Sunday, October 17

Pemuda UMNO Perlu Bersedia Lakukan Transfomasi.

Pemimpin pelapis UMNO diminta agar bersedia untuk mengubah pendekatan kerja dan gaya politik lama agar bersesuaian dengan cabaran tuntutan masyarakat ketika ini.Sebagai pewaris kepimpinan, mereka bukan sahaja perlu bersedia menerima apa jua perancangan pemimpin terdahulu tetapi pada masa yang sama perlu menyiapkan diri dengan suasana cabaran politik baru.

Justeru katanya pemimpin pelapis UMNO mesti menyiapkan diri mereka dari konteks jasmani, emosi, rohani dan intelek.
Hari ini mereka perlu berada dalam proses baru…dalam kaedah yang baru kerana kehendak dan keperluan masyarakat sudah pun berubah mengikut zaman.
Kalau dulu kita boleh menjerit, melaung, kita boleh letak emosi atas segala-galanya  tapi hari ini sudah tidak boleh.
Hari ini kita perlu letakkan fakta, angka, gerak kerja pelan tindakan, rancangan terperinci dan sebagainya.  Inilah yang Datuk Seri Najib (Perdana Menteri) lakukan… orang muda dalam kursus ini perlu bersedia menerima keadaan ini. Pas yang tidak memberi physical happiness kepada mereka tetapi mereka terus menyokong Pas sebab Pas memberikan spiritual happiness kepada mereka.

pemimpin pelapis UMNO juga perlu memahami pelbagai idea dan tranformasi yang cuba dilakukan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mahu melakukan perubahan bukan saja kepada rakyat malah membawa negara ke arah negara maju.
Perdana Menteri letak gagasan ini ia telah melalui satu proses yang panjang dan pilihanraya lalu telah membutikan bahawa kita tidak boleh lagi bergerak dan bekerja dengan cara lama.
 Perdana Menteri datang dengan tranformasinya , idea tranformasi ini merangkumi semua sekali di mana perlu ada perubahan dalam sistem sedia ada dengan meletakkan budaya kerja baru..budaya UMNO baru tetapi tidak melupakan asal usul perjuangan kita…jadi orang muda perlu segera ke arah itu.
Dalam melaksanakan tugas berkenaan, pemimpin –pemimpin muda itu perlu melakukan tanggungjawab berkenaan dalam keadaan kesederhanaan dan tidak melakukan mengikut perasaan yang boleh menyentuh atau menyinggung perasaan orang lain.
kita berada dalam keadaan kesederhanaan dan kita tidak boleh ekstrem ke kiri atau ke kanan,  ekstrem dalam menuntut sesuatu, ekstrem dalam keagamaan kita dan kita harus menjuarai isu-isu kemelayuan, isu-isu keislaman kerana itulah UMNO sebenarnya.
semangat kesukacitaan atau spiritual happiness perlu ditanamkan kembali kepada orang Melayu kerana mereka itu telah ditanamkan budaya kebencian oleh pihak pembangkang sejak sekian lama sehingga memberi kesan mendalam kepada UMNO yang diterjemahkan ketika pilihan raya umum 2008.
“Budaya kebencian telah ditanam begitu lama oleh pihak pembangkang, apa saja yang dilakukan oleh kepimpinan kita,  parti kita dianggap salah kerana apa sahaja yang dilakukan menimbulkan kebencian,  jadi tanggungjawab generasi baru khususnya dari kelab ini supaya menggantikan kebencian itu dengan kesukacitaan itu dengan beberapa pendekatan baru.
Termasuklah mengenepikan kedudukan kita dan keluar dari zon selesa kerana selama ini kita merasakan semacam ada keselesaan terasa kita disukai orang setiap masa walaupun terpaksa membaiki beberapa kelemahan, kita terpaksa menggunakan pendekatan media maya dari media konvensional yang ada supaya kita boleh mendekati secara langsung.
Mat Kilau:Bersediakah kita melakukan tranfomasi jawapan ada pada kita,tepuk dada tanya hati,pasal apa hati tidak selera kerana selera orang muda memang kuat.apa salahnya sama-sama kita renungkan.
  


No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive