Nasib yang menimpa orang Melayu di Pulau Pinang perlu dijadikan pengajaran pemimpin Melayu Pakatan Rakyat. Perjuangan terhadap agama dan bangsa mesti diutamakan bukan diremehkan. Jangan jadi bisu mempertahankan agama dan buta membela maruah bangsa. Sedarlah pemimpin agar tidak terus bersifat kuda tunggangan dan lembu dicucuk hidung semata-mata menjaga hati rakan pakatan sehingga maruah agama dan bangsa di tanah air sendiri tergadai. Kebelakangan ini semakin kuat kedengaran cerita mengenai strategi terancang digerakkan Kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP untuk meminggirkan penduduk Melayu di bahagian pulau ke tanah seberang. Strategi terancang ini sebenarnya sudah lama kedengaran. Kita boleh lihat dengan nasib penduduk Melayu di Kampung Jalan Pokok Asam, Jelutong yang sudah berusia hampir 100 tahun kini beralih tangan apabila diserahkan kepada pemaju perumahan yang akan membangunkan kampung itu dengan projek rumah mewah yang tidak mungkin mampu dimiliki orang Melayu Pulau Pinang. Jika ada pun, jumlahnya boleh dikira dengan jari. Tindakan ini mendukacitakan. Belum pun berkuasa penuh, penduduk Melayu di bahagian pulau negeri itu mula dihalau keluar dari kampung masing-masing. Lebih menyakitkan, penduduk diberi rumah kos rendah tidak setimpal harganya dengan tanah yang tergadai itu. Tindakan ini tidak berhenti setakat ini sahaja. Kini giliran penduduk Melayu di Balik Pulau (penempatan Melayu terbesar) pula bakal menerima nasib sama. Jika mahu mempertahankan kawasan majoriti Melayu, Balik Pulau ialah banteng terakhir kaum Melayu Pulau Pinang. Jangan biarkan ia menjadi seperti Geylang atau Kampung Gelam di Singapura. Alasan kononnya untuk membina institusi pengajian tinggi dari Singapura adalah tidak rasional kerana di Balik Pulau sudah ada UiTM. Perancangan ini mungkin ada udang di sebalik batu. Apa yang jelas, penduduk Melayu di Kampung Genting dan Pondok Upeh terpaksa keluar dan kedua-dua kampung ini dikuburkan bagi memberi laluan projek dirancang. Di manakah pemimpin Melayu dalam Kerajaan Pulau Pinang? Mereka ini sepatutnya tampil dan membela nasib penduduk Melayu - satu bangsa dan agama yang tertindas ini. Hakikatnya pemimpin Melayu ini berterusan biarkan diri diperguna oleh DAP. Kita tidak boleh mengharapkan pemimpin seperti ini. Kini, menjadi tugas, amanah dan tanggungjawab setiap penduduk dan pemimpin Melayu dari seluruh pelosok negara untuk mempertahankan hak milik kaum Melayu Pulau Pinang yang dari sehari ke sehari, semakin banyak dirampas daripada mereka. Justeru, segala usaha perlu dilakukan untuk menyelamatkan Pulau Pinang dari jatuh ke tangan pihak yang memperjuangkan satu kaum, sedangkan Malaysia didiami penduduk berbilang kaum. Perjuangan memenangkan satu kaum tidak akan ke mana, malah hanya akan mencetuskan huru-hara dan memusnahkan keharmonian, kedamaian dan kedaulatan sesebuah negara. Mat kilau:Maka perjuangan pertahan hak milik Melayu Pulau Pinang kini mesti dilaksanakan dari sekarang dan biarlah berputih tulang, tetapi jangan berputih mata. Jika tidak, kaum Melayu Pulau Pinang akan tinggal dalam lipatan sejarah sebagai satu kaum yang pernah memiliki tanah di bahagian pulau di Pulau Pinang. Renung dan fikirlah dengan nasib orang Melayu di Singapura! |
Friday, November 5
Terima Kasih LIM GUAN ENG.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
My Blog List
-
-
3 Pelajar Cedera Akibat Mercun Diubah Suai Meletup Dalam Asrama - Seorang pelajar dilaporkan parah manakala dua lagi mengalami kecederaan selepas insiden letupan melibatkan mercun yang telah diubah suai di sebuah asrama s...
-
Nikon COOLPIX P1100 Dilancarkan – Kamera Digital Kompak Dengan Zum Optikal 125X - Nikon secara rasminya melancarkan COOLPIX P1100 iaitu kamera digital kompak dengan kemampuan zum optik 125 kali. Ia direka untuk mereka yang memerlukan kam...
-
0x1c8c5b6a - 0x1c8c5b6a The post 0x1c8c5b6a appeared first on My TV ONLINE.
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh - The coming 2024 lunar year is the Year of the Dragon in Chinese zodiac. Chinese New Year falls on 10 Feb 2024. The Chap Goh Meh festival – marking the 15th...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM - ------------------------------ Like | Follow | Subscribe Telegram (Please Join) Facebook (Please Like) Twitter (Please Follow) Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...
-
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com
Blog Archive
-
▼
2010
(145)
-
▼
November
(56)
- LGE memang Lidah Bewak.
- Orang Melayu gadaikan perkataan Melayu
- Hebatnya Ucapan dasar Ketua wanita PKR.
- Ohhh Azizah...
- Ketuanan melayu sila ke-tong sampah kata kak Wan.
- Parti 'Sakit' Jangan Mimpi Nak Tawan Putrajaya, Ka...
- DAP akan kekal memerintah Penang selepas PRU13
- PAS bukan Pembela tapi Pencacai.
- Lagi Kezaliman Kerajaan DAPig P. Pinang, Gerai Rak...
- TUN DR. LIM CHONG EU 1919-2010.
- PKR ada 4juta ahli fakta atau auta.
- Pak Sheik Penipu-Tun Mahadir.
- Ketua Pemuda PCM Diugut.
- Siapa Yang Benar, Anwar Atau Mereka?
- Malaysiakini Penipu besar!!!!
- 20 Anggota PKR Desak Pemilihan MPP Cabang Sabak Be...
- BN Setuju Keanggotaan Terus.
- Parti Kelentong Rakyat Diambang Maut.
- Datuk Seri Noh Omar sedia dedah bukti isu majlis Y...
- Ibadah korban bimbingan Rasulullah
- Demi Agama,bangsa dan Negara
- Renungkanlah bangsa ini.
- Namewee Buat konsert di Kuantan.Terkini dibatalkan.
- Namewee Buat konsert di Kuantan.
- 15 hukum jahanan DAPig.
- HamPAS Pulau Pinang.
- Wahai Cina, India dan Melayu, ke mana haluan kita?
- Tauke plastik bantah kempen.
- Banjir : Pemuda Hulur Bantuan Fasa Kedua
- Melayu oh Melayu adakah telah Layu.
- Misi Kemanusiaan Pemuda BN Curah Khidmat Bantu Man...
- Bantuan Ehsan Bagi Mangsa Banjir Di Kedah.
- YB. R.S.N RAYER - A.D.U.N. SERI DELIMA, PENANG.SIA...
- Forum Tanah Melayu Pulau Pinang (sebarkan)
- Ayaq yang Bah?Awat Ostat Azizan Gelabah!!!
- Gempar!!!DAP Pakar Putar Belit.
- Skuad Penyelamat Sukarelawan Barisan Nasional Perlis
- BERHATI-HATI DENGAN AIR MINERAL
- Corat coret Galas.
- Terima Kasih LIM GUAN ENG.
- Tahniah,Syabas,Terbaik dan Terima Kasih.
- Barisan Nasional Menang N.45 Galas.Keputusan rasmi.
- Barisan Nasional Menang P.185 Batu Sapi.Keputusan ...
- Liputan live keputusan pilihanraya kecil Galas,Gua...
- Ketua Puteri UMNO Kuala Krai telah di pukul
- Live Galas:Sekitar PRK Galas
- BN sudah lakukan yang terbaik di Galas, Batu Sapi
- LIVE GALAS : MEDIA ALERNATIF TELAH LAKUKAN YANG TE...
- Galas apa kata kita cuci mata!
- Galas apa kata kita cuci mata!
- Lim Guan Eng Dah Nak Mampus.
- LGE Lu memang Celaka.Peniaga Komtar.
- Surat Terbuka Untuk Penyokong Pas
- 1,438 Isi Rumah Galas Guna Elektrik Percuma.
- Himpunan Aman Membantah 'Konspirasi Syaitan PKR/DAP',
- Wali Selipar Menipu...Celako.celako celako.
-
▼
November
(56)
No comments:
Post a Comment