PELANCARAN Skim Amanah Rakyat 1Malaysia (Sara 1Malaysia) oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat satu lagi usaha murni berterusan pihak kerajaan untuk membantu rakyat negara ini yang masih tergolong dalam kategori berpendapatan rendah.
Skim ini diyakini mampu memberi manfaat besar kepada lebih 100,000 isi rumah berpendapatan rendah dalam usaha untuk meningkatkan taraf hidup masing-masing. Melalui skim tersebut, mereka yang layak akan diberi peluang membuat pelaburan sebanyak RM5,000 dalam Amanah Saham 1Malaysia iaitu salah satu produk Permodalan Nasional Berhad (PNB) sama ada melalui simpanan peserta atau dalam bentuk pinjaman.
Mengikut kelayakan yang ditetapkan, pemohon skim tersebut perlulah terdiri daripada isi rumah berpendapatan antara RM500 hingga RM3,000 sebulan, hasil kombinasi pendapatan antara suami dan isteri atau ibu bapa tunggal.
Terdapat beberapa elemen menarik tentang skim ini. Antaranya, jika pemohon layak tidak mempunyai simpanan mencukupi, mereka diberi peluang dan kemudahan untuk membuat pinjaman RM5,000 daripada bank-bank yang mengambil bahagian.
Manakala dari segi pulangan pendapatan pula, peserta yang menyertai skim ini dijamin memperoleh pulangan RM134 sebulan sekiranya tidak membuat pinjaman. Jika meminjam, mereka tetap memperoleh imbuhan RM50 sebulan selepas RM84 ditolak sebagai bayaran balik pinjaman.
Pelancaran skim ini bukanlah suatu keputusan baru atau mengejut kerana cadangan untuk memperkenalkan dan melaksanakan Skim Sara 1Malaysia ini sebenarnya telah diumumkan terdahulu oleh Najib yang juga Menteri Kewangan pada pembentangan Bajet 2012 tahun lalu. Justeru, pelancaran skim ini membuktikan bahawa kerajaan pimpinan Najib sentiasa berpegang pada janji yang diberikan kepada rakyat.
Ini kerana, terdahulu kerajaan juga menunaikan janji dengan mengagihkan bantuan persekolahan RM100 untuk seorang murid yang dapat meringankan perbelanjaan persekolahan ibu bapa, baucar buku bernilai RM200 untuk pelajar IPT dan terkini mula agihkan pula Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebanyak RM500 kepada isi rumah berpendapatan kurang RM3,000 ke bawah.
Apa yang penting sekarang ialah rakyat layak menikmati skim baru ini perlu segera merebut peluang keemasan yang disedikan kerajaan demi manfaat masa depan masing-masing.
Kita berharap sangat agar peserta layak akan segera memohon untuk menyertai skim ini. Bagi yang tidak mempunyai wang simpanan, kita berharap sangat agar pihak bank terlibat dalam skim ini sebagai pemberi pinjaman akan memudahkan segala prosedur pinjaman supaya rakyat yang layak dapat menyertai skim ini dengan segera.
Dalam soal ini jabatan kerajaan yang terlibat perlu memantau secara rapi agar tidak ada sebarang bentuk karenah birokrasi mahupun undang-undang dan peraturan pinjaman yang akan menyusahkan rakyat kelak. Perlu dipastikan agar semua isi rumah yang layak dapat menyertai dan memperoleh manfaat yang disediakan melalui skim ini.
Komitmen dan kesungguhan Najib serta kerajaan pimpinannnya dalam usaha untuk membantu golongan berpendapatan rendah cukup terserlah dan sememangnya tidak dapat dinafikan. Apa yang dapat dilihat ialah kebajikan dan kesejahteraan rakyat menjadi agenda perjuangan utama Najib sejak mengambil alih jawatan Perdana Menteri.
Saya percaya kesemua usaha ini mampu menzahirkan impian kita untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, sekali gus diyakini mampu merapatkan jurang perbezaan pendapatan dalam kalangan rakyat negara ini.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Followers
My Blog List
-
-
3 Pelajar Cedera Akibat Mercun Diubah Suai Meletup Dalam Asrama - Seorang pelajar dilaporkan parah manakala dua lagi mengalami kecederaan selepas insiden letupan melibatkan mercun yang telah diubah suai di sebuah asrama s...
-
Nikon COOLPIX P1100 Dilancarkan – Kamera Digital Kompak Dengan Zum Optikal 125X - Nikon secara rasminya melancarkan COOLPIX P1100 iaitu kamera digital kompak dengan kemampuan zum optik 125 kali. Ia direka untuk mereka yang memerlukan kam...
-
0x1c8c5b6a - 0x1c8c5b6a The post 0x1c8c5b6a appeared first on My TV ONLINE.
-
The Ahmadi Bertentangan Dengan Syariat Islam - Mohd Na’im - KUALA LUMPUR: Ajaran sesat menggunakan nama Ahmad – Agama Keamanan dan Cahaya dipercayai menjalankan operasi mereka di luar negara. Menteri di Jabatan P...
-
Mammoth pro-Palestine rally planned on Chap Goh Meh - The coming 2024 lunar year is the Year of the Dragon in Chinese zodiac. Chinese New Year falls on 10 Feb 2024. The Chap Goh Meh festival – marking the 15th...
-
Sampai bila melayu nak terus jadi bangsa pemalas? - 1. Semasa saya berumur belasan tahun, saya dapat perhatikan keadaan di Alor Star. Masa itu Negeri-Negeri Melayu sedang dijajah oleh British. Negeri-Neger...
-
Sekatan Sementara Dr Zakir Naik Demi Keselamatan #RespectPDRM - ------------------------------ Like | Follow | Subscribe Telegram (Please Join) Facebook (Please Like) Twitter (Please Follow) Youtube (Please Subscr...
-
VIRUS KEHIDUPAN - JIWA TERGANGGU (PART 1) - Pada awal tahun 1995 ketika menganggur saya menumpang dirumah bekas rakan sekolah di Pangsapuri Bank Negara di Subang Jaya, Selangor. 'Duduklah dengan ka...
-
-
-
-
PENAFIAN
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com
Blog Archive
-
▼
2012
(2109)
-
▼
January
(248)
- Hadi Awang Dah Meluat Dengan Pakatan Rakyat.
- GEMPAQ : KEPALA BABI DEPAN MASJID?
- DAP Tunggang PAS di Pulau Pinang!
- 113 Mahasiswa UUM Jual BB1M?
- Anwar Kena Poodah Di Sungai Petani?
- Mazlan Aliman Buat Hal Lagi,Tipu Peneroka?
- Anwar Dan Haji Hadi Awang Termakan Sumpahnya Sendi...
- Buku Jinggay Bukan Al-Quran?
- Peguam Anwar Patut Dikenakan Tindakan Menghina Mah...
- Guan Eng Cari Pasal Dengan Zahid Pulak Dah???
- Anwar Ada Udang Sebalik Mee!!!Pujuk Hadi Awang?
- Ustaz Don Ikon Baru Bakal Ganti Ostaz Maki Hamun???
- Aziz Bari Tak Layak Tegur Ostaz Zizan.
- Bodohnya Strategi PKR ?.
- Apa Yang Baguihnya Lim Kroni Nie?.
- Ostaz Zizan Tak Iktiraf Buku Jinggay Bila Nak Kena...
- LGE Tak Buat,BN Cadang Buat Rumah Rakyat?
- Izzah Minta Maaf Pada Kak Ijat?
- HIMPUN Sokong JPPUUS,Apa masaalahnya Kepada PAS?
- Apa Motif Meloyakini Hantaq Wartawan,Sabotaj Himpun?
- DAP Takutkan HIMPUN Bersebab?
- LIVE : HIMPUN Rakyat Penang Serbu Kompleks Budi P...
- Anwar Menjadikan Isreal Sebagai Rakan Kongsi?
- VIDEO PANAS : HARRDORE PAS FELDA TELOI TIMUR MASUK...
- Sapa Punya Kerja Nie?
- Inikah video seks di Thailand yang didakwa 'lebih ...
- 200 Ahli PAS Tegar Felda Teloi Timur Masuk UMNO.
- Siapa Kena Tipu,Siapa Menipu?
- MB Pahang Tak Perlu Layan.
- Rumah Terbuka Tahun Baru Cina DAP Tak Dapat Sambutan?
- Beranikah PAS Ambil Tindakkan kepada Ostad Zizan.
- Kenapa DAP,PKR Dan PAS Serang KR1M?.
- Negara Kecoh Jika Dasar-Dasar Pro-Bumi Di Tarik Balik
- @HishammuddinH2O dan @Shaberyc di Pusat Simulasi M...
- PERINGATAN KEPADA MELAYU YG SOKONG DAP.
- Pas Nak Jual Gunung Pulak!! #SaveKedah
- Guan Eng Malukan Diri Sendiri?
- Kenyataan Ketua Audit Negara sahkan Rafizi/Mak Lam...
- Wartawan Austarlia Gay Rupanya?!!!,
- Ego Pemimpin Pakatan Rakyat Kian Terserlah.
- Video " PAS bukan Agama " yang wajib ditonton umat...
- VIDEO: Aksi LGE Bila Lagu Barisan Nasional Dinyany...
- Hayati Semangat Pahlawan Sejati.
- PONDAN BERMAHARAJALELA DI PULAU PINANG ?
- Konsep Kesederhaan Pilihan BN Pulau Pinang.
- Guan Eng Tercengang Bila Lagu BN Didendangkan.
- Lautan Penyokong PM Hadir Di Tanjong Marina.
- Cerita Kayveas jumpa Anwar buat PPP naik angin...
- TERKINI!! Pejabat DUN Datuk Bashah Terima Ugutan B...
- Ibrahim Ali Sanggup Masuk Jel.
- MahFuzBeanS Perli DS Rosmah?
- Gempur !!! 1Juta Anak Muda Kedah.
- Ceramah Anwar kecoh.
- PKR & PAS Berani Tegur Guan Eng?
- VIDEO : Apa Hal Pulak Datuk Azeez Mengamuk?
- The Tiger Chinese New Year Shuffle.
- KAIN RENTANG @ZambryAbdKadir DiSabotaj Lagi.
- Angkara Siapa!Chegubard Tuduh Serangan Pemuda UMNO?
- Ustaz Zizan Lena,Rakyat Kedah Merana?
- Adam Adli Hina Pensyarah Dan PM?!!!
- Apa Bezanya Liwat Dan Hina Sultan?
- Apa Ganas Sangat Pemuda UMNO nie?@chegubard
- Teo Nie Ching Mengamuk Bila Tengok Video MCA?
- Imbas Kembali "DRAMA BOLLYWOOD" Anwar.
- Anwar Mengamuk Bila Tengok Video Nie?
- Maruah PAS Hancuq Dilunyai Rakan Sebantai??
- Anwar Mula DiTibai Media Luar Negara.
- Kecaman Terhadap Hassan Ali Bertentangan Dengan Is...
- Video Terhebat Rafizi SiTanggang,Perangai Macam Mu...
- AZIZAN MB KEDAH NAIK ANGIN , Pas Kedah Kantoi Besa...
- Melayu Dijanjikan Menteri Besar Jika Sertai DAP?
- Anwar Akan Mulakan Drama Bollywood?
- Ah Jib Gor Bagi AngPau 2.5 Juta?
- RM200 Upah Demo 901,Buat Maksiat Kt Hotel Murah?
- Azmin Jangan Besaq Kepala?KakWan & Izzah??
- Tahniah @PDRMsia,Peinee Teoh Ugut PM Ditahan.
- Video Karaoke Khalid Perli PAS,Biar Bulan Bicara S...
- Jawapan Standard Bila Kena Tuduh,MP Balik Pulau?
- Hadi Awang Akan Tukar Amanatnya,Sokong DAP Murtad?
- DAP Umpama Menang Loteri Kebajikan Di Awal Tahun 2012
- Kak Ijat Mula Langkah, Saman Mak Lampir dan Tangga...
- Kahalid Semakin Gagap,PAS diHina?
- Manifesto PR cedok idea BN.
- Adam Adli Betulkan Seluaq Dalam Dulu???Musibat.
- Kak Wan Please.....Please.....Tolonglah Faham?
- @PDRMsia Tolong Siasat Peinee Teoh Ugut Bunuh @Naj...
- Datuk Ahmad Maslan Pulak Difitnah.Gambaq Nie Apa C...
- ADAM AND THE GANG LARI PINTU BELAKANG,TAK JADI MAI...
- TERKINI : ADAM ADLI MASUK PINTU BELAKANG PWTC.
- BERAPI POCONG BEBAS & SMM DIGANTUNG DI HADAPAN PEJ...
- Latest :Adam Adli Pi Pejabat PAS Kg Baru.
- Exco Selangor ...Dr Rani melepas
- Adakah Ini Tidak Cukup Untuk David Yim Boon Leong...
- SUATU KETIKA DULU AZMIN ADALAH ANAK ANGKAT AYAHAND...
- Siapa Lebih Power!! Azmin Atau Azizah????
- Manfaatkan Skim Sara 1Malaysia.
- Dimanakah Kekuatan Anwar,Namanya Atau Kerisnya?
- Video Nie Membuatkan Izzah Tido Tak Lena?
- Anwar Tertelan Ludah Sendiri?
- Ulat Taik DAP???????
-
▼
January
(248)
No comments:
Post a Comment