu untuk menjadikan negara malaysia sebuah negara maju menjelang 2020.
9. Saya juga ingin berkongsi mengenai beberapa fakta krisis ekonomi yang berlaku sejak 20 tahun yg lalu. Pada 1998 sewaktu berlaku Asian Financial Crisis , KDNK kita telah menguncup sebanyak negative 7%, manakala pada tahun 2008 sewaktu Global Financial Crisis KDNK kita telah menguncup sebanyak negative 1.5%.
Pada 2015/2016 walaupun kita berdepan dengan krisis kejatuhan harga komoditi minyak yang begitu mendadak dan menyebabkan kerajaan kehilangan lebih dari RM30 billion pendapatan tetapi negara masih merekodkan pertumbuhan ekonomi yang positive iaitu 6% - 2014, 5% - 2015 dan 4.1% - 2016 (6 bulan).
10. Kadir juga berkata bahawa negara maju memang lebih banyak hutang sebab pemberi pinjaman - “percaya kepada mereka dan mereka mampu bayar balik”.
Ini juga suatu kenyataan tidak tepat kerana ada juga negara maju yang kadar keberhutangannya tinggi yang akhirnya tidak dapat mengekalkan pembiayaan hutang negara mereka dan penyebabkan perkembangan negara mereka terbantut dan menjadi negatif.
Sebagai contoh, negara-negera Eropah seperti Italy, Spain, Portugal dan Ireland merupakan negara maju yang mempunyai penarafan ekonomi yang tinggi (kategori A ke atas) tetapi mengalami pertumbuhan ekonomi yang terbantut sejak 2009 disebabkan kadar keberhutangan yang tinggi (90 hingga 130 peratus daripada KDNK).
Permasalahan ini juga antara sebab mengapa negara-negara tersebut tidak benar-benar pulih daripada European Debt Crisis sejak 2009.
Maka itulah sebabnya Malaysia sentiasa mengambil langkah untuk cuba mengekalkan kadar hutang negara pada kadar tidak lebih 55% kerana kita tidak mahu berada dalam keadaan tidak boleh membayar hutang.
Dengan komitmen kerajaan membina pasarana pengangkutan awam yang efisin untuk generasi akan datang seperti LRT, MRT, Keretapi Laju KL – Singapura dan East Coast Rail Link sudah tentu bebanan hutang ini akan lebih kritikal untuk di uruskan dengan lebih berhati hati.
11. Sememangnya saya amat komited untuk berkhidmat kepada Negara dan Kerajaan Barisan Nasional. Saya rasa tidak salah kalau kita cuba perbetulkan kesilapan yang ada, pemberbaiki perkara yang boleh diperbaiki dan mengambil pengajaran terhadap sesuatu kegagalan.
Ibu saya sentiasa berpesan kepada saya jika marah bagaimanapun kita kepada seseorang itu jangan lah sampai ke tahap yg digambarkan oleh peribahasa melayu “marahkan nyamuk kelambu dibakar” dan janganlah kita bertelagah sesama kita sehingga “yang menang menjadi arang dan yang kalah menjadi abu”.
Datuk Johari Abdul Ghani
Ahli Parlimen Titiwangsa.
Sunday, September 11
LRT percuma 3 hari, diskaun 50% Hari Malaysia @NajibRazak @AzmiAziz60 @MyRapidKl
Pengguna RapidKL tren Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Kelana Jaya dari stesen Gombak hingga Putra Heights bakal menikmati tambang percuma selama tiga hari bermula Selasa ini.
Rapid Rail Sdn Bhd (RapidRail) dalam satu kenyataan, berkata penumpang yang menukar laluan pergi balik ke Sri Petaling, Ampang, Monorel dan BRT Laluan Sunway di stesen bersepadu perlu membayar perbezaan tambang perjalanan bagi ketiga-tiga laluan berkenaan.
Laluan Kelana Jaya berintegrasi dengan Laluan Sri Petaling di Stesen Masjid Jamek dan Putra Heights. Sementara itu, pengguna laluan BRT Sunway yang dikendalikan anak syarikat Prasarana, Rapid Bus Sdn Bhd, menghubungkan laluan Kelana Jaya, stesen USJ 7 akan menikmati tambang percuma menerusi langkah berikut:
Pengguna turut ditawarkan diskaun 50 peratus ke atas tambang bagi yang menggunakan perkhidmatan LRT, monorel dan BRT sebelum 7 pagi pada 16 September dan mengesyorkan pelanggan memulakan perjalanan awal untuk menikmati diskaun berkenaan.
"PRASARANA berterima kasih kepada pelanggan setia terutama pengguna LRT Laluan Kelana Jaya dan memohon maaf atas kesulitan dihadapi minggu lalu," katanya.
Friday, September 9
JERAT MENANTI ANAK MUDA YANG INGIN MEMBELI RUMAH @nohomar
Membaca kenyataan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Tan Sri Noh Omar, mengenai pemaju perumahan akan diberi lesen menyediakan pinjaman kepada pembeli untuk menampung margin pinjaman yang diluluskan bank, terasa macam tak masuk akal betul idea ini!
Tan Sri! Mustahil idea ini jalan terbaik. Pembeli akan terikat dengan bayaran bulanan jangka panjang kepada bank melalui 70 peratus pinjaman. Pada masa sama untuk jangka lima ke 10 tahun, pembeli akan membayar pula ansuran pinjaman bagi margin 20 peratus kepada Syarikat Perumahan?
Ini beban Tan Sri. Ini bukan jalan keluar bertaraf cadangan kerajaan. Kalau kaedahnya nanti akan menjerat pembeli.
Tan Sri! Kita bercakap mengenai pembeli berpendapatan sederhana dalam kes ini. Apakah mereka mampu melayani dua pinjaman bagi memiliki rumah?
Bagi rumah RM200 ribu katakan, sekiranya bank hanya meluluskan pinjaman 70 peratus dan pembeli menyediakan sepuluh peratus bayaran muka, ertinya pembeli akan meminjam RM40 ribu dari pemaju. Dua akaun pinjaman berjumlah RM140 ribu dengan bank dan RM40 ribu dengan pemaju akan menjadikan bakal pemilik rumah terseret dengan budaya sarat hutang.
Tahukah Tan Sri, kadar faedah 12 peratus hingga 18 peratus bagi pinjaman RM40 ribu bagi jangka tempoh pinjaman 60 ke 120 bulan akan mendedahkan pembeli kepada kerugian kadar faedah yang teruk?
Kalau jangka pinjaman lebih pendek, bayaran bulanan akan lebih tinggi.
Tan Sri dengar nasihat siapa? Ini pakej menjadikan budaya rumah mampu milik yang disediakan kerajaan bakal mencipta budaya baharu: Budaya melarat kerana hutang berlipat kali ganda kerana kadar faedah yang tinggi kepada pembeli.
Tan Sri jangan buat dulu! Saya merayu. Tan Sri dengar dahulu pandangan semua pihak terutama persatuan pengguna. Tan Sri kena maklum sekiranya kerajaan melaksanakan pendekatan ini, banyak implikasi lain akan berlaku.
Apa jaminan keadilan pada pembeli sekiranya hutang pada pemaju gagal dilunas? Siapa akan menguasai hak ke atas rumah yang dibeli sekiranya berlaku ketidaklancaran bayaran? Bank komersil dengan 70 peratus pinjaman atau pemaju yang memiliki 20 peratus pinjaman?
Tan Sri! Jangan sewenang-wenangnya memberi lesen pinjaman kepada pemaju perumahan. Cukuplah kita alami manipulasi operasi syarikat pinjaman berlesen sedia ada.
Tidakkah Tan Sri tahu, bukan satu rahsia akan wujudnya konspirasi antara ceti haram dan peminjam wang berlesen? Tanya persatuan pengguna Tan Sri. Tanyalah polis. Ini rahsia terbuka yang semua orang tahu: Bahawa banyak syarikat peminjam wang berlesen sebenarnya menjalankan modul pinjaman Ah Long.
Ceti haram dan syarikat peminjam wang berlesen adalah dua wajah dalam satu rupa.
Tan Sri jangan buka lagi pintu jenayah dan masalah kepada pembeli rumah. Saya yakin ini model tidak matang dalam menangani isu pinjaman perumahan. Anak muda akan mengamuk pada kerajaan sekiranya tahu, cara Tan Sri menyelesaikan masalah mereka dengan menyeret masuk satu lagi mekanisme pinjaman bagi mengatasi isu margin 20 peratus yang tidak disediakan pihak bank.
Jangan cari pasal Tan Sri. PRU 14 sudah dekat. Jangan tuang garam pada luka anak muda yang sudah sedia berdarah kerana isu perumahan.
Kalau inilah sahaja idea yang Tan Sri ada. Maka ia bukan idea. Ini bencana!
Memberikan lesen pinjaman wang kepada pemaju akan membuka lagi manipulasi. Rekod pemaju perumahan di negara ini bukan baik sangat!
Malah, sekarang kita nak bagi pula lesen peminjam wang? Bolehkah Tan Sri bagi jaminan: Pembeli tidak terdedah pada manipulasi lintah darat?
12 hingga 18 peratus kadar pinjaman rumah akan menjadikan negara ini negara lintah darat.
Tan Sri sudahlah. Kita sudah banyak masalah dengan kejahatan syarikat peminjam wang sedia ada. KPKT pun nganga saja selama ini dalam menangani kejahatan mereka. Polis pun sudah tidak menang tangan.
Ya Allah. Saya tak sangka ini akhirnya cadangan Tan Sri.
Matilah BN dalam PRU 14 kalau inilah cara kerajaan tangani impian anak muda untuk memiliki rumah pertama!
Thursday, September 8
EKONOMI MALAYSIA MASIH STABIL @mpkotabelud
1. Baru-baru ini, terdapat satu siri mesej mengelirukan tersebar di Whatsapp mengenai ekonomi kita yang menyebabkan kebimbangan di kalangan sesetengah rakyat Malaysia.
2. Kebanyakan mesej ini berpusat pada Hutang Kerajaan semasa kita, yang mana pada nisbah Hutang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 53.4% pada 30 Jun 2016. Nisbah ini mengukur berapa banyak hutang kerajaan kita ada berbanding dengan saiz KDNK kita.
Kebanyakan daripada kebimbangan dan tuduhan ini adalah bahawa nisbah kita terletak dekat dengan had 55% yang dikuatkuasakan sendiri yang ditetapkan oleh kerajaan BN dan jika kita melanggar had ini, Malaysia akan berada dalam bahaya.
Beberapa mesej tertentu yang lebih tidak bertanggungjawab malah mendakwa Malaysia akan bankrap jika kita melanggar tahap 55% ini.
3. KDNK adalah ukuran nilai semua barangan dan perkhidmatan akhir yang dikeluarkan dalam satu tempoh. Dalam erti kata lain, ia boleh ditafsirkan sebagai saiz ekonomi kita.
4. Oleh kerana bertahun-tahun pertumbuhan ekonomi yang baik - terutama sejak tahun 2009 - KDNK tahunan semasa kita ketika ini dianggarkan bernilai RM1.2 trilion pada 30 Jun 2016, ini adalah kira-kira 17 kali ganda saiz ekonomi kita pada tahun 1986 dan kira-kira 3 kali ganda saiz ekonomi kita pada tahun 2003.
Ia hanyalah logik bahawa jika pendapatan negara kita telah meningkat maka kita, dengan selesa, mampu untuk berhutang dengan lebih banyak dengan terma mutlak berbanding masa lalu apabila pendapatan kita tidak begitu tinggi.
5. Nisbah semasa Hutang kepada KDNK kita adalah sebanyak 53.4%, walaupun lebih tinggi daripada tahun 2007 pada 40.1%, masih dalam tahap yang boleh dikawal.
6. Tahap ini masih tidak tinggi jika dibandingkan dengan tahap yang bersejarah seperti dalam tempoh antara 1980 sehingga 1985 apabila nisbah Hutang kepada KDNK kita meningkat daripada 44.0% kepada 103.4% dan kekal di atas paras 55% sehingga tahun 1994.
7. Oleh itu, adalah tidak logik bahawa jika Malaysia melanggar tahap 55% Hutang kepada KDNK, maka Malaysia akan "bankrap" atau ekonomi kita akan menghadapi masalah seperti yang didakwa oleh sesetengah pihak.
Jika kita tidak muflis pada 103.4% pada tahun 1985, jadinya bagaimana kita akan menjadi muflis pada 55%?
8. Tahap hutang kita mesti dilihat berdasarkan pendapatan kita dan bukan hanya berdasarkan nilai mutlak.
Sebagai contoh: Seorang individu yang pendapatan tahunannya bernilai RM120,000 boleh meminjam RM60,000 dengan selesa untuk membeli kereta berbanding seorang lagi yang pendapatannya hanya RM6,000 setiap tahun tetapi mempunyai hutang sebanyak RM7,000.
Contoh ini secara kasar menunjukkan keadaan saiz ekonomi dan tahap hutang kita pada tahun 2016 berbanding tahun 1985.
9. Pada peringkat semasa kita iaitu 53.4%, kita disenaraikan di tangga ke-71 tertinggi daripada 179 negara. Tujuh puluh negara mempunyai nisbah yang lebih tinggi daripada kita termasuk negara-negara maju seperti Jerman, Jepun, Kanada, Amerika Syarikat, UK dan Singapura.
Seperti yang telah saya nyatakan, nisbah Hutang kepada KDNK semasa kita boleh dikawal dan ekonomi kita masih menikmati pertumbuhan ekonomi yang baik sebanyak 5% bagi tahun 2015 dan 4.1% untuk separuh pertama 2016.
10. Walaupun harga komoditi semasa yang rendah, kesan BREXIT dan keadaan ekonomi global keseluruhan yang tidak menentu, kerajaan kita tiada niat untuk melanggar had 55% ini dan akan terus menguruskan kewangan kita dengan penuh tanggungjawab.
11. Rakyat Malaysia dan parti-parti politik tertentu harus mengelak daripada menyebarkan maklumat yang salah atau terlibat dalam taktik menakutkan yang akhirnya akan merosakkan keyakinan kedua-dua pelabur dan pengguna dalam ekonomi kita. Ini adalah serupa dengan mensabotaj ekonomi kita sendiri.
Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab juga tidak patut berkongsi atau menyebarkan maklumat yang salah dan propaganda tersebut.
12. Menurut maklumat yang diterima, pelan transformasi kerajaan kita terbukti berjaya dengan dasar-dasar yang baik yang kini menunjukkan keputusan yang kukuh. Semua rakyat Malaysia perlu memberi tumpuan kepada kejayaan tersebut, sepanjang kita menempuh keadaan global yang tidak menentu ketika ini.
13. Saya tidak meragui bahawa Perdana Menteri dan kerajaan ini akan terus memastikan Malaysia terus menikmati pertumbuhan ekonomi, mengutamakan kesejahteraan rakyat kita dan terus membangunkan Malaysia sepanjang kita menuju ke status negara berpendapatan tinggi.
Dato' Abdul Rahman Dahlan,
Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Monday, September 5
ASAL DARI MUAR,KISAH KAPTEN TREN ARAB @razaliibrahim @AzmiAziz60 @MyRapidKL
Seorang warganegara Arab Saudi dan fasih berbahasa Malaysia, Abdullah Ahmad Abdul Aziz Muar adalah salah seorang daripada 27 Kapten Tren tempatan yang akan bersama-sama memikul tanggungjawab untuk memacu tren-tren untuk operasi haji Al Mashaaer Al Mugadassah Metro Southern Line di Tanah Suci Mekah tahun ini.
Muar pada hujung namanya bukan sekadar nama keturunan; tetapi turut mengaitkan anak muda berusia 34 tahun itu bandar Seri Maharani Muar di Johor Darul Takzim, Malaysia.
“Moyang saya, Abdul Aziz Bakar berasal dari Muar. Dia dulu tinggal di Sungai Mati, Muar tetapi berhijrah ke sini kira-kira 200 tahun lepas untuk menetap di Mekah. Kami sekarang dah jadi orang tetap Arab Saudi. Saya dilahirkan di sini. Tetapi, kami masih terus mempunyai hubungan rapat dengan Malaysia. Malahan, ibu saya adalah orang Perlis.
“Saya pernah ke Muar dan amat menggemari makanan-makanan tempatan. Paling saya suka adalah Mi Bandung Muar. Tetapi, saya lebih kerap ke Perlis kerana keluarga ibu saya masih ada di sana. Ayah saya sudah lama tiada,” kata Abdullah, sambil menambah bahawa nama Muar akan terus kekal untuk keturunannya.
Menurut Abdullah, beliau fasih berbahasa Malaysia kerana selalu bertutur dalam bahasa kebangsaan itu dengan ibunya, Radiyah Haji Osman, yang kini berusia 70 dan menetap di Reazaker di Mekah.
Pernah berkhidmat dengan operasi haji Al Mashaaer Al Mugadassah untuk tiga musim pada tahun 2011, 2012 and 2013 ketika dikendalikan oleh kontraktor terdahulu, China Railway Construction Limited (CRCC), Abdullah berkata beliau terkilan kerana tidak dapat berkhidmat pada musim lepas kerana kengkangan masa dan mempunyai urusan lain.
“Saya rasa kerja ini adalah ibadah besar. Kita membantu para jemaah untuk memudahkan urusan haji mereka,” kata Abdullah, yang menerima latihan di Akademi Rel LRT Laluan Ampang bersama-sama 26 rakan senegara beliau yang lain.
Ketika kunjungan di raja Gabenor Kota Suci Mekah, Putera Mahkota Khalid Faisal Abdul Aziz Al-Saud ke MMMSL baru-baru ini untuk meninjau persiapan untuk operasi haji musim ini, Abdullah dan rakan-rakan Kapten Tren dari Arab Saudi telah diperkenalkan kepada tetamu di raja itu.
“Ia adalah saat yang paling membanggakan buat kami. Saya rasa Prasarana telah menjalankan kerja yang baik di Tanah Suci Mekah ini. Saya amat gembira untuk bekerja bersama-sama dengan Prasarana sekarang. Saya rasa lebih mudah kerana kami lebih memahami antara satu sama lain,” kata Abdullah, yang bertugas sebagai pengurus platform semasa berkhidmat dengan CRCC.
Pengurus perkhidmatan tren MMMSL, Hamdan Mat Isa, yang menjadi salah seorang pengajar para pemandu tren dari Arab Saudi, berkata kelebihan Abdullah untuk berbahasa Malaysia banyak memudahkan pembelajaran beliau semasa di Ampang.
“Bagi saya, Abdullah adalah antara pelajar yang terbaik di kalangan pelatih-pelatih Kapten Tren dalam kumpulan ini. Sebenarnya, mereka datang dalam tiga kumpulan dan Abdullah di dalam kumpulan yang terakhir seramai 10 orang.
“Saya suka dengan sikap dan komitmen beliau sepanjang tempoh latihan selama sebulan di Ampang. Malahan, semua para pelatih daripada Arab Saudi ini mempamerkan prestasi yang baik. Saya yakin perkhidmatan MMMSL akan berjalan lancar tahun ini,” tambah Hamdan.
Beroperasi selama tujuh hari tetapi diselenggarakan sepanjang tahun, MMMSL kini sedang menjalani operasi percubaan 24 jam sehari sehingga 5 September sebelum memulakan operasi sebenar pada awal pagi 9 September yang bersamaan dengan 7 Zulhijjah 1437H.
Menggunakan 15 tren 12-gerabak dengan laluan sepanjang 18.1km dan sembilan stesen, MMMSL menyediakan perkhidmatan kepada jemaah dari negara-negara Timur Tengah dan Asia Selatan dan menampung penumpang sehingga 350,000 sehari pada hari-hari puncak.
Thursday, September 1
TAMBANG @MyRapidKL Diskaun 50% LRT & Monorel Diperluas Ke BRT @NajibRazak @AzmiAziz60
Prasarana Malaysia Berhad, pemilik dan pengendali perkhidmatan pengangkutan awam utama di Lembah Klang mengumumkan tambang diskaun 50 peratus kepada pengguna LRT dan monorel yang melakukan perjalanan sebelum waktu puncak pagi akan diperluaskan kepada pengguna BRT.
Mengulas lanjut mengenai pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri YAB Dato’ Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak ketika majlis pelancaran projek LRT3 pada Khamis lepas, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana, Dato’ Azmi Abdul Aziz berkata tambang diskaun 50 peratus akan ditawarkan kepada semua pelanggan yang menggunakan mod pembayaran tanpa tunai antara jam 6 pagi hingga 7 pagi pada hari bekerja bermula 16 September 2016 sehingga diberitahu kelak.
“Para pengguna Touch ‘n Go, Kad MyRapid, MyRapid Smart 7, MyRapid Smart 30, warga emas, Pelajar, dan orang kelainan upaya dengan pemegang kad konsesi akan menikmati kadar diskaun dari harga semasa,” kata Azmi.
Turut hadir pada sidang media itu ialah Pengerusi Kumpulan Prasarana, Tan Sri Ismail Adam, dan Ketua Pegawai Perkhidmatan Infrastruktur Prasarana, Ir. Ahmad Nizam Mohamed Amin.
Azmi berharap tawaran diskaun 50 peratus ini dapat menggalakkan sebahagian pengguna yang menggunakan perkhidmatan pada waktu puncak pagi antara 7 pagi dan 9 pagi untuk menukar corak perjalanan mereka dengan memulakan perjalanan dengan lebih awal agar kesesakan waktu puncak pagi di beberapa stesen dapat dikurangkan.
"Kami mempunyai keupayaan sistem yang mencukupi secara keseluruhan. Bagaimanapun, terdapat faktor muatan penumpang yang tidak seimbang semasa waktu puncak pagi.
“Adalah penting bagi kami untuk menangani cabaran ini bagi memastikan penumpang kami boleh sampai ke tempat kerja tepat pada masanya,” kata Azmi yang menjangkakan kira-kira 10,000 penumpang akan mengubah corak perjalanan mereka selaras dengan inisiatif menang-menang ini. Mengulas lanjut inisiatif berkenaan, Azmi berkata diskaun 50 peratus akan berkuatkuasa apabila pengguna menyentuh masuk kad bayaran di lorong masuk sebelum 7 pagi pada hari bekerja.
Azmi berkata 66 peratus daripada pengguna LRT dan monorel menggunakan kaedah pembayaran tanpa tunai di mana harga yang tambang yang ditawarkan adalah lebih murah berbanding tambang bayaran tunai.
Pemegang Kad MyRapid juga boleh menikmati pelbagai faedah melalui program kesetiaan pelanggan MyRapid yang menawarkan diskaun sehingga 55 peratus di kedai-kedai dan tempat-tempat menarik yang terpilih.
DAP TAK SIASAT SKANDAL MASUK PINTU BELAKANG....
Skandal DAP ini umpama tidak ujud bagi Ketua Menteri paling malang bagi Pulau Pinang. Walaupun sudah ada bukti video namun masih lagi buat Dont NO. Katakanlah skandal ini dilakukan oleh Barisan Nasional dah pasti heboh satu malaya walaupun tidak mempunyai bukti yang sahih. Apa main pilih bulu jugak kot.... Kalau dah Ketua Menteri pun kaki songlap macam mana nak betulkan anak buah....
DAP Pulau Pinang tidak akan membuka siasatan dalaman terhadap Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang Lim Siew Khim berhubung dakwaan mengaitkan bapanya dengan amalan rasuah dalam satu kes mendapatkan rumah kos rendah oleh seorang pembeli.
Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata perkara ini tidak melibatkan Siew Khim, jadi tiada keperluan untuk membuka siasatan terhadapnya dan DAP tidak akan membuat sebarang siasatan dalaman yang tidak melibatkan anggota parti.
"Perkara ini menjadi isu (kerana) kebetulan orang yang terlibat ini merupakan ayah kepada seorang ADUN namun saya diberitahu ayah Siew Khim bukan seorang ahli DAP," katanya.
Semalam, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Pulau Pinang Datuk Abd Aziz Aban telah mengesahkan SPRM telah memulakan penyiasatan terhadap urusan dikenali sebagai 'rasuah untuk rumah' bagi mendapatkan rumah mampu milik yang didakwa melibatkan bapa seorang ADUN Pulau Pinang.
Chow berkata beliau tidak menerima sebarang maklumat tentang siasatan SPRM namun bersedia bekerjasama dengan SPRM dalam siasatan berhubung perkara tersebut.
Beliau juga menasihatkan semua mangsa-mangsa supaya membuat laporan polis jika ada cubaan untuk meminta wang bagi membantu mereka mendapatkan sebuah rumah kerajaan.
"Semua mangsa harus tampil untuk membuat laporan polis sekiranya perkara yang didakwa ini benar-benar berlaku supaya siasatan yang lanjut dapat dijalankan," katanya.
Isu ini terbongkar Isnin lepas, apabila Naib Pengerusi Gerakan Pulau Pinang Oh Tong Keong mendedahkan klip video yang memaparkan rakaman perbincangan mengenai pembayaran untuk mendapatkan rumah kerajaan negeri.
Oh berkata isi kandungan perbualan dalam video itu menunjukkan ia dirakamkan tahun lepas dan bapa ADUN berkenaan dilihat bersama-sama seorang orang tengah sedang melayan aduan daripada seseorang yang dipercayai telah membuat pembayaran namun tidak mendapat rumah itu.