Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pilihan raya Sarawak ke-10 pada 16 April dan hari penamaan calon pada 6 April ini.
Bukan saja usaha parti pembangkang untuk menjalin kerjasama hampir mustahil menjadi kenyataan tidak menjadi akibat tiada persefahaman dan tolak ansur sesama mereka, malah perkembangan terkini menyaksikan Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP) bagaikan melakukan provokasi terhadap rakan pembangkang, Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Semalam, Presiden SNAP, Edwin Dundang, yang mengumumkan 11 lagi calonnya, menjadikan jumlah calon SNAP yang sudah diumum setakat ini berjumlah 27 orang, hanya membenarkan PKR bertanding di kerusi majoriti Dayak dengan syarat menggunakan lambang SNAP.
Lebih mengejutkan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian, yang akan bertanding di kerusi DUN Ba'kelalan turut diminta oleh SNAP bertanding atas tiket parti itu kerana kawasan berkenaan juga majoriti pengundinya Dayak.
Ini adalah satu tamparan hebat kepada PKR terutama kepada presidennya kerana ia sama sekali tidak masuk akal, aneh dan provokasi buat PKR yang ingin menjadi ‘ketua’ di kalangan pembangkang di Sarawak.
“Di mana maruah PKR jika Pengerusi PKR pun terpaksa bertanding atas tiket SNAP. Saya melihat ia sebagai satu provokasi dan SNAP kini ibarat duri dalam daging dalam pakatan pembangkang. Saya yakin PKR tidak akan menerima syarat aneh SNAP ini,” kata penganalisis politik yang juga Pensyarah Kanan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Dr Jeniri Amir.
Lebih daripada itu, SNAP - parti berusia 50 tahun di Sarawak, turut menuntut supaya PKR mengiktiraf SNAP sebagai parti tempatan paling dominan dan mahu mengetuai kerajaan jika mereka menang. Ini kerana sebelum ini PKR telah mengisytiharkan Pengerusi PKR Sarawak, Baru Bian, bakal menjadi Ketua Menteri jika pembangkang berjaya merampas kerajaan negeri pada pilihan raya negeri kali ini.
Belum pun apa-apa, kedua-dua parti pembangkang itu sudah berebut jawatan Ketua Menteri. Ini kerana semalam, Edwin berkata, SNAP lebih dominan berbanding PKR dan lebih layak menerajui kerajaan negeri.
Ahad lalu, SNAP yang dikatakan masih mempunyai pengaruh terutama di kawasan luar bandar ‘berpatah arang, berkerat rotan’ dengan PKR yang dianggap terlalu bongkak dan tamak apabila mahu membolot 52 kerusi dalam perundingan pengagihan kerusi sesama pembangkang sehingga mengumumkan tidak akan lagi berunding dengan PKR dalam soal pengagihan kerusi.
Pada sidang media semalam, Edwin berkata, berdasarkan pertemuan dan perbincangan pihaknya dengan pemimpin tertinggi PKR kelmarin, SNAP berharap dapat mengetuai kerajaan Sarawak seperti PKR di Selangor, DAP di Pulau Pinang dan PAS di Kelantan.
“Adalah jelas kami masih bersama pakatan pembangkang serta tiada isu bagi kami meninggalkan pembangkang, namun apa yang diharapkan adalah PKR mengiktiraf kami sebagai parti pembangkang yang dominan berdasarkan pengalaman kami.
“Sekiranya pembangkang berjaya membentuk kerajaan selepas ini apa yang akan terjadi? Disebabkan itu kita mahu majoriti kerusi diberikan kepada SNAP serta mahu mengetuai kerajaan,” katanya.
Bagi Dr Jeniri, tidak mungkin akan wujud kerjasama dan persefahaman tulen antara pembangkang, apa lagi SNAP bertegas untuk mengemukakan ramai calon dengan menamakan 27 nama setakat ini, ketika pembangkang belum memuktamadkan lagi rundingan pengagihan kerusi.
“Saya tidak fikir pakatan pembangkang bersedia bertolak ansur dan berkompromi dengan tuntutan SNAP ini, apa lagi SNAP meminta supaya ia diisytiharkan sebagai parti dominan. Ini akan memberi implikasi besar jika pembangkang menang dengan berlaku perebutan jawatan Ketua Menteri.
“Malah, saya sudah meneliti senarai calon yang diumumkan SNAP setakat ini, dengan kebanyakan calon adalah muka yang sudah lesu dan tidak meyakinkan pengundi.
“Perkembangan terbaru ini akan memberi kesan negatif kepada hasrat dan impian pembangkang untuk memberi impak besar pada pilihan raya kelak,” katanya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
My Blog List
-
-
3 Pelajar Cedera Akibat Mercun Diubah Suai Meletup Dalam Asrama - Seorang pelajar dilaporkan parah manakala dua lagi mengalami kecederaan selepas insiden letupan melibatkan mercun yang telah diubah suai di sebuah asrama s...
-
Nikon COOLPIX P1100 Dilancarkan – Kamera Digital Kompak Dengan Zum Optikal 125X - Nikon secara rasminya melancarkan COOLPIX P1100 iaitu kamera digital kompak dengan kemampuan zum optik 125 kali. Ia direka untuk mereka yang memerlukan kam...
-
0x1c8c5b6a - 0x1c8c5b6a The post 0x1c8c5b6a appeared first on My TV ONLINE.
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh - The coming 2024 lunar year is the Year of the Dragon in Chinese zodiac. Chinese New Year falls on 10 Feb 2024. The Chap Goh Meh festival – marking the 15th...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM - ------------------------------ Like | Follow | Subscribe Telegram (Please Join) Facebook (Please Like) Twitter (Please Follow) Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...
-
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com
Blog Archive
-
▼
2011
(1336)
-
▼
March
(58)
- Boleh bagi pinjam 2.5 juta ke kat budak ini???
- Tarian poco-poco haram?
- Bekas ketua DAP Nibong Tebal diarah bayar saman fi...
- NGO Cina Pula Bantah Interlok
- Rayat Enggai “Antu Jembalang” Bejegau Ba Menua Tok
- Video Papa Jahat:Kartun Papa Jahat Tersebar,Nurul ...
- Solat Hajat Pakatan Rakyat Menjadi Kenyataan.Arman...
- Limau Purut 3 serangkai PAS,DAP,PKR Buta Perut Aka...
- Timbalan Ketua PKR Pahang Keluar Parti
- Penang council takes down 70 banners of Najib
- Depa Kata Umno Zalim Tapi Nie apadia?
- 200 ahli PKR Bayan Baru keluar parti
- Anuar Mengamuk diTaman Melawati.Kona Pasal Video Sexx
- Nie Pasai Dok Ikut Amal Makruh Nahi Hota Hang Ketu...
- Barua Cina Tak Sedaq Diri.
- PRU Sarawak.Pembangkang Tidoq Sebantai Mimpi Tak S...
- ANUar Lobang Hang Dah Pecah!!!!
- Datuk T itu adalah Datuk Shazryl Eskay Abdullah?
- YB Malik Itik Kantoi,tolong Jawab apa dah jadi.
- Khairy Umum Rombakan Kecil Pemuda Negeri Pulau Pin...
- Video Seks: Jangan Amal Undang-Undang Rimba, Serah...
- Guan Eng (RM100) diminta jangan jadi ‘ahli politik...
- PUSAT PENGUMPULAN BARANGAN RAKYAT MALAYSIA UNTUK M...
- TEMPAT REMAJA ISLAM KEDAH TONGGANG ARAK D KEDAH..t...
- Akhirnya DUN Sarawak Dibubarkan...
- Blogger Pakatan Rakyat Diburu.Blogger Nyamuk Diper...
- Polis Tak Buat Kerja. AMK Pulau Pinang.
- PAS Kedah,Tengok Dan Nilai Sendiri.
- Nizar ajak Aznil masuk PAS
- ADUN PKR Melayu menghancurkan Melayu Pulau Pinang
- Apa Dah Jadi?Ketua Menteri RM100.
- PAS Dah Ketaq,Rakyat Malaysia Menentukan Parti Pem...
- Tepuk Dada,Tanya Selera.UMNO atau NGO.
- Impian DAP di Sarawak
- Puak PAS Pandai Kona,Saman Kona(pusing)
- Azan Dipersendakan.Patut Direjam ke ISA.
- Datuk Lee Chong Wei mempertahankan kejuaraan di K...
- Pak Sheik Awat Takut Bagi DNA
- Saifuddin-Bila sampah masuk mata-
- Buku JingGay.
- DAP Jaguh Pelaburan Malaysia,Dok Dalam Bakul Angka...
- Nik Ajis Terimalah Kekalahan,Bukan Menghukum,Kita ...
- Memoir Dr Mahathir dilancar hari ini.
- IBRAHIM ALI B'SYUKUR AURA MELAYU KEMBALI B'SAMA UM...
- DAP: Pulau Pinang penuh masalah
- GAPS minta tunggu siasatan SPRM
- PAS Buat Kacau di Kerdau,Depa Tau Nak kalah.
- PRK Merlimau: Roslan Menang Dengan Majoriti Lebih ...
- PRK Kerdau: SPR Kesal Penyokong PAS Cetus Provokasi
- PAS akan Guna Taktik ayam DiMerlimau.
- Gempur Media Baru,Buah Last Kopek.
- PAS Kata 750 Hantu Nak Mai,DAP Mimpi dan Mamai.
- Merlimau.PAS Dok Main Ekoq Pulak.
- DAP Buat Hal Lagi.
- PAS Hina Kaum India Merlimau.
- Video Panas!!!Kempen Muka Sekupang DAPig.
- PERSIAPAN KP1M KE CHRISTCHURCH.
- Yuhaizad Sedia Keluar Dari Kuaters,Patut Dah Lama ...
-
▼
March
(58)
No comments:
Post a Comment