Sunday, April 9

Tahniah pengendali pengangkutan awam terbesar Malaysia @MyRapidKL mendapat pengiktirafan antarabangsa @azmiaziz60


Pengangkutan awam terus menjadi fokus di era pentadbiran Najib Razak . Menyedari jumlah kenderaan yang berada di atas jalan raya semakin bertambah suatu perancangan serius harus dilaksanakan agar Bandar-bandar utama di Negara kita khususnya di  lembah klang tidak menjadi Bandar yang akan dikenali dengan Bandar kesesakan seandainya satu langkah konkrit tidak dicadang serta dilaksanakan.

Menyorot kembali ketika pembentangan Rancangan Malaysia Ke 11 pada 21 Mei 2015 lalu , Perdana Menteri  telah mengumumkan di dalam teras  ke 7 untuk  memperkukuhkan infrastruktur bagi menyokong pertumbuhan ekonomi  dan di dalam teras berkenaan  sebanyak 4 strategi telah disusun di dalam bidang fokus A iaitu  membangunkan sistem pengangkutan bersepadu berdasarkan keperluan.

4 Strategi berkenaan akan dicapai melalui

Memperkukuhkan ketersambungan merentasi pelbagai mod pengangkutan dan wilayah
Meningkatkan tahap keselamatan, kecekapan dan perkhidmatan operasi pengangkutan
Meningkatkan kapasiti akses dan operasi
Memperkukuhkan rangka kerja kawal selia  dan institusi sektor pengangkutan

Malaysia berada pada ranking ke-11 terbaik dunia daripada 138 negara dalam sektor pengangkutan oleh Forum Ekonomi Dunia, Indeks Kompetitif Global 2016-2017.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kedudukan tersebut merupakan satu lagi berita baik buat negara serta pengiktirafan kepada kualiti infrastruktur pengangkutan di Malaysia.

Menurutnya, pengiktirafan tersebut juga merupakan penghargaan terhadap usaha dan dasar kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk mendahulukan kepentingan rakyat.

“Saya sentiasa menegaskan bahawa rangkaian perhubungan untuk rakyat melalui kualiti dan sistem pengangkutan yang baik sangat dekat di hati saya.

“Malah dalam ranking itu, rakyat Malaysia mendapat nilai terbaik untuk perjalanan setiap hari mengatasi Indonesia, Thailand, Vietnam dan Filipina,” katanya dalam laman blog NajibRazak.Com hari ini.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, pada masa akan datang, rakyat Malaysia akan lebih disambungkan dengan siap projek seperti perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT), Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) dan Projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) Malaysia-Singapura.

“Walaupun kita menyediakan infrastruktur bertaraf dunia untuk rakyat, kita juga perlu sentiasa inklusif dalam polisi kerajaan. Saya percaya bahawa tidak ada orang yang mesti dipinggirkan dan oleh sebab itu kita bergerak ke hadapan dengan projek mega infrastruktur seperti Lebuh Raya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak serta projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).

“Insya-Allah, ia akan mampu mentransformasikan landskap sosioekonomi dan cara rakyat kita hidup, bekerja dan berniaga,” katanya.

No comments:

Followers

My Blog List

PENAFIAN

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi mkp.mkp tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.berkongsi maklumat dengan webmasterMKP@gmail.com

Blog Archive