Friday, January 9

@GoTeamRD Tak kenal penat lelah, berkhidmat untuk mu Malaysia #MisiBanjirRD @SHEBMALAYSIA


Mangsa banjir di Kelantan akan ditawarkan beberapa pilihan penempatan sementara termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR), kabin yang diubah suai, kuarters kerajaan dan kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).


Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, penempatan itu bagi membolehkan mangsa tinggal buat sementara sambil menunggu rumah mereka siap dibaiki atau dibina semula.

“Dianggarkan antara 2,000 hingga 3,000 rumah musnah akibat banjir kali ini, untuk membina rumah kekal ia akan mengambil masa lama, jadi kita perlu penempatan sementara terlebih dahulu dan kita ada beberapa pilihan yang boleh ditawarkan kepada mangsa.

“Kita berbincang panjang lebar dalam mesyuarat kabinet tadi (semalam), lebih dua jam dan beberapa pilihan dikemukakan, kalau menggunakan kabin ia cepat dan boleh diduduki dalam tempoh sebulan, malah kosnya lebih murah tetapi saiznya kecil.


“Kita juga turut menawarkan aset kerajaan seperti PPR di Gua Musang kerana kita mempunyai 1,000 unit yang dah siap sepenuhnya tetapi belum didiami, selain itu kem PLKN dan kuarters yang tidak berpenghuni,”katanya pada sidang media pada majlis pelepasan sukarelawan Misi Bantuan Pantai Timur 2015 anjuran Sekretariat Hal Ehwal Bandar (SHEB) dan Pasukan RD.


Hadir sama Ketua Setiausaha kementerian Datuk Arpah Abd Razak serta Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Datuk Wira Wan Mohd Nor Ibrahim.


Misi bermula semalam hingga Sabtu ini membabitkan 270 sukarelawan bertanggungjawab membersihkan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Yahya Petra 1 dan Sekolah Kebangsaan (SK) Pehi di Kuala Krai, Kelantan.


Semua agensi berkaitan di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan digerakkan untuk membantu proses pembersihan pasca banjir. Ia bagi mengelak penularan penyakit berjangkit terutama yang disebabkan oleh bangkai haiwan.

Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam dan syarikat konsesinya, Alam Flora telah diminta menguruskan sisa pepejal dengan cara terbaik. Katanya, kerja pembersihan membabitkan perbelanjaan besar. Kelantan yang paling teruk terjejas memerlukan sekitar RM78 juta bagi kerja pembersihan serta memperbaiki infrastruktur.

Jumlah bagi kos pembersihan sisa-sisa banjir di Pahang dan Terengganu masih dalam perkiraan. Anggaran itu mengambil contoh peruntukan RM90 juta untuk membersihkan kawasan di Johor serta Melaka.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive