Wednesday, October 28

Tambang LRT Ampang Line PERCUMA Selama Sebulan #RapidKL @myrapidkl @NajibRazak @gtp_roadmap


Prasarana Malaysia Berhad, pengendali perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) Rapid KL menawarkan perjalanan percuma sebulan untuk penumpang di laluan empat stesen baharu Ampang Line yang akan mulai beroperasi pada Sabtu ini.

Dalam kenyataan syarikat itu berkata, empat stesen terbabit akan menggunakan perkhidmatan AMY, tren enam gerabak. Token perjalanan sehala percuma disediakan di Pejabat Khidmat Pelanggan di Stesen LRT Sri Petaling dan di semua empat stesen terbabit - Awan Besar, Muhibbah, Alam Sutera dan Kinrara BK5.

Para penumpang juga boleh menggunakan MyRapid Cards dan kad transit Touch 'n Go untuk perjalanan percuma itu.

"Kami menyarankan penggunaan MyRapid Cards untuk keselesaan perjalanan dalam rangkaian kami yang membabitkan jajaran LRT dan Monorel serta jaringan bas Rapid KL termasuk Bus Rapid Transit - Sunway Line," kata presiden Prasarana Datuk Azmi Abdul Aziz.

Berikutan proses peningkatan sistem isyarat yang sedang dijalankan, tren baharu akan berhenti di stesen Sri Petaling dan penumpang perlu menukar tren untuk meneruskan perjalanan di jajaran sekarang iaitu laluan Sri Petaling ke Sentul Timur.

"Demikian juga para penumpang dari Ampang Line perlu turun di stesen Sri Petaling untuk meneruskan perjalanan ke empat stesen baharu itu," jelas Azmi.

1 comment:

abadi romeo said...

kerajaan lakukan yang terbaik untuk rakyat tapi untuk mengharapkan segalanya datang dengan percuma adalah sesuatu yang mustahil.Rakyat patut berusaha gigih memajukan diri sendiri bukan dengan hanya berharap segalanya datang keriba bak kata pepatah yang bulat tak datang bergolek yang pipih tak datang melayang.

blogwalking...minta jasa baik tuan pautkan link blog saya yang kerdil ini..
http://zulcomz.blogspot.my/

terima kasih..

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive